Demi anak, apa juga dugaan ibu ayah rela berkorban. Apa yang diceritakan ibu ini amat menyentuh hati, betapa tabahnya menempuhi dugaan anak yang sakit.

Naqisha Nazrin, 4 tahun 3 bulan tidak pernah sakit selama 5 bulan pertamanya. Malah jaundis yang sering dialami bayi baru lahir pun tidak dialaminya. Ibunya, Ika Nazrin langsung tidak menyangka rupanya ada penyakit jantung berlubang yang sedang dialami anak.

Ibu Diuji Anak Jantung Berlubang & Pendarahan Otak, Ika Reda Nia Kini Anak Istimewa

Ni la litte fighter saya, Nia Naqisha Nazrin 4tahun 3bulan. Boleh nampak parut kat dada dia tu. Saya dulu pun tak tahu anak saya, Nia Naqisha sakit jantung berlubang (VSD)..
Umur 5 bulan baru dapat detect secara tak sengaja. Selama 5 bulan tu Nia tak pernah sakit. Kuning pun tak pernah. Merata dah bawa dia 

DALAM PANTANG NIA BERNAFAS LAJU

Actually masa dalam pantang dah perasan nafas Nia laju sikit dari abang-abang dia (ni anak ke-3)..
Pernah mengadu kat nurse/doctor tapi katanya normal..
Pastu kerap berpeluh kepala..
Duduk tempat aircond pun kepala peluh basah bantal..
Kalau menyusu pun nampak dia tercungap..

BERPELUH & MENCUNGAP SIMPTOM MASALAH JANTUNG

Rupanya ini semua simptom baby ada masalah jantung (dulu saya tak tahu)..
Saya pernah bagitau kat doctor/nurses setiap kali check up tapi depa kata normal normal ?
Saya ibu, saya tahu ada tak kena dengan anak, cuma tak tahu apa dia.

IKLAN
Ibu Diuji Anak Jantung Berlubang & Pendarahan Otak, Ika Reda Nia Kini Anak Istimewa
Sebulan sebelum penyakit jantung Nia dikesan.

Dipendekkan cerita masa Nia check up bulanan umur 5 bulan tu doctor klinik kesihatan dengar ada kahak banyak kat paru-paru..
So kena neb kat klinik (1st time)..
Then doctor buat surat refer ke Hospital S****..

NIA KUAT, BERTAHAN 5 BULAN TANPA UBAT

Terus pi Hospital S**** masa kat emergency kena masuk zon kuning terus..
Doctor kat sana cek guna stethoscope dengar bunyi murmur (kalau ada masalah jantung akan ada bunyi ni)..

Terus kena warded untuk buat ECHO (scan jantung) esoknya..
Hasil ECHO sah jantung berlubang VSD 6mm..
Doctor terus start 3 ubat jantung (Frusemide, Captopril, Spironolactone)..
Doctor kata kuat Nia bertahan 5 bulan tanpa ubat..
Oh ya..Nia tak pernah biru sepanjang tu..
So lagilah saya tak tahu dia sakit jantung..

Ibu Diuji Anak Jantung Berlubang & Pendarahan Otak, Ika Reda Nia Kini Anak Istimewa
3 hari sebelum operation, Nia makin kurus, lesu

“TIADA LAGI BERPELUH & MENCUNGAP, JANTUNG DAH KUAT”

Umur 5bulan detect..
Umur 9bulan operate belah dada (open heart surgery – VSD closure)..
Sekarang alhamdulillah jantung Nia kuat dah..
Ubat jantung semua dah stop 6 weeks lepas operation..
Dah tak ada berpeluh or tercungap macam dulu..
Follow up cek jantung 18 bulan sekali kat hospital..

IKLAN

RINGKASAN RAWATAN DILALUI NIA

1/7/2015 (umur 5bulan 5hari)
– Nia detect jantung berlubang VSD 6mm..
– masuk wad 1 minggu dan start 3 ubat jantung

20/8/2015
– 1st follow up untuk ECHO (scan jantung).. doctor terus bagi tarikh operation

29/10/2015
– operation open heart surgery kat Hospital S****
– umur Nia 9bulan 3hari masa ni

IKLAN
Ibu Diuji Anak Jantung Berlubang & Pendarahan Otak, Ika Reda Nia Kini Anak Istimewa
Hari mula didiagnos jantung berlubang. 

ALAMI PENDARAHAN OTAK, KOMA SEBULAN & 64 HARI DI ICU

Ibu ini menerima ketentuan takdir. Selepas pembedahan, Nia mengalami komplikasi yang teruk. “Dia kena pendarahan otak (Intracranial Hemorrhage). Kesan dari ni buat dia koma 1bulan, 64 hari duduk wad ICU dulu. Kiranya dia macam back to zero.

Nia kini sedang dalam proses untuk belajar duduk, berdiri dan berjalan. Fisio dan terapi dia semua di sebuah hospital. Bab jantung dia setel dah. Cuma kini Nia diduga kena bab lain pula.” ujar Ika kepada Pa&Ma.

PEKA TANDA-TANDA AWAL BAYI JANTUNG BERLUBANG

Ika turut berkongsi simptom-simptom anak ada masalah jantung yang boleh dilihat ibu-ibu lain:

– kerap berpeluh terutama kepala
– duduk dalam bilik aircond pun berpeluh basah bantal
– kepala panas, badan kaki tangan tak panas
– nafas laju
– menyusu tercungap atau sikit-sikit
– kurang selera makan
– berat naik tak cantik
– kuku/bibir biru (tak semua)

“Nasihat saya, kalau anak ada simptom seperti di atas (tak semua simptom) boleh bawa jumpa doctor. Lagi bagus kalau dapat buat ECHOCARDIOGRAM (scan jantung) ,” kata ibu tabah ini mengakhiri perbualan dengan Pa&Ma.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI