top pakar

Mempunyai anak yang ramai memang memeriahkan sesebuah keluarga, namun ia mestilah atas persetujuan bersama kerana yang akan melahirkan dan melalui tempoh hamil serta kesakitan ketika bersalin adalah sang isteri.

Memang tak salah untuk punya anak yang ramai tapi sebaiknya mengikut nasihat daripada doktor atau pakar. Penjarakan antara anak perlulah ada bukan sahaja untuk kesihatan isteri yang melahirkan, juga untuk kesihatan anak yang dikandung.

Nak Ramai Anak Tapi Tak Ikut Saranan Doktor. Nyawa Isteri Hampir Tergadai Tanggung Derita Rahim Hampir Pecah

Seperti yang diceritakan di laman Facebook Public Health Malaysia yang berkongsi tentang situasi di mana suami enggan mendengar nasihat doktor sekaligus membahayakan nyawa isteri.

Isteri yang berusia 30-an telah mengandung sebanyak 5 kali. Jarak antara kehamilan itu juga rapat dan pernah bersalin secara pembedahan sebanyak 3 kali. Bukan itu sahaja malah pernah juga mengalami komplikasi rahim pecah pada kandungan kedua.

Bahayakan nyawa isteri sebab tak ikut saranan doktor

Sedih. Itulah yang dapat kami gambarkan selepas mendengar satu kes yang diceritakan oleh seorang doktor mengenai seorang suami yang membahayakan nyawa isteri dengan tidak mengikut saranan doktor.

Isteri tersebut masih muda. Umur tidak sampai 30 tahun. Tapi telah mengandung sebanyak 5 kali. Sejarah mengandung pula sangat rapat dan 3 kali pernah bersalin secara pembedahan caesarean. Pernah juga ada komplikasi rahim pecah pada kandungan kedua.

IKLAN

Untuk bersalin kali ini, Doktor akan jalankan pembedahan menegak berbanding c-section (di bahagian ari-ari). Namun, ianya bukan isu terbesar. Isu terbesar adalah rahim ibu terpaksa diikat. Ini kerana jika isteri mengandung kali ke 6, ianya akan membahayakan nyawa isteri dan anak di dalam kandungan.

Nak Ramai Anak Tapi Tak Ikut Saranan Doktor. Nyawa Isteri Hampir Tergadai Tanggung Derita Rahim Hampir Pecah

Cadangan doktor pakar tersebut disanggah dan ditolak mentah-mentah. Si suami telah dikaunseling banyak kali namun masih tidak mahu menerima cadangan doktor tersebut. Katanya “jihad agama”.

Tidak cukup dengan itu, si suami meminta:

IKLAN

– hanya doktor perempuan sahaja yang merawat isteri beliau
– tidak mahu memvaksinkan anaknya

Bersalin secara pembedahan adalah sangat berisiko. Lebih banyak bersalin secara pembedahan lebih tinggi risiko kepada ibu dan bayi.

Nak Ramai Anak Tapi Tak Ikut Saranan Doktor. Nyawa Isteri Hampir Tergadai Tanggung Derita Rahim Hampir Pecah

3 kali jumlah maksima ceaserean

IKLAN

Pakar berpendapat, 3 kali adalah jumlah maksima pembedahan caesarean. Selepas itu, ibu disarankan untuk ikat tali rahim. Jika ibu dibenarkan bersalin sekali lagi, risiko kematian ibu dan anak selepas itu adalah sangat tinggi.

Ibu masih muda. Anak pun masih kecil. Jika mengandung boleh menyebabkan risiko kehilangan nyawa ibu, hukum mengikat rahim isteri telah jatuh daripada haram kepada harus.

Nak Ramai Anak Tapi Tak Ikut Saranan Doktor. Nyawa Isteri Hampir Tergadai Tanggung Derita Rahim Hampir Pecah

Rujuk pada doktor dan juga pakar agama di pejabat agama jika anda musykil tentang perkara ini.

Adakah kita perlukan satu undang-undang bagi melindungi wanita diluar sana?

Mempunyai ramai anak tiada salahnya, tapi jika ia memudaratkan sebaiknya dielakkan. Bergantung kepada tahap kesihatan ibu yang mengandung. Sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar kerana mereka lebih arif dalam sesetengah hal.

Sumber: Public Health Malaysia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI