Anak anda sudah pandai menipu? Tidak dapat dinafikan memang ada banyak faktor anak menipu. Tahukah ibu bapa bahawa salah satu faktor anak-anak sudah pandai menipu adalah disebabkan hasil sikap ibu bapa sendiri.

Ibu Ayah Kalau Tak Nak Anak Menipu

Apabila ibu bapa ada sikap suka marahkan anak gila-gila (menjerit, memperkecilkan anak, melabel, menghina, menghempas barang, mengherdik dan mengguna kekerasan fizikal) setiap kali dan setiap masa.

Anak-anak TIDAK LAHIR sebagai penipu dan TIDAK BELAJAR jadi penipu dalam semalaman. Menipu adalah skil TERPELAJARI dan malangnya, ibu bapa atau penjaga utama anak sendiri adalah guru menipu yang paling berkuasa, tanpa sedar.

Ibu Ayah Kalau Tak Nak Anak Menipu,  Bila Anak Buat Salah, Elak Marah Sampai Jerit-jerit

Kajian University of Washington yang di terbitkan dalam Journal Cognitive Development mereka mendapati, anak-anak semuda 15 bulan:

☑️ Boleh mengesan emosi marah bila melihat interaksi sosial orang sekeliling walaupun belum faham nama emosi tersebut ialah ‘marah’ . Mereka menggunakan informasi emosi tersebut sebagai panduan peribadi mereka.

☑️ Berkebolehan menggunakan pelbagai signal emosi dan penglihatan dari sekeliling untuk faham PUNCA kelakuan seseorang.

☑️ Mempunyai fahaman canggih tentang dunia sosial dan reaksi manusia MENDAHULUI kemahiran bercakapnya.

Bila Anak Buat Salah, Elak Marah Sampai Jerit-jerit

Maksudnya apa? Contohnya begini:

Anda mempunyai sikap suka jerit-jerit dan baling-baling barang bila sedang marah. Anak kecil anda sering melihat anda jerit-jerit dan baling-baling barang bila marahkan abangnya yang seringkali sepah-sepahkan mainan di seluruh rumah. Dia melihat abangnya menangis ketakutan setiap kali dimarahi.

Maka anak kecil anda yang telah menonton perbuatan ini beberapa kali akan faham: jerit-jerit dan baling-baling barang ialah perbuatan emosi marah ➕ sepah-sepahkan mainan itu punca yang buat mak marah ➕ abang menangis ketakutan itu akibat bila kena marah.

Bila anak faham ciri-ciri orang yang sedang marah ➕punca atau perkara yang boleh buat orang jadi marah ➕ akibat bila seseorang marah ➡️ Anak akan cari jalan untuk ‘selamatkan’ dirinya dari situasi tersebut dengan MENGUBAH KELAKUANNYA agar terlepas dari dimarahi.

Anak akan mencari jalan mengelak dari dimarahi antaranya dengan menafikan perbuatan, mengubah cerita kejadian sebenar malah menuduh orang lain sebagai pelaku. Ia menyedihkan kerana anak belajar menipu demi menyelamatkan dirinya dari ibu bapanya sendiri. Tambah menyedihkan jika anak-anak di marahi dua kali ganda teruk bila ibu bapanya mendapat tahu bahawa dia menipu demi menyelamatkan diri.

Hasilnya? Anak belajar menipu dengan yang lebih hebat, seiring masa. Jadi, bagaimana cara untuk buat anak tahu bahawa kita marah atau tidak suka dengan perbuatannya tanpa buat anak rasa teruk tentang dirinya sendiri dalam masa yang sama?

Ibu Ayah Kalau Tak Nak Anak Menipu,  Bila Anak Buat Salah, Elak Marah Sampai Jerit-jerit

DISIPLINKAN PERBUATAN ANAK, BUKAN EMOSI ANAK.

IKLAN

Dua contoh situasi:

Anda menjumpai cermin mata anda yang telah dipatahkan anak dan disorokkan anak untuk elak dimarahi oleh anda. Dua hal ini pasti akan berlaku:

a. Kecewa dengan perbuatan anak yang menyorokkan cermin mata tersebut sehingga menyusahkan anda mencari sehingga berhari-hari.

b. Kecewa kerana anak takut nak mengaku dan berkata benar kepada anda.

