Pelbagai video dan gambar-gambar yang dikongsikan sepanjang banjir besar yang melanda negara saat ini terutama di negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Namun video yang satu ini meruntun hati ramai. Seorang ibu dilihat sedang membawa bayinya yang diletakkan di dalam besen mandiannya untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat.
Tidak mahu terbeban mengendong bayi sambil mengharung arus deras, ibu dan bapa ini tekad meletakkannnya di dalam besen mandi.
Bayi yang berusia beberapa bulan itu kelihatan tenang berada di dalam besen mandian, dipayungi ketika hujan dan hanya memandang wajah ibunya sahaja.
Perkongsian video ini mendapat tontonan sehingga 3.8 juta di laman Tik Tok dan padat dengan doa rakyat jelata apabila ramai yang mendoakan untuk rakyat negeri yang mengalami banjir terus kuat!
Ads
Ramai juga yang meninggalkan komen supaya berhati-hati membawa bayi di dalam besen berkenaan kerana pernah ada kes bayi hanyut dan maut semasa bencana banjir yang lepas.
Jumlah mangsa banjir di negara ini terus meningkat bermula pagi semalam, apabila mencatatkan seramai 119,701 orang yang terjejas di sembilan negeri.
Ads
Antara negeri yang terjejas sehingga kini adalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor, yang mana ia membabitkan 38 daerah.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 119,701 orang daripada 36,032 keluarga ditempatkan di 697 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 7 pagi.
Ekspedisi menjadi tragedi apabila dihempap pokok tumbang. Seorang pendaki wanita, Wan Nurulhuda Mior Abdullah, 49, maut selepas dihempap pokok tumbang ketika sedang tidur.
Kejadian itu berlaku di dalam khemah di Kem Seputih, berdekatan Gunung Rajah, Kuala Tahan, Jerantut pada Ahad.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan pada jam 8.55 malam.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Zukri Muhammad
Menurut Zukri, mangsa mengalami kecederaan di bahagian pinggul dan tidak sedarkan diri semasa insiden berlaku.
Pemandangan Gunung Tahan Pahang
“Kejadian berlaku ketika mangsa bersama kumpulan 10 pendaki dan seorang malim gunung yang memulakan pendakian pada Isnin lalu. Mereka dijadualkan turun pada Ahad, namun sekitar jam 12 tengah hari, pihak polis menerima maklumat bahawa mangsa dihempap pokok tumbang ketika tidur,” katanya.
Bagi operasi menyelamat, helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan ke lokasi dan mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan selepas tiba di pangkalan udara.
Pasukan mencari dan menyelamat turut berada dalam keadaan bersiap sedia di Kuala Tahan untuk bantuan melalui jalan darat sekiranya khidmat helikopter tidak dapat diteruskan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah adik Ainul Mardhiah yang mengalami jangkitan kuman dan kini berada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Ini susulan perkongsian ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani menerusi instagramnya yang memohon doa orang ramai setelah keadaan Ainul agak kritikal selepas mengalami muntah dan cirit-birit sehingga jangkitan kuman merebak ke beberapa bahagian tempat.
Selain keprihatinan dan doa rakyat Malaysia, keadaan adik Ainul juga turut mendapat perhatian Dr Nur Amalina Che Bakri, pakar bedah yang kini bertugas di London.
Beliau sebelum ini pernah membantu Ainul Madhiah menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya pada 2019.
Dr Nur Amalina menerusi Twitter semalam, berkata beliau baru sahaja mendapat berita mengenai perkembangan Ainul Mardhiah.
Justeru, beliau meminta agar orang ramai mendoakan kesembuhan kanak-kanak itu.
“Baru sahaja mendapat khabar berita daripada ibu Ainul. Ya Allah, Marilah kita sama-sama doakan untuk adik Ainul. Semoga cepat sembuh,” katanya.
Pada masa sama, Dr Nur Amalina turut menitip doa supaya Ainul Mardhiah kuat melawan penyakit yang dihadapinya, sepertimana dia berjaya mengharungi pembedahan ketumbuhan sebelum ini.
“Ainul sayang, awak dah pernah laluinya banyak kali sebelum ini. Awak mampu lakukannya lagi. Teruskan berjuang sayang! Insya-Allah,” katanya.
Untuk ibu ayah yang bekerja, salah satu kegusaran apabila terpaksa meninggalkan anak sama ada di taska mahupun rumah pengasuh. Bukan mudah kita buat keputusan untuk membiarkan orang lain menjaga anak kita kan? Apatah lagi dengan macam-macam kes yang ada sekarang, buat kita rasa susah hati.
Namun, bukanlah semua pengasuh sambil lewa dalam soal penjagaan anak. Dengan rasa tanggung jawab serta keikhlasan menjaga anak kita, kadang-kadang mereka lebih rapat dengan pengasuh. Sampai tak nak pula dengan ibu ayah sendiri! Itulah tanda anak kita selesa dan menyayangi pengasuh mereka. Bila dapat pengasuh yang baik macam ni, ia adalah satu REZEKI yang harus kita hargai.
Seperti yang dikongsikan di Tiktok araa_vaniella ni, kelihatan anaknya berada dalam dukungan pengasuh yang dikenali sebagai Patti. Bila melihat si ibu, anaknya terus memalingkan wajahnya ke belakang umpama tak mahu mengikutnya. Comel sungguh dia memanggil Patti sebagai Emak.
Rupa-rupanya ia bukanlah kali pertama perkara ini berlaku. Patti menjaga anaknya dengan baik sehingga bayi perempuan itu tak mahu balik rumah. Menurut ibu ini lagi, anaknya itu kini berumur 7 bulan dan Patti telah menjaganya selama empat bulan. Perkataan pertama anaknya adalah Emak, sedangkan Ibu dan Ayah tidak disebut pun.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Tak mampu lagi berdiam, seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang terkorban selepas terjatuh dari bangunan sekolah di Papar, akhirnya bersuara di media sosial.Untuk...