“Anak saya tak fokus, tak sampai seminit dia dah bosan dan mula beralih ke tempat lain” ramai ibu bapa yang mengadu tentang masalah anak tak fokus dan kurang memberikan tumpuan pada satu-satu perkara. Bagaimana caranya untuk memastika anak dapat fokus pada satu-satu perkara? Ikuti perkongsian ini.

(Umur)x(3 hingga 5 minit), Cara Kira Sitting Attention. Anak Mudah Belajar & Fokus

ANAK TAK FOKUS LAH, APA SAYA PERLU BUAT ?

Ramai orang cakap, anak kurang fokus, anak murid yang kurang fokus, dan macam-macam lagi.

Tapi tau tak fokus yang macam mana penting untuk kanak-kanak belajar?

Macam anak-anak tengok tv, main phone, main game, main mainan yang dia suka. Itupun kira fokus jugak kan? Lama dia boleh je duduk sorang-sorang.

YA BETUL. Memang fokus , tapi fokus itu hanyalah 1 hala sahaja. Dengan fokus sehala je. Memang bagus tapi sikit sangat anak-anak dapat belajar.

Ada 3 jenis fokus atau tumpuan yang sangat penting untuk kita lihat pada anak-anak bagi mmbolehkan mereka belajar dengan baik & cepat.

1) CHANNEL ATTENTION

IKLAN

Skill yang ini membolehkan kanak-kanak untuk menangkap atau respon pada sesuatu walaupun dia tak lihat. Contohnya seperti :

  • Boleh respon bila nama dipanggil.
  • Boleh ikut arahan walaupun tak tengok pada kita.
  • Bagi anak yang sekolah, Boleh follow apa yang cikgu suruh walaupun tak tengok pada cikgu.

Jadi channel attention ni ialah kanak-kanak boleh cabang-cabang kan attention dia dan membolehkan mereka aware dengan rangsangan-rangsangan daripada sekeliling.

2) JOIN ATTENTION

Join attention ini membolehkan kanak-kanak untuk berkongsi tumpuan yang sama dengan kita, Jadi mereka akan belajar dan dapat apa yang kita tunjuk dengan baik.

Contohnya : Join attention ketika

IKLAN
  • Bila main puzzle ; anak boleh ikut kita tunjuk kita nak letak dekat mana puzzle itu.
  • Bila jalan-jalan kita tunjukkan objek yang ada disekeliling dan dia boleh follow apa yang kita tunjukkan tu.
  • Bila baca buku, dia tengok gambar apa yang kita tunjukkan.

Jadi kalau anak yang tiada join attention ni, kita tunjuk ke lain dia tengok tempat lain. Susah lah untuk anak nak belajar.

3) SITTING ATTENTION

Sitting ni bermaksud berapa lama kanak-kanak boleh duduk dan beri tumpuan pada apa yang diajar, tapi yang ini tak kira ya yang tengok tv atau main gajet itu ya.

Yang paling baik adalah boleh duduk lama dengan adanya org lain berinteraksi dengan mereka. Contohnya masa kita ajar dan main sama-sama. Boleh tak mereka duduk lama dan siapkan task yang kita berikan.

Anda boleh kira sitting attention anak anda sekarang berapa minit. Ini formulanya :

IKLAN

(Umur) x ( 3 hingga 5 minit )
Contoh : Anak 3 tahun.
3×3=9 , 3×5=15

Jadi untuk 3 tahun, mereka patut boleh duduk dan beri tumpuan belajar selama 9 hingga 15 minit.

Ketiga-tiga attention ini perlu ada, dan kanak-kanak akan belajar dengan cepat. Bukan sahaja belajar ABC. Tapi belajar bahasa, komunikasi, akademik.. semuanya.

Faham ke faham ni ? Selamat mencuba !

Kredit: Aishah Kassim Academy

(Umur)x(3 hingga 5 minit), Cara Kira Sitting Attention. Anak Mudah Belajar & Fokus

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI