Tidur dalam posisi  terlentang memberikan  kesan kepada  kandungan. Kalau tak berhati-hati bayi boleh mati dalam kandungan!

Semakin meningkat usia kandungan, ibu hamil lazimnya akan menghadapi masalah untuk tidur kerana saiz kandungan yang makin membesar. Janin yang semakin bertambah saiz dan semakin aktif juga membuatkan ibu sukar untuk melelapkan mata pada waktu malam.

Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, posisi tidur ibu hamil juga perlu sentiasa dipantau. Jika salah kedudukan, ia boleh menggugat nyawa si kecil. Saranannya ini perlu diikuti bagi mengurangkan risiko kematian janin dalam kandungan.

Ibu Hamil Tidur Terlentang Tingkatkan Risiko Bayi Mati Mengejut 3 Kali Ganda. Mesti Sentiasa Berhati-Hati!

Berikut ialah perkongsian beliau;

Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati secara mengejut dalam kandungan. Betol ke?

IKLAN

Mesti takda orang bagitahu pasal mende ni kan. Saya nak cerita sikit.

Posisi tido ibu mengandung ni mcm-mcm jenis. Yang biasa diamalkan adalah tido secara terlentang dengan perut yang besar tu kan?

POSISI TIDUR MELENTANG GANGGU PEREDARAN DARAH IBU HAMIL!

da kajian klinikal menyatakan bahawa posisi tidur terlentang ni mengganggu peredaran darah kembali ke jantung disebabkan rahim yang makin membesar.

Makin besar rahim tu makin kuat tekanan yang diberikan kepada salur darah ( inferior vena cava ). Konsepnya lagi banyak pulangan darah ke jantung, lagi kuat daya mengepaman jantung ke seluruh bahagian badan termasuk Ia darah yang sampai ke rahim seterusnya ke placenta/uri.

IKLAN

Dengan baring terlentang ni, kurang darah sampai dan pulang ke jantung, maka daya pengepaman jantung kurang dan kurangnye darah sampai ke organ organ penting.

Ibu Hamil Tidur Terlentang Tingkatkan Risiko Bayi Mati Mengejut 3 Kali Ganda. Mesti Sentiasa Berhati-Hati!

DISARAN TIDUR MENGIRING KE KIRI BAGI IBU HAMIL

Posisi tidur yang dicadangkan adalah dengan tidur mengiring kiri ( left lateral ). Kajian telah membuktikan untuk ibu yang tidur mengiring pada umur kehamilan lebih 20 minggu pengepaman jantung ( ejection fraction ) meningkat sebanyak 8 %.

Untuk ibu yang 32 minggu, dengan tidur keadaan mengiring kiri, pengepaman jantung ( ejection fraction ) naik sebanyak 11% .

IKLAN

Atau dalam erti kata lain, makin kurang tekanan rahim yang besar itu diberikan pada salur darah belakang rahim ( inferior vena cava ) lagi bagus darah yang akan dipulangkan ke jantung.

Telah disimpulkan bahawa ibu yang tidur melentang, meningkatkan risiko bayi dalam kandungan meninggal secara tiba-tiba sebanyak 3.7 kali (tanpa ada faktor-faktor penyebab lain menyebabkan bayi mati secara tiba-tiba).

MESTI TIDUR MENGIRING KE KIRI APABILA MASUK TRIMESTER KETIGA

Posisi tidur mengiring kiri lebih-lebih lagi pada usia kandungan trimester ketiga ( ataupun perut dah besar ) dapat mengurangkan risiko bayi mati mengejut dalam kandungan sebanyak 9%. Banyak tu !

Kalau Allah dah kata, kehamilan tu takat tu ja, apa daya sekalipun baby tu akan meninggal gak kan? Tapi ni adalah sesuatu yang boleh diikhtiarkan untuk mengurangkan kejadian bayi mati secara mengejut dalam kandungan

Mak buyung, jangan tido terletang. Tido mengiring kiri okay?

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai perubatan
Kesihatan wanita & Kehamilan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI