Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Hanya cara kematian yang membezakan bagaimana kita ‘pulang’ kepada-Nya. Aiza Syafinaz Shahak, telah kehilangan suami tercintanya, Inspektor Mohd Fairos Saberon baru-baru ini.

“I Rasa I Tak Lama, Sayang. Get Ready”. Pesanan Terakhir Suami Sebelum ‘Pergi’ Kerana COVID-19

Mohd Fairos disahkan meninggal dunia selepas positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 yang lalu. Aiza berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya pada 18 Mac lalu di Wad Saringan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat saringan berhubung wabak berkenaan.

Artikel Berkaitan: [“Nanti Semua OK, Ibu Ambil Adik.” Foto Anak Nurse Rindu Ibunya Undang Sebak]

Suami Suruh Jaga Diri

“ABANG minta maaf, jaga diri baik-baik, I (saya) rasa I tak lama sayang, get ready. “

Menurut Aiza, selepas pertemuan terakhir mereka itu arwah suaminya menghubungi menerusi panggilan video dan berpesan supaya saya menjaga diri kerana dia mungkin perlu dikomakan sebelum melalui proses intubasi.

Lepas Call, Whatsapp Minta Bersedia

Selepas itu, Mohd Fairos mengirim mesej Whatsapp kepada Aiza untuk memintanya supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan. Arwah suaminya juga ada mengadu tentang kesukaran untuk bernafas serta keadaan panas di dalam wad.

IKLAN
Tak Pasti Macam Mana Dijangkiti

Apabila ditanyakan tentang bagaimana arwah suaminya dijangkiti virus ini, Aiza memberitahu yang dia tidak pasti puncanya. Dia turut memberitahu bahawa mereka baharu pulang dari bercuti di Bandung, Indonesia pada 9 hingga 12 Mac lalu.

“I Rasa I Tak Lama, Sayang. Get Ready”. Pesanan Terakhir Suami Sebelum ‘Pergi’ Kerana COVID-19

Walaupun begitu, menurut Aiza arwah suaminya sudah mengalami demam sebelum bercuti lagi. Mohd Fairos juga sudah membuat pemeriksaan di klinik.

IKLAN
Berdedikasi & Sayangkan Tugasnya

Katanya, arwah seorang pegawai polis yang berdedikasi dan sering mengikut arahan pegawai atasan. Setiap tugasan yang diberikan padanya akan diterima dengan baik. Aiza juga memberitahu bahawa arwah suaminya mahu ‘pergi’ sebagai negarawan.

Tarikh kematian Mohd Fairos juga adalah pada Hari Polis yang ke-21. Aiza memberitahu jiwa arwah suaminya sangat mendalam dalam bidang kepolisan.

Artikel Berkaitan: [Anak 1 Tahun Hanya Minum Milo Campur Gula, Nak Kerja Tak Boleh Sebab PKP]

IKLAN

Menurutnya, jenazah arwah suaminya selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang, Rawang. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa ahli keluarga terdekat hadir pada proses pengebumian.

Aiza kini masih dalam tempoh kuarantin sehingga 31 Mac ini.

Pa&Ma mengucapkan takziah kepada Aiza di atas pemergian suaminya. Semoga beliau terus kuat dalam menempuh kehidupan pada hari-hari mendatang.

Sumber asal: HARIAN METRO

Sumber foto: Aiza Syafinaz

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI