Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2014 (berumur 6 tahun pada 2020), yang lahir pada 2015 (berumur 5 tahun pada 2020) atau yang lahir pada 1.1.2016 (berumur 4 tahun pada 1.1.2020) wajib ambil tahu!
Sebaran info yang dikongsi oleh ibu ini tentang pendaftaran online murid tahun satu untuk sesi 2021 & 2022. Ibu bapa perlu alert kerana sistem pendaftaran dalam talian KPM (SPATKPM) bakal dibuka pada 1 mac ini. Jangan ada yang terlepas untuk mendaftar pula ya. Sebarkan pada ibu bapa lain.
Guideline nya begini :-
Ads
📌1) Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)
📌2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2020 https://public.moe.gov.my
Ads
📌3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.
📌4) Dokumen yang diperlukan
– sijil lahir anak (salinan + asal)
– kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
– surat nikah / cerai (salinan + asal)
– bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
– sampul surat standard dan setem
– laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
– semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah
Ads
📌5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera.
Baby car seat atau kerusi keselamatan kanak-kanak amat penting untuk keselamatan anak tak kira lah perjalanan jauh atau pun dekat. Risiko bayi atau kanak-kanak tercampak keluar dari kereta dapat dikurangkan dengan pemakaian kerusi keselamatan ini. Namun tak semua dapat memiliki kerusi keselamatan kanak-kanak yang baru.
Lantaran itu, ada sesetengah ibu bapa mendapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak secara terpakai. Tapi sebelum membeli kerusi keselamatan terpakai ini, anda perlu tahu beberapa perkara yang perlu diajukan kepada penjual demi keselamatan anak anda. Ikuti perkongsian daripada Farah Hazwani;
Hantaran ini panjang sedikit dan perlu dibaca dengan berlapang dada untuk mengelakkan sebarang provokasi atau fitnah–
Sebelum beli kerusi keselamatan terpakai, kita perlu tahu cara pemilihan yang betul. Salah satunya, tidak digalakkan beli tanpa mengetahui sejarah car seat tersebut. Sebelum membeli kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai, sila ajukan soalan-soalan berikut kepada penjual:
1. Adakah car seat pernah terlibat dalam kemalangan? (Kerusi keselamatan yang pernah digunakan ketika kemalangan telah pun menyempurnakan fungsi utamanya, iaitu melindungi penumpang kanak-kanak, dan tidak boleh digunakan lagi)
2. Berapa lamakah car seat telah digunakan? (Adakah car seat telah tamat tempoh atau menghampiri tarikh luput? Minta penjual tunjuk tarikh pengilangan. Kerusi keselamatan yang telah tamat tempoh mungkin tidak dapat melindungi anak jika berlaku kemalangan)
3. Adakah ia pernah dicuci? (Adakah pembersihan dilakukan mengikut manual – Tidak menggunakan cucian stim, tali keledar tidak direndam, tiada bahan peluntur atau sabun antibakteria digunakan)
4. Adakah car seat mempunyai tanda-tanda kerosakan? (Tanda amaran telah pudar, terdapat kesan terurai pada tali keledar, ada bahagian pecah atau karat)
Kalau rasa ragu-ragu dengan jawapan penjual, lebih baik beli kerusi keselamatan kanak-kanak yang baru jika ada bajet lebih. Tiba-tiba hari ini, dapat feedback dari salah seorang penjual kerusi terpakai yang diimport dari Singapura.
Nilaikan sendiri. Sebenarnya, soalan-soalan itu dipetik dari artikel Car Seats for The Littles(CSFTL) di sini:
Hand Me Down Seats – Bargain Or Bust? https://csftl.org/hand-me-down-seats-bargain-or-bust/
Kalau ikutkan saranan CSFTL, banyak lagi yang perlu diambilkira, seperti:
1. Adakah kerusi pernah didaftar masuk (check in) sebagai sebahagian dari muatan bagasi apabila menaiki pesawat? (Adakah pemilik meletakkan car seat dalam kotak khas? Adakah ia diperiksa untuk memastikan tiada sebarang kerosakan selepas mendarat?)
2. Adakah kerusi keselamatan termasuk dalam senarai yang ditarik balik (recall list)? Sebahagian car seat yang ditarik balik memerlukan penggantian dan adakah bahagian yang perlu diganti telah digunakan dengan betul?
Menurut CSFTL, “It essentially comes down to this: would you trust that seat, that seller, with your child’s life?” (Akhirnya, ia bergantung kepada anda. Adakah anda percaya kerusi keselamatan dan penjual itu untuk melindungi anak anda?)
Cara pembersihan alas kerusi keselamatan juga memainkan peranan dalam menjamin fungsi sebuah car seat itu. Sesetengah pengeluar hanya membenarkan cover dicuci secara cucian tangan, tapi ada juga yang benarkan penggunaan mesin basuh.
Apa pula bahan pembersih yang telah digunakan oleh penjual sekiranya pernah mencuci car seat? Jika tersilap basuh, ciri ketahanan api (fire retardant) mungkin hilang. Rumit bunyinya, bukan? Ini salah satunya alat yang dibeli untuk tujuan keselamatan, jadi banyak faktor perlu diberi perhatian.
Benar, ajal dan maut di tangan Tuhan, tapi kita bertanggungjawab untuk cuba sehabis baik menjaga nyawa dan amanah yang telah diberi.
Jika sudah terbeli kerusi keselamatan terpakai, ambil peluang ini untuk hadiri pemeriksaan bersama Child Passenger Safety Malaysia (CPSM), sebuah organisasi tempatan yang mempunyai peranan yang hampir sama seperti CSFTL.
Mereka boleh dihubungi di carseatcheck@cpsmalaysia.org
Boleh juga ajukan sebarang soalan di Facebook Group Child Passenger Safety Malaysia (CPSM) – https://www.facebook.com/groups/cpsmalaysia.org/ Jangan lupa jawab ketiga-tiga soalan tapisan untuk kelulusan lebih pantas.
Bila mendidik anak jangan sampai kita hilang kuasa sebagai ibu bapa tanpa sedar. Antara kaedah mendidik anak yang semua ibu bapa gunakan adalah disiplin dan ketegasan. Dua faktor tersebut perlu ada semasa mendidik mereka supaya anak-anak tidak besar kepala dan sukar mendengar kata.
Namun, kadang-kala tanpa sedar kita sendiri sebagai ibu bapa tersilap melaksanakan peraturan dan disiplin tersebut. Akibatnya anak-anak menjadi keliru dan akhirnya mereka tidak menghormati atau mengikut peraturan dan disiplin tersebut. Lebih malang mereka tidak menghormati kita sebagai orang tua.
1. Pilihan Palsu
Pilihan palsu adalah antara kesilapan ibu bapa ketika mendidik anak. Kita biasa memberikan anak-anak amaran secara pilihan supaya mereka mengikut peraturan yang dikenakan. Contohnya “siapa tak buat bising hari ni dapat gi taman.” Tapi akhirnya pilihan tersebut sekadar cakap kosong kerana orang yang buat bising dan paling nakal pun masih dapat ke taman. Jadi anak yang mengikut peraturan dan tak buat nakal serta bising akan rasa tertipu dengan ibu bapa kerana mereka rasa tiada keadilan.
2. Ganjaran tidak sihat
Ganjaran tak sihat sebenarnya merujuk sama ada pada makanan ataupun gajet. Tanpa sedar kita selalu berjanji akan bagi mereka makan gula-gula atau coklat atau boleh main game di handphone kalau mereka tak buat sesuatu yang kita larang. Anak-anak tak sepatutnya diberikan kebebasan memilih benda yang tidak bagus. Kalau nak beri pilihan, sebaiknya bagi mereka sesuatu yang bermanfaat seperti buku atau makanan berkhasiat.
3. Beri gajet
Memberi gajet adalah salah satu parental shortcut yang ibu bapa kerap gunakan. Anak menangis bagi gajet. Anak nakal bagi gajet. Anak akan rasa ibu bapa mudah dimanipulasi dengan sikap buruk yang mereka tunjukkan.
Jadi, mereka tahu kelemahan ibu bapa. Bila menangis atau mengamuk, ibu bapa akan bagi gajet supaya anak boleh diam. Apa yang sepatutnya anda buat adalah beritahu anak Who’s in charge!
4. Lupakan semua kesalahan
Kadang-kala kita akan beri amaran untuk mendenda atau menghukum anak kalau mereka tak ikut arahan. Tapi bila anak buat silap, tiada hukuman yang dikenakan. Ia hanya sekadar kata-kata untuk menggertak anak sahaja. Akhirnya anak rasa tak takut pun dengan gertakan kita kerana baginya ibu hanya cakap sahaja tapi bila mereka buat kesalahan itu langsung tak denda pun.
Bila kita tak menegur anak-anak yang buat silap kerana beranggapan mereka masih budak-budak, sebenarnya kita telah memberikan green light untuk mereka terus berkelakuan buruk. Jangan terkejut kalau satu hari anak kita jadi nakal dan tak dengar cakap.
5. Merasuah
Semua benda yang kita suruh anak buat mesti dijanjikan ganjaran. Bila anak terbiasa dengan amalan ini lama kelamaan anak tak tahu untuk berbuat sesuatu tanpa reward. Mereka akan minta sesuatu sebagai balasan. Ini sangat tidak bagus untuk perkembangan mereka dalam jangka masa panjang.
