Ibu ayah yang sudah dedahkan anak dengan gajet kena tahu kawal dan hadkan tempoh masa anak main gajet supaya tidak memudaratkan mereka.
Biasanya anak kecil akan mengamuk dan marah bila ibu ayah secara tiba-tiba meminta mereka berhenti daripada bermain gajet.
Perlu ada cara dan pendekatan yang betul untuk meminta mereka berhenti bermain gajet kerana kanak-kanak kecil masih belum faham erti masa atau kata-kata “sekejap sahaja”.
Perkongsian daripada Puan Ujie Ibrahim ini walaupun mungkin ramai yang sudah tahu tetapi mungkin berkesan jika diguna pakai oleh anda.
Siapa tahu cara simple ini dapat mengelakkan situasi anak mengamuk dan marah ketika diminta berhenti bermain gajet.
Masa kawan mak ajar mak cara ni, mak rasa simple sangat dan mungkin ramai mak bapak dah guna teknik ni.
So mak malas la nak kongsi, lagipun anak kita ni tak sama kerenah, korang lebih tahu anak korang mcm mana kan.
Tetapi anak-anak kecil memang kita kena pendekatan had masa pada mereka, jika diberi had masa selalunya mereka lebih suka sekaligus mendengar kata.
Mak praktikkan khas pada Umarr sebab usia dia memang best sangat deal guna had masa.
Ads
Alhamdulillah kebanyakkan masa dia memang follow had masa dan tak tantrum berbanding dia diberi tiada had masa dan diminta berhenti bermain secara tiba-tiba.
Boleh rujuk gambar untuk langkah-langkah simple ini.
Mungkin ramai dah tahu, maka mak share buat mak bapak yang masih cari jalan limitkan anak dengan gadjet.
Ni mak guna Iphone, Samsung mak tak sure ada tak button Stop Playing tu, kat samsung mak guna timer biasa.
Ads
1) Di Iphone anda pilih Clock
2) Di bahagian bawah akan ada screen macam ni, pilih timer
Ads
3) Akan kluar screen macam ni pilih last sekali yg tertera STOP PLAYING
4) Set masa pilihan anda. Biasa mak limitkan 10 minit. Nanti lps 10 minit iphone akan locked sendiri.
Bila locked tu anak akan cari mak mintak unlocked. So make sure anak-anak tak tahu password Iphone ok.
Alhamdulillah dengan cara ni biasanya anak-anak akan minta 2 kali, maksudnya 20 minit. Tapi masa kali kedua tu kalau bagi peluang kena ingatkan dia yang tu mmg last. Mesti pulangkan handphone pada mak.
Setakat ni memang berjaya pada anak-anak mak. Korang cuba ya. Nanti share pengalaman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbanding anak perempuan, anak lelaki mungkin lebih banyak menyembunyikan perasaan mereka. Kadang-kadang kita pun tak tahu apa sebenarnya yang mereka mahu. Jadi sebagai ibu ayah kenalah lebih peka dan sentiasa berusaha untuk memahami perasaan anak lelaki.
Kredit foto: Facebook Dr. Taufiq Razif
Melalui penulisan Dr. Taufiq Razif, beliau menyenaraikan beberapa perkara yang selalu anak lelaki sembunyikan walhal itulah keinginan mereka.
Ikuti penjelasan beliau dengan lebih lanjut;
Anak lelaki kita sembunyikan 7 perkara ni:
1. Dia nak sangat jadi macam ayahnya lagi lagi jika dia nampak kredibiliti ayahnya jika si ayah tu jenis bertanggungjawab dan ada prinsip hidup yang tegas.
2. Dia nak sangat ada pasangan seperti ibunya lagi lagi jika ibunya jenis yang penyayang dan pandai buatkan jiwa dia rasa terpenuhi.
3. Dia nak sangat jadi pemberani sebab secara fitrahnya anak lelaki adalah ‘Qawwam’ iaitu pelindung dan penaung lebih lebih lagi pada adik beradik perempuannya sendiri.
Kredit foto: Facebook Dr. Taufiq Razif
4. Dia nak sangat ada mentor yang dia boleh ikuti kerana suatu hari nanti dia tahu dia akan berjuang untuk hidupnya sendiri dan mentor tersebut boleh menjadi tempat rujuk dan sebagai sumber inspirasi.
