Mak ayah kena tahu 3 jenis learning style ni. Setiap anak cara belajarnya tak sama. Salah cara ajarnya, risau boleh makin tercicir anak nanti.
1 – Visual
Paling ramai jenis visual. Lebih kurang 65 peratus kanak-kanak dalam kategori ni. Selalu nampak mereka ni macam kuat berangan, termenung & susah fokus belajar.
Mereka ni hebat belajar jika ada :
– warna
– bentuk
– riak muka
– corak
– tempat menarik
– bahasa tubuh
– gambar
– video
– peta
– graf
– jadual
2 – Auditory
Telinga paling sensitif adalah auditory learner. Sekitar 30 peratus kanak-kanak dunia, dan cara mereka belajar adalah dengan mendengar.
Cara terbaik auditory belajar ialah :
– arahan
– kata-kata
– muzik
– bunyi bunyian
– irama
– peraturan
– audio book
– perbualan
– tukar pendapat
– bercakap
Ads
3 – Kinestetik
Hanya sekitar 10 peratus sahaja tapi mereka ini la yang paling bertenaga & paling aktif sekali berbanding lagi dua di atas. Susah nak duduk setempat, ramai orang tak faham & tahan nak ajar anak kinestetik.
Sebab mereka ni kalau nak belajar kena ada :
– gerakan
– aktiviti
– hand on
– sentuhan
– stimulasi fizikal
– praktikal
– buat sendiri
– kaitan dengan diri
– cabaran
Ads
Setiap anak yang normal pasti ada ketiga-tiga deria visual, auditory & kinestetik ni. Cuma selalunya hanya satu sahaja yang paling dominan & paling besar pengaruh dalam gaya belajar anak..
Eh, beruntung dapat tahu apa learning style dominan anak sejak dari awal. Learning style ni ibarat dapat tahu ‘formula rahsia’ untuk anak jadi orang yang hebat kelak.
Wallahu a’lam…
“Setiap anak punya potensi luar biasa. Yang diperlukan hanyalah sokongan, bimbingan, dan keyakinan.”
Dalam dunia yang serba pantas ini, mudah untuk kita terlepas pandang akan bakat dan potensi anak-anak kita. Namun kisah yang dipaparkan oleh saluran Bintang Kecil dalam video mereka bertajuk “WAHHH! Dari Karangan Biasa Jadi Johan Kebangsaan Puisi Dalam Lagu!” memberi satu tamparan lembut kepada kita semua – bahawa bakat luar biasa boleh lahir dari tempat yang paling biasa.
Kejayaan tidak semestinya lahir dari kelebihan luar biasa sejak awal. Dalam video ini, dikongsikan kisah seorang anak yang hanya bermula dengan sebuah karangan biasa. Tetapi, dengan dorongan yang betul, ia dikembangkan menjadi karya seni yang memukau – hingga berjaya menjuarai peringkat kebangsaan dalam pertandingan Puisi Dalam Lagu.
Ini menunjukkan bahawa setiap hasil kerja anak – walaupun nampak kecil atau ‘biasa’ – boleh menjadi permata yang bersinar jika diberi perhatian.
Di sebalik kejayaan ini, pasti ada ibu bapa yang sabar, mendengar, dan memberikan ruang untuk anak berkarya. Ibu bapa yang percaya bahawa suara hati anak perlu diraikan, bukan diperkecilkan. Yang meluangkan masa membaca karangan anak, yang memberi galakan, bukan kritikan semata-mata.
Kita sebagai ibu bapa perlu menjadi penyokong nombor satu anak-anak kita. Keyakinan mereka terhadap diri sendiri banyak bergantung kepada bagaimana kita menyokong mereka sejak kecil.
Pertandingan Puisi Dalam Lagu bukan sekadar tentang berseni, tetapi juga memartabatkan bahasa Melayu. Melalui karya ini, anak-anak dididik untuk mencintai bahasa ibunda mereka, serta mengekspresikan emosi dan pemikiran dalam bentuk yang kreatif dan bermakna.
Kisah ini memberi inspirasi bukan sahaja kepada anak-anak untuk terus berkarya, tetapi juga kepada ibu bapa – bahawa dengan kasih sayang, galakan, dan perhatian, anak-anak kita mampu terbang tinggi, walau bermula dari satu langkah kecil.
