Semasa mengandung, macam-macam benda terasa ingin disuap ke mulut. Tetapi ada 4 jenis makanan harus dielakkan oleh wanita hamil. Ingin tahu apakah makanan tersebut?
Wanita hamil perlukan makanan berkhasiat
Seorang wanita hamil perlu memastikan setiap makanan yang diambil membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan untuk janin membesar dan berkembang dengan baik. Selain itu badan juga perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik untuk bersedia dengan perubahan.
Untuk proses kehamilan yang sihat, diet pemakanan ibu mengandung perlulah seimbang dan berkhasiat. Ia perlu mempunyai kandungan protein, karbohidrat dan lemak serta mengambil pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan.
Sesetengah diet pemakanan wanita hamil mungkin dipengaruhi kepercayaan bangsa, keperluan asas agama atau berdasarkan tahap kesihatan. Jadi pastikan anda mendapatkan rundingan dan nasihat doktor sebelum merancang sebarang diet kehamilan.
Tetapi bukan semua makanan boleh diambil dan dimakan oleh wanita hamil. Ada 4 jenis makanan harus dielakkan oleh wanita yang sedang mengandung. Ia adalah kerana kesan yang mungkin berlaku kepada diri atau bayi dalam kandungan.
Jom semak senarai 4 makanan perlu dihindari wanita hamil:
Makanan laut tinggi merkuri
Merkuri adalah 1 elemen bertoksik tinggi dan biasanya ditemui di kawasan laut yang tercemar. Jadi wanita yang sedang hamil sangat perlu mengelakkan daripada memakannya.
Pengambilan makanan bermerkuri boleh mendatangkan kesan kepada bayi dalam kandungan. Ia menyebabkan perkembangan bayi menjadi lambat dan berisiko meningkatkan masalah kerosakan saraf bayi.
Kandungan merkuri yang tinggi dalam makanan berisiko menjejaskan sistem imun badan, fungsi buah pinggang serta sistem saraf.
Jika ibu hamil ingin memakan makanan laut, pastikan anda mengehadkan pengambilannya sekitar 1 atau 2 kali sebulan dalam jumlah yang sedikit.
Antara makanan yang mengandungi merkuri adalah:
Ikan makarel
Ikan tuna
Ikan yu
Ikan mentah
Jika anda penggemar makanan sushi terutamanya yang mengandungi ikan mentah, sila berikan perhatian. Ini kerana ia tersenarai antara 9 jenis makanan harus dielakkan wanita hamil.
Ikan mentah berisiko menyebabkan pelbagai jangkitan seperti norovirus, Vibro, Salmonella dan Listeria. Sesetengah jangkitan mungkin hanya mendatangkan kesan kepada ibu mengandung, menjadikan mereka lemah dan terhidrasi.
Namun, terdapat juga jangkitan yang menjejaskan bayi dalam kandungan. Ia boleh memberikan kesan serius sehingga menyebabkan kematian bayi dalam kandungan.
Daging separuh masak, mentah dan diproses
Pengambilan daging separuh masak atau mentah boleh meningkatkan risiko jangkitan beberapa bakteria atau parasit termasuklah Toxoplasma, E.coli, Listeria dan Salmonella.
Bakteria tersebut boleh mengancam kesihatan bayi yang belum lahir, menyebabkan kematian atau penyakit neurologi kronik termasuk ketidakupayaan intelektual, buta dan epilepsi.
Daging yang diproses seperti sosej atau daging burger juga adalah makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana jenis daging ini mungkin dijangkiti pelbagai bakteria dalam proses penghasilan atau penyimpanannya.
Telur mentah
Jika anda peminat telur separuh masak atau mentah, ketahuilah bahawa ia juga termasuk dalam makanan harus dielakkan oleh ibu mengandung.
Ini kerana telur mentah mungkin mengandungi Salmonella. Antara simptom jangkitan yang mungkin dialami ibu hamil adalah demam, loya, muntah, kekejangan perut dan cirit-birit.
Walau bagaimanapun, ia bukanlah kes yang biasa berlaku dan ini mungkin terjadi disebabkan kulit telur yang tidak dibasuh bersih.
Dalam sesetengah kes, ia mungkin menyebabkan kekejangan pada uterus. Keadaan ini cenderung menyebabkan kelahiran bayi pramatang atau kematian bayi dalam kandungan.
Jadi ibu hamil semua, pastikan telur yang akan anda ambil masak sepenuhnya, okay?
Pentingkan kebersihan
Makanan yang bersih adalah 1 perkara yang perlu dititikberatkan oleh wanita hamil. Elakkan memakan buah-buahan atau sayuran yang tidak dibasuh kerana ia mungkin mengandungi bakteria dan parasit.
Jadi pastikan makanan yang akan diambil terjamin kebersihannya. Hindari jenis-jenis makanan harus dielakkan jika anda tidak mahu berdepan sebarang komplikasi sepanjang tempoh kehamilan anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini Jep Sepahtu mengesahkan isterinya, Sari Yanti telah keguguran ketika usia kehamilan masuk 3 bulan.
Hasrat pasangan ini untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian kerana ketika pemeriksaan dibuat, doktor mengesahkan denyutan bayi tiada. Disebabkan itu, Sari Yanti terpaksa melakukan pembedahan.
Di instagramnya, Sari Yanti ada menjawab beberapa soalan yang ditanya peminatnya mengenai kesihatan selepas keguguran.
Dia menyatakan kandungan ketiganya kali ini diluar rahim sehingga terpaksa melakukan pembedahan.
Walaupun berasa sedih, Sari Yanti dan Jep reda dan mungkin ada yang terbaik lagi untuk mereka selepas ini.
Ini juga adalah kehamilan kali ke-5 buat Sari Yanti dan dah ada dua anak syurga menunggu.
Dalam tempoh berpantang selepas keguguran itu juga, dia berterima kasih atas doa dari orang ramai dan kata-kata semangat yang diberikan padanya dan keluarga.
Semoga yang baik-baik juga untuk mereka yang mendoakan kesihatan saya,” ujarnya baru-baru ini.
Sumber: Sari Yanti
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila bayi yang dikandung songsang, ada pelbagai perkara yang bermain di minda ibu terutamanya peluang untuk bersalin normal.
Menurut Dr Norleen Salleh, Pakar Sakit Puan dan Perbidanan Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, bayi dalam posisi songsang dalam tempoh tertentu dan akan kembali ke kedudukan kepala ke bawah menjelang minggu ke-36.
Tetapi bagi kes bayi songsang, posisinya tidak berubah. Lazimnya doktor akan mendiagnosis kandungan berada dalam keadaan songsang apabila menjelang minggu ke-36 melalui ujian imbasan. Pengesahan pada waktu ini agak membimbangkan kerana bayi semakin membesar dan agak sukar untuk bergerak dan mengubah kedudukan kepalanya ke bawah.
JENIS SONGSANG
Terdapat tiga keadaan songsang yang biasa dihadapi oleh ibu hamil; 1)Complete breech
Keadaan songsang di mana punggung bayi menghadap bahagian bawah uterus manakala kakinya dalam keadaan terlipat di bawah punggungnya. 2)Extended breech
Punggung bayi seperti duduk di dalam saluran kelahiran (birth canal) dengan kakinya berlunjur ke depan. 3)Footling breech
Keadaan songsang ini membabitkan sebelah atau kedua-dua kaki bayi terletak di bahagian bawah seperti dalam keadaan berdiri.
FAKTOR YANG MENYEBABKAN TERJADINYA KANDUNGAN SONGSANG
Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kandungan songsang. Ia sering
a) Kedudukan uri di bawah (placenta previa).
b) Tali pusat pendek
c) Bayi mempunyai kecacatan.
d) Air ketuban terlalu banyak atau sedikit.
e) Ketumbuhan dalam pelvis seperti cyst, fibroid di dalam rahim ibu.
f) Bentuk uterus yang tidak normal atau keradangan seperti endometriosis.
g)Kontraksi pramatang yang menyebabkan kelahiran berlaku pada waktu itu.
PROSEDUR UBAH KEDUDUKAN BAYI SONGSANG
Kedudukan bayi yang songsang boleh diubah dengan cara tertentu bergantung pada keadaan ibu, bayi, tali pusat dan uri. Prosedur External Cephalic Version (ECV) iaitu proses memusingkan kepala bayi ke bawah boleh dilakukan pada minggu ke-32 hingga 36 di hospital oleh doktor pakar yang mahir dengan menggunakan bantuan pengimbas ultra bunyi untuk melihat kedudukan uri, tali pusat dan anggota badan bayi.
