Kehilangan ibu bapa tercinta di usia kecil bukan sesuatu yang mudah. Begitulah yang dialami oleh lima beradik ini apabila hilang tempat bergantung selepas kedua ibu bapa meninggal dunia akibat wabak Covid-19.

Lima beradik dari Kota Perdana, Seri Kembangan di sini yang berusia antara 3 hingga 11 tahun menjadi yatim piatu dalam tempoh dua bulan selepas ibunya baru dijemput ilahi Khamis lalu manakala arwah bapanya meninggal dunia Ogos lalu.

Lima Beradik Yatim Piatu Dalam Masa 2 Bulan. Ibu Ayah Dijemput Ilahi Kerana Covid-19

Kisah sedih keluarga itu dikongsi adik kepada ibu lima beradik itu, Mohd Ariff Hafizan Abdul Razak, 36, yang menyatakan arwah kakaknya, Ida Haryanie, 38, meninggal dunia pada Khamis lalu manakala abang iparnya, Mohd Nasir Tahal, 46, meninggal dunia dua bulan lebih awal selepas menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Ida Haryanie yang juga anak sulung dan surirumah manakala Mohd Nasir seorang kontraktor meninggalkan lima anak, Muhammad Hadhrami, 11; Husna Humaira, 9; Muhammad Harraz, 7; Muhammad Hawwas, 6 dan Hannan Humaira, 3.

Menurut Mohd Ariff, kakaknya bertarung nyawa melawan COVID-19 sejak 29 Julai lalu, manakala abang iparnya dimasukkan ke hospital seminggu lebih awal dan meninggal dunia pada 11 Ogos lalu.

IKLAN

Lima Beradik Yatim Piatu Dalam Masa 2 Bulan. Ibu Ayah Dijemput Ilahi Kerana Covid-19

Pada pertengahan Julai lalu keluarga kakaknya dijangkiti COVID-19 namun lima anak saudaranya menjalani kurantin di rumah.

“Kehilangan dua ahli keluarga secara serentak ini amat memilukan kami lebih-lebih lagi mengenangkan nasib lima beradik yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang.

IKLAN

“Arwah abang ipar dan kakak ditidurkan sebelum meninggal dunia kerana mengalami komplikasi. Lebih menyedihkan arwah kakak tidak tahu suaminya telah meninggal dunia kerana ketika itu dia masih dalam proses ditidurkan,” katanya.

Lima Beradik Yatim Piatu Dalam Masa 2 Bulan. Ibu Ayah Dijemput Ilahi Kerana Covid-19
Gambar kenangan anak-anak dan arwah ibu bapanya ketika Hari Raya

Mohd Ariff yang bertugas di Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kuala Lumpur, berkata ibu bapanya yang tinggal di Bukit Tinggi, Klang telah berpindah di rumah arwah bagi menjaga lima cucunya di samping kami adik beradik datang membantu pada hujung minggu.

Jenazah pasangan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ Cyber 10, Cyberjaya.

IKLAN

Kredit: Berita Harian 

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Lima Beradik Yatim Piatu Dalam Masa 2 Bulan. Ibu Ayah Dijemput Ilahi Kerana Covid-19

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI