Seorang kanak-kanak berusia lima tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam kolam renang sebuah resort. Dalam kejadian jam 3 petang di Sungai Petani itu, ibu yang berusia 19 tahun membawa anak bersama untuk temuduga kerja.
Teman ibu temuduga
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah dalam laporan Harian Metro berkata, kanak-kanak lelaki tersebut dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia.
Gambar Hiasan
Si ibu menyedari anaknya tiada bersama ketika menunggu keputusan temuduga.
Sebelum itu, wanita berkenaan mendakwa melepaskan anak sulungnya dari dua beradik itu bermain di sekitar kawasannya menjalani temuduga.
Ads
Beberapa minit kemudian, dia mendapati anaknya hilang dan bertindak mencari mangsa sebelum menjumpai anaknya sudah terapung di kolam orang dewasa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Hanya 30 meter dari jarak tempat ibu temuduga
Ads
Siasatan di lokasi kejadian mendapati jarak antara tempat temuduga dengan kolam berkenaan kira-kira 30 meter dan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).
Gambar Hiasan
Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Ads
Mangsa mengikut ibunya ke resort dari Tanjung Dawai untuk mencari pekerjaan.
Hebatnya dugaan ibu ini!
Sementara itu orang ramai turut bersedih dengan pemergian anak sekelip mata. Di dalam usaha mencari pekerjaan untuk meneruskan hidup, si ibu diuji pula kehilangan permata hati yang cukup disayangi.
Maut di tangan ibu sendiri! Siapa sangka seorang bayi perempuan berumur tiga bulan yang ditinggalkan pada ibunya dirumah maut dipercayai akibat didera dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Cheneh Baru Kemaman, semalam.
Berdasarkan laporan Utusan, mangsa sebelum itu ditemukan dalam keadaan lemah di sisi ibu kandungnya dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bandar Ceneh Baru.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah beralamat Taman Gemilang, Bandar Cheneh Baru Kemaman kira-kira pukul 10 pagi.
Ketua Polis Daerah ini, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian disedari bapa bayi berkenaan ketika pulang ke rumah untuk menghantar makanan kepada isterinya.
Menurutnya, pada masa itu bapa mangsa bertanyakan isterinya sama ada mahu makan atau sebaliknya namun wanita itu menjawab bahawa dia telah menghantar anaknya itu ke syurga.
Jelasnya, terkejut dengan jawapan isterinya yang merupakan seorang suri rumah, bapa bayi tersebut melihat anaknya itu dalam keadaan lemah di sisinya isterinya sebelum mengesyaki sesuatu berlaku ke atas mangsa.
“Bapa mangsa yang juga seorang guru telah bertindak membawa bayinya itu ke Klinik Kesihatan Bandar Cheneh Baru untuk mendapatkan rawatan dan pihak paramedik telah berusaha memberi bantuan kecemasan kepada bayi berkenaan.
“Bagaimanapun bayi berkenaan telah disahkan meninggal dunia sejurus selepas menerima rawatan oleh pegawai perubatan yang memeriksa bayi berkenaan, ” katanya.
Hanyan berkata, mangsa dipercayai mati didera berdasarkan pemeriksaan awal yang dijalankan oleh pegawai perubatan klinik berkenaan.
Sementara itu, menurut laporan Berita Harian salah seorang ahli keluarga terdekat mangsa memberitahu, selepas melahirkan bayi sulung itu, ibu mangsa pulang berpantang di rumah ibunya di Besut dan suaminya berusia 27 tahun membawa pulang anaknya itu untuk dijaga di Cheneh.
“Saya beberapa kali melawat ibu dan bayi itu ketika dalam pantang tetapi tidak nampak apa yang pelik termasuk meroyan,” katanya.
Menurutnya, bayi tersebut sering kali dibawa pulang ke Besut untuk bertemu dengan ibunya sepanjang dua bulan lebih berada bawah jagaan bapanya.
“Ketika bekerja, bapanya akan menghantar anaknya ke rumah pengasuh untuk dijaga, namun, sejak dua minggu lalu ibu bayi berkenaan di bawa pulang ke rumah mereka di Cheneh.
“Saya difahamkan sejak dua hari sebelum kejadian, ibunya tidak mahu anak dihantar ke rumah pengasuh dan saya tidak sangka perkara tidak diingini berlaku,” katanya.
Berikut 11 tanda ibu alami meroyan yang orang sekeliling kerap pandang remeh yang dikongsikan oleh Pakar Psikiatri, Dr Kasmini Kassim.
#1. Gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang
#2. Sering merasa keletihan kerana kurang rehat atau kurang tidur. Walau pun bayi dapat tidur lena.
#3. Mengalami kesukaran dalam sesuatu hal tetapi tidak mendapatkan bantuan orang lain.
#4. Memencilkan diri atau bersendirian.
#5. Tidak suka bercakap dan banyak memendamkan perasaan.
#6. Perasaan yang tidak stabil dan berubah-ubah seperti kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis. .
#7. Ciri psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras.
#8. Mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.
#9. Mempunyai anggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anaknya, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya.
