Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera di sebuah rumah di Nusa Bestari dekat Iskandar Puteri, Johor.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata polis menerima panggilan daripada petugas Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengenai kejadian itu pada pukul 12.20 tengah hari.

Cedera di mulut, lebam seluruh badan 

Beliau berkata petugas HSA memaklumkan bahawa mangsa telah dihantar ke hospital oleh ibu kandungnya.

Ibu Disyaki Dera Anak 5 Tahun. Polis Jumpa Batang Kayu, ‘Poly Pipe’ Atas Sofa
Gambar Hiasan

“Pemeriksaan yang dilakukan ke atas badan mangsa mendapati terdapat kecederaan di mulut, lebam di seluruh bahagian depan dan belakang badan kemungkinan akibat didera.

“Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama ibu kandung dan bapa angkatnya yang merupakan kekasih ibunya serta seorang adik dan kakak mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Meninggal dalam perjalanan ke hospital

IKLAN

Menurutnya, pemeriksaan awal oleh pihak hospital terhadap mangsa mendapati mangsa telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Katanya proses bedah siasat akan dijalankan pagi ini di HSA selepas keputusan ujian calitan Covid-19 mangsa diperolehi.

Ibu Disyaki Dera Anak 5 Tahun. Polis Jumpa Batang Kayu, ‘Poly Pipe’ Atas Sofa
Gambar Hiasan

Jumpa getah paip, batang kayu dan ‘poly pipe’

Dzulkhairi berkata bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor telah menjumpai getah paip di sinki dalam bilik air, batang kayu dan ‘poly pipe’ di atas sofa dan kesan darah di rumah berkenaan.

Susulan itu, pihak polis telah menahan ibu mangsa yang berusia 35 tahun di HSA dan kekasihnya berusia 32 tahun di Nusa Bestari bagi membantu siasatan, manakala adik dan kakak mangsa sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di HSA.

IKLAN
Ibu Disyaki Dera Anak 5 Tahun. Polis Jumpa Batang Kayu, ‘Poly Pipe’ Atas Sofa
Kredit: PDRM via Astro Awani

Dua-dua ada rekod dera kakak mangsa

Katanya pemeriksaan rekod lampau terhadap kedua-dua individu itu didapati, mereka mempunyai rekod jenayah lampau iaitu kesalahan di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan mendera kakak mangsa sebelum ini.

“Selain itu, mereka mempunyai empat rekod di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

IKLAN

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya negatif dadah, reman akan dimohon hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

-BERNAMA

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Ibu Disyaki Dera Anak 5 Tahun. Polis Jumpa Batang Kayu, ‘Poly Pipe’ Atas Sofa

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI