Ads

Ibu Hamil Jangan Anggap Sakit Gigi Perkara Biasa, Pemeriksaan Awal Penting!

Ibu Hamil Jangan Anggap Sakit Gigi Perkara Biasa

Sakit gigi mungkin kedengaran seperti masalah biasa yang boleh ditahan sementara. Namun bagi wanita hamil, rasa sakit, gusi berdarah, bengkak atau tanda jangkitan pada mulut tidak seharusnya dianggap sekadar salah satu perubahan biasa sepanjang kehamilan.

Kehamilan sememangnya menyebabkan banyak perubahan pada tubuh wanita, termasuk pada gigi dan gusi. Tetapi itu bukan bermaksud setiap masalah pergigian boleh dibiarkan sehingga selepas bersalin.

Baru-baru ini, tular kisah seorang wanita yang meninggal dunia selepas mengalami severe sepsis with multi-organ failure atau jangkitan teruk sehingga menyebabkan kegagalan beberapa organ menjadi perhatian.

Menurut perkongsian suaminya, Allahyarhamah dikatakan sering mengalami sakit gigi setiap kali hamil.

“Allahyarham selalu sakit gigi terutamanya ketika mengandung. Setiap kali Allahyarham hamil, dia akan sakit gigi.”

Ia menjadi peringatan penting agar ibu hamil tidak menangguhkan pemeriksaan apabila mengalami masalah kesihatan, termasuk masalah pergigian yang berulang atau berpanjangan.

Ibu Hamil Jangan Anggap Sakit Gigi Perkara Biasa

Sakit Gigi Ketika Hamil Dan Perubahan Hormon Pada Gusi

Ketika hamil, perubahan hormon boleh menyebabkan gusi memberi tindak balas yang lebih kuat terhadap plak pada gigi.

Antara masalah yang boleh berlaku ialah gingivitis kehamilan, apabila gusi menjadi merah, bengkak, sensitif atau mudah berdarah ketika memberus gigi.

American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) turut menyatakan bahawa perubahan fisiologi ketika hamil boleh menyebabkan beberapa perubahan pada kesihatan mulut termasuk gingivitis, karies gigi, hakisan gigi dan periodontitis.

Selain perubahan hormon, muntah yang kerap ketika hamil boleh meningkatkan pendedahan gigi kepada asid. Perubahan tabiat pemakanan dan penjagaan kebersihan mulut pula boleh meningkatkan risiko kerosakan gigi pada sesetengah ibu.

Ads

Sebab itulah gusi berdarah atau sakit gigi ketika mengandung tidak sepatutnya terus dianggap normal dan dibiarkan begitu sahaja.

Ibu Hamil Jangan Anggap Sakit Gigi Perkara Biasa

Jangan Tunggu Sakit Baru Jumpa Doktor Gigi

Pemeriksaan pergigian ketika hamil bukan hanya diperlukan apabila gigi sudah sakit.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri menyediakan Program Antenatal bagi kesihatan pergigian. Ibu mengandung yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan boleh dirujuk ke klinik pergigian kerajaan untuk sesi pendidikan kesihatan mulut, pemeriksaan serta rawatan pergigian.

Ini menunjukkan bahawa penjagaan gigi memang sebahagian daripada penjagaan kesihatan ibu sepanjang kehamilan, bukannya sesuatu yang perlu dielakkan kerana takut rawatan akan mengganggu kandungan.

Pemeriksaan awal juga membolehkan doktor gigi mengesan masalah sebelum ia menjadi lebih serius.

Rawatan Gigi Ketika Hamil Selamat Ke?

Antara kebimbangan biasa ibu ialah takut melakukan rawatan pergigian ketika mengandung.

Ads

Menurut ACOG, pencegahan, diagnosis dan rawatan masalah pergigian ketika hamil secara umumnya adalah selamat. Rawatan yang memang diperlukan seperti tampalan, rawatan akar gigi dan cabutan juga boleh dilakukan ketika hamil apabila mempunyai indikasi klinikal. Menangguhkan rawatan yang diperlukan pula boleh menyebabkan masalah menjadi lebih kompleks.

American Dental Association (ADA) juga menyatakan rawatan pergigian pencegahan, diagnostik, restoratif dan kecemasan boleh dilakukan pada pesakit hamil.

Apa yang penting, beritahu doktor gigi bahawa anda sedang hamil dan usia kandungan semasa supaya rawatan, ubat serta prosedur yang sesuai boleh dirancang mengikut keadaan ibu.

Jangan menangguhkan sendiri rawatan hanya kerana menganggap semua prosedur pergigian perlu menunggu sehingga selepas bersalin.

Ibu Hamil Jangan Anggap Sakit Gigi Perkara Biasa

Segera Dapatkan Pemeriksaan Jika Ada Tanda Ini

Ibu hamil disarankan berjumpa doktor gigi terutama jika mengalami:

Ads
  • sakit gigi yang berpanjangan atau semakin kuat;
  • gusi bengkak dan sakit;
  • gusi yang kerap berdarah;
  • bengkak pada muka atau rahang;
  • keluar nanah di sekitar gigi atau gusi;
  • gigi berlubang atau patah; atau
  • sakit gigi disertai demam atau rasa tidak sihat.

Jangan hanya bergantung kepada ubat tahan sakit tanpa mengetahui punca sebenar masalah.

Jaga Gigi Sepanjang Kehamilan

Dalam kesibukan menghadiri pemeriksaan kandungan, mengambil vitamin dan menjaga pemakanan, kesihatan gigi dan mulut juga jangan dilupakan.

Antara langkah asas yang boleh dilakukan ialah memberus gigi dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida, membersihkan celah gigi setiap hari serta menghadiri pemeriksaan pergigian secara berkala. ACOG turut menyarankan amalan ini sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan mulut ketika hamil.

Jika ibu sering muntah akibat morning sickness, elakkan terus memberus gigi sebaik sahaja muntah kerana keadaan mulut masih berasid. Berbincanglah dengan doktor gigi tentang cara penjagaan yang sesuai sekiranya muntah berlaku dengan kerap.

Paling penting, jangan tunggu sehingga sakit menjadi terlalu kuat baru mendapatkan bantuan.

Kehamilan bukan alasan untuk mengabaikan kesihatan gigi. Sebaliknya, inilah tempoh ibu perlu lebih peka terhadap perubahan tubuh, termasuk apa yang berlaku di dalam mulut.

Masalah gigi mungkin nampak kecil pada awalnya, tetapi masalah yang berterusan tetap perlu diperiksa. Dapatkan pemeriksaan, kenal pasti puncanya dan biarkan doktor menentukan rawatan yang paling sesuai untuk ibu serta kandungan.

Baca lagi: Mykad Generasi Baharu Rasmi Hari Ini, Tak Perlu Tergesa-Gesa Tukar Mykad Lama!

Disipilin Anak Tanpa Perlu Jerit & Ugut Rotan, 6 Cara Berkesan Guna Time-Out!

Sumber: Facebook Program Kesihatan Pergigian KKM

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Tragedi Kulim: Suami Sempat Ambil Anak Di Rumah Pengasuh Sebelum Serah...

Cemburu dalam rumah tangga dipercayai mencetuskan pertengkaran yang berakhir dengan tragedi, meninggalkan seorang anak kecil berdepan kehilangan besar.