Semakin dekat hari nak bersalin, ada baiknya anda melakukan pelbagai senaman ringan dan regangan. Semua ini bagi memastikan proses bersalin berjalan dengan lancar.
Senaman macam mana? Sebenarnya tak perlukan gerakan atau senaman yang sukar, pergerakan yang mudah misalnya amat membantu ibu ketika hamil malah ketika hampir bersalin.
Wanita hamil yang bersenam juga pada kebiasaannya kurang alami sakit belakang, lebih bertenaga dan sesudah melahirkan anak, kembali lebih cepat ke bentuk badan yang asal.
Tidak hanya mudah hendak bersalin bahkan senaman ketika hamil juga dapat membuat tubuh lebih relaks disamping dapat mengurangkan risiko lain termasuklah gestational diabetes dan darah tinggi.
Senaman berikut boleh dilakukan di rumah dan selamat untuk dilakukan. Pun begitu, sila rujuk kepada pakar terlebih dahulu jika terdapat sebarang ketidakselesaan.
Ads
1. Push-Up
Mulakan aktiviti senam ibu hamil anda dengan melakukan push-up menghadap dinding. Ini akan menguatkan otot di hadapan dada dan otot triceps di belakang lengan anda.
Caranya adalah dengan berdiri menghadap dinding dan kemudian sandar pada dinding pada paras bahu. Pastikan lutut anda berasa selesa.
Bengkokkan siku dan turun sehingga dada menyentuh diding. Kemudian angkat badan anda semula ke keadaan asal. Lakukan sehingga 15 kali.
2. Leg lift
Anda juga boleh mencuba leg lift (senaman kaki) untuk menguatkan otot belakang dan perut anda. Mulakan dengan kedua-dua tangan dan lutut anda menyentuh tanah. Angkat lutut kanan anda, dan luruskan kaki supaya selari dengan lantai.
Ads
Kemudian letakkan semula kaki kanan anda ke kedudukan asal dan angkat lutut kiri anda pula; dan luruskan kaki selari dengan lantai. Ulang sehingga 10 set untuk kedua-dua belah kaki.
3. Step up
Seterusnya ialah senaman step-up dengan menggunakan bangku kecil atau tangga di rumah anda. Berdiri tegak di belakang bangku tadi dan angkat kaki utama anda ke bangku dan angkat kaki lagi satu, kemudian turunkan kedua-dua kaki tadi.
Tukar kepada kaki lagi satu dan angkat kaki tersebut ke atas bangku dan angkat kaki lagi sebelah, kemudian turun semula. Ulang seberapa banyak bagi setiap kaki berselang-seli selagi yang anda mampu.
Ads
4. Sandar dinding
Aktiviti senam ibu hamil yang terakhir anda boleh lakukan adalah senaman mencangkung. Setiap kali anda lakukannya, ia boleh membantu untuk membuka laluan ruang pelvis dan memudahkan bayi untuk keluar. Dengan berdiri tegak dan menyandar pada dinding, turunkan badan anda dengan membengkokkan lutut anda ke paras yang anda selesa.
Sila pastikan tumit anda kekal rata di atas lantai. Kemudian kembali semula ke kedudukan asal. Ulang seberapa kerap yang anda mampu.
Lakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Lebih banyak anda bersenam, badan terasa lebih kuat dan cergas untuk menghadapi proses bersalin. Pun begitu, elakkan terlalu memaksa tubuh dan ikutlah kemampuan diri anda. Jangan berlebih-lebih.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang tak sedih apabila anak yang baru nak menjengah usia 2 tahun pada Jun ini pergi buat selama-lamanya selepas mengalami demam dan turut disahkan mengalami jangkitan paru-paru.
Paling mengejutkan ibu arwah adik Arra,sebelum ini Arra sangat aktif tapi kuasa Allah siapa yang mampu menolaknya apabila disahkan pula ada ketumbuhan selepas mengalami sawan. Berikut antara perkongsian dari ibunya, Asyikin Aizam yang cukup menyedihkan.
Kulit merupakan organ terbesar pada tubuh manusia. Ia bertindak sebagai pelindung utama daripada sebarang gangguan luaran. Dalam usaha menjaga kesihatan kulit bayi yang masih kecil, anda perlu pandai memilih produk penjagaan dirinya. Pastikan ia selamat dan sentiasa semak kandungan bahan yang digunakan dalam produk berkenaan. Seharusnya, produk berkenaan adalah bebas daripada bahan kimia berbahaya.
Sistem badan bayi yang masih kecil belum matang dan mudah sensitif. Oleh sebab itu, dia mudah terdedah kepada risiko ruam, kegatalan, iritasi, alergik dan pelbagai penyakit kulit lainnya. Pasti anda bimbang dan tidak mahu kulitnya yang masih lembut diganggu masalah kulit, bukan?
Salah satu punca hal tersebut boleh berlaku, mungkin disebabkan penggunaan produk mandian yang mengandungi bahan kimia tertentu. Sekiranya terlalu kerap terdedah kepadanya, ia boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan kulit si manja.
Cara memilih produk mandian si kecil ini tidak susah. Anda hanya perlu teliti dengan apa yang mahu dibeli agar kulit anak kekal lembut dan sihat. Jom tinjau informasi yang patut anda tahu.
1. Teliti label produk
Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlu tahu komponen dalam produk mandian sebelum menggunakannya pada anak. Elakkan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti glycol, propylene dan paraben.
Produk mandian yang terbaik untuk kulit bayi yang lembut itu seharusnya mengandungi bahan-bahan seperti minyak badam dan aloe vera. Antara bahan lain yang sesuai adalah seperti susu, madu dan minyak zaitun.
Jadi, sebelum membeli, pastikan produk mandian itu hanya mengandungi bahan formulasi ringan dan mampu menjaga pH kulit dan tidak memedihkan mata.
2. Pilih produk khusus untuk bayi
Produk mandian yang kasar boleh menyakitkan kulit bayi dan menyebabkannya kemerahan. Jadi, hindari produk yang biasa digunakan oleh orang dewasa. Sebaliknya, pilihlah produk mandian bersifat lembut dan khas untuk bayi.
Untuk makluman, kulit bayi juga tidak perlu disental dengan kuat seperti kulit orang dewasa. Lapisan kulitnya yang masih nipis dan sensitif memerlukan penjagaan khusus dengan menggunakan produk mandian lembut.
3. Mesti bebas alkohol
Semak label pada produk yang mahu dibeli terlebih dahulu. Elakkan produk yang mengandungi alkohol kerana ia boleh menyebabkan kulit kering, gatal dan ruam. Nama lain alkohol yang terdapat pada label ialah ethanol, ethyl alcohol dan cetearyl alcohol.
4. Elakkan produk ada sabun
Cara penjagaan kulit bayi dan dewasa jauh bezanya. Kulit bayi hanya perlukan produk mandian lembut dan bebas bahan kimia berbahaya tanpa sabun dan boleh berbuih. Bahan kimia yang ada pada buih produk mandian dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan kulit bayi lebih-lebih lagi jika dia memiliki jenis kulit yang sensitif.
5. Pastikan ada formula hipoalergenik
Sekiranya bayi mengalami masalah kulit seperti kering ataupun ekzema, rawatnya dengan menggunakan rangkaian produk yang mengandungi formula hipoalergenik ketika mandi.
Formula ini jika ada di dalam produk mandian terbukti dapat mengurangkan risiko bayi terkena alahan kulit. Oleh yang demikian, simptom penyakit kulit dapat dikurangkan daripada terkena bayi anda.
6. Mempunyai kadar pH seimbang
Kadar pH kulit bayi adalah pada purata 5.5 hingga 7. Ini bererti, kulit bayi lebih bersifat asid hingga normal. Oleh itu, pilihlah produk yang mempunyai pH paling seimbang agar sesuai dengan keadaan kulit bayi. Dengan itu, ia dapat membantu kesihatan kulit bayi.
7. Hindari produk antibakteria
Disarankan tidak menggunakan produk dengan label antibakteria untuk bayi. Bahan antibakteria tidak digunakan pada produk penjagaan kulit yang diformulasikan untuk bayi kerana berisiko menyebabkan iritasi dan kulit kering.
8. Pilih produk mandian kaya dengan lembapan
Cetaphil Baby adalah produk mandian yang mengandungi semua kriteria pemilihan produk mandian bayi yang selamat dan sesuai untuknya. 10 daripada 10 orang ibu bersetuju bahawa Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash, secara lembut membersihkan dan melembutkan kulit bayi.
Tambahan pula ia sememangnya disarankan oleh pakar pediatrik. Produk ini dipercayai ramai kerana mengandungi 1/3 bahan pelembap iaitu minyak badam dan aloe vera. Malah, ia bebas paraben, bebas sabun dan merupakan formulasi tidak memedihkan mata. pH juga seimbang dan ia merupakan formula hipoalergenik.
Jika semua tip sudah diikuti tetapi masih ragu-ragu, anda boleh menguji produk baharu itu ke atas anak. Hal ini bertujuan menghindari risiko reaksi alergi. Caranya, sapu sedikit produk ke bahagian pergelangan tangan atau lengan anak. Jika timbul kemerahan atau iritasi, itu bermakna produk tidak sesuai dengannya. Selain iritasi atau kemerahan, ada juga bayi yang mengalami ruam, kulit kering dan pecah selepas penggunaan produk tertentu.
