Kompaun mungkin akan dikenakan pada pihak sekolah jika sekolah terpaksa ditutup kerana wujud kluster baharu Covid-19 akibat pengabaian SOP yang ditetapkan pihak berkuasa.
Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan tindakan itu masih diperingkat cadangan dan dibincangkan dalam mesyuarat.
Ads
Menurutnya tindakan kompaun adalah jalan terakhir terpaksa diambil supaya semua pihak seperti pengerusan sekolah dan ibu bapa akan lebih bertanggunjawab dalam menyekat penularan jangkitan Covid-19 di kawasan sekolah.
Ads
Tambahnya lagi “saya minta ibu bapa, yang mereka sendiri tahu anak mereka sihat atau tak sihat, demam, selesema jangan hantar anak-anak ke sekolah sebabnya dia akan menyusahkan orang lain.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu yang mempunyai anak perempuan yang masih kecil tidak dinafikan saat ‘menyiapkan’ mereka agar nampak cantik menjadi antara perkara yang menarik dan teruja untuk kita lakukan setiap hari.
Apatah lagi jika ingin keluar rumah untuk berjalan-jalan. Kita akan pastikan bukan sahaja anak-anak mengenakan pakaian yang cantik, malah rambut disisir cantik dengan pelbagai gaya untuk tampak rapi.
Pun begitu bercerita tentang saat merapikan anak, seorang ibu ini ada berkongsi video di media sosial yang mencuri tumpuan warganet apabila ibu tersebut terpaksa meminta bantuan anggota bomba kerana sikat rambut anaknya tersekat dan melakat hingga tidak boleh dikeluarkan.
Menerusi perkongsian Hakimah Zikir, di aplikasi TikTok terakam sepasukan anggota bomba sedang berusaha untuk membantu seorang kanak-kanak perempuan bagi meleraikan sikat yang tersekat di rambutnya.
Reaksi Nur Mayram Medina saat menerima bantuan daripada pegawai bomba telah mendapat perhatian umum. Difahamkan pada mulanya ibunya berhasrat untuk berjalan-jalan dengan anaknya dan atas sebab itu sedang mempersiapkan anak.
Entah bagaimana ketika menyikat rambut tiba-tiba sikat yang digunakan untuk menyisir rambut anaknya itu tersekat dan tidak boleh ditanggalkan. Mencari idea untuk meluruskan rambut anaknya yang kusut, terus diambilnya pula minyak rambut dengan harapan sikat tersebut boleh ditanggalkan daripada terus tersekat di rambut anaknya yang sememangnya ikal.
Namun belum sempat ibunya berbuat demikian, lain pula jadinya di mana apabila anaknya itu berusasha untuk mengeluarkan sendiri sikat tersebut yang akhirnya menjadikan keadaan semakin teruk. Dimana gulungan rambut pada sikat tersebut semakin seakan rumit pula untuk dileraikan.
Melihat keadaan itu, ibunya yang pada awalnya tenang tiba-tiba gusar dan seakan ingin menangis melihat keadaan rambut anaknya yang terbelit dengan sikat. Malah ibunya juga telah bertindak untuk menggunting sikat tersebut bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Namun masih tidak berjaya dan akhirnya ibu ini mengambil keputusan terus segera pergi ke balai bomba untuk mendapatkan bantuan. Syukur pegawai-pegawai bomba tersebut berjaya meleraikan kekusutan rambut pada sikat tersebut tanpa menggunakan sebarang alatan khusus. Bahkan masa yang diperlukan hampir 15 minit lamanya dengan tanpa perlu menggunting rambut kanak-kanak tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang ibu tidak menyangka kunjungan ke sebuah indoor playground yang kelihatan bersih dan selesa boleh membawa risiko jangkitan impetigo apabila anak perempuannya disahkan mengalami masalah kulit sejurus pulang dari lokasi berkenaan.
Menerusi perkongsian wanita itu di Threads, kegembiraan membawa anak bermain di premis tersebut bertukar menjadi pengalaman menakutkan apabila anaknya mula menunjukkan perubahan ketara pada kulit dalam tempoh singkat selepas bermain.
Menurut ibu berkenaan, beberapa bahagian kulit anaknya mengalami kemerahan dan kekeringan yang ketara. Lebih membimbangkan, terdapat kesan melepuh di bahagian belakang leher yang menyebabkan anaknya berasa sakit, tidak selesa dan trauma.
Keadaan tersebut bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal kanak-kanak itu, malah memberi kesan emosi apabila anak menjadi takut untuk bermain dan lebih sensitif setiap kali melihat perubahan pada kulitnya.
Ibu itu turut meluahkan rasa bersalah kerana tidak menyangka tempat permainan tertutup yang kelihatan bersih boleh menjadi punca jangkitan impetigo kepada anaknya.
Impetigo atau lebih dikenali sebagai kudis api merupakan jangkitan kulit yang disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus. Penyakit ini berbeza daripada kudis buta dan sangat mudah menjangkiti bayi serta kanak-kanak, terutama melalui sentuhan kulit secara langsung atau permukaan yang tercemar.
Jangkitan impetigo lazim berlaku dalam persekitaran yang melibatkan sentuhan ramai kanak-kanak seperti taska, sekolah dan indoor playground. Sistem imun kanak-kanak yang masih berkembang menjadikan mereka lebih terdedah kepada jangkitan ini.
Walaupun tidak berbahaya jika dirawat awal, jangkitan impetigo boleh menyebabkan ketidakselesaan serius, jangkitan berulang serta parut kekal jika diabaikan.
Ibu berkenaan turut menekankan kepentingan tahap kebersihan di indoor playground memandangkan ia menjadi tumpuan ramai kanak-kanak setiap hari. Permukaan permainan seperti gelongsor, kolam bola, mainan lembut dan kawasan tertutup boleh menjadi medium pembiakan bakteria jika tidak disanitasi secara konsisten.
Dalam persekitaran berhawa dingin, bakteria penyebab jangkitan impetigo boleh bertahan lebih lama jika kebersihan tidak dijaga dengan rapi.
Langkah-langkah ini bukan sahaja membantu mencegah jangkitan impetigo, malah menjadikan pengalaman bermain lebih selamat dan selesa untuk semua pihak.
Perkongsian ini menjadi pengajaran penting buat ibu bapa agar sentiasa memantau keadaan kulit anak selepas bermain di kawasan awam, walaupun lokasi tersebut kelihatan bersih dan selesa.
Pakar kesihatan turut menasihatkan agar anak yang mempunyai luka kecil, gigitan serangga atau masalah kulit sedia ada dielakkan daripada bermain di kawasan awam bagi mengurangkan risiko jangkitan impetigo.
Peringatan Pa&Ma: Impetigo mudah merebak. Sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda jangkitan kulit seperti kemerahan, lepuh atau kudis luar biasa, segera dapatkan rawatan doktor. Pemeriksaan awal dan penjagaan kebersihan mampu mengelakkan komplikasi yang lebih serius.
Anak sihat, ibu ayah lebih tenang. Jangan ambil ringan soal kebersihan tempat permainan anak.
Usaha mencari dua beradik yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika membonceng motosikal yang ditunggang ibunya (28 April) masih diteruskan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kedua-dua beradik itu terjatuh dalam sungai selepas motosikal ditunggang ibu mereka hilang imbangan ketika melalui jambatan gantung Kampung Rekoh di Rompin, selepas mengambil anak dari sekolah.
Seorang pengguna platform TikTok @pieqahshaidi_97 memuat naik dua video memaparkan sekitar operasi mencari dan menyelamat yang disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ya Allah Engkau timbulkanlah anak-anak ini
Menerusi ruangan kapsyen, gadis tersebut sebak memikirkan nasib mangsa Dhenis Maulida Puteri Masari, tujuh tahun serta adiknya Puteri Ramadhania Azzahra yang berumur tiga tahun.
“Ya Allah masih tak jumpa lagi. Macam mana laa keadaan anak-anak tu dalam air, jumpa barang-barang mainannya saja yang timbul. Mari sama-sama doakan mereka,” katanya.
Memetik laporan Astro Awani, kejadian berlaku ketika si ibu yang dikenali sebagai Liswati, 37 dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil Dhenis yang selesai sesi pra sekolah.
“Motosikal yang ditunggang mereka dikatakan hilang imbangan kira-kira lima meter lagi hendak sampai ke tebing menyebabkan ketiga-tiga mereka terjatuh, dan dua mangsa yang masih kecil terus terjerumus ke dalam sungai.
“Terdapat jaring yang dipasang pada kiri dan kanan jambatan gantung itu tetapi difahamkan akibat kurang penyelenggaran, terdapat lubang besar di beberapa tempat sepanjang jambatan itu,” kata Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, ASP Mohd Isa Bidin.
Difahamkan juga, jambatan gantung ini adalah jalan pintas yang sering digunakan penduduk setempat sebagai laluan pintas memandangkan jalan raya agak jauh. Dalam kejadian ini ibu kepada dua beradik ini terselamat selepas tersangkut di jaring jambatan gantung tersebut.
Semoga usaha pencarian dua beradik ini dipermudahkan dan dapat dijumpai secepat mungkin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!