Anda hanya perlu INGAT:

– EMOSI jujur anak TIDAK PATUT di hukum. Yang patut di hukum atau didisiplinkan ialah PERBUATAN salahnya. Maka ,fokus kepada betulkan perbuatannya berbanding menghukum emosinya:

☑️ SAHKAN perasaan takut anak.

☑️ BERITAHU perasaan sebenar anda tentang perbuatan anak menyorokkan cermin mata anda.

Misalnya:

IKLAN

“Mama faham abang tak mengaku sebab abang takut mama marah atau sedih. Tapi bila mama tak jumpa cermin mata mama, mama susah nak buat kerja sebab mata mama tak nampak. Banyak kerja office mama tak dapat siapkan”

Kemudian..Sambung perbincangan kalian tentang bagaimana cara anak boleh berterus-terang kepada anda dengan rasa selamat.

MULAKAN dengan cari punca anak takut nak berterus- terang kepada anda. Misalnya dengan bertanya:

“Abang takut nak bagitahu mama sebab mama suka menjerit ke kalau mama marah?”
Kemudian….➡️➡️➡️➡️ Buat perjanjian 2 hala tentang cara kedua pihak boleh perbaiki keadaan di masa hadapan :

” Mama minta maaf sebab buat abang takut bila marah jerit-jerit. Mama janji mama tak akan marah jerit-jerit kalau abang mengaku silap. Abang pula kena janji kena cakap jujur dengan mama lepas ni, OK?”

Kemudian….➡️➡️➡️➡️Tunjuk akibat (consequences) perbuatan anak dan bimbing anak cara untuk memperbaiki atau bertanggungjawab atas kesilapannya.

Misalnya:

” Sebab kerja mama banyak tak siap dan esok bos mama suruh hantar, so abang kena sama-sama tolong mama ye. Mama tanda kertas, abang pula tolong check kalau ada bahagian yang mama terlupa nak tanda, ok?”

IKLAN

***Pastikan anda pegang janji untuk bertenang bila anak mengaku silapnya di masa hadapan. Usah musnahkan kepercayaan anak dengan tetap berperangai marah gila-gila.

***Ucapkan penghargaan anda kepada keberanian dan kejujuran anak, setiap kali.

***Kesilapan dan kecuaian tak boleh dielakkan, maka bimbing anak tentang cara untuk kurangkan sikap cuainya. Dan, sentiasa sabar tunjuk cara baiki kesilapan-kesilapan barunya di masa hadapan. Ingat, kita juga tak sempurna dan kita juga tidak serba tahu tentang semua perkara.

Ibu Ayah Kalau Tak Nak Anak Menipu,  Bila Anak Buat Salah, Elak Marah Sampai Jerit-jerit

APA PUN, YANG PENTING:

Marah teruk-teruk atau gila-gila TIDAK ADA NILAI PELAJARAN POSITIF buat anak.

*Anak belajar ‘direct’ dari tingkahlaku anda bahawa cara untuk menggendali rasa marah, sedih dan kecewa itu adalah dengan cara menyakiti orang lain.

*Anak kecil tiada kemahiran menyelaraskan emosi yang baik seperti orang dewasa. Mereka AMAT BERGANTUNG kepada orang dewasa untuk bantu dia melaras emosinya.

Cuba bayangkan jika anda dan rakan-rakan berada di dalam sebuah situasi cemas. Kalian mengharapkan seorang ketua yang dapat mengawal situasi. Tentulah kalian rasa lebih tenang dan fokus bila ada ketua yang tenang berbanding yang jenis menggelabah ayam kan?

Begitulah perumpamaannya anak yang bergantung harap kepada orang dewasa dalam mengawal sesuatu situasi.

Yang rasa puas bila dapat marah gila-gila ini cuma orang dewasa saja. Anak kecil yang di marahi pula tak lebih dari sekadar ‘punching bag’ yang tak dapat apa-apa selain rasa teruk tentang diri sendiri. Ini salah satu bentuk penderaan verbal (lisan): “Emotional abuse happens when a child is repeatedly made to feel worthless, unloved, alone or scared” :kishelpline Australia.

Marah yang terkawal dan penuh sivik itu = satu bentuk pendidikan berkesan. Marah gila-gila ikut emosi itu = satu bentuk penganiayaan.

Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASS
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION

NOTA: Artikel ini diolah daripada artikel asal Pa & Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI