Setiap anak mempunyai bakat dan kelebihannya tersendiri. Oleh itu ibu bapa merupakan tulang belakang yang perlu memberi sokongan dan bimbingan kepada anak-anak untuk terus maju dalam melakukan apa jua perkara yang diminati.
Menerusi satu perkongsian yang tular di TikTok baru-baru ini, seorang ibu memuat naik video seakan tercari-cari anaknya selepas waktu sekolah.
“Lama umi tunggu kat luar sekolah, tapi tak nampak langsung kelibat Fateh.
“Rupa-rupanya elok je duduk silang kaki sambil lukis muka cikgu,” ujarnya pada video tersebut.
Menurut si ibu, dia juga terharu apabila guru serta rakan-rakan anaknya iaitu Dihya Muhammad Fateh Mohd Faridil Amir sabar menanti hasil lukisan kanak-kanak berusia lapan tahun itu.
Berdasarkan semakan mStar, kanak-kanak yang mesra dipanggil Fateh itu sememangnya berbakat dan mempunyai minat mendalam dalam bidang melukis.
Ibunya juga sering berkongsi hasil lukisannya di TikTok sehingga menarik perhatian warganet.
Ads
Dalam pada itu menerusi video yang mendapat lebih 573,000 jumlah tontonan, rata-rata netizen berasa amat kagum dan teruja dengan bakat yang dimiliki Fateh.
“Semoga jadi insan yang berjaya satu hari nanti, abang dulu masa umur adik pandai lukis orang lidi je, hebat kau dik.
“Pandai dia melukis ada bakat ni, teruskan minat ni adik.
“Mantap la adik, boleh pergi jauh kalau diasah, semoga menjadi insan berjaya nanti,” kata beberapa netizen.
Selain kagum dengan bakat Fateh, warganet turut memberi kata-kata semangat agar dia mengasah bakat yang sedia ada.
Ads
“Bakat bukan senang nak ada, asah bakatnya sis pasti akan jadi arkitek atau designer tersohor.
“Teruskan berkarya ya, hasilkan galeri yang akan menjadi sejarah.
“Semoga berjaya menjadi pelukis satu hari nanti,” demikian komen beberapa lagi warganet.
Cikgu Mashenda tersenyum menunggu hasil lukisan daripada Fateh.
Ads
Selain lukisan Fateh menjadi perhatian netizen, rata-rata warganet turut terpesona melihat personaliti Cikgu Mashenda yang merupakan guru kepada Fateh.
“Ayu sungguh cikgunya, wajah keibuan, sedap mata memandang.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar menimang dua orang cucunda baru-baru ini.
Khabar gembira itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara yang memaklumkan bahawa Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari, manakala Tengku Aleya Norlini Shah Binti Tengku Abu Bakar Ahmad pada 2 Februari 2022.
Difahamkan, Yang Mulia Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Manakala Yang Mulia Tengku Aleya Norlini Shah pula merupakan anakanda kedua Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Pengguna Facebook turut menzahirkan ucapan sembah tahniah dan mendoakan kesejahteraa buat kedua-dua cucunda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akibat mengelak seekor ular melintas, seorang ibu yang sarat mengandung meninggal dunia manakala bayinya berjaya diselamatkan selepas motosikal ditunggangi wanita itu terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang Sik-Pedu, semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, Nor Hidayah Abdullah, 27, menunggang motosikal Honda Wave Alpha bersama seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, siasatan awal di lokasi mendapati motosikal mangsa dipercayai dari arah Sekolah Menengah (SM) Sik menghala ke rumahnya di Bandar Baru Beris Jaya.
Sementara, kereta Perodua Axia dari arah rumahnya di Pekan Sik menghala ke arah Sekolah Menengah (SM) Kebangsaan Sri Enggang untuk mengambil anaknya yang bekerja di situ.
Cedera parah di badan dan muka
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa yang tidak bekerja dipercayai cuba mengelak seekor ular yang melintas secara tiba-tiba di bahu kiri jalan menyebabkan mangsa memasuki laluan kereta sebelum berlaku pelanggaran di bahagian sebelah kiri kenderaan itu.
“Pemandu kereta yang juga wanita berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Remaja perempuan yang membonceng motosikal itu pula mengalami calar di tangan kanan dan kini dirawat di Hospital Sik (HS) manakala wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian.
“Akibat kemalangan itu mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk muka,” katanya.
Bayi berjaya diselamatkan
Menurutnya, kandungan wanita itu berjaya diselamatkan selepas mangsa segera dibawa ke HS untuk menyelamatkan bayinya.
Abdull Razak berkata, bayi mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mayat wanita itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik HSB untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Mahu memiliki anak ramai, pelakon cantik, Emma Maembong tidak menolak jika dianugerahkan rezeki hamil dalam masa terdekat ini.
Walaupun baru sahaja melahirkan anak kedua beberapa bulan lalu, namun akui Emma dia bersedia kerana amat sukakan keluarga yang ramai.
“Kalau diikutkan, saya mahu beranak setiap tahun. Cuma, belum ada rezeki kerana untuk dapatkan anak kedua ini, ada jurang dua tahun.
“Saya hendak anak ramai kerana saya datang daripada keluarga yang besar, iaitu 11 adik-beradik.
“Saya sudah biasa dengan suasana riuh rendah. Masa mula-mula kahwin, terutama pada hari raya, saya amat sunyi hingga menangis,” katanya.
Dalam pada itu, Emma juga sempat memberitahu bahawa dia sukar untuk berpisah dengan anak-anak pada tempoh yang lama.
Disebabkan itulah Emma sanggup membawa anaknya serta seorang pembantu ke set pengambaran hanya disebabkan tidak mahu berjauhan dengan mereka dalam waktu yang lama.
“Saya memang tidak boleh berjauhan dengan anak-anak. Sebab itu walaupun sesibuk mana, saya mahu anak-anak sentiasa ada dengan saya.
“Jadi salah satu cara, saya akan bawa anak-anak, suami dan seorang pembantu ke set penggambaran. Saya jadi lebih gembira dan bersemangat untuk bekerja jika mereka ada bersama,” katanya.
Terdahulu, Emma Maembong telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel dan juga Shakil Aryan Shah.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.