Maut di tangan ibu sendiri! Siapa sangka seorang bayi perempuan berumur tiga bulan yang ditinggalkan pada ibunya dirumah maut dipercayai akibat didera dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Cheneh Baru Kemaman, semalam.

Berdasarkan laporan Utusan, mangsa sebelum itu ditemukan dalam keadaan lemah di sisi ibu kandungnya dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bandar Ceneh Baru.

Maut Di Tangan Ibu! Bayi 3 Bulan Lemah Di Sisi Ibu Selepas Bapa Pulang Hantar MakananKejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah beralamat Taman Gemilang, Bandar Cheneh Baru Kemaman kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah ini, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian disedari bapa bayi berkenaan ketika pulang ke rumah untuk menghantar makanan kepada isterinya.

Menurutnya, pada masa itu bapa mangsa bertanyakan isterinya sama ada mahu makan atau sebaliknya namun wanita itu menjawab bahawa dia telah menghantar anaknya itu ke syurga.

Jelasnya, terkejut dengan jawapan isterinya yang merupakan seorang suri rumah, bapa bayi tersebut melihat anaknya itu dalam keadaan lemah di sisinya isterinya sebelum mengesyaki sesuatu berlaku ke atas mangsa.

“Bapa mangsa yang juga seorang guru telah bertindak membawa bayinya itu ke Klinik Kesihatan Bandar Cheneh Baru untuk mendapatkan rawatan dan pihak paramedik telah berusaha memberi bantuan kecemasan kepada bayi berkenaan.

Maut Di Tangan Ibu! Bayi 3 Bulan Lemah Di Sisi Ibu Selepas Bapa Pulang Hantar Makanan
Kredit gambar: Metro

“Bagaimanapun bayi berkenaan telah disahkan meninggal dunia sejurus selepas menerima rawatan oleh pegawai perubatan yang memeriksa bayi berkenaan, ” katanya.

Hanyan berkata, mangsa dipercayai mati didera berdasarkan pemeriksaan awal yang dijalankan oleh pegawai perubatan klinik berkenaan.

Sementara itu, menurut laporan Berita Harian salah seorang ahli keluarga terdekat mangsa memberitahu, selepas melahirkan bayi sulung itu, ibu mangsa pulang berpantang di rumah ibunya di Besut dan suaminya berusia 27 tahun membawa pulang anaknya itu untuk dijaga di Cheneh.

IKLAN

“Saya beberapa kali melawat ibu dan bayi itu ketika dalam pantang tetapi tidak nampak apa yang pelik termasuk meroyan,” katanya.

Maut Di Tangan Ibu! Bayi 3 Bulan Lemah Di Sisi Ibu Selepas Bapa Pulang Hantar Makanan

Menurutnya, bayi tersebut sering kali dibawa pulang ke Besut untuk bertemu dengan ibunya sepanjang dua bulan lebih berada bawah jagaan bapanya.

“Ketika bekerja, bapanya akan menghantar anaknya ke rumah pengasuh untuk dijaga, namun, sejak dua minggu lalu ibu bayi berkenaan di bawa pulang ke rumah mereka di Cheneh.

“Saya difahamkan sejak dua hari sebelum kejadian, ibunya tidak mahu anak dihantar ke rumah pengasuh dan saya tidak sangka perkara tidak diingini berlaku,” katanya.


Berikut 11 tanda ibu alami meroyan yang orang sekeliling kerap pandang remeh yang dikongsikan oleh Pakar Psikiatri, Dr Kasmini Kassim.

IKLAN

3 KATEGORI IBU YANG BERISIKO ALAMI MEROYAN

  • Ibu yang melahirkan anak pertama
  • Ibu yang mempunyai komplikasi semasa melahirkan seperti kelahiran pramatang, kelahiran songsang atau melahirkan secara pembedahan caesarean
  • Bayi yang lahir bermasalah seperti cacat.

11 TANDA MEROYAN YANG SERING DIALAMI IBU

#1. Gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang

#2. Sering merasa keletihan kerana kurang rehat atau kurang tidur. Walau pun bayi dapat tidur lena.

#3. Mengalami kesukaran dalam sesuatu hal tetapi tidak mendapatkan bantuan orang lain.

#4. Memencilkan diri atau bersendirian.

#5. Tidak suka bercakap dan banyak memendamkan perasaan.

Maut Di Tangan Ibu! Bayi 3 Bulan Lemah Di Sisi Ibu Selepas Bapa Pulang Hantar Makanan

IKLAN

#6. Perasaan yang tidak stabil dan berubah-ubah seperti kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis. .

#7. Ciri psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras.

#8. Mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.

#9. Mempunyai anggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anaknya, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya.

#10. Mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan diri ibu, menyuruh ibu membunuh bayi dan sebagainya.

#11. Ibu tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi mereka sendiri.

Sumber: Utusan & Berita Harian

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI