Dalam masa berbaki 10 minit sebelum pusat pengundian ditutup, seorang wanita dalam pantang, Norazmira Mohd Noor tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Bharu di sini, hari ini untuk mengundi.
Norazmira, 35, yang dalam pantang tiga minggu kerana bersalin anak keempat tiba di pusat pengundian itu pada jam 5.40 petang dengan ditemani adiknya, Mohd Safuan, 32.
Menurutnya, dia tidak berkesempatan untuk datang mengundi lebih awal kerana bayi perempuannya tidak sihat selain tidak mahu bersesak dengan pengundi lain.
Ads
Tonton video ini;
“Anak saya demam dan meragam menyebabkan saya tidak boleh meninggalkannya namun dalam masa yang sama berasa sayang jika tidak mengambil peluang untuk mengundi hari ini.
“Selepas diberikan ubat dan bayi saya tidur barulah saya bergegas datang ke sini untuk mengundi walau masih belum sembuh sepenuhnya dari luka bersalin dengan ditemani adik,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Tangisan mulai jatuh ke pipi, pelbagai perasaan yang dirasai oleh ibu muda ini apabila terpaksa berpisah dengan anaknya sendiri.
Di saat usianya 19 tahun, Jeong So Hyang (kini 21 tahun) telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun atas tuduhan mencuri.
Lebih menyedihkan, ibu muda ini sebatang kara dan tidak mempunyai ahli keluarga lain. Hanya cahaya mata satu-satunya sahaja yang telah menemani kehidupanya selama hampir 1 tahun 5 bulan.
Jeong So melahirkan dan membesarkan anaknya iaitu Jeon Ga Eun kini berusia 1 tahun 5 bulan di dalam penjara.
Jeong So Hyang merupakan ibu tunggal dan tidak memiliki keluarga selain Jeong Ga Eun.
Walaupun tinggal di penjara, banduan wanita di sana dibenarkan menguruskan anak mereka dengan kemudahan yang lengkap termasuklah pemeriksaan percuma daripada doktor.
Namun paling mneyedihkan, ibu-ibu dipenjara dikatakan hanya dapat membesarkan sehingga anak menjangkau usia 1 tahun lebih saja.
Rata-rata warga maya meluahkan rasa sebak melihat ibu dan pengalaman yang dilalui oleh anak kecil ini.
Warden penjara maut digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, brek gagal berfungsi jadi punca. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.
Insiden yang berlaku sekitar jam 5.50 petang Khamis itu meragut nyawa Sarjan Amal Nurlidar Ghazali, 42 tahun, yang bertugas di Penjara Sungai Udang. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di bawah lori dan mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan termasuk wajah dan kaki.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, siasatan awal menunjukkan bahawa kemalangan berpunca daripada kegagalan sistem brek lori simen berkenaan.
“Ketika kejadian, mangsa sedang berhenti di lampu isyarat dengan menunggang motosikal Yamaha Ego Solariz. Sebuah lori simen yang dipandu lelaki berusia 49 tahun datang dari arah yang sama dan dipercayai mengalami masalah brek sebelum cuba mengelak ke bahu jalan. Namun, lori tersebut tetap melanggar motosikal mangsa dan menggilisnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah terlibat dalam operasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah kenderaan berat itu sebelum dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Melaka bagi tujuan bedah siasat.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tambah Christopher lagi, lori simen terbabit telah ditahan untuk pemeriksaan teknikal oleh Puspakom, manakala ujian saringan air kencing ke atas pemandu menunjukkan keputusan negatif bagi bahan terlarang.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.
Allah sebaik-baik perancang. Setelah lebih sebulan mengharapkan isteri yang terlantar di ICU kembali sihat, namun tepat jam 1.36 petang (6 September) lalu akhirnya Allah jemput buat selamanya.
Pergi selepas berjuang 32 hari
Selama 32 hari berjuang demi suami, anak dan ahli keluarga, sudah tertulis takdir Siti Faiqah Sulaiman untuk meninggalkan dua anak yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa. Benar mati itu pasti tapi ini satu tamparan hebat buat suami arwah, Mohd Zulkifli Mohamad Isa.
Pemergian bidadarinya amat perit memandangkan anak sulung baru nak mencecah usia dua tahun dan anak kedua tak sempat kenal lagi ibunya setelah dilahirkan secara pramatang awal bulan Ogos lalu kerana ibu dijangkiti virus Covid.
Organ dalaman tak dapat berfungsi
Menurut Mohd Zulkifli kepada Pa&Ma, arwah isteri kesayangan, Siti Faiqah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Sebelum ini Pa&Ma pernah menyiarkan kisah arwah yang bertarung nyawa selepas terpaksa melahirkan anak lebih awal kerana keadaan tak stabil selepas positif Covid.
Walaupun doktor dah sahkan arwah bebas Covid sebelum meninggal dunia, namun disebabkan kegagalan organ dalaman yang tak dapat berfungsi dengan baik kesan virus Covid, keadaannya jadi tak stabil.
“Pada 30 Ogos, doktor ada beritahu keadaan isteri nazak. Tiada perubahan positif ditunjukkan. Saya cuba kuatkan hati, bertanya pada doktor sama ada pesakit yang dalam kondisi seperti isteri boleh sihat atau sebaliknya.
“Doktor beritahu ramai yang alami kesan selepas Covid tak boleh survive. Tapi saya yakin selagi Allah tak ambil nyawa isteri, keberangkalian untuk sembuh ada. Pada 1 September iaitu hari ulang tahunnya, doktor buat video call dan kami beri kata-kata semangat padanya. Keadaannya nampak sedikit positif tetapi kemudian kritikal semula,” katanya.
“Seminggu selepas hari kelahiran, arwah pergi..”
Tambah Mohd Zulkifli, seminggu selepas hari kelahiran, Isnin (6 September) pada hari terakhir arwah, sekitar jam 11 pagi, doktor ada buat video call untuk maklumkan isteri sedang nazak. Hampir dua jam video call, sempat minta doktor di Hospital Ampang sambungkan panggilan sebab mahu tunjukkan bayi kami yang berada di sana. Dengan harapan dia dapat lihat buat kali terakhir walaupun keadaannya dah tak stabil.
“Saya juga sempat bisikkan kata semangat, “Awak kena kuat, awak kena lawan” dan dia pun minta saya pun kuat dalam keadaan dia yang semakin lemah itu. Sempatlah saya beritahu yang saya maafkan semua salah silapnya dan saya mohon ampunkan salah saya. Masa itu saya ajarnya mengucap dua kalimah syahadah, walaupun tiada kekuatan,” kongsinya dalam keadaan sebak.
Kongsi Mohd Zulkifli lagi, panggilan terputus sebentar kerana doktor ada kes kecemasan. Bagaimanapun dalam 30-40 minit selepas itu doktor hubungi semula memaklumkan isteri dah menghembuskan nafas terkahir tepat jam 1.36 petang.
“Perasaan waktu tu terasa kosong tambah lagi kami hanya sempat hidup bersama dalam tiga tahun saja. Masih baru lagi namun saya reda ketentuan ilahi. Walaupun rasa macam tak percaya, hidup perlu diteruskan demi menjaga dua amanah yang arwah tinggalkan pada saya.
“Syukur alhamdulillah juga, saya berpeluang memandikan dan menurunkan arwah ke liang lahad. Arwah pergi ni pun dia dah bebas Covid cuma kesan sampingan tu yang menyebabkan dia pergi. Kiranya pelukan terakhir saya adalah semasa menurunkannya ke liang lahad.
Bayi dibenarkan pulang, ambil semangat ibunya
Betullah Allah Itu Maha Adil. Selepas 3 hari arwah pergi, doktor beri berita gembira buat saya, bayi yang dilahirkan arwah dah boleh keluar NICU dan dibenarkan pulang ke rumah.
“Bayi kami menunjukkan perkembangan positif walaupun lahir tak cukup bulan dan paru-paru pun masih belum matang sewaktu awal kelahiran.
Daripada apa yang doktor beritahu, sepanjang berada dalam NICU anak saya dapat capai hingga 2 kilogram dan dari sehari ke sehari semakin sihat. Sebab itulah doktor membenarkannya keluar.
“Kini kedua-dua anak dalam jagaan ibu mertua dan adik ipar sementara saya keluar bekerja dan uruskan beberapa urusan lain lagi. Insya-Allah kami akan jaga sama-sama,” ujarnya.
Mohd Zulkifi juga turut mengucapkan terima kasih atas semangat yang diberikan oleh rakan-rakan Facebooknya tiap kali dia berkongsi mengenai keadaan arwah.
Sehingga sekarang tak putus doa yang dikirimkan buat arwah. Terima kasih banyak-banyak, moga arwah isteri ditempatkan dikalangan orang beriman dan di syurga Allah. Amin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Power Pumping membantu merangsang penghasilan susu ibu apabila hasil perahan merudum. Ketahui cara melakukannya, kekerapan yang disyorkan serta tip mengepam dengan lebih berkesan.