Kalau kita pernah buat perkara-perkara ini, sama-samalah kita berubah dan tak mengulangnya lagi supaya dapat mendidik anak dengan lebih baik. Semoaga anak membesar sebagai individu yang cemerlang dan berakhlak mulia.
Pernah tak kita rasa ada masanya kusut sangat dan serba tak kena. Anak-anak selalu kena marah. Kadang tak tahu pun apa puncanya. Jika semua ini ada pada anda, cuba check balik hubungan kita dengan anak-anak.
Mungkin tanpa sedar kita terlalu berkira dengan anak atau nak luangkan masa untuk bergurau pun tiada. Nak tahu apa patut dilakukan untuk memastikan hati rasa tenang, rezeki sentiasa murah dan rumah tangga bahagia, perkongsian bapa ini di FB I Am Broku sangat bermanfaat.
Ini kunci ibu duit yang paling mujarab yang pernah wujud di dunia ini. Benda depan mata. Senang nak buat.
Anak syurga kita. Kalau betul caranya. Tak payah pakai pelaris. Automatik dah jenuh bisnes kita. Dulu saya terlepas pandang bab ni. Mencari formula lain yang kononnya lebih ampuh tapi sebenarnya yang berdiri depan mata tu lah kuncinya.
Orang bagi. Saya dapat. Saya hadam dan saya kongsi semula ya.
1. Pastikan anak bangun dengan gomolan kasih kita. Jangan dikejut guna kaki. Jangan dipanggil dengan kasar.
2. Biasakan suruh anak cium pipi kita selalu. Always tanya samada dia cinta kita atau tidak dan always express your love with words.
3. Sikat lah rambut anak setiap hari dan percayalah moment tu dia akan ingat sampai dewasa.
4. Anak jangan ditengking teruk. Sesekali meninggikan suara itu tidak apa.
5. Jangan dilabel anak itu. Jangan kata dia tak berguna. Jangan kata dia lembap dan jangan kata dia pemalas. Nescaya akan lekat perangai itu sampai tua.
6. Ajak bersolat sekali. Jangan biasakan anda bersolat sendirian sedangkan anak anda melompat dan berlari depan mata melangkah sejadah.
7. Sesekali rotan mereka. Biarkan mereka tahu setiap benda ada batasnya. Tapi jangan rotan sampai mereka rasa sakit sangat dan menangis sampai lama bengkak mata. Explain reason anda selepas mereka dirotan.
8. Belikan aja mainan selalu. Jangan berkira mainan sepuloh hinggit even mereka dah beli berulang kali. Anda juga minta pada Allah berulang kali dan Allah masih berikan juga.
9. Sahut panggilan mereka apabila dipanggil. Tengok wajah mereka dan tanya kenapa sambil senyum. Jangan biarkan meraka panggil anda berulang kali sedangkan anda leka melayan wall fb.
10. Jangan dipukul anak direct guna tangan. Gunakan medium lain.
11. Setiap hari ambil masa dengar cerita harian mereka. Celoteh mereka mampu buat kita hilang stress.
12. Doa secara spesifik kepada setiap anak kita. Sebut nama mereka dan hantarlah doa sepanjang masa. Minta dan minta benda yang sama tanpa jemu. DIA tahu dan DIA mendengar. Dia nak tengok sampai level mana kita bersabar. Sampai masa jadi lah ia.
13. Bila terjaga di tengah malam. Usap ubun-ubun mereka dan kucup kening. Bercakap dengan dia apa yang kita inginkan pada mereka. Kala itu kita bukan bercakap dengan jasad tapi roh mereka. Reception sangat kuat ketika itu.
14. Bila anda berjauhan dengan mereka. Kirimkan doa dan titipkan kerinduan. Vibration rindu itu pasti didengari.
15. Berikan pujian bila mereka deserve menerima pujian. Pastikan mereka rasa dihargai. Lukis orang lidi pun dah cukup hebat untuk diberikan tepukan bahu dan pujian cantik.
16. Terima anak anda seadanya. Setiap orang diberikan ujian berbeza. Sebahagian diberikan ujian anak eczema teruk. Setengah lagi diberikan anak istimewa. Syurga tempat anda nanti. Di sana anak itu akan sihat sempurna cukup sifat. Tersenyum anda di sana.
Ok ye sahabat. Kita ni manusia banyak kurangnya. Mana yang salah kita betulkan. Mana yang tak cukup kita tambah.
Tugas ini digalas bersama laki bini. Jangan biarkan wife kita terbongkok-bongkok basuh berak sedangkan kita layan angry bird.
Jangan biarkan suami sorang buat kerja sedangkan anda keje nak makan ais krim je.
Buat sama-sama.
Itu bukan anak dia. Itu anak kita. Anak buat cantik. Cantik rezeki tu datang bergolek.
Anda biar semua benda tak cukup kat rumah dan anda enjoy pergi seminar saja. Gerenti ke bulan lah bisnes anda.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.