Zaman sekarang zaman semua hendak cepat. Kita ada perkhidmatan fast food, drive thru service yang mana boleh jimat masa makan dalam kereta sahaja. Bahkan perkhidmatan grab car, grab food juga semakin banyak sekarang ni.
Dari segi pengangkutan semua kalau boleh hendak naik LRT jika kerja di kota raya KL. Sebab hendak cepat mengelak jam.
Dan ada juga ibu bapa berlumba-lumba supaya perkembangan anak mereka cepat. Cepat BACA..Cepat TULIS
Pendek kata kalau lambat seolah-olah kita ini tewas. Tapi benar ke kita tewas?
Yang peliknya ibu bapa masih lagi tidak mahu anak main kotor. Bagi pakai sarung kaki tangan sejak bayi. Tidak bagi anak jatuh. Tidak bagi anak buat kerja rumah. Tapi hendak CEPAT.
Baiklah sebenarnya tidak salah jika kita hendak cepat tapi perlulah bertempat. Memahami fitrah perkembangan si cilik terutama pada umur kritikal 0 hingga 5 tahun amatlah penting.
Ads
Mahukan anak kenal abc dan membaca pada umur 4 tahun sedangkan otak yang memproses maklumat membaca hanya bersedia pada umur 7 tahun.
Ada anak sudah boleh tapi bukan semua anak ya. Beri peluang untuk anak tingkatkan kemampuan mereka dan yang paling penting asas perkembangan itu perlu KUAT. Jadi rumah yang dibina tidak roboh.
Antara tip dari sumber bacaan Mummy Nurul bagaimana ingin terus menjadi guru pertama buat si cilik ialah
Ads
💕 Ibu ayah perlu menjadi rakan kongsi yang bagus. Saling bekerjasama. Bila ibu penat si ayah perlu bantu.
💕 Jangan tunjuk emosi marah depan anak. A big NO. Anak senang copy paste ibu ayah.
Ads
💕 Penyumbang terbesar kpd emosi anak selalunya si ibu. Ayah kene pandai jaga hati ibu jika mahu anak membesar dengan baik.
Persaingan dalam memahami perkembangan anak-anak ialah satu persaingan yang sihat dan baik. Maka tidak salah mahu cepat asalkan dengan asas yang betul.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak menangis itu biasa namun bila anak menangis sampai muka kebiru-biruan usahlah dibiarkan. Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan bahawa anak mereka sengaja tahan nafas, maka reaksi pertama adalah memarahi mereka.
Namun, apa yang anda perlu tahu adalah perbuatan ini bukannya sengaja dilakukan. Fenomena ini dikenali sebagai breath holding spells atau raungan senyap kebiruan. Ia merupakan satu refleks di luar kawalan badan. Ini bermakna, anak anda tidak boleh mengawalnya namun ia akan kembali normal dalam tempoh kurang daripada seminit selepas itu.
Dalam kebanyakan situasi, fenomena ini boleh diramal dan selepas faktor pencetusnya dikenal pasti, ia boleh dihindari.
Menangis hingga menjadi kebiruan ini boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia di antara 6 bulan hingga 6 tahun namun lazimnya dialami oleh mereka yang berusia 2 tahun.
Jika terdapat sejarah masalah kesihatan ini dalam kalangan ahli keluarga, kanak-kanak tersebut lebih berisiko untuk mengalaminya.
Terdapat dua jenis raungan senyap kebiruan yang mempunyai punca berbeza:
Raungan senyap kebiruan sianotik
Keadaan ini boleh berlaku apabila kanak-kanak berhenti bernafas dan wajah mereka bertukar menjadi biru. Ia sering berpunca daripada perkara yang membuatkan mereka sedih seperti dimarahi. Semasa anak anda sedang menangis, mereka hanya menghembus nafas dan tidak menarik nafas. Ia boleh menyebabkan wajah mereka bertukar menjadi warna biru atau ungu (lebih serius).
Raungan senyap kebiruan pallid (tak bermaya)
Keadaan ini lebih jarang berlaku dan lebih sukar untuk dijangka berbanding dengan fenomena sianotik. Berbeza dengan jenis sebelum ini, ia berlaku apabila kanak-kanak sedang dalam ketakutan atau mereka terkejut. Wajah mereka akan menjadi pucat lesi dan bertukar putih semasa ia sedang berlaku.
Kedua-dua jenis raungan senyap kebiruan boleh menyebabkan kanak-kanak berhenti bernafas dan kadangkala mereka boleh pengsan. Jika keadaan ini terlalu ekstrem, ia boleh menyebabkan masalah sawan.
Antara tanda yang boleh dialami oleh anak anda semasa episod kebiruan adalah:
* Tangisan berhenti secara tiba-tiba
* Kulit dan bibir menjadi kebiruan
* Berhenti bernafas semasa ia sedang berlaku
* Tubuh menjadi kaku dan mereka tidak bergerak
Dalam kebanyakan situasi, anak anda akan kembali normal beberapa saat selepas kebiruan. Namun, ada juga yang kekal biru walaupun sudah lama mereka berada dalam keadaan begitu. Keadaan ini boleh berlaku terutamanya jika ibu bapa kerap memarahi anak ketika mereka berada dalam episod tersebut.
Apa yang anda perlu lakukan adalah:
* Bertenang, jangan panik, berhenti daripada membuatkan anak anda sedih seperti marah dan cuba untuk menenangkan mereka.
* Jangan goncang tubuh anak anda dan ketika badan mereka menjadi kaku, baringkan mereka dalam posisi mengiring.
* Pastikan tiada makanan atau objek lain di dalam mulut anak anda untuk mengelakkan daripada tercekik.
* Pastikan tiada perabot atau objek berbahaya berdekatan dengan anak jika mereka mula mengalami simptom sawan.
* Jika anak masih tidak bernafas melebihi 1 minit, lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR). Ia merupakan satu prosedur kecemasan yang dilakukan dengan cara memberi tekanan pantas dan berterusan di kawasan dada mangsa dengan/tanpa memberi bantuan pernafasan secara berkala.
* Bawa anak ke hospital dengan kadar segera jika keadaan menjadi lebih serius.
Bagi kebanyakan kanak-kanak, fenomena kebiruan akan hilang apabila usia mereka meningkat. Apa yang lebih mencabar bagi ibu bapa adalah mencari jalan untuk mendisiplinkan anak mereka tanpa mencetuskan kebiruan semasa mereka sedih.
Dalam banyak keadaan, perkara ini memerlukan rujukan doktor bagi mengenal pasti jalan terbaik bagi anda dan anak anda.
Fenomena anak tidak bernafas ini tidak boleh menjadi alasan untuk ibu bapa menuruti kehendak dan melayan segala kerenah anak-anak tanpa batasan. Mereka memerlukan tunjuk ajar dan cara untuk beradaptasi dengan perubahan emosi yang berlaku.
Fenomena kebiruan mungkin nampak berbahaya namun dalam kebanyakan masa, ia hanya memerlukan kesabaran dan teknik yang betul dalam menguruskan episod kebiruan.
Episod kebiruan yang melibatkan anak tahan nafas di luar kawalan boleh membuatkan ibu bapa panik. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, ia akan beransur pulih dengan sendiri dalam tempoh kurang daripada 1 minit.
Jika keadaan berlarutan, rujukan kepada doktor boleh membantu mengenal pasti punca yang menyebabkan ia menjadi serius.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah yang mempunyai anak 1 hingga 2 tahun pasti berdepan dengan masalah anak yang kuat merajuk. Baik anak lelaki, lebih-lebih lagi anak perempuan, merajuk umpama aktiviti harian tetap mereka.
Puas juga melayan rajukan, malah ada kalanya ibu ayah ketawa sendiri melihat gelagat anak mereka. Merajuk bukan main. Mulut makin lama, makin muncung.
Tapi inilah emosi yang mampu ditunjukkan oleh anak sekecil ini. Puan Aisyah Kassim, Patologis Pertuturan-Bahasa mengungkap hal ini. Ada perkara dan teknik yang boleh ibu ayah lakukan untuk selesaikan masalah ini.
Menurut teori perkembangan kognitif (kemahiran berfikir) Piaget, kanak-kanak berusia 0-2 tahun berada dalam tahap perkembangan sensorimotor di mana mereka belajar dengan cara melihat, mendengar, merasa, menggenggam dan menghisap.
Mereka mula meneroka dan belajar melalui kaitan sebab dan akibat. Di mana mereka akan cuba memanipulasi sebab untuk melihat akibat perbuatan mereka. Sebagai contoh, mereka menangis untuk mendapatkan sesuatu seperti mainan dan sebagainya.
Jadi, tak hairanlah pada usia 1-2 tahun ini kanak-kanak akan mencuba pelbagai cara untuk memanipulasi keadaan dan orang-orang sekeliling mereka termasuklah merajuk. Mereka akan menangis, merengek, menjerit atau memukul sebagai tanda proses.
Faktor Dan Kesan Emosi
Jadi apa ibu ayah perlu buat?
Ingat pengajaran ini bukan sekadar belajar tentang perasaan, tetapi ianya pembelajaran awal untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat, menguruskan kemarahan, memahami perasaan dan bergaul dengan orang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fasa anak berumur 0 hingga 6 tahun adalah fasa emas di mana mereka sedang belajar bagaimana menjadi seseorang dengan meniru dan menyerap semua keadaan sekelilingnya. Sangat penting untuk orang dewasa menunjukkan ataupun mengamalkan perkara yang baik-baik supaya dapat dicontohi oleh si kecil.
Fasa 0-6 tahun juga merupakan fasa di mana anak-anak akan mula berhubung dengan orang dewasa atau dipanggil ‘connection’ dari segi fizikal dan mental.
‘Connection’ fizikal dan emosi yang kukuh dengan anak dari usia awal bukan sahaja membantu proses keibubapaan malah juga membantu perkembangan sihat anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila kandungan sudah masuk trimester ketiga, especially bila due date dah makin dekat, kebanyakan ibu mula rasa cemas dan tertanya-tanya adakah cara bagi membantu percepatkan bersalin secara natural?