Ibu ayah jangan ambil mudah bab gigi anak. Bawa mereka buat pemeriksaan bila tiba masanya untuk elak masalah gigi rosak.

Kecuaian ibu ayah boleh menyebabkan mereka tidak mampu untuk makan/ mengunyah berkhasiat dengan baik dan keluar masuk hospital sebab sakit gigi.

Menjadi kewajipan ibu ayah untuk menunaikan hak anak-anak yang masih kecil. Mereka masih belum tahu melakukannya sendiri terutama sekali pemeriksaan gigi, Banyak kita lihat masalah berkaitan gigi anak, belum pun usia dua tahun gigi dah mula rongak gara-gara kurangnya kepekaan ibu bapa kepada pemeriksaan gigi anak. Sepatutnya sebelum usia 4 tahun, gigi anak sudah diperiksa 3 kali!

Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah Bab Gigi Anak, Sebelum 4 Tahun Sepatutnya Dah 3 Kali Check Up!

PEMERIKSAAN GIGI MENGIKUT TAHAP USIA

 

Banyak perkara berkenaan gigi anak yang akan diperiksa mengikut tahap usia. Ia telah tertulis di dalam buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak (0-6 tahun) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti;

  1. Pada usia 0-9 bulan, bayi akan diperiksa sama ada menghisap susu botol, menghisap puting tiruan atau bayi tidur dengan menghisap botol susu atau susu ibu.
  2. Pada usia 10 hingga 23 bulan pula, antara soalan yang ditanya semasa pemeriksaan ialah adakah anak dibiar tertidur dengan botol sus di mulut atau ketika menyusu badan, ibu bapa pernah mendengar tentang karies gigi dan sebagainya.
  3. Manakala pada usia 2-4 tahun pula, antara perkara yang diselidiki ialah ibu bapa/ penjaga menyelia anak semasa memberus gigi, anak memberus gigi sebelum tidur, menggunakan ubat gigi berflourida semasa memberus gigi dan lain-lain.

Keperihatinan ibu bapa boleh membantu si manja mengelakkan masalah berkaitan gigi sepanjang proses pembesarannya. Amalan baik seperti memberus gigi sebelum tidur juga boleh diterapkan sejak awal lagi sebenarnya.

 

Berikut ialah perkongsian daripada Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor berkaitan dengan kesihatan gigi anak yang selalu diabaikan oleh ibu bapa.

IKLAN

HAK ANAK YANG DIABAIKAN

Zalim kan statement di atas?

Hak apa yang diabaikan??

Hak untuk mendapatkan pemeriksaan gigi mengikut waktu yang sewajarnya.

Ramai ibu bapa yang tidak peka mengenai pemeriksaan pergigian bagi anak-anak di bawah umur 4 tahun.

Belek-belek sedikit buku kesihatan anak anda itu..

Cuba lihat muka surat 68, 96 & 115. Jarang sekali dilihat lengkap semuanya. Tahniah buat yang peka.

IKLAN

Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah Bab Gigi Anak, Sebelum 4 Tahun Sepatutnya Dah 3 Kali Check Up!

SEBELUM 4 TAHUN GIGI ANAK KENA DIPERIKSA SEKURANG-KURANGNYA 3 KALI

Untuk makluman ibu bapa sekalian, anak berumur bawah 4 tahun giginya perlu diperiksa sekurangnya 3 kali :

  • 0 – 9 bulan
  • 10 – 23 bulan
  • 2 – 4 tahun

GIGI SUSU SAMA PENTINGNYA DENGAN GIGI KEKAL

Kesihatan pergigian perlu seiring dengan kesihatan tubuh badan yang lain.Jangan di anggap remeh walaupun hanya gigi susu yang ada. Gigi susu sama pentingnya seperti gigi kekal.

Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah Bab Gigi Anak, Sebelum 4 Tahun Sepatutnya Dah 3 Kali Check Up!
Sumber gambar: Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor

KESILAPAN IBU AYAH BOLEH BUAT IBU AYAH MERANA

IKLAN

Mahukah anda lihat anak kecil itu tak lena tidurnya kerana kesakitan gigi?

Sanggup anda lihat anak kecil itu kekurangan zat kerana tak mampu mengunyah makanan dgn baik?

Ada juga anak kecil terpaksa keluar masuk hospital kerana jangkitan kuman akibat kerosakan gigi susu.

Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah Bab Gigi Anak, Sebelum 4 Tahun Sepatutnya Dah 3 Kali Check Up!

BAWA ANAK KE KLINIK PERGIGIAN SEAWAL BOLEH

Bawa anak anda ke klinik pergigian seawal yang boleh. Pasti ada nasihat dan celoteh dari doktor atau nurse yang merawat nanti.

Masih belum terlewat.

Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah Bab Gigi Anak, Sebelum 4 Tahun Sepatutnya Dah 3 Kali Check Up!

Sumber: Bahagian Kesihatan Pergigian Selango

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI