Bukan mudah ya, kita nak bekerja dan anak-anak dengan kelas online mereka. Macam-macam hal, kalut setiap hari! Fitrahnya anak-anak, mereka suka bebas untuk bermain. Suka explore dan buat perkara baharu setiap hari. Apabila pergerakan mereka terbatas, mulalah muncul pelbagai idea pelik yang kadang-kadang buat kita naik hantu! Maklum sajalah, anak-anak tak boleh keluar rumah sekarang, jadi segala idea dibuat di rumah.
Itu adalah normal dan sebagai ibu ayah kita harus memahami naluri anak-anak. Mereka adalah anak yang bijak dan kreatif, sebab itulah kita selalu ‘dikejutkan’ dengan idea mereka setiap hari. Sebenarnya, perkara itulah yang membahagiakan untuk dikenang (walaupun masa berlaku tu memang geram dibuatnya!).
Menurut perkongsian dari Pn Wawa Shauqi, sangat penting untuk kita menjadi ibu ayah yang mudah terhibur. Eh, macam mana pula tu kan? Ikuti penulisan ibu kepada dua orang anak ini;
Jadi mak ayah ni, kena latih diri untuk mudah terhibur. Pernah satu ketika ni saya ditegur. Macam mana saya boleh bersabar dan steady bila anak kacau saya waktu tengah rekod video.
Ada satu video tu, saya biarkan je anak main-main kat sebelah. Saya ni bukanlah 100% penyabar. Ada tahap yang saya goyah juga. Pulak tu saya spesis yang mudah annoyed juga.
Tapi saya perasan, bila saya LATIH diri untuk mudah terhibur, saya melihat banyak perkara dari sudut yang membahagiakan.
Bayangkan kalau semua benda kita pandang serius. Anak main kejar-kejar kita akan mudah rimas. Anak terloncat, jantung kita pun ikut meloncat. Anak memanjat, sabar kita terperanjat. Anak menjerit happy pun kita ikut menjerit.
Tapi kalau kita cuba pandang guna sudut ‘mudah terhibur’, kita akan tersenyum dengan hampir setiap telatah anak. Anak berkejaran, kita rasa syukur mereka masih sihat. Anak memanjat, kita akan perasan betapa cepatnya mereka membesar. Anak menyepah, kita dapat bayangkan hebatnya otak mereka bekerja.
Jangan kata hal anak. Saya ni kalau start mode mudah terhibur, tengah basuh blueberry hari tu pun rasa berbunga di hati. Pebenda. Tengah potong brokoli pun tergelak kecil. Tah apa yang comel kat brokoli tu. Dapat basuh tangan pun ya Tuhan nikmat rasa air lalu ke tangan. Pijak rumput pun, sedap betul rasa tapak kaki memijak. Dapat berguling dengan anak-anak pun, terhibur sungguh rasa.
Betapa besarkan impak positif bila kita latih diri jadi mudah terhibur ni. Kita akan jumpa nikmatnya bila memandang sesuatu dari sudut membahagiakan. Kadang bila dah overdose terhibur tu, pinggang sakit dan tapak kaki pedih dek lama berdiri dan non stop buat kerja pun… Badan terasa rasa puas semacam.
Sebab hati bahagia dapat divert ‘letih’ kepada ‘rasa diri produktif’. Cuba. Latih. Pilih. Untuk jadi ibu yang lebih bahagia. Lebih ceria. Mana tau, keceriaan awak tu berjangkit kat orang yang melihat awak.❤️❤️❤️
Anak-anak yang sedang membesar memang banyak ragam. Benarlah, kita harus cuba memandangnya dari sudut yang positif. Tak mudah, tapi tidak mustahil. Kalau asyik marah-marah pun letih juga kan? Berikan mereka ruang untuk bereksplorasi dan kemudian sama-sama kita ajak mereka untuk kemas semula rumah yang bersepah. Dengan cara ini, anak gembira dan kita pun TAK STRES!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa pasti akan mengalami situasi betapa sukarnya memberi anak makan sajian berkhasiat. Tak kurang juga yang berdepan perangai anak cerewet dalam memilih makanan yang dihidangkan.
Bukan itu saja, keengganan anak makan sayur atau buah pun satu hal yang menyebabkan ibu bapa buntu.
Bagaimanapun anak-anak kecil ini mereka sebenarnya boleh lagi dibiasakan jika ibu bapa sendiri membiasakan dari awal. Corak pemakanan ibu bapa pun memainkan peranan penting.
Seperti yang dikongsikan oleh pelakon Eina Azman, anak kembarnya, Karl Kareef begitu suka makan petai seolah-olah seperti snek yang dimakan begitu saja. Mungkin bagi sesetengah orang tak suka petai kerana baunya yang kuat.
Menerusi laman Instagram, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman merakam aksi anaknya yang berusia tiga tahun itu ketika mengambil petai dan dimakan secara mentah.
“Like mother like son gitu,” tulisnya ringkas menerusi kapsyen pada posting tersebut.
Wanita berusia 24 tahun itu juga menepis dakwaan segelintir netizen yang mendakwa anaknya dipaksa untuk memakan petai tersebut.
Eina Azman akui Karl gemar makan petai kerana dibiasakan dengan pelbagai jenis makanan sejak awal. Jadi tidak hairanlah Karl suka petai.
Betul Anak Mummy
Kita Yang Tua Pun Tak Boleh Makan Petai
Sumber: ig Eina Azman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari dulu lagi orang tua-tua selalu cakap anak yang tak duduk diam ni tandanya budak bijak! Jadi sebagai ibu bapa, jangan tegah anak untuk aktif bermain, berlari, melompat dan memanjat.
Sediakan ruang untuk anak bermain supaya mereka dapat menyalurkan tenaga di tempat yang betul dan bukan tak duduk diam di kawasan yang tak sepatutnya.
Cara yang dibuat oleh seorang ibu, Puan Nurul Shida Saari, bukan sekadar melalui teori daripada pembacaannya tetapi direalisasikan demi memastikan anak-anaknya dapat bereksplorasi serta menikmati zaman kanak-kanak penuh keseronokan.
Mengikut kajian oleh Chaddock et al. (2014) yang diterbitkan dalam Journal Frontiers of Human Neuroscience, kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan fizikal yang tinggi cenderung memilki otak yang sihat & cerdas.
Dipercayai juga bahawa aktiviti fizikal mampu meningkatkan “grey matters” di dalam otak di mana ianya mampu meningkatkan memori & kebijaksanaan.
Ini adalah salah satu kajian dari banyak lagi kajian yang telah dibuat bagi mengaitkan kecerdasan fizikal & kecerdasan otak kanak-kanak (fit kids = fit brains).
Sebagai scientist & researcher, saya memang suka baca article journal (sudah jadi habit). Tapi, sebagai seorang ibu, saya banyak gunakan “instinct” yang Allah kurniakan untuk mendidik anak-anak, provided ianya tidak melanggar hukum Allah & selari dengan suruhanNya.
Pernah dengar orang tua-tua berpesan yang budak yang tidak duduk diam ni anak yang bijak? Ya, orang tua-tua zaman dahulu sudah maju dalam menganalisis & berhipotesis berdasarkan pemerhatian.
Cumanya tidak dibukukan atau dijadikan artikel saja, jika tak, dah lama nenek moyang kita akan di “qouted” dalam penulisan & modul-modul perkembangan awal kanak-kanak.
Fitrah kanak-kanak adalah bermain, bergerak & tidak duduk diam. Mereka banyak tenaga, jadi dengan tidak duduk diam (lazim dilabelkan “buas/nakal”), tenaga yang banyak tu dapat dikeluarkan.
Jadi, sebagai ibu bapa, apakah peranan kita? Sepatutnya, kita bantu mereka salurkan tenaga mereka yang banyak tu ke arah yang lebih bermanfaat. Contohnya, sediakan ruang mereka untuk melompat, memanjat, bergayut, berlari dan sebagainya.
Beruntung jika rumah ada halaman atau ada ruang untuk beraktiviti diluar. Tapi, kalau rumah apartment seperti rumah kami yang tidak mempunyai halaman, adakah aktiviti fizikal anak-anak akan terbatas?
Jadi, disinilah peranan ibubapa untuk mewujudkan ruang untuk anak-anak supaya dapat beraktiviti fizikal biarpun ruang rumah yang sempit.
Kalau kawan-kawan masih ingat, kami pernah sediakan ruang memanjat & pull-up bar untuk harraz bergayut; tapi sekarang kami dah mampu sediakan “hallway monkey bar” untuk kami sekeluarga bergayut.
Alhamdulillah, berbekalkan modal RM100+, papa harraz DIY hallway monkey bar ni. Mulanya, mama teringin nak DIY brachiation bar, tapi memandangkan ruang rumah kami yang sempit, jadi papa pun usulkan idea ni.
Yang penting jimat ruang & kami sekeluarga dapat memanfaatkan sepenuhnya monkey bar ni (mama pun dipaksa bergayut).
Fit kids = fit brains!Mengikut kajian oleh Chaddock et al. (2014) yang diterbitkan dalam Journal Frontiers of Human Neuroscience, kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan fizikal yang tinggi cenderung memilki otak yang sihat & cerdas. Dipercayai juga bahawa aktiviti fizikal mampu meningkatkan "grey matters" di dalam otak dimana ianya mampu meningkatkan memori & kebijaksanaan.Ini adalah salah satu kajian dari banyak lagi kajian yang telah dibuat bagi mengaitkan kecerdasan fizikal & kecerdasan otak kanak-kanak (fit kids = fit brains). Sebagai scientist & researcher, saya memang suka baca article journal (sudah jadi habit). Tapi, sebagai seorang ibu, saya banyak gunakan "instinct" yang Allah kurniakan untuk mendidik anak-anak, provided ianya tidak melanggar hukum Allah & selari dengan suruhanNya. Pernah dengar orang tua-tua berpesan yang budak yang tidak duduk diam ni anak yang bijak? Ya, orang tua-tua zaman dahulu sudah maju dalam menganalisis & berhipotesis berdasarkan pemerhatian. Cumanya tidak dibukukan atau dijadikan artikel saja, jika tak, dah lama nenek moyang kita akan di "qouted" dalam penulisan & modul-modul perkembangan awal kanak-kanak.Fitrah kanak-kanak adalah bermain, bergerak & tidak duduk diam. Mereka banyak tenaga, jadi dengan tidak duduk diam (lazim dilabelkan "buas/nakal"), tenaga yang banyak tu dapat dikeluarkan. Jadi, sebagai ibubapa, apakah peranan kita? Sepatutnya, kita bantu mereka salurkan tenaga mereka yang banyak tu ke arah yang lebih bermanfaat. Contohnya, sediakan ruang mereka untuk melompat, memanjat, bergayut, berlari dan sebagainya. Beruntung jika rumah ada halaman atau ada ruang untuk beraktiviti diluar. Tapi, kalau rumah apartment seperti rumah kami yang tidak mempunyai halaman, adakah aktiviti fizikal anak-anak akan terbatas? Jadi, disinilah peranan ibubapa untuk mewujudkan ruang untuk anak-anak supaya dapat beraktiviti fizikal biarpun ruang rumah yang sempit. Kalau kawan-kawan masih ingat, kami pernah sediakan ruang memanjat & pull-up bar untuk harraz bergayut; tapi sekarang kami dah mampu sediakan "hallway monkey bar" untuk kami sekeluarga bergayut. Alhamdulillah, berbekalkan modal RM100+, papa harraz DIY hallway monkey bar ni. Mulanya, mama teringin nak DIY brachiation bar, tapi memandangkan ruang rumah kami yang sempit, jadi papa pun usulkan idea ni. Yang penting jimat ruang & kami sekeluarga dapat memanfaatkan sepenuhnya monkey bar ni (mama pun dipaksa bergayut �).Jadi, jika sebelum ini anak yang aktif & tidak duduk diam dilabelkan sebagai "buas & nakal", apa kata kita ubah persepsi tersebut dengan memainkan peranan kita sebagai ibubapa. Biasanya, anak yang diberikan peluang & ruang oleh ibubapanya, mereka faham & tahu limit/had untuk beraktiviti. Contohnya, harraz faham yang mama tak suka dia berlari-lari di tempat yang tak sesuai & bahaya (di jalan, di rumah sedara mara, di kawasan public-shopping complex etc). Dia juga faham dimana boleh memanjat & melompat sebab kami dah sediakan tempat sepatutnya kepada dia. Tapi, sebagai fitrah kanak-kanak yang suka bermain & bereksplorasi, seringkali juga harraz menduga tahap kesabaran mama & papa. Jadi, disinilah peranan mama & papa untuk sentiasa mengingati & ulangi "the dos & donts" kepada harraz setiap kali kami keluar. Insyallah jika kita terangkan dengan jelas secara berulang-ulang, anak-anak akan faham "guideline" kita. Oh selain artikel di atas, Glenn Doman juga sangat menggalakkan anak-anak dilatih untuk fit sedari baby lagi. Ada langkah-langkah serta stimulasi yang di ajar sesuai dengan umur anak-anak dalam buku beliau "Fit baby, smart baby, your baby: from birth to age 6".Ok, lepas ni, jom kita galakkan anak kita aktif & melasak sesuai dengan keadaan & ruang. Dan ajarkan juga anak adab & rasa hormat kepada orang lain dengan tidak melasak di tempat yang tidak sepatutnya (ya, kami masih struggle bab ni �)! Oh tak lupa juga semua pun yang kita usahakan bukanlah penentu kebijaksanaan & kesihatan anak-anak. Ianya hanyalah asbab, semua yang berlaku pun atas izinNya. By the way, seperti selalu yang saya pesankan, dont trust me & do your own reseach �Nota kaki: sepatutnya kecerdasan fizikal & otak ni haruslah berpanjangan sehingga tua, so jomlah kita sama-sama melompat, bergayut & berlari dengan anak-anak walaupun tiap-tiap kali disuruh papa, banyak betul alasan mama bagi �#fitkidsfitbrains#Harrazsidqi5y3m#Hareezsidqi2y#hallwaymonkeybar
Jadi, jika sebelum ini anak yang aktif & tidak duduk diam dilabelkan sebagai “buas & nakal”, apa kata kita ubah persepsi tersebut dengan memainkan peranan kita sebagai ibubapa.
Dia juga faham di mana boleh memanjat & melompat sebab kami dah sediakan tempat sepatutnya kepada dia. Tapi, sebagai fitrah kanak-kanak yang suka bermain & bereksplorasi, seringkali juga harraz menduga tahap kesabaran mama & papa.
Jadi, disinilah peranan mama & papa untuk sentiasa mengingati & ulangi “the dos & donts” kepada harraz setiap kali kami keluar. Insyallah jika kita terangkan dengan jelas secara berulang-ulang, anak-anak akan faham “guideline” kita.
Oh selain artikel di atas, Glenn Doman juga sangat menggalakkan anak-anak dilatih untuk fit sedari baby lagi. Ada langkah-langkah serta stimulasi yang diajar sesuai dengan umur anak-anak dalam buku beliau “Fit baby, smart baby, your baby: from birth to age 6”.
Ok, lepas ni, jom kita galakkan anak kita aktif & melasak sesuai dengan keadaan & ruang. Dan ajarkan juga anak adab & rasa hormat kepada orang lain dengan tidak melasak di tempat yang tidak sepatutnya (ya, kami masih struggle bab ni!)
Oh tak lupa juga semua pun yang kita usahakan bukanlah penentu kebijaksanaan & kesihatan anak-anak. Ianya hanyalah asbab, semua yang berlaku pun atas izinNya. By the way, seperti selalu yang saya pesankan, dont trust me & do your own reseach
Nota kaki: sepatutnya kecerdasan fizikal & otak ni haruslah berpanjangan sehingga tua, so jomlah kita sama-sama melompat, bergayut & berlari dengan anak-anak walaupun tiap-tiap kali disuruh papa, banyak betul alasan mama bagi.
Update: disertakan sekali bajet & diagram DIY hallway monkey bar by Hazwan Jalani keada sesiapa yang berminat nak buat sendiri.
Kebaikan ayat-ayat Al Quran tidak dapat dinafikan. Setiap satu darinya mempunyai manfaat tersendiri dan boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian. Begitu juga ketika kita mahu mendidik anak-anak. Boleh guna ayat-ayat Al Quran untuk menceritakan tentang nilai-nilai murni kepada mereka.
Salah satu surah yang boleh kita jadikan rujukan untuk mengajar anak adalah Al Fatihah. Ayat-ayat di dalam surah ini cukup sempurna untuk mendidik mereka.
Allah ajar kita dalam surah Al Fatihah cara-cara mendidik anak. Sempurna. Cuma perlu ikut sahaja ‘manual’ yang Allah beri.
* Ajar anak mentauhidkan Allah * Ajar anak bersyukur * Ajar anak bersifat Rahman dan Rahim * Ajar anak hakikat apa yang ada itu tidaklah kekal milik kita * Hanya Allah yang disembah dan Allah sahaja yang memberi pertolongan * Ajar anak cara berdoa iaitu paling utama minta Allah tunjuki jalan yang lurus iaitu jalan orang yang Allah kasih, reda dan beri nikmat. Bukan jalan orang yang Allah murka (marah).
1. Biismillah. Orang yang merasa bertuhan tidak akan berani berbuat kesalahan.
Pertama sekali, perlu ajar anak ilmu ketauhidan. Bahawa Allah itu ada sebagai Tuhan. Segala perlakuan kita adalah dengan izin dan rahmat kasih sayang Allah. Mereka yang melakukan segala perbuatan dengan menyedari bahawa Allah Maha Melihat tidak mungkin melakukan kesalahan.
Tetapi sebelum itu kita sebagai ibu bapa perlulah menghayati terlebih dahulu rasa bertuhan. Barulah ilmu itu akan mudah mengalir kepada anak melalui perbuatan dan tauladan.
2. Alhamdulillah, kita bersyukur dengan nikmat Allah. Ajarkan anak bersyukur.
Anak-anak itu anugerah yang wajib kita syukuri. Mereka adalah hadiah yang paling sempurna Allah berikan kepada kita. Tidak ada ibu bapa yang sengaja ‘merosakkan’ akhlak anak dan pastinya kita mahu yang terbaik untuk anak.
Ajarkan juga anak untuk bersyukur, ucapkan terima kasih kepada Allah. Supaya mereka tahu, segala nikmat dan kebahagiaan yang ada semuanya adalah milik dan pemberian Allah.
3. Rahman Rahim. Ajarkan siapa Allah itu yang bersifat Rahman dan Rahim.
Penekanan Rahman dan Rahim juga adalah penting dalam kita mendidik anak. Mana mungkin kita dapat mendidik dengan baik jika kita sendiri sebagai ibu bapa tidak memiliki sifat Rahman dan Rahim.
Dengan Sifat Rahman dan Rahim Allah maka kita dapat hidup dengan baik dan gembira di dunia ini. Dengan sifat Rahman dan Rahim Allah maka kita diberi nikmat yang banyak. Anak kita jika ditanam sifat pengasih dan penyayang, maka akan membesarlah mereka menjadi manusia yang baik akhlaknya, bertoleransi, mulia hatinya dan punya empati yang tinggi.
4. Suatu hari nanti akan ada penamat kita iaitu hari kematian. “Maliki yaumiddin”. Kuasa Allah sahaja yg mampu mewujudkan “Yaumiddin” Hari Pengakhiran, Hari Pembalasan.
Fahamkan pada anak bahawa semua yang kita ada tidaklah kekal selamanya. Akan hilang dan pergi jua bila sampai masa. Jika anak faham akan hakikat itu, mereka juga perlu diajar tentang mengurus emosi bahawa setiap perkara itu juga berlaku dengan hikmah. Hikmah yang ditentukan oleh Malik (raja) bersifat Rahman dan Rahim.
Ajarkan kepada anak juga mengenai Hari Pembalasan iaitu hakikat Syurga dan Neraka.
5. Setelah kita ajarkan pada anak bahawa Allah sahaja selayaknya disembah (iyyaka na’budu) maka ajarlah anak-anak minta pertolongan dari Allah (iyyaka nastaeen).
Nescaya sekiranya kita menjadi mu’min yang beramal soleh taat pada Allah, apa sahaja permintaan (doa) kita akan Allah kabulkan.
Surah ini juga mengajar kita bahawa dalam mendidik anak kita perlu ajar anak hakikat bahawa “buatlah kebaikan, Allah akan tolong orang yang selalu buat kebaikan”.
6. Dan Allah ajar apa yg perlu kita minta utama sekali adalah (ihdinas sirat al mustaqeem). Tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan yang Allah rahmat, jalan yang Allah redha. Perlu ajar anak sentiasa doa pada Allah agar dipelihara hidup.
Dan mintalah segala kebaikan sebagaimana umat terdahulu yang Allah beri nikmat bukan jalan orang terdahulu yang Allah laknat.
InsyaAllah jika semua manual ini diikuti dalam kita mendidik anak, kitalah ibu bapa yang akan berbahagia bukan sahaja di bumi tetapi juga di Syurga Allah.
Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu ayah dalam mendidik anak-anak menjadi individu yang terbaik. Dalam surah Al Fatihah ternyata banyak manfaat yang boleh kita jadikan rujukan dan jadikan contoh semasa membesarkan mereka. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum si kecil hadir, apa kata ambil peluang untuk bercuti berdua dengan pasangan. Percutian ini, dikenali sebagai babymoon, semakin popular di kalangan bakal ibu bapa yang ingin menikmati masa berkualiti bersama sebelum kehidupan berubah dengan kehadiran bayi.