Setiap anak adalah bintang kecil – yang menunggu untuk bersinar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebaikan bawa anak-anak ke taman permainan, bagus untuk perkembangan deria dan fizikal. Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk kita sentiasa membawa anak-anak ke taman permainan, sama ada indoor atau outdoor.
Ini kerana di situ, terdapat banyak rangsangan deria utama yang penting untuk perkembangan mereka. Elakkan daripada membiarkan anak-anak ‘hanyut’ dalam dunia sendiri dengan bermain gajet. Sebaliknya, rajin-rajinlah membawa mereka ke taman permainan untuk menggunakan segala rangsangan deria serta mengeluarkan peluh.
Saranan ini adalah perkongsian oleh Puan Liyana Raya, seorang Pakar Terapi Cara Kerja, sebagai rujukan untuk semua ibu bapa.
Berikut adalah antara perkongsian beliau:
Kepentingan Taman Permainan
Membawa anak ke taman permainan sekerap yang mungkin sangat penting kerana di situlah terdapat banyak rangsangan untuk deria utama dalam perkembangan anak-anak. Malah kita sendiri pun, semasa kecil, banyak menghabiskan masa di taman permainan. Ingat lagi tak, hampir setiap hari kita bermain di sana?
Di taman permainan, otot dan sendi anak-anak dirangsang. Ini menjadikan mereka kuat. Mereka boleh menulis dengan baik kerana ‘core muscles’ di bahagian dada, belakang, dan bahu mendapat ketahanan yang tinggi, sekaligus membantu menahan otot ini daripada mengganggu fungsi jari jemari ketika menulis.
Anak-anak zaman sekarang, apabila menulis dan menggunting, kebanyakan mereka tidak tahu menggunakan otot yang mana. Ini menyebabkan mereka suka mengangkat bahu dan siku ketika melakukan aktiviti penulisan dan menggunting. Penulisan bukan hanya tentang pen dan kertas semata-mata!
Masalah Kurang Rangsangan Otot dan Sendi
Kurangnya rangsangan terhadap otot dan sendi adalah punca masalah ini. Taman permainan juga membantu menyeimbangkan badan kerana ia merangsang deria keseimbangan badan (vestibular) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Keperluan Pergerakan Kanak-kanak
Kanak-kanak perlu bergerak. Kita dahulu pun tidak boleh duduk diam, bukan? Jadi mengapa sekarang kita mahu anak-anak duduk diam? Tidak ada gunanya memaksa anak-anak duduk diam kerana ia tidak merangsang deria keseimbangan badan mereka.
Akibat memaksa anak-anak duduk diam:
Anak akan sukar fokus.
Anak suka berlari ke sana ke mari di dalam kelas.
Anak kurang keyakinan diri.
Anak tidak boleh mengawal emosi.
Dengan adanya taman permainan, anak-anak boleh bergerak dan bebas melakukan apa yang mereka ingin lakukan. Mereka akan fokus terhadap pergerakan yang banyak boleh dilakukan di taman permainan.
Seterusnya, apabila tiba waktu belajar, mereka tidak mudah terganggu untuk melakukan pergerakan kerana mereka sudah puas bergerak. Ini meningkatkan keyakinan diri dan membentuk emosi yang seimbang.
Persepsi Salah Mengenai Taman Permainan
Takut Anak Jatuh
Kita terlalu risau mereka akan cedera! Takut anak jatuh, takut anak itu ini, sedangkan di tangan kita telefon 24 jam. Bila bawa anak ke taman permainan, kita pula sibuk bermain telefon! Anak-anak perlukan bimbingan untuk memanjat, memegang, masuk, dan keluar dari peralatan permainan.
Jadi peganglah anak itu jika takut mereka jatuh, bukan pegang telefon! Jatuh kerana bermain itu biasa. Apabila terbiasa jatuh dan menahan sakit, anak kita semakin kebal.
Takut Anak Sakit Berjangkit
Risau anak dapat penyakit berjangkit terutamanya di taman permainan indoor. Ada ibu bapa yang sudah tahu anak sakit, tetapi tetap bawa anak keluar. Jika anak tidak sihat, duduklah di rumah.