Pada tahap bayi mula mengembangkan perasaan ingin tahu, dia suka meniru mimik muka. Masa kini memang ramai ibu bapa yang gemar merakam gambar aksi-aksi bayi sebegini. Hah! Cetaphil Malaysia membuka peluang kepada anda untuk memenangi Hadiah Utama 3x baby car seat yang bernilai RM1000 manakala Hadiah Saguhati pula berupa 10x hamper Cetaphil Baby bernilai RM250.
Peraduan ini bermula sejak 17 September hingga 14 Oktober ini. Anda boleh menyertai Peraduan My Little Mimic ini dengan hanya menghantar gambar bayi meniru ekpresi wajah dan aksi ibu dan bapa yang menarik. Setiap foto perlu dirakam bersama dengan mana-mana rangkaian produk Cetaphil Baby.
Penyertaan perlu dihantar sebagai komen pada pos yang dipin dalam laman Facebook Cetaphil Malaysia. Post berkenaan boleh dicari di http://bdj.bz/mylittlemimic
Jangan lupa untuk sertakan kapsyen gambar tentang pengalaman anda bagaimana produk Cetaphil Baby menjadikan masa mandi anak itu menggembirakannya. Letakkan juga tanda pagar #MyLittleMimic dan CetaphilMY.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa ya sebenarnya ibu berpantang sentiasa pakai stoking? Kalau tanya pendapat orang tua-tua, katanya stoking bertujuan untuk elakkan masuk angin.
Tapi menurut jururawat ini, Bel Nawhen, pemakaian stoking ketika berpantang langsung tiada kena mengena dengan nak elak masuk angin.
Walaupun begitu ia bukanlah perkara wajib untuk semua ibu berpantang cuma pemakaina stoking amat digalakkan untuk tujuan pemulihan semula tubuh badan ibu lepas bersalin.
Biasanya pantang dan stoking memang tak boleh dipisahkan bukan. Dah macam eksesori tambahan pula bagi ibu melahirkan.
Jika tak pakai stoking, mulalah kena bebel dengan ibu, suami dan orang sekeliling.
Saya juga tidak terkecuali terkena bebelan seperti ini semasa dalam pantang tidak kira semasa melahirkan mahupun keguguran.
Semasa berpantang, tubuh kita sebenarnya dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan hormon dari kehamilan ke kelahiran.
Jadi, nak maintain suhu badan yang normal, kita perlu elak dari kaki terkena lantai yang sejuk. Ada orang tidak tahan sejuk lantai dan boleh menyebabkan dia menggigil kesejukan.
Memakai stoking juga boleh mengelakkan kita dari risiko kecederaan kaki semasa berpantang. Iyelah, kita perlu kesana kemari dengan anak, silap langkah sikit cedera pula.
Ada yang tidak selesa berstoking.
Mana nak keluar masuk tandas lagi, silap sikit stoking basah kena air, dah kena tukar lain. Renyah.
Jadi, sebagai alternatif menggantikan stoking, boleh pakai selipar/kasut di dalam rumah bagi mengelakkan sentuhan secara langsung antara tapak kaki dengan lantai yang sejuk.
Anda perlu tahu, pakai stoking bukan sebab nak elakkan masuk angin. Tidak ada istilah angin masuk dari kaki, masuk ke rahim atau masuk ke mana-mana liang tubuh.
Jika nak elakkan deep vein thrombosis (pembekuan darah di salur darah pada betis), anda perlu pakai stoking selain perlu aktif bergerak.
1) Pakai TED stoking (Thromboemboletic Deterring – compression stoking)
– Fungsi utama memperbaiki pengaliran darah di bawah kaki mengalir ke atas. Supaya darah tak berkumpul di bawah sahaja.
– Stoking in biasanya digalakkan dipakai oleh ibu selepas menjalani kelahiran secara pembedahan.
2) Stoking ketat dan sehingga betis
– Seperti stoking yang dipakai pemain bola sepak. Stoking boleh beri tekanan pada kaki dan galak pengaliran darah di kaki.
3) Stoking menyerap peluh
– Ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada anda. Bila stoking mudah lembab, tak serap peluh, bakteria pun suka dan menginap pula di kaki. Lain pula jadi.
4) Tidak licin
– Pastikan stoking dipilih selamat digunakan dan tidak mudah sebabkan anda tergelincir dan menyebabkan kecederaan lain.
Pakai stoking di negara beriklim sejuk bukan sebab mereka berpantang tapi sebab cuaca yang sejuk.
Di negara iklim panas seperti Arab Saudi, tidak pula mereka memakai stoking di dalam rumah (kecuali ketika berada di luar rumah bagi tujuan menutup aurat).
Tidak menjadi satu dosa jika tidak pakai stoking semasa berpantang. Ikut keselesaan masing-masing.
Notakaki:
Pantang larang orang lama tidak salah diamalkan asalkan sebabnya adalah untuk kebaikan dan alasannya logik dan boleh diterima.