Setiap ibu bapa inginkan anak-anak yang cemerlang dan cerdas belajar terutama di tadika. Lazimnya pada usia lima tahun, si manja akan mengikuti pendidikan awal kanak-kanak di tadika. Pelbagai aktiviti pembelajaran diterima di sini.
Ia termasuklah pengajaran mengenai nilai-nilai murni sebagai seorang umat Islam. Ia disokong dengan pelbagai kisah sirah dan akhlak Rasul dan Nabi sebagai contoh unggul dalam sejarah peradaban manusia. Di sinilah bermulanya detik pendidikan pra formal anak anda.
Bagaimanapun sebelum menghantar anak ke tadika, mama digalakkan menunjukkan kasih sayang pada anak. Sudah tentu si manja bahagia dengan curahan cinta dan kasih sayang daripada mamanya.
Aura kasih sayang yang ditunjukkan bukan hanya membuatkan si manja membesar dengan peribadi yang mulia, malah akan mempengaruhi perkembangan otaknya. Cara ini secara tidak langsung akan merangsang minda positif dengan lebih efektif di tadika.
Jom baca 8 rahsia ini supaya anak mudah menerima pembelajaran di tadika.
1.Berikan ciuman di pipi dan katakan, “Assalamualaikum sayang. Sekarang waktu untuk bangun.” Suasana ceria ini akan memberi mood kepada si manja.
Ads
2.Beritahu si manja bahawa sarapan telah dihidangkan di atas meja. Jika anda mahu membuat kejutan, katakan kepadanya, “Sayang mesti suka dengan sarapan pagi, hari ini.”
Berbicara hal-hal yang positif supaya si manja berasa dirinya dihargai dan rasa bahagia. Luangkan masa sejenak untuk berbicara dengannya walaupun di dalam kereta.
4.Berikan anak pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
5.Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran.
6.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berikan pujian, ciuman, hadiah sampingan atau sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
7.Elakkan mengeluh kerana anak. Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah anda mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak menganggap dirinya sebagai beban.
8.Berikan ciuman selamat malam kepada si manja. Ciuman adalah sebagai tanda kasih sayang anda kepadanya. Sambil cium dahinya, usap kepala anak. Bacakan doa yang baik-baik. Doa ibu sangat mustajab.
Ads
Tip anak cemerlang
Sentiasa berdoa untuk mendapat anak yang soleh.
Pastikan anak-anak makan sebelum waktu solat Maghrib.
Galakkan anak makan buah-buahan sebelum makan nasi.
Sentiasa memuji anak menjadi insan yang cemerlang.
Ajar anak tidur mengiring ke kanan agar otak lebih pintar.
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak masuk umur dua tahun maka mama ayah terpaksalah menghadapi fasa ‘teribble two”. Fasa di mana anak mula sedar dia juga mampu membuat keputusan, membuat pilihan sendiri. Fasa ini menampakkan anak sedang bergelut antara kebergantungan pada ibu bapa dan keinginan mereka untuk berdikari.
Anak yang dulunya baik, mendengar kata kini tidak lagi tapi bukan bermakna anak itu nakal dan tidak beradab. Di sini lah peranan ibu ayah sangat penting dalam mendidik anak dengan beradab. Ikuti perkongsian daripada doktor pedeatrik ini.
“Ada tips tak macam mana nak handle toddler (usia 2 tahun) bila mengamuk baling barang dan gigit orang?”
Pertama sekali, kita fahamkan dulu, anak usia 2 tahun ni masih dalam fasa ARE, iaitu:
i. Autonomous Decision – mereka suka buat keputusan sendiri tanpa hirau kata-kata kita
ii. Reptile Brain – anak kita lebih dikuasai oleh ‘reptile brain’ ataupun ’emotional brain’. Jadi, si kecil mudah meledak dan mengamuk tanpa berfikir panjang
iii. Egocentric – anak kita dilihat pentingkan diri sendiri dan susah berkongsi
Fasa ini akan berterusan antara usia 2-4 tahun. Selepas tu, fasa ni akan berlalu.
Jadi, kitalah (mak ayah) yang kena berlapang dada bila anak dalam fasa ni.
Sementara tu, saya kongsikan satu-sati apa yang perlu dibuat.
Tugas mak ayah ialah:
Bertenang dan tak marah pada anak
Ajar anak nama anggota badan sampai dia kenal. Contohnya, tangan.
Ajar berulang kali fungsi tangan anak yang sebenar. Contohnya:
Tangan untuk pegang bola, untuk makan, untuk pegang cawan
Ajarkan anak batasan perlakuan (boundaries)
Memukul itu tak dibenarkan
Tak boleh baling barang
Ulang semula fungsi tangan “Hand is for you to eat, to drink, to draw.”
Pantau konten rancangan TV/gajet yang anak lihat.
Ia satu proses yang memakan masa tapi inilah tertib mendidik anak yang sesuai mengikut usia.
Baru saja pulang dari menunaikan ibadah haji, Fizo Omar memberitahu ianya pengalaman yang memberikan seribu satu makna kepada dirinya dan kehidupannya kini lebih tenang.
Berkongsikan doanya ketika di Tanah Suci, dia meminta agar diberikan kebahagian serta hubungannya dengan bekas isteri, Mawar Karim kekal baik meskipun tidak lagi bergelar suami isteri.
“Saya lalui pelbagai ujian dalam kehidupan dan rumah tangga, jadi saya doakan agar apa pun yang jadi antara saya dan Mawar biarlah anak kami iaitu Maryam jadi anak solehah dan bakal membimbing tangan ibu dan ayahnya ke syurga akhirat kelak,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Fizo juga turut mendoakan semoga dia dan Mawar ditemukan dengan pasangan terbaik dan hubungan mereka sebagai ibu bapa Maryam akan kekal sampai bila-bila.
“Saya juga doakan juga semoga Mawar jumpa suami terbaik dan begitu juga dengan saya, mungkin kami akan pasangan lain selepas ini namun saya amat berharap agar silaturahim sebagai ibu bapa Maryam berkekalan sehingga akhir hayat,” katanya.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 namun bercerai pada Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam kini berusia setahun.
Sumber: Mstar Online & ig Fizo Omar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Si kecil selalu ingin berdikari untuk minum sendiri dengan menggunakan cawan atau penyedut minuman .
Mungkin ada ibu bapa yang memberikan anak minum air dan susu dengan botol susu kerana ia lebih mudah. Tiada lelehan dan tumpahan yang perlu dibersihkan. Selepas tahu kebaikan ini, anda bolehlah perlahan-lahan mengurangkan penggunaan botol susu. Biarkan si kecil minum dengan cawan dan penyedut minuman pula.
Menurut Aisyah Rozalli, Juruterapi Cara Kerja, GymCademy Melaka, kedua-dua perbuatan ini baik untuk membantu perkembangan pertuturan, oral motor, latihan pernafasan dan sebagainya.
MINUM DENGAN CAWAN
Bila anak ingin minum air pada cawan berbanding botol, itu tandanya anak makin membesar dan ingin mencuba sesuatu yang baru! Air tumpah, terpercik atau lelehen terkena pada pakaian mungkin akan berlaku.
Tetapi sabarlah kerana ini adalah fasa yang perlu dilalui si kecil untuk memahirkan beberapa elemen penting untuk perkembangan dirinya. Antara kebaikan yang diperolehi daripada perbuatan minum air pada cawan ialah:
Merangsang koordinasi oral motor.
Menggalakkan stimulasi visual spatial di mana si manja boleh melihat berapa banyak air yang tinggal di dalam cawan.
Meningkatkan kekuatan tangan dan kawalan tangan dengan menganggar berapa banyak kekuatan perlu dijana untuk menggerakkan cawan ke mulut.
MINUM MENGGUNAKAN PENYEDUT MINUMAN
Apabila berpeluang makan di luar, maka si kecil pun sibuklah untuk minum. Ia memberikan banyak faedah asalkan minuman yang diminum bukan minuman ringan, terlalu manis atau terlalu panas. Risiko air tumpah dan mengotorkan baju memang ada, jadi anda perlu siap sedia sepasang lagi baju semasa keluar makan di luar sebagai ganti.
Ambil langkah berhati-hati kerana penyedut minuman juga boleh melukakan tekak sekiranya dimasukkan terlalu dalam. Sebaik-baiknya ajar si kecil sedut pada hujungnya sahaja. Ini adalah masanya untuk anda menyediakan sebuah botol dengan isian air kosong sebagai bekalannya semasa keluar.
Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti minum menggunakan penyedut minuman ialah:
Rangsangan sensori proprioseptif di dalam mulut semasa menyedut. Ini meningkatkan kesedaran pergerakan lidah, bibir dan pipi.
Kawalan lidah dan rahang semasa minum.
Melatih penafasan semasa menghisap dan menelan.
Menggalakkan rangsangan oral motor yang membantu si kecil yang cerewet makan atau tiada selera makan.
Melangkah masuk ke kediaman mewah ini sudah cukup buat sesiapa teruja. Gabungan dekorasi eksklusif, sentuhan landskap ala resort, dan suasana rumah yang begitu “hidup” menjadikan setiap ruang seolah-olah bercerita tentang gaya hidup si pemiliknya yang penuh warna dan inspirasi.