Bapa mana yang tidak bangga bila mana anak kesayangan sudah punya keyakinan dirinya sendiri dan mempamerkan kematangan walaupun masih lagi kecil. Bagi Zahiril Adzim, melihat perkembangan anak sulungnya, Nadi Anaqi yang semakin membesar membuatkan dirinya merasa bangga.
Terbaru Zahiril Adzim berkongsi cerita mengenai anak kesayangannya yang berhasrat memasuki pertandingan Beyblade. Suami kepada Shera Aiyob ini mengakui dia bangga bila mana anaknya memilih platform yang tepat dan bukan hanya sekadar bermain semata-mata.
Paling menarik walaupun masih kecil, Anaqi memberanikan diri untuk menyertai pertandingan walaupun tidak meraih kemenangan.
Walaupun dapat No 11 dalam BeyBlade Tournament tapi Daddy cukup bangga dengan keberanian dengan keinginan dia yang request sendiri untuk masuk bertanding. Semangat bersaing di platform yang betul tu yang Daddy proud sangat.
IKLAN
Lepas tu bila kalah pun dia releks je, takde koyak – koyak pun macam Daddy.
Kalau Daddy mesti dah spectate enemy lepas tu report cakap enemy tu hacker,” kongsinya di instagram.
Tahniah buat Anaqi. Walaupun hanya memperolehi tempat ke 11 namun ianya satu pencapaian yang cukup membanggakan. Keberanian untuk menyertai satu-satu pertandingan seharusnya dipuji.
Dalam pada itu, pengikutnya di instagram juga turut mengucapkan tahniah atas kesungguhan dan keberanian Anaqi.
Setelah bergelar ibu kepada dua anak lelaki, pelakon Anzalna Nasir mengakui masanya kini lebih tertumpu kepada keluarga terutama dalam membesarkan anak-anak.
Menurut Anzalna atau nama sebenar, Nur Anzalna Md Nasir, 34, anak-anak merupakan punca utama kenapa dia mengambil keputusan untuk memperlahankan karier seninya sebagai seorang pelakon dan semakin jarang kelihatan di kaca televisyen.
“I still love being a mother. Penat yang puas! Dapat tidur tiga jam pun, bangun pagi tetap bertenaga bila tengok muka anak-anak.
“Paling best bila anak-anak dah besar nanti kita boleh cerita ragam mereka daripada baby sampai ke besar sebab kita sendiri yang menjaga mereka.
“Ada maid atau tidak, tugas menjaga anak 100% pada saya dan suami. Tak nak anak membesar di tangan orang lain (punca kenapa saya tidak shooting drama),” tulisnya dalam perkongsian di InstaStory.
Hasil perkongsian hidup dengan Hanif Zaki, Anzalna mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 2, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia tujuh bulan.
Walaupun baharu memiliki dua anak, namun Anzalna berkata rumahnya tetap ‘kec0h’ dengan ragam dan keletah anak-anaknya.
“Anak dah dua ni kecoh juga. Baru dua tau… hahahaha. Kadang terfikir macam mana my mum and dad jaga kami lima beradik without helper. Hebattt!” tulisnya lagi.
Sekadar info, Anzalna memulakan kerjaya seni selepas bergelar finalis Dewi Remaja 2009/2010.
Antara drama lakonannya yang menjadi perhatian ialah seperti Memori Cinta Suraya, Dendam Aurora dan Love You Mr. Arrogant.
Lima Ogos lalu menjadi detik terindah buat penyanyi, Shila Amzah yang kembali bergelar isteri apabila sah menjadi isteri kepada influencer, Ubai.
Banyak perkongsian gambar-gambar indah sepanjang majlis berlangsung dikongsikan oleh Shila menerusi Instagramnya.
Namun sekeping gambar di pelamin bersama buah hati tersayang, Seth Uwais, anak Shila bersama bekas suami menjadi foto kenangan paling bermakna.
Tambah menarik perhatian pastinya kapsyen lucu Shila bersama anak dan suami.
“Lepas ni tengok gambar kahwin, takde lah Seth tanya kenapa tak invite dia pergi wedding,” seloroh Shila di kapsyennya.
Teramat bertepatan sekali bila mana Shila menulis kapsyen sebegitu. Ayat-ayat biasa yang selalu ditanyakan oleh anak-anak kita kepada mak ayahnya. Memang lucu!
Dalam pada itu, Shila dan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli turut mengucapkan terima kasih di atas semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan majlis pernikahannya di The Boathouse Ampang, Kuala Lumpur tempoh hari.
Terdahulu, Shila Amzah pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki pada 2018 sebelum sah bercerai pada 8 Februari 2022 setelah empat tahun bergelar suami isteri. Shila turut mempunyai seorang cahaya mata, Seth Uwais yang dilahirkan pada 31 Ogos 2019.
Tanpa kita sedari, kadang-kadang bila ada anak ramai kita cenderung untuk mengabaikan perasaan anak sulung. Kita akan minta dia faham situasi (walaupun usianya masih kecil), kemudian kita suruh dia beralah dengan adik-adiknya yang lain.
Ada masanya emosinya diabaikan. Terpaksa mendahulukan orang lain dan perasaannya jarang diambil peduli. Begitulah kisahnya dengan ibu ini yang berkongsi cerita tentang anak sulungnya.
Assalamualaikum semua. Nama saya Siti. Saya berusia 33 tahun. Ada tiga orang anak. Dua lelaki dan seorang perempuan. yang sulung lelaki. Anak sulung saya usianya 7 tahun, anak yang baik dan mendengar kata. Selalunya bila saya minta dia tolong apa-apa, dia boleh diharap.
Kasihan saya dengan anak sulung saya ni. Dia ada dua orang adik yang masih kecil. 4 tahun dan setahun lebih. Saya dan suami assume dia sepatutnya lebih matang dan boleh beralah dengan adik-adik. Selalunya kalau apa yang adiknya nak, saya akan minta dia beri pada adik. Walaupun barang tu kepunyaan dia atau dia yang dapat dulu.
Kadang-kadang boleh nampak dia memberontak. Bila dia serahkan barang tu pada adik, dia tolak adiknya. Dah buat si adik menangis. Bila dah jadi macam tu, of course dia yang kena marah. Saya dan suami tahu, perbuatan kami tu salah. Rasa macam tak adil pada dia, tapi waktu tu kami rasa, ia pilihan terbaik.
Jarang anak sulung ni dapat apa yang dia mahu, sebab kami merasakan yang dia dah cukup besar. Kalau ayahnya belikan mainan untuk adik-adik, abang tak dapat. Bila ditanya, ayah beritahu yang dia dah besar. Kalau nak main, pinjam yang adik punya.
Di situlah silapnya kami sebagai parents. Bila tak dibelikan mainan untuk abang, kita suruh dia pinjam yang adik. Bila dia main yang adik, tapi tiba-tiba adik minta, kita suruh dia beralah dengan adik. Selalu macam tu kan? Kita tak sedar yang kita dah guriskan perasaan anak sulung.
Suatu hari, saya marahkan anak sulung saya. Asalnya dia tengah minum air, lepas tu adik rampas dari abang. Abang bagi pada adik dalam keadaan marah kemudian dia tanrum. Mengamuk-ngamuk. Sudahlah saya marah, kemudian ayah dia pula denda. Beri dia time out padahal kalau diteliti, sebenarnya salah pada si adik.
Waktu itulah dia ‘meletup’. Dia menangis sepuas hati dan luahkan segalanya. Dia beritahu apa yang dia tak puas hati selama ini. “Along sedih, asyik kena marah. Mama dengan Papa benci Along, tak sayang Along. Along sedih!!”. Mendengar luahan perasaan si abang, rasanya kami dah bersalah sebagai ibu dan ayah. Beratnya bebanan yang ditanggungnya selama dia kena beralah dengan adik-adik.
Untuk Along, Mama Papa sorry okay? Mama janji takkan buat macam tu lagi. Untuk usia 7 tahun, salah Mama Papa asyik marah-marah Along. Suruh jaga adik, tapi Mama Papa tak jaga Along. Sorry ya sayang?
Pada saya, sebaiknya sebagai ibu ayah kita kena bersikap adil. Utamakan perasaan setiap anak kita. Anak sulung terutamanya, banyak perkara yang mereka terpaksa beralah dengan adik-adik. Kadang-kadang boleh buat dia sedih. Dia marah. Itu normal. Sebaiknya, kita ambil tahu perasaan mereka.
Jika anda mahu berkongsi sebarang cerita, boleh klik KONGSI CERITA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!