Bagi ibu yang bekerja, sangat berat untuk melepaskan anak dalam jagaan pengasuh. Namun apakan daya ada tuntutan yang perlu diselesaikan setiap hari yang memerlukan komitmen yang tinggi.
Dr. Tengku Ezulia berkongsi perspektifnya tentang ibu yang bekerja dan perlu melepaskan banyak moment bersama cahaya mata sulungnya, bayi permpuan yang sangat comel, Ally 4 bulan. Baby Ally juga merupakan model penghias muka depan Majalah Pa&Ma keluaran May 2019.
Saya kembali bekerja setelah hampir sebulan cuti berpantang. Disini saya berkongsi persepktif saya yang baru bergelar ibu dan dalam masa yang sama sebagai ibu yang bekerja.
Ads
1. Pertama, Peranan saya sebagai ibu telah berkurang secara tak langsung setelah saya kembali bekerja. Saya mengakui bahawa ada orang lain yang akan menjadi sebahagian besar daripada kehidupan anak saya dan saya bukan lagi segalanya buatnya. Saya akan terlepas banyak “permulaan” dalam kehidupan anak saya, saya mungkin atau mungkin tidak berada di sana kali pertama dia berdiri.
Saya tiada masalah dengan perkara ini kerana saya tetap akan menjadi kali pertama dalam hidup saya melihatnya berdiri. Sekiranya anda rasa anda tidak mampu, anda boleh cuba berbincang dengan penjaga anak anda untuk tidak memberitahu anda tentang pencapaian terbaru anak anda. Ia tetap bukan kali yang “pertama” melainkan ANDA yang meranggkulnya untuk kali pertama.
Ads
2. Jam loceng. Saya telah menetapkan penggera ½ jam lebih awal untuk menyusukan Ally, pam susu dan menciumnya. Saya akan beritahu dia “ibu perlu pergi bekerja”; mama rindukan awak dan mama akan balik dari kerja secepat mungkin. Dia biasanya tersenyum dan menunjukkan ekspresi lucu yang membuatkan saya sukar untuk pergi bekerja. Alhamdulillah dia tidak menangis selepas saya meninggalkannya kepada pengasuh.
3. Menjadi ibu, anda akan kekurang waktu tidur. Ally akan bangun setiap 2-3 jam untuk menyusu pada waktu malam. Saya pernah belajar menyusu dalam posisi tidur/berbaring untuk menyusukan Ally jadi saya boleh menyambung tidur ketika saya sedang menyusu. Dengan cara itu saya dapat memaksimumkan waktu malam saya untuk tidur. Sangat penting untuk tubuh kita mendapat tidur dan rehat yang diperlukan secukupnya.
Sebagai doktor, saya perlu bekerja sepanjang hari, fokus dan produktif ketika waktu siang. Oleh itu, jika kita tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup, tidak mungkin tubuh kita dapat bertahan lama. Saya tidak menyusukan anak menggunakan botol susu pada waktu malam, tetapi jika anda menggunakan botol susu, anda dan pasangan anda boleh bergilir-gilir untuk menyediakan susu dan menyusukan bayi anda.
4. Ibu bekerja perlukan pakaian yang sesuai dan kasut yang selesa. Pilihan saya untuk baju perlu mempunyai butang di bahagian depan (kecuali apabila saya memakai scrub). Mudah untuk saya menyusu Ally sebelum dan selepas bekerja. Baju yang dipilih juga perlu memudahkan saya untuk mengepam di tempat kerja.
Dia sendiri seorang bapa, sudah tentu mudah tersentuh melihat penderitaan bayi kecil ini, Ainul Mardhiah yang menderita ketumbuhan kanser.
Anak kecil berusia 8 bulan ini diduga dengan barah dan kini terpaksa menahan ketumbuhan pada bahagian lidah yang membesar.
Kisah bayi bernama Ainul Mardhiah menjadi tular mendapat perhatian daripada jutawan kosmetik Datuk Sri Aliff Syukri. Dalam status terkini, bapa kepada lima anak ini menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan si kecil ini sendiri.
Apa nama adik ini, siapa kenal adik ni…
Kalau boleh nak jumpa sendiri, nak bantu apa yang perlu
Pelawak, Shuib Sepahtu menyatakan rasa bimbang apabila memikirkan soal susu ibu untuk bayinya yang masih dalam pemantauan di Pusat Perubatan Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Menurutnya, Asyah kini hanya minum susu tepung sepenuhnya dan doktor ada meminta jika ada susu ibu untuk diberikan kepada Asyah memandangkan Asyah bayi pramatang.
“Memang fasal susu ini buat saya termenung juga. Sebab sekarang doktor kata bab minum susu tepung tapi kalau ada susu ibu, boleh bawa ke hospital. Itu dah soalan cepumas..susu siapa pula nak bagi.
Ramai yang menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan tetapi Shuib terpaksa memikirkan dahulu dan bertanya pendapat dari Ustaz yang lebih arif tentang hukum.
“Ramai orang ang tawarkan termasuk Samtilla (Syatilla) pun ada. Apabila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa..nanti jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu”
Tambah shuib lagi, bayinya dalam keadaan yang baik dan berat badan Ayash semakin naik.
“Sepatutnya hari ini dapat berjumpa tapi pengarah PPUKM hubungi saa beritahu kata dah berbincang dengan doktor lain.. keadaan di sana tidak sesuai sebab risiko Covid-19 tinggi.”
“Untuk lebih selamat, dia terpaksa tunda lagi. Tapi dia tetap akan cuba dapatkan gambar dan video baby.”
“Alhamdulillah keadaan dia stabil dan berat dia pun dah lebih 1.8kilogram. Cuma waktu sekarang tak sesuai untuk ambil gambar. Doktor bimbang saya sedih.”
Setelah pemergian arwah isterinya, Siti Sarah, Shuib menggalas tugas membesarkan empat cahaya mata yang masih kecil termasuk bayi pramatang, Ayash Affan yang berusia 5 hari.
Siti Sarah mengembuskan nafas terakhir pada pukul 5.30 pagi isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.
Kredit: mstaronline
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akibat kedegilan sesetengah rakyat malaysia, Perdana Menteri malam ini menjelaskan sebab-sebab kenapa perintah kawalan pergerakan dikeluarkan. Ikuti perutusan yang disampaikan oleh beliau.
PERUTUSAN YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN PERDANA MENTERI 18 Mac 2020
Assalamuálaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.
Saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya hormati.
Pada malam ini, saya sekali lagi berdiri di hadapan saudara-saudari sekalian untuk memaklumkan status terkini wabak COVID 19 di negara kita. Hari ini terdapat 117 kes jangkitan baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID 19 sebanyak 790.
Ini bukanlah perkembangan yang menggembirakan kita. Langkahlangkah tegas perlu terus diambil untuk membendung wabak ini daripada terus merebak.
Kerana itulah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuatkuasa pada hari ini. Saya ingin menjelaskan tujuan kerajaan melaksanakan perintah ini. Kenapa sekolah, universiti dan sebahagian pejabat, premis perniagaan
dan kilang ditutup.
Tujuannya ialah supaya saudara-saudari tidak perlu bergerak ke sana sini. Saudara-saudari tidak perlu bersesak-sesak dalam LRT, MRT atau bas untuk ke tempat kerja. Tidak perlu bersesak di kantin atau kedai makan di waktu rehat tengahari. Anak-anak tidak perlu pergi ke sekolah, tidak perlu mengikuti aktiviti sukan dan lain-lain yang boleh mendedahkan mereka kepada jangkitan virus COVID-19.
Selama tempoh dua minggu ini, saudara-saudari dan anak-anak hanya perlu berada di rumah. Just stay at home. Luangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana. Dengan cara ini saudara-saudari terhindar daripada jangkitan COVID 19 dan penularan wabak ini insyaAllah dapat dibendung. Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan.
Tujuannya bukan untuk membolehkan saudara-saudari balik ke kampung, memenuhi jemputan kenduri, membeli belah di pasaraya, bersiar-siar di taman atau bercuti di tempat peranginan. Bukan. Tujuannya ialah supaya saudara-saudari duduk di rumah. Stay at home and protect yourself and your family.
Saya sebutkan perkara ini kerana semalam ramai yang balik ke kampung. Saya lihat lebuhraya sesak dengan kenderaan menuju ke arah utara, selatan dan timur. Stesen bas juga sesak dengan orang ramai yang ingin pulang ke kampung.
Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur.
Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang. Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja.
Kenapa? Kerana kita hendak putuskan rantaian jangkitan. We want to break the chain of infection. Supaya jumlah orang yang dijangkiti wabak COVID-19 ini dapat dikurangkan.
Kenapa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini selama dua minggu?
Ini kerana COVID 19 mempunyai hayat inkubasi (incubation) dua minggu. Terdapat kes di mana simptom hanya muncul selepas itu. Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19.
Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, Kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan. Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah kepada virus COVID-19 dengan berada di rumah.
Saudara-saudari,
Virus ini berjangkit dari manusia ke manusia menerusi sentuhan. Kalau saudari-saudari bergerak ke sana-sini, apatah lagi bersesak di tempat awam, kemungkinan untuk bersentuhan adalah tinggi.
Kerana itu kerajaan mengisytiharkan penutupan sekolah supaya anakanak kita tidak perlu pergi ke sekolah. Jadi mereka tidak akan bersentuhan dengan rakan-rakan yang mungkin membawa virus COVID19. Saudara-saudari juga tidak perlu ke tempat kerja supaya saudarasaudari tidak bersentuhan dengan orang lain yang mungkin membawa virus ini. Inilah tujuannya.
Tetapi jika saudara-saudari masih bergerak ke sana sini, kemungkinan saudara-saudari bersentuhan dengan orang lain dan mendapat jangkitan wabak ini adalah tinggi.
Jadi, tolonglah. Saya merayu sekali lagi. Duduklah diam-diam di rumah. Stay at home and protect yourself and your family. Saudara-saudari mungkin bertanya. Kalau duduk di rumah sahaja, bagaimana dengan keperluan harian? Bolehkah pergi ke pasar? Atau kedai makan?
Jawapannya boleh. Pasar masih dibuka. Tetapi amalkan penjagaan kesihatan yang rapi. Elakkan bersentuhan dengan cara menjarakkan diri anda daripada orang lain dan sentiasa bersihkan diri. Basuh tangan dengan menggunakan sabun atau hand sanitizer. Kalau boleh mandi dengan lebih kerap supaya badan sentiasa bersih.
Kedai makan juga dibuka. Tetapi untuk mengelakkan risiko jangkitan, saudara-saudari tidak dibenarkan makan di kedai. Pesan makanan, bungkus dan bawa balik ke rumah. Atau lebih baik gunakan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah atau home food delivery service.
Dengan cara ini, saudara-saudari tidak perlu keluar dari rumah untuk membeli makanan.
Jangan pula gunakan peluang dua minggu ini untuk lepak di kedai mamak. Jangan saudara-saudari. Ini akan meningkatkan risiko jangkitan. Elakkan melepak dengan kawan-kawan di restoran, di kopitiam, di pusat hiburan atau di mana-mana tempat yang boleh mendedahkan
Saudara saudari kepada jangkitan wabak COVID-19. Di kampung-kampung saya tahu ini musim kenduri kahwin. Maklumlah cuti sekolah. Saya ingin mengingatkan saudara-saudari, termasuk dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini ialah perhimpunan ramai, antaranya
kenduri kahwin.
Jadi, kepada ibu-bapa pengantin saya minta tolong sangat-sangat batalkan kenduri. Akad nikah boleh dibuat, tetapi majlis kenduri jangan buat dulu. Tangguhkanlah. Apabila keadaan telah bertambah baik, buatlah kenduri untuk anak kesayangan.
Saya fikir anak tuan-tuan dan saudara-mara yang dijemput hadir faham masalah besar yang sedang kita hadapi ini. Jangan malu, jangan segan.
Beritahulah tetamu yang telah dijemput bahawa kenduri kahwin yang dirancang terpaksa dibatalkan kerana masalah COVID 19. Saya percaya mereka akan berterima kasih kepada tuan-tuan kerana prihatin tentang kesihatan para tetamu.
Ini adalah antara perkara-perkara yang mungkin dianggap kecil, tetapi amat penting untuk dilakukan. Prinsipnya mudah sahaja. Dalam tempoh dua minggu ini, duduklah diamdiam di rumah. Stay at home.
Nampak mudah dan remeh. Tetapi sebenarnya inilah perkara penting yang saudara-saudari mesti lakukan untuk bersama-sama membendung penularan wabak COVID-19 di negara kita.
Sebagai Perdana Menteri, saya ada tanggungjawab besar untuk menangani krisis yang sedang melanda negara kita. Tetapi saya tidak mungkin dapat melaksanakan tugas ini bersendirian. Saya memerlukan sokongan anda semua.
Saya memerlukan sokongan para doktor, jururawat, polis, semua penjawat awam, pekerja swasta, pelajar universiti dan saudara-saudari sekalian untuk membendung wabak COVID-19 daripada menular di negara kita.
InsyaAllah, berkat sokongan, kebersamaan dan kesabaran kita semua, saya berdoa mudah-mudahan kita akan berjaya mengatasi krisis ini. Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamuálaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terapi berkuda dikatakan merupakan salah satu terapi terbaik dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak istimewa.