“Bila letak Nufail kat riba ibu dia, nampak air mata kakak mengalir. Dia seolah faham itu anaknya cuma tak boleh nak peluk erat.”
Itu yang dikongsikan oleh adik Jahidah Nordin sebelum ini, wanita yang selamat melahirkan anak dalam keadaan koma secara pembedahan 30 November tahun lalu gara-gara dianiaya oleh suami.
Apa yang menyedihkan, sejak dalam rahim ibu lagi Nufail tak merasa makanan atau nutrisi lengkap kecuali susu. Bakal genap setahun tak lama lagi, bayi bernama J Eshan Nufail itu semakin bijak dan sihat walaupun ketika dalam kandungan doktor maklumkan kakinya agak kecil.
Selain kakaknya tidak pernah jamah apa-apa selain susu sepanjang koma dan terlantar atas katil, Fauziah Nordin turut risau memandangkan berat badan anak buahnya belum di tahap ideal lagi.
Terbaru di Tik Tok Fauziah, hati terasa sebak tengok Nufail mengesot masuk bilik ibunya. Seolah dia dah tahu ibunya duduk kat mana.
Dalam waktu yang sama, Nufail juga sangat aktif bergerak di sekeliling rumah. Sebagai ibu saudara yang menjaganya sejak dari awal lahir sehingga kini, Fauziah akui sebak apabila melihat gelagat spontan Nufail yang pandai mengesot masuk ke dalam bilik ibunya.
Ads
Tindakan itu memperlihatkan naluri kuat anak buahnya, kerana seolah-olah tahu di mana kedudukan Jahidah Nordin tanpa dibantu oleh sesiapa.
Mungkin naluri dia dapat rasakan mak panggil, manalah tahu kan…”ibu, ibu adik datang ni”
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sayu menyaksikan gelagat anak tunggal Jahidah Nordin. Walaupun belum boleh memanggil ibunya, tapi dia ibunya berada dalam bilik tersebut.
Pada masa sama, ramai yang turut mendoakan Nufail agar sihat membesar sekali gus dapat menjadi peneman setia serta pembela ibunya suatu hari nanti.
Pandai cari mama dia..
Ads
Semoga Allah mempermudahkan urusan Nufail dan ibunya. Harap ada keajaiban dari Allah kerana setiap yang berlaku itu adalah rahsia dariNya.
Bergelar ibu dan bapa sebenarnya bukan mudah. Bukan hanya melihat setiap perkembangan anak bahkan pelbagai perkara perlu diberikan perhatian. Berdepan dengan masalah anak tidak sihat, demam dan sebagainya menjadi salah satu cabaran terawal bagi ibu dan bapa. Semuanya perlu dilakukan dengan baik agar anak terus selesa walau ketika sakit.
Tidak mahu kerap kali berdepan dengan masalah sebegini, ada baiknya ibu dan bapa menitik beratkan pelbagai aspek di rumah agar anak sentiasa sihat dan mengikuti perkembangannya seiring dengan usia.
Sebenarnya dalam menentukan kesihatan anak yang berpanjangan, persekitaran sekeliling anak-anak haruslah diberikan keutamaan selain pemakanan dan penjagaan lain yang perlu diberikan perhatian. Apa ibu ayah perlu lebih berikan perhatian?
Kerap demam dan masalah hidung tersumbat
Masalah seumpama ini paling kerap terjadi kepada anak kecil kita. Bukan hanya demam, bahkan hidung turut tersumbat dan berhingus. Anak-anak pastinya sentiasa berasa tidak selesa malah kadangkala menangis dek kerana tidak selesa sepanjang malam.
Pemakanan sihat dan suplemen tambahan
Bila anak kerap kali demam, periksalah pemakanan anak-anak. Adakah anak kita cukup nutrisi malah dibekalkan nutrisi yang sihat sepanjang hari. Jika anak kurang makan, bekalkanlah susu yang mencukupi untuknya agar terus dibekalkan dengan khasiat. Cari solusi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dalam pelbagai bentuk agar dapat menarik perhatian anak. Jangan dilupakan karbohidrat dan protein yang cukup penting untuk anak.
Pengudaraan bersih
Kita beranggapan bahawa rumah kita adalah tempat paling selamat namun hakikatnya tanpa mengutamakan aspek kebersihan lebih-lebih lagi ruang udara yang bersih, rumah kita menjadi ruang paling tercemar dengan pelbagai virus dan bakteria yang tidak sihat untuk perkembangan anak.
Menurut Society for General Microbiology, bakteria dalam rumah boleh membiak setiap 20 minit pada suhu yang tepat. Malah sebuah kajian pada 2016 turut mendapati lebih daripada 340 jenis bakteria ditemui pada 30 objek berbeza yang telah tercemar di dalam rumah. Bahaya untuk anak!
Dua ruang utama iaitu dapur dan bilik air menjadi penyumbang bakteria utama. Namun jangan dilupakan ruang tamu dan bilik tidur yang menjadi tempat tumpuan utama di dalam rumah. Kesemua ruangan ini dicemari bakteria tanpa kita sedar. Jadi bagaimana ruang-ruang ini selamat untuk anak kita di rumah?
Bila berada di rumah bukan hanya selesa, paling utama pastikan ruang udara disetiap rumah kita bersih. Segala habuk perlu dibersihkan untuk memastikan anak-anak kecil dan seisi keluarga menyedut udara yang lebih bersih.
Pengudaraan yang lebih bersih dan terjamin serta bebas daripada pencemaran, terhindar dari virus bawaan udara yang tidak diketahui sudah semestinya membuatkan anak kita lebih sihat dalamannya.
Malah menurut Dr Amanda Elli, Pegawai Perubatan Perkhidmatan Penjagaan Utama, menghirup udara bersih adalah amat penting lebih-lebih bagi bayi dan anak-anak kecil. Udara yang bersih ini membekalkan oksigen yang lebih baik ke paru-paru dan seluruh anggota tubuh.
Dr Amanda Elli, Pegawai Perubatan Perkhidmatan Penjagaan Utama
Malah menurut Dr Amanda, pencemaran dari dalam rumah boleh menjadi lebih parah kerana kita menghabiskan lebih 80% masa setiap hari di rumah. Malah kajian dari WHO turut membuktikan pengudaraan dalam rumah adalah lima hingga sepuluh kali ganda lebih teruk daripada udara luar!
Sementara rakyat Malaysia bersiap sedia untuk fasa endemik, langkah keselamatan dan kebersihan tetap harus diutamakan. Selain sanitasi kendiri, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial di tempat awam, langkah berjaga-jaga di rumah seperti kualiti udara dalam rumah juga wajar dititikberatkan. Justeru, penting untuk kita membuat pilihan bijak bagi memastikan udara yang kita hirup di rumah adalah bersih dan segar.
Pemasangan penulen udara antara yang boleh diusahakan oleh ibu bapa untuk memastikan anak kekal sihat malah terhindar dari virus yang tidak diketahui. Bukan hanya membersihkan segala habuk dan kotoran di dalam rumah bahkan penulen udara juga bertindak membebaskan kuman di udara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Anak lebih selamat!
Penulen udara All Clean Virus Fit Sebagai Solusi
Apa solusi yang perlu ibu bapa lakukan? Penulen udara All Clean Virus Fit dari syarikat peralatan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK magic yang baru dilancarkan pada 1 Oktober lalu antara pilihan terbaik untuk anda.
All Clean Virus Fit bukan sahaja dapat menyingkirkan pelbagai bahan pencemar udara berbahaya dari kawasan tertutup, bahkan lebih penting, ia dapat menghilangkan 99.99% virus Covid-19 termasuk varian Delta, Koronavirus Manusia dan virus H1N1 menerusi fungsi pensterilan UV Arc Core yang terbukti, serta sistem penapisan 8 langkah yang menerapkan kecanggihan Penapis Habuk Gentian Tembaga Ultra Halus. Bagi menjamin liputan menyeluruh, All Clean Virus Fit juga dilengkapi ciri sedutan pintar 360° dari pelbagai arah. Memang hebat!
Menyedari kepentingan penjarakan sosial, SK magic juga menawarkan pilihan perkhidmatan tanpa sentuh kepada pelanggan dengan menyediakan inovasi penyelenggaraan produk secara jarak jauh. All Clean Virus Fit mudah dibuka dengan bolong ventilasi dan kipas yang boleh dicuci, sekali gus memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan.
Penulen Udara All Clean Virus Fit berdaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (USFDA) sebagai peralatan kesihatan dan perubatan. Teknologi ini berkesan untuk pengguna yang mengalami masalah pernafasan atau alahan, bagi membantu mereka bernafas lebih baik di tempat tertutup, di samping meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna.
Penulen Udara All Clean dapat disewa dengan harga pengenalan serendah RM79 setiap bulan, manakala All Clean Virus Fit boleh dinikmati pada cuma RM99 setiap bulan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari SK laman web rasmi magic Malaysia di https://www.skmagic.com.my atau laman Facebook di https://www.facebook.com/myskmagic.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mencatat keuntungan pelaburan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM118.46 juta bagi tempoh setengah tahun pertama tahun 2020. keuntungan pelaburan tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 19.66 peratus berbanding RM99 juta bagi tempoh yang sama tahun 2019.
Dalam satu kenyataan, PTPTN mengumumkan peningkatan keuntungan itu disokong kaedah dan pemantapan strategi pelaburan yang dijalankan.
“Peningkatan keuntungan ini disokong oleh kaedah pelaburan patuh syariah berjangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan yang melindungi prinsipal di samping memberikan pulangan atau keuntungan yang tinggi dan positif.
“Pemantapan strategi pelaburan dengan menumpukan kepada simpanan tetap jangka panjang berjaya mengurangkan tekanan daripada pasaran ekuiti yang tidak menentu di peringkat global.
“Ia adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan simpanan dalam SSPN sentiasa terjamin dan dilindungi,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurut kenyataan tersebut juga, impak pandemik Covid-19 ke atas ekonomi negara menjadi cabaran bagi PTPTN dalam menguruskan pelaburan dana SSPN demi melindungi kepentingan pendeposit.
“PTPTN telah mengambil langkah mengenal pasti kesan Covid-19 ke atas pelaburan melalui pemantauan berkala. Di samping itu, strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos secara berhemah juga dilakukan bagi memastikan kadar pemberian dividen yang kompetitif berbanding institusi-institusi kewangan yang lain,” katanya.
Menurutnya, penularan wabak Covid-19 telah memberikan impak yang ketara terhadap ekonomi dan pasaran kewangan dunia termasuk ekonomi dan pasaran kewangan tempatan.
“Namun begitu, kepercayaan dan sokongan pendeposit SSPN kekal utuh dan sentiasa berterusan menyimpan di dalam SSPN bagi tujuan pendidikan anak-anak walaupun dalam situasi yang mencabar ini.
“Buktinya rekod pencapaian SSPN bagi tempoh setengah tahun pertama tahun ini terus meningkat. Jumlah deposit yang diterima adalah sebanyak RM682.02 juta berbanding RM425 juta pada tempoh yang sama tahun 2019. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak RM257.02 juta atau 60.48 peratus sekali gus menjadikan deposit SSPN keseluruhan sehingga Jun 2020 berjumlah RM6.57 bilion,” katanya.
Jelas kenyataan itu lagi, peningkatan yang berlaku merupakan adalah hasil usaha dan kerjasama daripada semua pihak serta usaha PTPTN dalam mendepani cabaran-cabaran baharu termasuk menyesuaikan diri dengan situasi semasa pandemik Covid-19.
“Ia merangkumi usaha memperkasakan pemasaran SSPN secara digital atau dalam talian (online), pembudayaan normal baharu dalam pengoperasian serta penyampaian perkhidmatan dan maklumat kepada para pelanggan.
“SSPN merupakan instrumen simpanan yang diwujudkan oleh PTPTN, dijamin sepenuhnya oleh kerajaan serta produk patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar di samping menawarkan pelbagai manfaat penabungan seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000, geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful dan dividen yang kompetitif,” katanya.
Jelasnya, dengan pelbagai manfaat dan insentif yang ditawarkan serta peningkatan kesedaran masyarakat terhadap penabungan bagi tujuan pendidikan sehingga 30 Jun 2020 sebanyak 184,992 akaun baharu SSPN telah dibuka.
“Secara keseluruhan, sejak SSPN dilancarkan pada tahun 2004 sehingga setengah tahun pertama 2020 sebanyak 4.57 juta akaun SSPN telah dibuka,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu kebahagiaan buat ibu bila dianugerahkan susu badan yang melimpah ruah. Usahawan kosmetik, Rita Sosilawati menarik perhatian ramai bila mana berkongsi simpanan stok susu badannya yang melimpah ruah.
Akui Rita lagi, dia amat bersyukur dianugerahkan rezeki susu badan yang melimpah ruah sehingga memenuhi dua peti ais dirumahnya.
“Alhamdulillah rezeki anakku dan anak susuanku.
“Sampai tak muat freezer. Terima kasih Ya Allah, aku sangat bersyukur,” tulisnya menerusi kapsyen di Instagram.
Menerusi hantaran dikongsikan di platform TikTok, Rita yang juga merupakan anak sulung pengasas kosmetik Nouvelles Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya turut menunjukkan peti sejuk beku miliknya yang dipenuhi dengan stok susu badan.
Malah Rita bersama pembantunya dilihat sedang mengalihkan stok simpanan susunya untuk diberikan kepada anak susuannya.
“Akak beli frezer ni hanya untuk susu sahaja, susu saya. Untuk anak dan anak susuan.
“Kena pastikan habis minum. Freezer atas dah penuh tak muat, alhamdulillah,” katanya berkongsi.
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya turut tumpang gembira dengan rezeki hebat itu. Tidak kurang juga yang turut meluahkan pandangan dan bersetuju Ikon Penyusuan diberikan kepada Rita.