Alat untuk mengukur degupan jantung bayi turut digunakan untuk mengetahui tahap kesihatan bayi. Ramai yang mengatakan prosedur ini menyakitkan dan ia mempunyai risiko yang tertentu. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mencetuskan kontraksi dan menyebabkan kelahiran.
Urutan tradisional dilarang sama sekali kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kepada uterus, putus tali pusat, uri lekang, tumpah darah, kelahiran pramatang dan kematian bayi dalam kandungan.
Ibu juga boleh berusaha dengan mengamalkan kedudukan bersujud (kedudukan melutut dan kepala direndahkan). Tarikan graviti boleh membantu menggerakkan kepala bayi ke bawah. Kedua-dua cara iaitu prosedur ECV dan bersujud boleh dilakukan namun peratusan berjaya adalah rendah sekiranya tali pusat bayi pendek atau berbelit.
BOLEHKAH DILAHIRKAN SECARA NORMAL?
Tidak semua kandungan songsang boleh dilahirkan melalui cara normal. Pembedahan caesarean adalah alternatif utama. Hanya dalam keadaan tertentu sahaja kelahiran normal melalui serviks yang dibolehkan oleh para pakar perbidanan.
1-Bukan bayi pertama dan mempunyai pengalaman melahirkan secara normal.
2-Rahim ibu tidak mempunyai parut pembedahan (scar).
3-Saiz bayi kurang daripada 3.5kg.
4-Ukuran pelvis ibu.
5-Tidak melebihi tarikh jangkaan bersalin.
6-Bayi dalam keadaan sihat.
7-Dipersetujui ibu dan suaminya.
Perlu difahami bahawa kelahiran bayi songsang dengan kaedah normal mempunyai risiko komplikasi tali pusat (cord accident) seperti cord prolapse iaitu tali pusat yang terkeluar terlebih dahulu sebelum bayi. Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan tali pusat tidak berfungsi dengan baik dan bayi berkemungkinan tidak mendapat bekalan oksigen dan boleh menyebabkan kematian. Tali pusat juga boleh menjerut leher bayi dan boleh menyebabkan bayi lemas. Risiko tali pusat berpintal juga perlu diambil kira.
Selain itu, kedudukan kepala bayi di atas juga boleh menyebabkan ia tersangkut di saluran servis. Hal ini kerana bahagian kepala adalah yang paling besar boleh menyebabkan asphyxia (lemas) yang boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian.
Menurut Dr Norleen, doktor yang merawat akan memberikan kaunseling pasangan terbabit tentang cara terbaik yang boleh dilakukan berdasarkan keadaan dan situasi semasa. Alternatif melahirkan terbaik bagi kehamilan songsang ialah pembedahan caesarean. Pembedahan ini akan dicadangkan apabila kehamilan mencecah usia minggu ke-37 di mana bayi telah matang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran bayi baru pastinya menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan. Seperti juga pelakon Saharul Ridzwan dan isteri tercinta Qaabila Deena Amir yang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Dalam hantaran terbaru sang suami di akaun Instagram miliknya, Pelakon Korban Kasih ini ada berkongsi perkembangan terkini aktiviti dia dan isteri.
Dalam entrinya itu, Saharul berkongsi beberapa surah pilihan yang mungkin menjadi amalannya. Menurut bintang yang mula dikenali sejak menjadi finalis Hero Remaja, apa yang dikongsikan itu adalah persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir.
“Persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir. InShaaAllah,” kongsinya di Instagram.
Posting tersebut mendapat reaksi yang baik daripada peminat dan pengikutnya. Ramai yang turut berkongsi posting tersebut untuk kenalan dan pasangan masing-masing.
Selain itu, tak kurang juga ramai yang mendoakan agar urusan bersalin Deena Amir dipermudahkan.
Saharul dan Deena Amir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Luth Ali yang kini sudah berusia 3 tahun lebih.
Dalam posting yang lain, dilihat Saharul dan Deena sudah tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata mereka yang kedua.
Deena Amir kini sedang sarat hamil anak kedua dan menunggu detik untuk melahirkan. Didoakan semoga urusan bersalin Deena dipermudahkan. Ibu dan bayi sihat dan selamat. Amin!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.