“Bila letak Nufail kat riba ibu dia, nampak air mata kakak mengalir. Dia seolah faham itu anaknya cuma tak boleh nak peluk erat.”
Itu yang dikongsikan oleh adik Jahidah Nordin sebelum ini, wanita yang selamat melahirkan anak dalam keadaan koma secara pembedahan 30 November tahun lalu gara-gara dianiaya oleh suami.
Apa yang menyedihkan, sejak dalam rahim ibu lagi Nufail tak merasa makanan atau nutrisi lengkap kecuali susu. Bakal genap setahun tak lama lagi, bayi bernama J Eshan Nufail itu semakin bijak dan sihat walaupun ketika dalam kandungan doktor maklumkan kakinya agak kecil.
Selain kakaknya tidak pernah jamah apa-apa selain susu sepanjang koma dan terlantar atas katil, Fauziah Nordin turut risau memandangkan berat badan anak buahnya belum di tahap ideal lagi.
Terbaru di Tik Tok Fauziah, hati terasa sebak tengok Nufail mengesot masuk bilik ibunya. Seolah dia dah tahu ibunya duduk kat mana.
Dalam waktu yang sama, Nufail juga sangat aktif bergerak di sekeliling rumah. Sebagai ibu saudara yang menjaganya sejak dari awal lahir sehingga kini, Fauziah akui sebak apabila melihat gelagat spontan Nufail yang pandai mengesot masuk ke dalam bilik ibunya.
Ads
Tindakan itu memperlihatkan naluri kuat anak buahnya, kerana seolah-olah tahu di mana kedudukan Jahidah Nordin tanpa dibantu oleh sesiapa.
Mungkin naluri dia dapat rasakan mak panggil, manalah tahu kan…”ibu, ibu adik datang ni”
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sayu menyaksikan gelagat anak tunggal Jahidah Nordin. Walaupun belum boleh memanggil ibunya, tapi dia ibunya berada dalam bilik tersebut.
Pada masa sama, ramai yang turut mendoakan Nufail agar sihat membesar sekali gus dapat menjadi peneman setia serta pembela ibunya suatu hari nanti.
Pandai cari mama dia..
Ads
Semoga Allah mempermudahkan urusan Nufail dan ibunya. Harap ada keajaiban dari Allah kerana setiap yang berlaku itu adalah rahsia dariNya.
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Azmi Saat yang berkongsi berita gembira isterinya kini hamil tujuh bulan.
Pernah diuji dengan kehilangan anak, akui Azmi dia amat bersyukur atas kurniaan rezeki itu malah kini tidak sabar untuk menantikan kelahiran cahaya matanya.
Tambah Azmi lagi, cahaya mata yang dinantikan itu dijangka dilahirkan pada November depan.
“Ni eksklusif, saya dan isteri alhamdulillah dah dapat rezeki anak yang kedua selepas pemergian anak pertama Khairul Afnan.
“Dua tahun menanti sekarang dalam proses. InsyaAllah bulan November anak kami akan lahir,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, Azmi sempat berkongsi perangai pelik isteri yang suka tidur di atas lantai sepanjang tempoh kehamilan ini.
“Kalau tidur dia tak boleh tidur atas tilam, kalau tak lena, isteri akan turun daripada katil dan tidur di lantai.
“Saya rasa pelik sampai saya nak pergi tandas tertendang dia sebab tak perasan dia tengah tidur atas lantai, kasihan isteri saya,” ujarnya.
Terdahulu, anak pertama Azmi dan isteri iaitu Khairul Afnan meninggal dunia pada 30 September 2021.
Ibu mengandung tak boleh tinggal buah. Keperluan nutrisi yang anak dalam kandungan dapat, bergantung pada apa yang ibu makan. Sebab tu kena pilih makanan yang baik-baik untuk dibawa masuk ke perut, supaya anak dapat khasiatnya sama.
Tinggalkan makanan tinggi proses waktu mengandung. Akan beri kesan pada anak sedikit sebanyak jika ibu tak ambil kisah apa yang dimakan.
Semua jenis buah bagus untuk ibu mengandung selagimana ambil dalam kuantiti yang sederhana dan tak berlebihan.
11 jenis buah ni, antara yang baik untuk ibu mengandung. Boleh cuba makan dalam tempoh 9 bulan mengandung ok.
1. Pisang
Ada pottasium, untuk elakkan kaki cramp dan lenguh waktu mengandung.
2. Kiwi
Tinggi kandungan folate, untuk pertumbuhan otak dan sistem saraf tunjang anak.
3. Jambu batu
Vitamin C dan antioksida, baik untuk kesihatan ibu secara umum.
4. Epal
Kandungan fiber, baik untuk usus dan kurangkan risiko sembelit.
5. Pear
Tinggi fiber jugak yang ini, bagus untuk usus dan mudahkan ibu membuang.
6. Delima
Ada folate dan iron, kurangkan risiko anemia pada ibu dan untuk pertumbuhan saraf tunjang anak.
7. Avokado
Choline bagus untuk pertumbuhan otak dan saraf anak dalam kandungan.
8. Berries
Tinggi vitamic C, bantu penyerapan iron yang lebih sempurna buat ibu, dan elakkan anemia.
9. Tembikai
Banyak kandungan air dan mineral, magnesium mampu untuk regangkan otot ibu, kekalkan hidrasi jugak.
10. Magga
Tinggi vitamin C dan fiber, elakkan sembelit buat ibu mengandung.
11. Oren
Folate pun ada dalam oren, bagus untuk pertumbuhan sistem saraf anak.
Ibu mengandung boleh cuba k. Banyakkan hidangan buah dalam sehari. Sekurangnya 2 atau 3 kali sehari.
Gantikan makanan kurang sihat, dengan buah yang pasti lebih sihat buat ibu dan anak dalam kandungan.
Nak ajar anak makan sihat, sebenarnya bermula dari kita sendiri ibu dan ayah. Anak tengok, sampai masa diorang follow je.
Setiap kali Ramadan tiba, ramai yang menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Namun, bagi sesetengah individu, Ramadan bukan hanya tentang ibadah dan keberkatan, tetapi juga mengingatkan mereka kepada luka-luka lama yang masih membekas di hati.
Puan Nini Ruspawan Kamaludin berkongsi kisahnya yang penuh emosi—bukan kerana dia tidak menyukai Ramadan, tetapi kerana kenangan pahit yang terikat dengannya sejak kecil. Dari rutin yang meletihkan, tekanan emosi, hingga tanggungjawab berat yang dipikul hanya kerana dia seorang anak perempuan, semua itu menjadikan Ramadan satu perjalanan yang penuh keperitan, bukan kegembiraan.
Bagaimana beliau menghadapi semua ini? Bagaimana luka lama masih memberi kesan dalam kehidupannya hingga kini? Mari kita selami kisah yang menyentuh hati ini dan memahami bagaimana trauma masa lalu boleh terus menghantui seseorang walaupun bertahun telah berlalu.
Kisah ini bukan untuk membuka aib sesiapa namun adalah untuk memberi kesedaran kepada kita bahawa perlunya bersikap tolak ansur dan bantu membantu melakukan kerja rumah tanpa mengira jantina lelaki atau perempuan.
Gambar hiasan
Saya bukan tak suka pada kedatangan Ramadhan. Tapi ada banyak luka yang belum saya selesaikan.
Sejak kecil, bila masuk je Ramadhan saya dah mula rasa takut, rasa marah, rasa penat, rasa benci. Semua rasa ada. Bukan lah saya bercerita dengan tujuan nak menyalahkan sesiapa. Perkara ni dah berlalu lama dalam hidup saya. Saya tak lagi meletakkan salah tu pada sesiapa.
Cuma bercerita kerana di otak saya, dalam memori yang tersimpan tu, jugak dalam jiwa saya, semua tu masih membekas walau dah bertahun berlalu. Ramadhan bermaksud penat. Satu penat yang rasa macam, kalau mat¡ lagi baik. Macam tu la.
Saya sejak kecil memang ada banyak isu kesihatan. Baik mental mahupun fizikal. Serba serbi kekurangan, mana la orang tak benci kan!
ADIK BERADIK PEREMPUAN BANGUN AWAL, ANAK LELAKI SIAP KENA KEJUT LAGI
Masuk je waktu bersahur, adik beradik perempuan kena bangun paling awal. Siapkan makan dan kemudian bertugas la mengejutkan anak-anak lelaki dalam rumah. Kena kejut sampai bangun.
da yang liat bangun, sampai berkali-kali kena ulang ke depan untuk kejutkan. Fed up! Tu yang saya rasa. Tapi tak boleh membantah, kalau tak kena bantai.
Nanti selesai semua orang makan, bergilirlah kami anak-anak perempuan kena mengemas, basuh pinggan, bersihkan meja makan, mengemas dan semua kena tip top.
Lantai tak boleh basah, tempat letak pinggan mangkuk tak boleh bersepah, sampah mesti kemas diikat dalam plastik. Pendek kata, mesti clean and neat. Ada KPI ye. Bukan kemas ikut kepala sendiri. Tapi KPI yang sangat tinggi dah ditetapkan. Tak capai KPI, siaplah!
Tak sempat rehat, kena mandi dan solat. Lepas tu siap-siap nak ke sekolah. Di sekolah je rasa berlepas sekejap dari semua di rumah. Nanti balik, rehat la sekejap sebelum dikerah masuk ke dapur semula.
Keluarga besar, ada 10 anggota semua. Jam 3pm dah masuk dapur untuk memasak. Lauk tak banyak, biasa 2 jenis lauk dan sejenis sayur. Cuma masak tu kuantitinya banyak, sebab ramai kan.
Dan setiap hari wajib ada pemanis mulut. Be it bubur, kuih, or anything la. Tapi wajib ada. Dan kena masak banyak jugak.
Zaman dulu tak semudah sekarang. Nak santan, kena kupas kelapa tua, belah dan kukur, lepas tu perahlah santan sendiri. Tu pun dah ambik masa yang lama dan memenatkan. Biasa kalau menggulai, sebijik kelapa tak cukup santannya. Kena 2-3 bijik. Jenuh nak siapkan santan sahaja.
Gambar hiasan
Dah masuk jam 6 petang tu memang macam nak putus nyawa nak siapkan semua. Makan berhidang di bawah je, bersila. Sebab ramai, rumah pulak kecik, jadi terpaksa buat 2 hidangan.
2 hidangan bermakna pinggan mangkuk yang digunakan pun berganda. Pinggan nasi je dah 10. Cawan biasa lebih dari 10 sebab ada yang minum air panas dan air sejuk. Lepas tu air la, berjug bancuh. Kena tanya setiap orang tu nak air apa untuk berbuka. Kadang 4-5 jenis kena bancuh. Setiap hari tau!
10 minit sebelum berbuka, semua kena siap dah berhidang. Lepas penat gila memasak, menghidang, tetap kami lagi yang kena kautkan nasi dan tuangkan air. Sebab kami anak perempuan, maka semua kami kena buat!
Nanti usai semua orang makan dan minum berbuka, sekali lagi kami perlu mengerah tenaga. Mama paling pantang kalau bekas lauk tak disalin. Wajib salin, guna bekas baru. Semua sekali macam tu. Dia tak suka tengok kecah-kecah. Dan dengan itu, maka bertambah la pinggan mangkuk yang perlu dibasuh setiap hari. Macam kenduri.
Again, mengemas dapur ada KPI ye. Tak boleh aci buat je. Kena ikut aras kekemasan dan kebersihan yang mama tetapkan. Penat! Betul, dapur kami sangat bersih dan kemas. Tapi penat tu tak terluah dengan apa pun perkataan.
Dan macam tu la rutin hingga sebulan. Bila nak dekat raya, bertambah penat sebab kena basuh langsir, pasang langsir baru, kena basuh sarung kusyen, pasang yang baru. Keluarla carpet raya, khas untuk raya je tau. Besar, tebal dan sangat berat. Vacuum takde, kena sapu dengan penyapu lidi je.
Tak campur lagi bab membersihkan rumah. Dinding kayu kena lap dengan kain basah, satu demi satu. Lepas tu masak rendang untuk raya. Masak lemang. Masak itu, masak ini. Dan sepanjang Ramadhan, penat macam nak mati.
Sepatutnya happy la kan? Tapi tak untuk saya. Sebab saya memang tak fit. Dan saya menyampah bila semua kerja hanya anak perempuan yang kena buat. Dikerah sepenuhnya tenaga kami. Kalau salah, kena marah. Marah marah marah marah marah dan marah. Tu je la hidupnya.
Tiba raya, lunyai seluruh anggota, koyak seluruh jiwa dan mental. Tak cakap lagi bila ada yang bergaduh besar dalam rumah. Sampai nak raya pun boleh bergaduh macam perang dunia ketiga.
Gambar hiasan
Ni la yang saya hadap bertahun lamanya. Sampai saya jadi benci bila tiba je Ramadhan. Menyampah bila nak sambut Syawal. Nothing special.
Semua trauma tu saya bawak hingga ada anak. Setiap kali Ramadhan, saya rasa nak lenyap je. Sebab saya tau saya akan dihantui rasa ni. Sebab tu setiap kali Ramadhan pun saya akan relapse.
Sebab ada banyak emosi yang saya belum proses. Rasa macam tak mampu nak proses, banyak sangat. It’s exhausting to fix myself for something that wasn’t my fault.
Dah bertahun tahun semua tu berlalu, saya tinggalkan. Tapi sehingga ke saat ni, saya masih jatuh asbab benda yang sama. Macam tu la susahnya nak heal dari semua luka tu.
Bukan saya tak cuba. Bukan jugak saya berputus asa. Cuma pada usia macam ni, saya rasa teramat letih dah. Letih sangat. Sampai kadang masa saya mintak agar Allah angkat je semua memori saya. Biar tak perlu ingat apapun. Lelah.Tapi saya tau Allah Maha Mengetahui. Maka teruskan sabar dan percaya. Doakan saya kuat.