Luluh hati ibu apabila pulang ke rumah dan melihat bayinya berusia tiga bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dijaga oleh suami.
Kejadian yang berlaku di Gelang Patah, Johor itu disahkan meninggal dunia ketika di bawah jagaan bapanya yang positif dadah, petang semalam.
Ibu dan nenek baru pulang berniaga
Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, ibu dan nenek mangsa yang baharu pulang dari berniaga gerai makan di Gelang Patah, mendapati bayi berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata nenek dan ibu bayi malang berkenaan mengejarkannya ke Klinik Kesihatan Gelang Patah bagi mendapatkan rawatan.
“Sampai sahaja di rumah, ibu bayi itu menjerit meminta tolong sambil mendukung bayinya yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Nenek bayi berkenaan bersama ibu mangsa kemudian membawa bayi berkenaan yang dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Klinik Kesihatan Gelang Patah untuk menerima rawatan.
“Kira-kira jam 5.40 petang, nenek dan ibu bayi berkenaan sampai di bahagian kecemasan Klinik Kesihatan Gelang Patah dan disahkan sudah meninggal dunia ketika diperiksa seorang doktor di situ,” katanya dalam satu kenyataan.
Ads
Bapa positif dadah
Mengulas lanjut, Dzulkhairi berkata, hasil siasatan mendapati, mangsa tinggal di rumah dan dijaga oleh lelaki berusia 31 tahun, yang juga bapa kanak-kanak berkenaan ketika nenek dan ibunya keluar berniaga warung makanan di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah, pada setiap awal pagi.
Selain mangsa, dua kanak-kanak lelaki berusia enam dan empat tahun yang juga anak lelaki terbabit turut tinggal di rumah itu.
Ads
“Siasatan pada badan mangsa tidak menunjukkan sebarang kecederaan. Menurut ibu mangsa, bayinya mula pandai mengiring dan mahu meniarap itu lahir tidak cukup minggu (36 minggu) dan sering muntah susu selepas minum susu.
“Bayi itu lahir dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ibu mangsa tidak dapat membuat sijil lahir kerana perlu mendapatkan surat sumpah dari mahkamah terlebih dahulu,” katanya.
Beliau berkata, bapa bayi malang itu sudah ditahan dengan ujian air kencingnya mendapati dia positif dadah dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Bayi malang itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan akan menjalani proses bedah siasat jam 9 pagi ini bagi mengetahui punca sebenar kematiannya,” katanya.
Bulan Ogos menjadi detik yang sukar dilupakan oleh Shuib dan anak-anak apabila kehilangan insan tersayang dalam hidup mereka. Walaupun dah hampir setahun, pemergian arwah Siti Sarah pada 9 Ogos 2021 ia masih segar dalam ingatan.
Memetik mStar Online, Shuib berkata setakat ini dia banyak meluangkan masa bersama anak-anak untuk mengalihkan perhatian daripada teringatkan arwah.
“Kadang-kadang orang kata saya kuat tetapi hakikatnya lemah kerana sentiasa menangis dan saya akui sehingga saat ini masih belum lupakan arwah Sarah, setiap hari akan memikirkan mengenai dia.
“Bila cerita mengenai kekuatan tu ada cuma kadang-kadang on-off, saya rasa itu mungkin perkara normal untuk manusia biasa untuk lalui dugaan ini.
“Cuma bila tengah sedih tu, saya hubungi mak untuk luahkan segala rasa sedih dan menangis, kalau untuk anak-anak pula saya banyak luangkan masa bersama dengan bercuti,” katanya.
“Seolah rasa arwah masih ada..”
Kata Shuib lagi, dia masih merasakan seperti arwah Sarah masih hidup lebih-lebih lagi melihat video atau foto kenangan.
“Yang perit tu bila saya rasa dia macam ada! Lagi pula bila admin Instagram milik arwah kongsi video-video lama… rasa rindu tapi dia dah tak ada.
“Apabila tengok muka anak-anak saya tak boleh nak layan perasaan sangat, cuma terusik hati bila tengok kawan-kawan bahagia mengecapi kejayaan bersama orang rumah, tapi saya tak dapat begitu. Namun saya bersyukur apabila dikurniakan anak-anak yang mendengar kata, baik semuanya,” katanya.
Soal jodoh serah pada takdir
Dalam pada itu, Shuib tidak menghalang jika suatu hari nanti ditakdirkan untuk bertemu jodoh suatu hari nanti apatah lagi anak-anaknya masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.
“Sarah memang berada di tempat yang istimewa dalam hati saya… tiada siapa boleh lawan tapi bila cerita mengenai jodoh untuk masa depan saya tidak berani nak komen, lagi pun saya tidak boleh halang sekiranya ia sampai. Saya serahkan semuanya pada Allah untuk tentukan tapi saya perlu utamakan anak-anak.
“Sekiranya ada wanita di luar sana mampu mengambil hati anak, ibu dan mertua saya dan mereka setuju, jadi mungkin dia layak untuk mengisi kekosongan ini… bukan kerana fikirkan tentang diri tetapi anak-anak,” katanya.
Pengalaman menyambut kelahiran bayi biasanya dikaitkan dengan doktor atau bidan di hospital, namun berbeza bagi seorang wanita ini apabila dia sendiri menjadi penyelamat dalam detik cemas di tepi jalan.
“Itu pengalaman yang tak akan saya lupakan. Selalunya orang (doktor) sambut kita beranak, kali ini saya pula sambut orang beranak. Orang, bukan haiwan. Betul-betul pengalaman luar biasa,” kata Syarifah Munawwarah Sayed Muhammad, 36, yang tidak menyangka akan terlibat dalam situasi genting tersebut.
Kejadian berlaku di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor, kira-kira pukul 2 petang semalam ketika Syarifah bersama suaminya dalam perjalanan menuju ke Permas Jaya.
Jeritan Minta Tolong di Persimpangan
Syarifah menceritakan, ketika mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat, seorang wanita berbangsa India di kereta bersebelahan tiba-tiba menjerit memanggilnya untuk meminta bantuan.
“Masa itu hujan renyai. Kakak India itu kata ada wanita hendak bersalin. Saya tak nampak apa-apa pada awalnya. Bila turun dari kereta, baru saya nampak wanita itu dalam posisi hendak melahirkan. Darah sudah banyak tumpah, dan bayi sudah terkeluar separuh,” katanya ketika dihubungi.
Detik Cemas Menyambut Kelahiran
Menyedari keadaan sangat kritikal, Syarifah tanpa berfikir panjang terus membantu mengampuh badan bayi yang sudah separuh terkeluar sambil dibantu orang awam untuk menenangkan si ibu.
“Bila ibu itu teran kali pertama, bayi keluar separuh. Tapi dia masih mengadu sakit, mungkin uri masih di dalam. Apabila teran kali kedua, barulah semuanya keluar bersama gumpalan darah. Masa itu ibu tersebut nampak lega,” ujarnya.
Rawatan Kecemasan Ala Kadar
Disebabkan tiada peralatan seperti di hospital, Syarifah dan beberapa orang awam membuat keputusan untuk mengikat tali pusat bayi menggunakan tali kasut.
Keputusan itu dibuat selepas wanita India yang berada di lokasi menghubungi rakannya, seorang doktor, demi memastikan nyawa bayi dan ibu selamat sebelum dibawa mendapatkan rawatan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah untuk lalui hidup tanpa pasangan yang di cintai, namun demi anak-anak mereka terpaksa kuatkan hati menempuhi segalanya. Begitulah kisah yang dikongsi oleh En Khairul atau mesra dipanggil Super Daddy.
Segalanya berubah setelah pemergian isteri tercinta akibat jangkitan kuman 3 tahun yang lalu. Tentu sekali hari-hari yang dilalui terasa sunyi, lebih sunyi terutama bulan ramadan di mana bulan inilah ahli keluarga banyak meluangkan masa bersama untuk beribadah. Nasihat beliau pada yang masih punya pasangan, hargailah sementara masih ada masa.
Angkat takbir terawih tadi air mata berjurai. Entahlah.
Ini tahun ke-3 dah bersendirian dengan anak-anak. Tahun pertama waktu arwah pergi, memang struggle lah nak terawih ni. Baby waktu tu baru 7 bulan. Kejap-kejap merengek. Abang-abang dia pun baru 2 dan 4 tahun.
Tahun ke-2 macam lega sikit, tapi masih banyak gangguan lagi. Cuma tahun ke 3 ni dah ada makmum 3 orang kat belakang.
Tapi sempat 2 rakaat jer pun, 2 orang dah bertebaran serata alam. Tinggal sorang jer sampai rakaat ke 5 lepas tu dia pun hanyut bertebaran bersama abang dan adik dia.
Tinggallah aku seorang diri buat sampai habis.
Tiga tahun sambut ramadan dan syawal tanpa orang yang kau sayang ni memang syahdu habis. Sentiasa terbayang sosok dia yang sibuk uruskan sahur dan berbuka. Sahur sentiasa makan best.
Sejak dia takde aku sahur kurma jer. Turun dapur, walau ada nasik atau apa sahaja makanan lain memang aku tak lalu nak makan. Sunyi wehh duduk sorang kat dapur tu. So aku cepat-cepat jer minum dan makan sikit dan terus naik ke bilik.
Kau yang masih ada pasangan tu, nikmatilah Ramadan ini dengan sebaiknya. Seronok dapat solat bersama, berbuka dan bersahur bersama. Dan salinglah bantu membantu yer. Nanti bila seorang dah tak ada, taklah kau rasa terkilan sangat.
Begitulah.
Aku nak paksa anak-anak bangun sahur pagi nanti. Tak taulah berjaya ke tidak. Aku cubalah.
Anyway, Ramadan Kareem dan Selamat Berpuasa buat semua rakan-rakan di FB, semoga segala amalan kita diterima olehNya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.