Kadang-kadang anak kita menjadi mangsa, tetapi kita harus ingat bahawa jangkitan ini tidaklah membawa maut. Jangkitan ini membuatkan kita renyah menjaga anak semasa sakit. Janganlah terlalu risau dengan perkara seperti ini.
Selalu Cakap ‘Jangan’
Selalu cakap “jangan panjat situ nanti jatuh!” juga menyebabkan anak-anak jatuh di taman permainan. Tukarlah minda dan perkataan kita. Daripada cakap “jangan jatuh,” lebih baik tolong anak dan bantu mereka mengelak daripada jatuh.
Anak-anak juga manusia seperti kita, bukan robot yang boleh diarahkan sesuka hati. Mereka juga mahu berseronok dan tidak suka diganggu ketika bermain. Bawalah anak bermain di taman permainan, sama ada indoor atau outdoor, sekerap mungkin. Jika boleh, bawa setiap hari. Namun, apabila saya melawat taman permainan, suasananya sunyi sepi.
Anak-anak saya pun lama-lama bosan kerana tiada kawan untuk bermain. Taman permainan tidak lagi menjadi tempat yang menyeronokkan seperti dahulu. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ibu bapa, rajin-rajinlah membawa anak bermain di taman permainan untuk merangsang deria dan perkembangan mereka.
“Anak saya selalu jalan menjengket kaki.” Macam mana nak atasi masalah ini. Antara soalan popular ibu bapa bila anak dah mula pandai jalan tapi tak seperti anak yang lain.
Menurut Terapis Cara Kerja, Mahfuzah Zainol, ada beberapa langkah ibu bapa boleh lakukan tetapi mesti dibuat secara konsisten.
Langkah pertama ibu bapa boleh buat ialah semak perkara-perkara ini :
1. Adakah mereka menjengket setiap kali ketika berjalan? “Berjalan je mesti nak jengket”
2. Ada kekejangan otot kaki. “Nampak macam sakit je bila jalan”
3. Adakah anak anda berjalan dengan gaya pelik atau awkward. “Lain macam je cara dia jalan kan, abang?”
4. Adakah tapak kaki dia tak ada lekuk. Di tapak kaki kita ada arch yang membantu untuk keseimbangan badan. Boleh check kaki anak masing-masing.
5. Adakah dia jalan jengket sebab habit atau sengaja buat macam tu. “Suka nak buat-buat jalan jengket la Zara ni”
Sebenarnya ada beberapa sebab jalan menjengket. Kita analisis sikit.
– Tanda masalah fizikal seperti motor skills disorder.
Atau shortening of muscles around ankle due to early exposure to walker when babies.
Sebab itu di Kanada, walker dilarang diguna untuk bayi.
– Tanda berkemungkinan ada masalah kelewatan perkembangan bahasa (speech delay)
Ada kajian dalam skala kecil (small study) menunjukkan perkaitan antara tip toe walking dengan perkembangan bahasa.
Ini ada kaitan juga dengan sensory development seperti movement, balance and coordination.
“Apa yang ibu bapa lakukan jika menyedari anak anda jalan menjengket?”
1. Jika disebabkan masalah fizikal, motor disorder dan otot, boleh rujuk kepada physioterapist dan occupational therapist (ortho setting)
2. Jika ada tanda lain seperti speech delay, sensory processing disorder, semak carta perkembangan kanak-kanak. Available online. Free. Jika benar lewat daripada umur yang sepatutnya, berjumpalah terapis pertuturan bahasa berhampiran anda untuk assessment dan intervention. Dan jika ada tanda-tanda sensory processing problem, rujuk terapis carakerja berhampiran untuk assessment dan intervention.
3. Jika anak anda berjalan berjengket sebab suka-suka dan habit. Percayalah, tingkah laku ini akan faded over time. Insha Allah. Ia perkara biasa bagi kanak-kanak untuk belajar keseimbangan badan.
Tips penting! Bawa anak anda keluar untuk aktiviti sensori bersama alam.
Tanggalkan kasut. Pijak rumput Berjalan atas pasir Masuk dalam air Lompat atas lumpur
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.