Tugas nanny sering disalahertikan, terutama apabila ibu bapa menggunakan khidmat pengasuh peribadi ketika melancong. Ada ibu ayah yang perlukan bantuan ekstra untuk menguruskan bayi dalam perjalanan jauh, dan ini sememangnya sesuatu yang normal.
Namun di sebalik kemudahan itu, muncul pula satu isu hangat di media sosial minggu ini — tentang batas tugas, layanan majikan, dan realiti bagaimana sesetengah ibu bapa menyerahkan hampir semua urusan anak kepada nanny.
Perkara ini kembali menjadi perhatian selepas penyanyi dan penulis terkenal, Fynn Jamal, berkongsi satu respons di akaun Threadsnya.
“Nanny Nama Atas Kertas, Hakikatnya Bibik Berijazah”
Menurut Fynn, masih ramai ibu bapa yang sebenarnya kurang jelas batas peranan dan tugas nanny. Ada yang menganggap nanny sebagai pengganti, bukan pembantu.
“Memang wujud jenis ibu bapa begini. Ada yang melancong tak pernah tunjuk gambar anak, konon sebab penyakit ain, tetapi sebenarnya ditinggal dijaga bibik.
“Nanny nama atas kertas, tetapi sebenarnya bibik berijazah sahaja,” ujarnya.
Ads
Fynn turut mendedahkan kisah paling gelap yang pernah didengarnya — seorang ibu yang terlalu sibuk ‘berseronok’ ketika bercuti sehingga anak yang dijaga nanny terjatuh dan patah kaki.
Lebih menyedihkan, ibu tersebut melarang nanny membawa anak ke hospital semata-mata tidak mahu namanya direkodkan.
Pengasuh Profesional Kongsi Pengalaman Diperlakukan Seperti “Pembantu Serba Boleh”
Isu tular ini turut mendapat perhatian selepas seorang pengasuh profesional di Threads @yuki.dassamik tampil berkongsi pengalamannya ketika bekerja dengan sebuah keluarga berpengaruh yang melancong ke Jakarta, Indonesia.
Ads
Menurutnya, dia dimaklumkan hanya akan membantu “bila perlu”, tetapi realitinya jauh berbeza. Sepanjang empat hari, keluarga itu menghabiskan masa di pusat beli-belah — bukan masalah untuk orang dewasa, tetapi sangat membebankan untuk bayi kecil.
“Saya sampai urut kaki beliau yang lenguh selepas membeli-belah,” katanya sambil menyifatkan keadaan itu benar-benar tidak sesuai untuk si kecil yang sudah keletihan.
Sumber : Threads
Keadaan memuncak apabila bayi itu mula meragam di sebuah restoran. Pengasuh itu dimarahi dan dilabel gagal menjalankan tugas nanny dengan baik.
“Sampai dia baling beg depan muka saya dan marah, ‘awak buat kerja laju sedikit, jangan lambat!’”
Namun, pengasuh tersebut mengambil keputusan tidak memperbesarkan isu, hanya mahu mempertahankan dirinya daripada tohmahan.
Pa&Ma: Nanny Hanya Membantu, Jiwa Anak Tetap Milik Ibu Ayah
Dalam dunia keibubapaan moden, mak ayah memang perlukan bantuan. Tetapi penting untuk difahami:
Ads
Nanny membantu, bukan mengambil alih kasih sayang ibu ayah.
Anak kecil perlukan attachment emosi yang stabil — dan itu hanya datang daripada ibu bapa.
Kemudahan melancong tidak seharusnya mengorbankan keselesaan atau kesejahteraan anak.
Anak yang terlalu letih, tidak cukup tidur, atau berasa terabai boleh mengalami kesan jangka panjang dari segi perkembangan emosi.
Pa&Ma percaya, walau sesibuk mana pun jadual, anak tetap memerlukan sentuhan, suara, pelukan dan perhatian mak ayah, bukan hanya rutin penjagaan.
Buat ibu bapa, apa pun bantuan yang kita gunakan, jangan sampai anak terasa seperti “ditinggalkan” sepanjang percutian.
Mereka bukan bagasi untuk diuruskan mereka amanah untuk disayangi.
Bukan mudah untuk melupakan kenangan bersama orang tersayang. Namun begitulah hakikat yang dilalui oleh balu allahyarham Abam Bocey, Hidayah apabila dia meluahkan rasa sebak apabila melihat kereta yang pernah dinaiki bersama arwah suami di jalan raya, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian Hidayah dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun TikToknya itu, kereta itu banyak kenangan kerana arwah suaminya membeli kenderaan jenis Toyota Vellfire itu ketika mereka masih bersama untuk keselesaannya bersama anak.
Hanya tinggal kenangan kereta arwah suami. Bila Hamzah dah besar ini la kereta ayah. Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya.
Dalam pada itu, Hidayah turut memohon doa agar perniagaannya terus berjaya dan dia dengan Hamzah dapat hidup senang.
Menerusi ruangan komen, orang ramai turut rasa sebak dan mendoakan yang baik-baik kepada balu pelawak terkenal itu.
“Insyallah ada rezeki kak. Kami rakyat Malaysia sentiasa doakan kesejahteraan keluarga akak.”
“Ya Allah kau permudahkan segala urusannya dan kau murahkan rezeki mereka tidak putus-putus bagaikan air yang mengalir.”
“In shaa Allah, Allah pasti akan ganti dengan yang lebih baik buat Dayah & Hamzah, amin.”
Setiap tahun, Hari Bapa menjadi detik istimewa untuk meraikan insan bergelar ayah simbol tanggungjawab, pelindung, dan penyayang dalam sesebuah keluarga. Namun bagi Datin Atikah Suhaime, tahun ini cukup berbeza.
Ini kali pertama beliau menyambut Hari Bapa sebagai seorang ibu dan melihat sendiri bagaimana suaminya, Datuk Lokman Teh, melangkah ke dunia keibubapaan dengan penuh kasih, sabar, dan kesungguhan.
Di Instagram, Atikah memuat naik satu ucapan yang ringkas tapi sangat menyentuh hati:
“I love you my husband. Happy Father’s Day! @lokmantea I’m glad I chose you. You’re the best father Mulan can ever have.”
Ayatnya pendek sahaja, tetapi cukup padat dengan rasa syukur dan cinta yang mendalam. Kata-kata seperti itu lahir dari hati seorang isteri yang benar-benar terharu dan terkesan melihat pengorbanan suaminya yang mungkin tak ramai tahu.
Dalam perkongsian manis itu, Atikah tidak menyembunyikan kekagumannya terhadap Datuk Lokman. Katanya, dia sendiri tidak menyangka bahawa suaminya tergolong dalam jenis lelaki yang ‘hands-on’ yang turun padang menguruskan bayi sendiri tanpa mengeluh.
Dari tukar lampin, susukan anak, tenangkan ketika menangis, mandikan bayi hingga tidur lena di bahu ayah semuanya dilakukan dengan penuh kasih dan rela. Atikah akui, dia sangat bertuah memilih lelaki seperti Datuk Lokman untuk menjadi bapa kepada anak mereka.
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 29 Januari 2023 dan disatukan dalam sebuah majlis yang cukup indah. Setahun kemudian, pada 6 Mei 2024, lahirlah cahaya mata sulung mereka, Lyla Mulan Teh bayi comel yang kini menjadi penyeri hidup mereka berdua. Kehadiran Mulan benar-benar mengubah hidup Atikah dan Lokman, menjadikan mereka bukan sahaja pasangan suami isteri, tetapi juga satu pasukan dalam membesarkan amanah yang dikurniakan Tuhan.
Ucapan Atikah tadi walaupun ringkas, sebenarnya mencerminkan satu realiti yang ramai wanita dambakan suami yang bukan hanya pencari nafkah, tetapi juga penyokong emosi, rakan seperjuangan dalam membesarkan anak. Dalam diam, itu adalah bentuk cinta paling dalam dari seorang isteri yang melihat suaminya bukan sekadar pasangan hidup, tetapi pahlawan dalam rumah tangga.
Kisah dua beradik yang maut bersama dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah kira-kira jam 4 pagi di Kampung Simpang Tiga, Gombak awal pagi tadi sememangnya begitu menyedihkan.
Difahamkan mangsa terperangkap di dalam rumah sewa itu selepas jeriji rumah mereka berkunci kerana ibu dan bapa keluar kira-kira jam 3.00 pagi.
Menerusi laporan Harian Metro, datuk mangsa, Lokman Marni, 53 memaklumkan yang sambutan hari lahirnya pada minggu lalu adalah pertemuan terakhir bersama dua orang cucunya iaitu Syaza Alfisya Muhammad Fauzan, 10 dan adiknya Muhammad Al Qayyum Muhammad Fauzan, 7.
Ujarnya, mangsa dan keluarga telah pulang ke kampung di Sungai Besar pada 26 Disember yang lalu dan ternyata ia adalah pertemuan terakhir mereka.
“Saya jumpa cucu sulung dan adiknya minggu lalu, ketika mereka sekeluarga balik ke kampung meraikan hari lahir ke-53 saya dan tak sangka itu kali terakhir bertemu,” katanya.
Menurut Lokman lagi, dia hanya mengetahui berkenaan kebakaran tersebut apabila mendapati dua panggilan tidak berangkat kira-kira jam 4 pagi.
“Saya difahamkan anak dan menantu saya keluar makan sekitar 3 pagi kerana kelaparan.
“Anak saya dihubungi jiran yang memaklumkan rumah mereka terbakar. Sejurus itu, anak saya tiba tetapi kawasan rumah tidak dapat didekati berikutan bomba sedang memadamkan sisa kebakaran,”katanya.
Ibu sedang sarat hamil 8 bulan
Dalam pada itu, pemandu agensi kerajaan itu menyatakan yang anaknya yang hamil 8 bulan telah berada di lokasi kejadian namun pihak bomba tidak membenarkan untuk mendekati.
Dia juga telah dibawa ke Hospital Selayang dengan segera selepas terpijak kaca bagi merawat luka dan pemeriksaan kandungan.
Menurut anak saya, arwah kakak berdekatan almari baju dan adiknya di sebelah katil dalam bilik utama,” katanya.
Lokman juga dilihat tidak dapat menahan tangis apabila kehilangan kedua-dua orang cucunya sewaktu mereka semua menanti kehadiran orang baru sekitar sebulan lagi.
Katanya, kedua-dua jenazah itu akan dikebumikan di Kampung Changkat yang terletak berhampiran selepas selesai bedah siasat di Hospital Selayang.
Jiran tak tahu ada orang di rumah
Jiran mangsa dikenali sebagai Rahmat Razali, 33, mengatakan yang dia tidak mengetahui ada orang di dalam rumah terbabit selepas menyedari kebakaran yang berlaku.
Dia dan beberapa jiran telah mengalihkan kenderaan dan benar-benar tidak tahu ada mangsa di dalam rumah sebelum diberitahu bahawa ibu dan bapa kanak-kanak tersebut tiada di rumah sewaktu kejadian.
“Pada ketika itu, api sedang marak dan kami jiran-jiran dan anggota bomba bantu padamkan kebakaran.
“Saya cuba memanggil orang yang ada dalam rumah tetapi tiada sahutan, pintu depan pula bermangga. Saya ingatkan tiada orang, tetapi kemudian ada jiran maklumkan ada dua kanak-kanak dan ibu bapa mereka tiada,” katanya.
Perkembangan otak bayi dalam kandungan berlaku dengan sangat pesat. Ketahui 5 cara mudah yang ibu hamil boleh lakukan untuk merangsang pemikiran logik dan perkembangan otak bayi sejak dalam rahim.