#10. Mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan diri ibu, menyuruh ibu membunuh bayi dan sebagainya.
#11. Ibu tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi mereka sendiri.
Melahirkan cahaya mata lelaki atau perempuan, ada cabarannya tersendiri. Namun perkongsian daripada perunding keibubapaan ini mendedahkan hasil dua kajian dari luar negara ini agak mengejutkan.
Kajian menunjukkan ibu melahirkan anak lelaki berisiko mendapat pelbagai risiko kesihatan.
Mengandung & melahirkan mendedahkan ibu kepada pelbagai trauma. Post partum depression tidak boleh dipandang ringan.
Para bapa adalah doula terbaik kepada ibu, menemani semasa kelahiran di hospital.
Lelaki atau perempuan, ujian & cabaran mungkin diberikan berbeza. Berusahalah untuk menjaga kesihatan fizikal, emosi dan mental. Amanah untuk mendidik dipikul sebaiknya.
Semoga dapat membimbing dan mendidik anak lelaki dan perempuan menjadi insan yang baik. Paling menarik sekali, kedua-dua kajian tersebut mendapati bapa tidak mempunyai apa-apa kesan kelahiran anak sama ada lelaki atau perempuan.
Tak sangka, dalam dunia yang serba moden hari ini, masih ada ibu ayah yang berpegang pada kepercayaan lama tanpa memikirkan keselamatan anak sendiri. Amalan yang diwarisi turun-temurun kadang-kadang diterima bulat-bulat, walaupun jelas bertentangan dengan logik, sains dan kesihatan.
Lebih membimbangkan, kepercayaan ini bukan sekadar disimpan sebagai cerita lama, tetapi masih diamalkan secara aktif terhadap bayi yang baru sahaja melihat dunia. Dalam soal membesarkan anak, setiap keputusan yang dibuat ibu bapa akan memberi kesan besar terhadap kesihatan dan perkembangan si kecil.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu amalan lama yang masih diamalkan segelintir ibu bapa, iaitu petua calit najis bayi di bahagian kening dengan harapan bulu kening anak akan tumbuh lebih lebat apabila dewasa kelak.
Walaupun kejadian ini tdiak berlaku di negara ini, semoga ia menjadi kesedaran buat ibu ayah supaya tidak mengikut amalan yang menjejaskan kesihatan bayi yang lemah imuniti badannya.
Walaupun kedengaran sukar dipercayai, amalan ini masih dianggap “biasa” oleh sesetengah pihak kerana ia kononnya diamalkan sejak zaman nenek moyang. Malangnya, kepercayaan ini sering diterima tanpa sebarang persoalan atau penilaian dari sudut keselamatan.
Apabila ditegur dengan niat baik, ada yang memilih untuk mempertahankan amalan tersebut, malah menganggap teguran itu sebagai penghinaan terhadap tradisi keluarga.
Menerusi perkongsian yang tular itu, kelihatan seorang ibu mencalit najis pertama bayinya yang masih melekat pada lampin pakai buang, lalu disapu terus ke bahagian kening bayi yang baru dilahirkan.
Perkara ini dilakukan atas kepercayaan bahawa bulu kening anak akan menjadi lebih lebat dan cantik apabila besar nanti. Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah tindakan tersebut dilakukan tanpa memikirkan tahap imuniti bayi yang masih sangat lemah pada peringkat awal kelahiran.
Najis, walaupun berasal daripada bayi sendiri, tetap mengandungi bakteria dan kuman yang berpotensi menyebabkan jangkitan, terutamanya apabila disapu pada kulit wajah yang sensitif.
Sebagai ibu bapa, kita perlu sedar bahawa bayi bukan bahan eksperimen untuk menguji petua-petua lama yang tidak mempunyai asas perubatan. Kulit bayi sangat nipis dan sensitif, manakala sistem pertahanan badan mereka masih belum matang sepenuhnya.
Pendedahan kepada kuman melalui amalan seperti petua calit najis bayi boleh menyebabkan iritasi kulit, ruam, jangkitan bakteria dan dalam kes tertentu, jangkitan yang lebih serius jika kuman memasuki mata atau mulut bayi.
Lebih menyedihkan, risiko ini sering dipandang ringan hanya kerana niat asal ibu bapa adalah untuk kecantikan dan kebaikan anak.
Parenting bukan soal mengikut apa yang orang lama buat semata-mata. Ia adalah tentang belajar, bertanya, menilai dan memilih yang terbaik berdasarkan ilmu dan fakta semasa.
Menghormati tradisi bukan bermaksud kita perlu mengamalkannya tanpa soal. Banyak amalan lama yang lahir ketika sains dan pengetahuan kesihatan masih terhad, dan tidak semuanya sesuai dipraktikkan pada zaman sekarang.
Dalam dunia hari ini, maklumat kesihatan mudah diakses, dan ibu bapa seharusnya lebih terbuka untuk mendapatkan pandangan pakar sebelum melakukan sesuatu terhadap bayi mereka.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa terkejut dengan amalan itu. Siapa sangka amalan yang memudaratkan ini masih menjadi amalan.