Banyak kemahiran yang boleh dipelajari dengan bermain. Walaupun kadang-kadang kita rasa bersepah je bila nak main atau tak larat nak layan anak bermain. Tapi ingat semula yang mereka lakukan itu adalah untuk belajar.
Jika kita inginkan anak dapat banyak A dalam exam di sekolah, kita sanggup untuk hantar anak ke tuisyen atau dapatkan private teacher untuk mengajar anak tapi adakah kita cukup berusaha untuk meningkatkan kemahiran asas diawal hidup anak-anak dengan hanya bermain yang mana kemahiran asas ini boleh membuatkan anak excellent di sekolah nanti.
Jangan nafikan hak mereka untuk belajar semasa bermain. Jomlah luangkan main dengan anak walaupun sekejap kerana banyak kelebihannya nanti.
Kalau nak anak petah dan bijak, anda boleh tiru cara Tomok & isterinya, Ayu Abas lakukan kepada Arrian dan Andra sejak kecil. Paling menarik ialah bagaimana mereka didik dua adik beradik ini fasih berbahasa Inggeris!
“Rangsangan dan stimulasi menerusi pelbagai cara memang membantu bayi dan kanak-kanak mengembangkan potensi dan kebolehannya.Persekitaran dan orang sekeliling khususnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka pada masa akan datang.”
Siapa tidak pernah mendengar keletah anak-anak Tomok, Arrianshah Akid, dan Andrashah di laman Instagram Tomok. Dua-duanya petah bijak mencairkan hati yang menontonnya. Apa rahsia didikan Tomok dan isteri sehingga Arrian fasih berbahasa Inggeris?
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail walau pun mempunyai jadual yang padat sentiasa memastikan pembelajaran dan perkembangan anak. Kekangan masa dan sering out station mengehadkan tumpuan kepada anak-anak tetapi peranan isteri, Ayu Abas yang tidak bekerja membolehkan dia menumpukan sepenuh masa mendidik dan menguruskan anak-anak.
SELALU LUANG MASA BERSAMA
Keluarga kecil ini selalu meluangkan masa bersama di rumah dan dalam aktiviti luar rumah. Tomok sendiri mengakui jika tiada tugasan luar atau show, dia akan menghabiskan masa dengan keluarga di rumah. Apabila lebih banyak masa dengan anak, mereka akan rasa dihargai dan disayangi. Ini secara tidak langsung akan menjadikan anak-anak lebih yakin kepada diri sendiri.
Pertuturan dalam bahasa Inggeris dimulakan dari awal lagi. Ini kerana minda bayi dan kanak-kanak seperti span, mudah menyerap. Biar pun belum mampu menuturkan, ia disimpan dalam minda mereka. Amalan betutur dalam bahasa Inggeris dari awal menyebabkan Arrian dan Andra tidak kekok berbahasa Inggeris.
MEMBACA BUKU BAHASA INGGERIS
Membaca jambatan ilmu. Pembacaan buku berbahasa Inggeris amat membantu pengayaan tatabahasa dan sebutan Arrian dan Andra. Tomok dan Ayu tidak lupa melakukan aktiviti ini bersama kedua-dua anak mereka.
Pretend play atau main peranan adalah cara pembelajaran yang menyeronokkan. Ia juga turut dilakukan oleh Ayu kepada Arrian dan Andra. Anak-anak boleh berlakon menjadi apa jua watak yang disukai dan menuturkan dialog-dialog dalam bahasa Inggeris. Anak-anak juga boleh menjadi kreatif dengan mempelbagaikan watak dan penggunaan alat.
Ramai ibu bapa gemar bersikap overprotective pada anak masing-masing. Ya betul kita sayangkan anak. Tapi biarlah sikap tersebut pada situasi yang sesuai seperti bimbang keselamatan atau kebersihan anak. Bukannya overprotective sampai anak tak boleh explore dunia persekitarannya. Bimbang ada kesan pada anak itu sendiri.
“I memang pantang kalau orang tak berapa kenal nak pegang-pegang baby I. Risau la tangan kotor nanti anak kita terjangkit kuman pulak.”
Wah, cerewetnya ibu ini! Memang tak salah kalau kita nak lindungi anak daripada perkara buruk tapi kalau overprotective bimbang pula dikecam orang lain. Lebih teruk akibat sikap terlalu melindungi kita, ia memberi kesan pada perkembangan anak.
Kalau sudah bergelar ibu bapa, anak adalah keutamaan kita. Semuanya nak yang terbaik untuk anak termasuklah bab keselamatan, keselesaan dan kesenangan apatah lagi kalau anak masih bayi. Kalau boleh jangan ada nyamuk yang berani gigit pipi anak kita.
Tapi tanpa kita sedari, kadang-kadang sikap terlalu melindungi anak hingga berlebihan boleh mendatangkan kesan lain untuk jangka masa panjang terhadap perkembangan si kecil. Apakah dia?
1. Anak jadi terlalu manja
Anak kecil memang terkenal seorang yang manja tapi kalau terlebih manja, orang lain pun boleh ‘lemas’ tengok. Bila dari kecil semua ibu nak lindungi dan tak bagi buat, dia akan membesar sebagai anak yang terlalu manja.
2. Anak jadi penakut
Oleh kerana dah terbiasa membesar di bawah lindungan ibu ayah, maka anak membesar sebagai seorang yang tak berani mencuba sesuatu perkara baru. Dia sentiasa takut dan mahukan perhatian daripada ibu.
3. Anak mengada-ngada
Bila makin besar dan anak ada sikap mengada-ngada, ia boleh mengundang rasa meluat orang lain. Maklumlah dah terbiasa dilindungi oleh ibu sejak dari bayi lagi, sudahnya semua benda nak ‘bersuap’.
4. Anak tak berdikari
Apa pun tak reti nak buat termasuk tuang air minuman di cawan sendiri sebab dari kecil semua ibu sediakan dan tak bagi anak belajar buat sebab takut air tumpah dan terkena tangan anak. Bimbang anak tercedera, akibatnya anak tak pandai berdikari!
5. Anak kurang kawan
Tanpa disedari sikap overprotective kita telah menjadikan anak kurang disenangi oleh kawan sebayanya. Kesannya anak akan kurang mempunyai kawan kerana mereka rasa bosan berkawan dengan anak kita yang serba-serbi hendak orang dengar cakap dia.
6. Anak sentiasa nak menang
Oleh kerana terlalu dimanjakan dan dilindungi, si kecil mungkin mudah mendapat apa yang diinginkan. Bila semakin besar dan bermain dengan kawan-kawan, dia sentiasa nak menang sahaja. Langsung tak pandai nak mengalah dan bertolak-ansur!
Sikap bersederhana dalam semua perkara termasuk bab mendidik anak adalah cara yang terbaik. Melindungi anak daripada bahaya biarlah berpada-pada. Sesekali biarlah dia menjadi lasak dan merasa bermain ‘kotor’ supaya dia belajar banyak perkara. Jangan sampai anak membesar dengan sikap yang negatif. Kasihan dia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa tiada idea untuk nak ajar anak bercakap. Alasannya nanti bila cakap banyak anak tak faham lagi. Jadi cara paling mudah ibu bapa buat adalah dengan tunjukkan buku, sebut ABC, 123, bagi anak mewarna dan tunjukkan gambar-gambar.
Perkongsian dari Patologis Pertuturan, Aishah Kassim sangat membantu dan boleh membuka minda kita sebagai ibu bapa.
Ramai ibu bapa tak sedar cara yang dipraktikkan ini membataskan anak-anak untuk lebih mengembangkan lagi skil komunikasi. Bila ibu bapa hanya melabel sahaja, anak susah nak belajar buat ayat.
Ini kerana jika hanya bergantung kepada nama objek semata-mata, macam mana anak nak belajar buat ayat kan? Jadi kita kena pelbagaikan perkataan yang dicakapkan pada anak.
Macam-macam perkataan ibu bapa boleh guna dan praktikkan pada anak masa bercakap. Contoh seperti gambar di bawah. Jadi masa bercakap dengan anak tu bolehlah sebut jenis perkataan ini.
Masukkan sekali dalam ayat yang kita sebut. Contohnya masa basuh tangan
– buka paip air
– gosok tangan
– picit sabun
– sejuknya air
– letak sabun kat sinki
Apa-apa sahaja ayat yang sesuai masa tu barulah anak akan belajar banyak perkataan dan yang penting pelbagaikan.