“Anak arwah mengigau memanggil ibunya beberapa kali semasa tidur kerana terlalu rindu sebelum dia tidur semula.

“Saya sedih mendengar rintihan cucu yang kehilangan ibu bapa kerana dia masih kecil dan perlukan kasih sayang mereka,” kata Fauziah Dollah, 63.

“Ibu, Arfan Rindu”. Anak Arwah Mengigau Banyak Kali Semasa Tidur Panggil Ibu

Fauziah adalah ibu kepada Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, yang maut bersama suaminya, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30.

Mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur 8.30 pagi semalam selepas motosikal ditunggangi merempuh belakang lori.

Mengulas lanjut Fauziah berkata, dia dan suami, Kamaruddin Harun, 60, akan menjaga cucunya, Muhammad Arfan Ziqri berusia 22 bulan kerana cucunya itu sangat rapat dengannya sekeluarga terutama anak bongsu, Diana, 25.

“Ibu, Arfan Rindu”. Anak Arwah Mengigau Banyak Kali Semasa Tidur Panggil Ibu

IKLAN

“Arfan tidak boleh bercakap, tetapi selepas kedua ibu bapanya selamat dikebumikan dia panggil ibunya beberapa kali, dia sangat rindukan ibunya kerana mereka rapat.

“Selepas kejadian itu, Arfan seperti tercari-cari ibu dan abinya serta tidak ceria.

“Dia juga kurang minum susu dan hari ini baru nampak wajahnya sedikit ceria kemungkinan gembira dengan kehadiran orang ramai di rumah kami.

“Ibu, Arfan Rindu”. Anak Arwah Mengigau Banyak Kali Semasa Tidur Panggil Ibu

IKLAN

“Walaupun sedih dengan nasib cucu tetapi saya reda dengan pemergian anak dan menantu dalam kemalangan itu,” katanya ditemui di Jalan Taman Sri Talang, Kadok, Kota Bharu.

Menurutnya, arwah anak dan menantu kerap pulang ke kampung apabila mereka cuti dan tiada perubahan ditunjukkan ketika mereka pulang bulan lalu.

Begitu juga ketika mereka berbual di telefon, tiada pesanan ditinggalkan anak keempat daripada lima beradik itu.

“Arwah menantu kerap menghantar isteri ke tempat kerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur dari rumah mereka di Shah Alam.

IKLAN

“Ibu, Arfan Rindu”. Anak Arwah Mengigau Banyak Kali Semasa Tidur Panggil Ibu

“Jika menantu kerja, arwah anak pergi dan balik kerja dengan komuter,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, keluarga anggota polis yang maut bersama isterinya di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur beberapa hari lalu terkejut apabila mengetahui isteri mangsa hamil anak kembar.

“Ibu, Arfan Rindu”. Anak Arwah Mengigau Banyak Kali Semasa Tidur Panggil Ibu

Mangsa, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, dan isteri, Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, meninggal dunia selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira jam 8 pagi.

Sumber: Harian Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI