Orang kata kalau tak kaya pun tak apa, asalkan keperluan keluarga cukup. Mungkin sekarang kita jarang lihat kesusahan orang namun hakikatnya keadaan ini masih ada lagi dalam kalangan masyarakat.
Perkongsian dari seorang guru, Syafaat Nasir di twitter mengenai nasib anak muridnya yang terpaksa bergilir memakai seluar sukan dengan adiknya sangat menyentuh hati orang ramai.
Sedang pemimpin Malaysia berebut kuasa, satu kisah untuk direnung bersama.
Tadi latihan pusat olahraga, ada sorang peserta dari sekolah lain datang pakai seluar sekolah.
Ads
“Mana seluar sukan?”
“Harini giliran adik pakai sebab dia ada PJ. Saya pakai seluar sekolah la.” Sedih.
Orang ramai hulur sumbangan
Ads
Selepas tweet yang di muat naik oleh guru tersebut viral, ramai yang memberi maklum balas positif dan menghulurkan sumbanga untuk perbelanjaan kanak-kanak ini.
Melalui update terkini yang dikongsikan oleh guru tersebut, beliau telah membawa anak muridnya itu membeli keperluan yang diperlukan selain membeli makanan untuk dinikmati bersama ahli keluarganya.
Ads
Nampaknya tugas guru bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Walaupun diluar bidang kerja namun atas dasar keprihatinan semua itu dilakukan dengan penuh ikhlas.
Ada tak anak-anak anda yang obses dengan bantal busuk, kain atau apa-apa saja yang boleh buat dia rasa tenang? Mungkin sesetengah orang, rasa macam pelik tetapi ia sebenarnya tabiat biasa yang berlaku dalam masyarakat.
Namun yang jadi masalahnya, bila anak ada ‘alat penenang’ ini, kebanyakannya tidak suka untuk dibasuh dan lebih selesa dengan bau yang asli. Ini kerana bila dah dibasuh, baunya dah tak sama dan tidak seperti sebelumnya.
Tak boleh berenggang, wajib ada
Ada tu dari sebiji bantal yang elok, disebabkan sentiasa dibawa ke mana-mana, rupanya terus berubah dan tak jadi seperti yang asal. Begitu juga kisah anak kecil ini, Putera Arfan Bin Izzat Irfan, 4 tahun yang sangat ketagih dengan bantal busuk sehingga berubah rupa menjadi seperti patung yang agak menakutkan.
Menurut ibunya, Zyra Zakaria, perangai obses bantal busuk Arfan bermula pada usianya 6 bulan. Tak sangka sampai hari ini dia langsung tak boleh nak berenggang. Jika tiada, seolah resah dan gelisah sepanjang hari.
Memang sewaktu Arfan masih bayi, dia selalu gigit-gigit, main dan nak tidur mesti kena ada bantal tu. Sekarang dah 4 tahun pun kalau tak nampak kejap mulalah jadi gelisah.
Bila kami pergi ke luar negeri atau luar negara memang kena bawa. Kalau tak Arfan akan menangis tak boleh tidur. Selama 4 tahun ni, tidak pernah satu malam pun dia tidur tanpa bantal busuk itu.
Dari sebiji bantal sekarang macam patung
Disebabkan selalu ada bersamanya sepanjang masa, sampai lah sekarang rupanya dah macam patung mainan sihir.
Bukan itu saja, walaupun dah terkoyak sana-sini, tetap tak mahu tukar pada yang baru. Rela minta untuk dijahit tempat yang terkoyak sehinggalah kain dah makin mereput.
Bila saya minta untuk beri yang baru padanya, Arfan tak mahu dan tetap setia pada bantal yang itu saja.
Pernah basuh tapi anak menangis
Ramai yang tanya adakah bantal busuk itu tak pernah dibasuh? Sebenarnya bukan tak dibasuh. Saya pernah basuh dan cuci dengan cecair Dettol sebelum ni. Mungkin bila basuh, ia mengubah bau bantal busuk. Apa lagi selepas Arfan tahu, terus menangis semahu-mahunya kerana dah hilang bau asli itu.
Selepas itu, bila Arfan tahu saya nak basuh, dia dah awal-awal tak bagi. Bagaimanapun, untuk pastikan kebersihan, saya tetap juga membasuh cuma tak menggunakan sabun. Dengan cara ini, dia kuranglah menangis walaupun tahu saya membasuh barang kesayangannya.
Tambah Zyra lagi, bila pergi ke mana-mana dan dia pegang bantal busuknya, pasti akan menjadi bahan usikan. Tapi dia tak kisah asalkan bantal itu jadi penemannya. Rutin nak tidurnya juga wajib ada untuk dia hidu aroma tersebut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang bayi meninggal dunia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth, Australia pada 22 April 2019.
Memetik laporan ABC News Australia, Polis Australia Barat mengesahkan kematian bayi itu dan menyatakan tiada sebarang keraguan berhubung punca kematiannya.
Air Asia Mengesahkan Perubatan Kecemasan Dilakukan
Katanya, pihak polis juga sedang menyediakan laporan untuk koroner. Sementara itu, The Star Online melaporkan, AirAsia ketika dihubungi mengesahkan perubatan kecemasan dilakukan membabitkan bayi berkenaan bagi penerbangan D7236.
Bayi & Keluarga Dalam Ingatan Kami
“Kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai keadaan perubatan bayi tersebut. Bagaimanapun, bayi dan keluarga yang terlibat dalam ingatan kami,” kata jurucakapnya.
Menurutnya, pesawat tersebut didatangi pakar perubatan dan pihak berkuasa berkaitan sewaktu tiba di lapangan terbang.
“Keselamatan dan kesejahteraan penumpang kami sentiasa menjadi keutamaan kami, dan kru penerbangan memohon bantuan perubatan semasa pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth mengikut prosedur.
“Susulan insiden itu, penerbangan D7237 AirAsia dari Perth ke Kuala Lumpur yang dijadualkan berlepas pada pukul 6.50 pagi ditunda,” katanya.
Hati ibu mana yang tak sedih, bila dapat tahu anak yang dikandung selama 9 bulan, dijaga dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba pergi selamanya dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Bayangkan jika kita sebagai ibu bapa pun berada dalam situasi ini pasti akan rasa marah.
Mahu pengadilan
Berdasarkan sidang media polis yang diadakan semalam (11 Mei), punca kematian bayi lelaki 9 bulan ditangan suami pengasuh adalah dipercayai diliwat dan mulutnya pula ditekup menggunakan tangan sehingga lebam.
Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, suspek bertindak meliwat bayi itu dan membunuhnya dengan cara menekup mulut mangsa menggunakan tangan ketika pengasuh (isterinya) sedang menyapu di luar rumah.
Ibu kepada bayi berkenaan iaitu Robiatul Adawiah meluahkan rasa sedih dan tidak dapat menerima ketiadaan anaknya dengan perbuatan yang dianggap sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Melalui luahan hatinya itu, sebagai ibu dia akan menuntut keadilan dan membela kematian anak syurganya itu.
Rindu yang tiada penghujung
Paling sebak, ibu adik Afiq memuat naik status yang sehingga kini dia tak boleh terima cara pemergian bayinya. Hantar rumah pengasuh dalam keadaan sihat, balik tengok dah kaku.
Rindu yang tiada penghujungnya.
Malahan senyumanmu, gelak tawa mu tak akan pernah ibu lupa. 9 bulan ibu kandung, 9 bulan ALLAH bagi jaga adik. Terlalu senang ibu melahirkan, terlalu senang untuk dijaga adik. Ibu tahu adik dah gembira di sana.
Tak sangka itu lambaian terakhir adik
Bukan itu saja, tiga hari sebelum adik pergi, adik baru pandai lambai tangan. Ibu tak sangka rupanya itu lambaian terakhir untuk kami.
Perancangan ibu untuk sambut hari lahir ibu bersama-sama juga tak kesampaian kerana adik dah pergi dulu. Ibu reda dan ibu tetap akan tunggu pengadilan buatmu.
Jenazah adik Afiq itu telah selamat dikebumikan pada 30 April lalu selepas solat Asar. Disebabkan pemergian secara mengejut, kakak kepada adik Afiq turut sama merasai kesedihan itu sehingga dia pun turut terkesan.
Kakak sentiasa rindukan baby
Ibu tak kuat nak tengok kakak macam ni. Kakak paling rapat dengan baby, selalu tidurkan baby, selalu buatkan susu kat baby, selalu pakaikan pampers baby. Sabar ya sayang.
Kini apa yang diharapkan oleh ibu adik Afiq dan seluruh ahli keluarga adalah semoga ada pengadilan buat bayi lelakinya itu. Dia percaya undang-undang akan dapat memberi hukuman setimpal kepada pelaku tersebut.
Kerajaan wajar mempertimbang had usia persaraan di Malaysia dinaikkan daripada 60 kepada 65 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),...