Ilmu keibubapaan perlu dipelajari. Kemahiran keibubapaan dan gaya asuhan yang tepat dilihat mampu memberi penyelesaian secara menyeluruh khususnya dalam mendidik anak-anak dengan sempurna.
Ibu bapa juga perlu sabar dalam proses mendidik anak dan mengakui bahawa setiap anak mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Anak-anak juga perlu dididik dalam suasana penuh kemesraanbagi membolehkan mereka berkelakuan intelektual seiring dengan umur dan sosial mereka.
Bagaimanapun kadang-kadang tanpa sedar kita tidak adil dengan anak-anak. Berikut antara situasi yang sering ibu bapa lakukan sehingga menyebabkan anak-anak rasa tersisih dan berkecil hati.
Tidak Berlaku Adil Dengan Anak-anak
1. Tidak adil dengan pandangan mata kita
Selalu beri perhatian pada anak yang baik sahaja, yang rajin, yang tak lasak. Sedangkan anak-anak lain pun mahu perhatian juga.
2. Tidak adil dengan pelukan kita
Ads
Jangan hanya peluk anak yang tertentu sahaja, semua anak mendambakan pelukan ibu ayahnya.
Tidak kira anak kecil atau besar tetaplah adil pada kata-kata kita. Lebih lebih lagi pada anak yang dah besar, sudah cerdik sebab mereka lebih faham maksud kata-kata kita berbanding yang kecil.
Peranan ibu bapa ternyata amat penting, namun perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dan ilmu asas bagi mengelakkan kegagalan memahami keperluan anak-anak.
Nak ajar anak cinta Allah, tiada istilah cepat atau lambat. Sebagai ibu bapa, kita sering tertanya-tanya, “Bilakah masa yang sesuai untuk mengajar anak tentang Allah?”
Ada yang berpendapat terlalu awal boleh membuatkan anak keliru, manakala ada pula yang beranggapan terlalu lambat akan menyebabkan mereka sukar memahami. Namun, hakikatnya tiada istilah cepat atau lambat dalam mendidik anak mencintai Allah.
Sebenarnya, proses mengenalkan anak kepada Allah boleh bermula seawal mereka dilahirkan. Bayi mungkin tidak memahami kata-kata kita, tetapi mereka dapat merasakan kasih sayang yang dicurahkan. Setiap kali kita mendukung, menyusukan, atau menidurkan mereka, kita boleh menyelitkan zikir dan doa.
Sebagai contoh, saat kita mendukung anak dan membisikkan “Allah sayang anak ibu/bapa,” ia menjadi satu bentuk pengenalan yang lembut kepada konsep kasih sayang Allah. Lama-kelamaan, anak akan terbiasa dengan nama Allah dan merasai kehadiran-Nya dalam kehidupan seharian.
Perkongsian daripada Siti Aminah Sulaimancukup membantu ibu mendidik cintakan Allah dengan cara yang lembut tanpa paksaan.
“Kenapa kita perlu solat Ibu? Kita tak nampak Allah pun..kenapa kena solat pada sesuatu yang tak nampak?”
Seorang ibu mengadu pada saya soalan anaknya. Anak yang berusia 8 tahun itu keberatan untuk solat.
Terus terngiang-ngiang ditelinga saya suara Ustaz Syaari masa kelas Ibrah Surah Luqman yang lepas
Jawapannya ada dalam Surah Luqman.
Luqman mendidik anaknya mentauhidkan Allah dahulu, kemudian baru anak itu disuruh bersolat.
Kalau kita lihat nasihat Luqman pada anaknya dari ayat 12 ke 17, langsung tak sentuh pasal solat.
Sebelum bersolat, Luqman perintahkan anaknya untuk:
1) Bersyukur kepada segala nikmat yang Allah berikan.
2) Jangan syirikkan Allah.
3) Buat baik kepada kedua Ibu Bapa
4) Percaya pada perkara yang ghaib iaitu Hari Pembalasan.
Luqman beri analogi perbuatan yang baik atau buruk yang walaupun seberat biji sawi, kemudian ia tersembunyi di celah batu besar. Allah al Khabir mampu untuk keluarkan apa yang tersembunyi itu untuk dihakimi dan dan diberi balasan.
Melalui nasihat Luqman ini, kita boleh bayangkan Islam ini ibarat sebuah pohon.
AKAR bagi pohon ini ialah pendidikan akidah.
Asas akidah yang perlu kita ajar pada anak ketika usia 0-6 tahun ialah:
siapa Allah?
Iaitu Nama dan Sifat Allah dalam Asma ul Husna
Nikmat Allah yang ada pada tubuh kita dan sekeliling yang boleh anak lihat, rasa dan dengar.
Apabila benih akidah dah berjaya disemai dan menjalar menjadi akar yang kuat, maka akan lahirlah pohon berbatang kuat, berdaun rimbun dan berbuah.
Batang yang kuat ini ialah IBADAH (yang wajib seperti solat, puasa dan lain)
Daun yang rimbun ialah Ibadah Sunnah.
Buah ialah AHLAK yang cantik.
Pentingnya untuk kita sebagai ibu bapa untuk faham perkara ASAS dalam pendidikan anak.
Dalam Fasa Pendidikan anak, Allah perintah kita sebagai ibu bapa untuk suruh anak bersolat pada usia mereka 7 tahun, perintah solat akan jadi mudah jika benih akidah SUDAH DITANAM pada usia 0-6 tahun.
Bagaimana jika kita terlepas untuk semai akidah pada usia 0-6 tahun?
Jangan risau ibu ayah..tiada istilah terlambat untuk anak-anak kita. Rahmat Allah tu luas sekali..bila kita dah faham mengenai perkara ASAS dalam pendidikan anak,
Kita bermula semula dari perkara yang paling BASIC, iaitu bagaimana nak tanam benih dan semai akar yang kuat..tak kisah anak tu umur 8 tahun ke, 15 tahun atau 18 tahun sekalipun.
Ajar semula anak mengenal Allah dan kejadianNya. Anak perlu selalu merasakan kewujudan Allah dan adanya Hari Pembalasan.
Tiada istilah terlambat dalam kembali semula pada Allah. Saya yang dah berumur ni pun sedang belajar semula isi kandungan Al Fatihah..sebab nak lebih khusyuk dalam solat.
Tidak ada usia yang terlalu awal atau terlalu lambat untuk mengajar anak mencintai Allah. Ia bukan soal masa, tetapi soal istiqamah dan kreativiti dalam mendidik. Yang paling utama, kita sendiri perlu menjadi contoh terbaik kerana anak-anak belajar lebih banyak daripada apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar.
Semoga Allah memudahkan usaha kita semua dalam membimbing anak-anak mengenali dan mencintai-Nya.
Jika asyik biarkan anak main dengan gajet sepanjang masa memang anak boleh diam tapi proses pembelajaran tidak berlaku. Jadi ibu kena kreatif untuk manfaatkan masa anak dirumah.
Walaupun anak baru usia dua tahun, pendedahan kepada ilmu yang baru pasti memberi keseronokan. Manakala bagi yang dah mula dihantar ke tadika anda boleh terus mengasah kemahiran anak. Apa kata cuba buat kotak belajar yang mudah untuk anak seperti dikongsikan oleh Puan Syazana Azahar.
Ada kotak kosong kat rumah yang tak digunakan? Jom DIY Box Belajar (BB) untuk anak-anak. Simple but interesting.
Bahan utama:
+ Kotak (saiz ikut citarasa)
+ Kertas Eva foam (boleh juga guna kotak/cardboard tebal)
+ Stick aiskrim
+ Gunting dan pisau
+ Marker pen
+ Gam
(Gunting dan tulis dahulu di kertas eva foam. Kemudian tampal dengan gam, eva foam pada stick aiskrim. Perlu rehatkan dahulu lepas gam, supaya gam betul2 melekat pada eva foam.)
Anak-anak boleh leka tau main BB ni. Aktiviti masukkan stick ke ruangan yang disediakan (fine motor skill + eye coordination) sambil belajar ilmu baru.
Topik untuk setiap ruangan box bebas ikut citarasa masing-masing. Cikgu umi pilih untuk cover basic topik. Sesuai untuk abang Ammar (ulangkaji) dan adik Sumayyah (belajar ilmu baru).
Cara simpanan yang lebih tersusun selepas digunakan. Selamat mencuba
Jika ianya bermanfaat, share yea. Moga bermanfaat juga untuk semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam proses membentuk sifat genius pada anak, keluarga memainkan peranan yang sangat penting. Andai keluarga dapat membantu menyalakan api optimis ke dalam diri anak, mereka akan mempunyai semangat yang juang yang tinggi untuk mencapai matlamat.
Namun malang sekali apabila keluarga menjadi kuburan untuk idea dan cita-cita anak, maka impiannya juga akan menjadi sekadar angan-angan anak kecil.
Memahami tahap perkembangan otak manusia akan membantu ibu bapa merangsang anak genius yang lebih berkesan. Menurut kajian dari pakar pendidikan kanak-kanak, tahap intelektual otak mengalami perkembangan berikut:
– Sehingga 4 tahun – 50%
– Sehingga 8 tahun – 30%
– Sehingga 18 tahun – 20%
Apabila diteliti, tahap perkembangan intelektual paling kritikal adalah pada 4 tahun ke bawah. Yang biasa disebut sebagai Masa Keemasan (Golden Age).
Ketika usia ini, kebanyakan waktu anak-anak adalah bersama ibu bapa. Sebahagian waktu siang mungkin bersama pengasuh bagi ibu bekerjaya.
Sayang sekali apabila usia ini dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa diberikan rangsangan sebaiknya kepada anak kecil itu. Biasanya tumpuan ibu bapa pada anak usia ini adalah memenuhi keperluan fizikal. Mandikan, bagi makan kenyang lepas tu tidur. Kalau tak tidur biar je anak tu terkebil-kebil depan tv. Lagi sedih terus bagi gajet pada anak untuk dia diam lebih lama.
Sayangnya usia emas anak-anak ini dibiarkan tanpa rangsangan sebaiknya seperti rangsangan bahasa melalui bercakap-cakap, rangsangan motor halus dan kasar melalui aktiviti hands on dan rangsangan untuk perkembangan intelek, daya fokus, imaginasi, kreativiti, memori dan banyak lagi.
Andai ibu bapa menyedari betapa berharganya masa emas, pasti setiap detik kehidupan anak-anak akan cuba diuruskan sebaiknya supaya mereka mencapai perkembangan yang optimum.
Jangan berlengah lagi, masa itu akan berlalu pergi. Manfaatkan sebaiknya peluang yang ada, kerana hasilnya bukan untuk dituai hari ini. Tetapi apabila anak meningkat dewasa kelak.
Sumber: sakinahamid.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.