5. Dia nak sangat ada keyakinan diri yang tinggi kerana suatu hari nanti dia perlu galas tanggungjawab yang besar sebagai kepala keluarga dan rumah tangga.
6. Dia nak sangat banggakan ibubapa terutama ayahnya dan antara perkataan yang dia paling inginkan keluar daripada mulut ayahnya sendiri adalah “Ayah bangga dengan kamu nak.”
7. Dia nak sangat tidak dibanding bandingkan dirinya dengan anak yang lain kerana ia boleh menjejaskan harga diri dan membuatkannya menjadi inferior di hadapan adik beradiknya yang lain.
“I might not perfect but when I look at my son I know that i got something in my life that perfectly right.”
Dengan perkongsian ini, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk lebih mendalami perasaan dan kehendak anak-anak lelaki kesayangan kita. Mungkin mereka tak banyak meluahkan, tetapi mereka juga ada perasaan. Jadi ibu ayah, ambil tahu apa mereka rasa.
Ramai kanak-kanak sangat gemar bermain pasir dan tanah. Mereka juga lebih suka menanggalkan kasut ketika bermain untuk memijak pasir dan memegangnya menggunakan tangan tanpa dihalang.
Namun kita sebagai ibu bapa banyak menyekat kebebasan anak kerana fikirkan kesan kotor berbanding manfaat yang anak dapat. Menurut Dr Mazliana sebenarnya banyak kelebihan yang anak-anak dapat bermain dengan alam berbanding duduk dalam rumah dengan gajet.
Cuba try bawa anak ke pantai sebulan sekali. Free je pergi pantai. Tapi khasiat bermain dengan alam ni, banyak sangat.
1. Matahari
– Pantai tak ada bumbung, confirm anak akan dapat main matahari sama. Penting untuk naikkan imuniti anak kan. Kalau time 10 pagi – 4 petang, dapat sekali up dos vitamin D.
2. Air laut
– Air garam semulajadi tinggi mineral yang penting untuk kulit anak. Deruan ombak boleh tenangkan mood anak jugak tau.
3. Udara
– Udara di kawasan pantai tinggi kandungan iodin, magnesium dan potasium. Menarik kan. Sangat bagus untuk sistem pernafasan anak. Ibu ayah yang ada asthma kena rajin bawak ke pantai k.
4. Pasir
– Sekali dengan pakej grounding pun anak dapat. Untuk imuniti jugak kan yang ni.
5. Mood anak
– Hormon gembira endorfin dan serotonin banyak betul dirembeskan. Sungguh anak-anak happy sangat main pantai. Mood diorang akan bertambah baik.
6. Suka dengan alam
– Secara tak langsung, kita tengah latih anak sukakan alam, lihat kebesaran Allah, bila kita kerap bawa anak ke pantai.
7. Tidur
– Pantai boleh betulkan cycle tidur anak. Anak akan dapat tidur awal, dan lebih berkualiti.
Korang buat tau. Saya dah buat, dan memang menjadi. Kalau dapat buat setiap minggu lagi best. Tapi kalau ada kekangan, aci je kita buat sebulan atau dua bulan sekali.
Jom kita start ajar anak cintakan alam.
Kredit: Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Wean off anak susu ibu adalah tugas paling berat dan mencabar bagi seorang wanita yang menyusukan anaknya. Ia memerlukan kerjasama daripada dua pihak iaitu ibu dan anak sendiri.
Ketika proses ini ia akan melibatkan emosi ibu dan anak saling berperang antara rasa sedih, tak sampai hati dan pelbagai lagi perasaan. Hanya kekuatan dan kekentalan hati ibu yang mampu meneruskan proses tersebut hingga berjaya.
Perkongsian melalui proses wean off oleh Puan Intan Dzulkefli diharap bermanfaat kepada ibu-ibu menyusu yang sedang dalam usaha untuk bercerai susu dengan anak yang sudah melewati usia lebih 2 tahun. Semoga berjaya, paling penting ibu kena cekalkan hati!
WEAN OFF ANAK TANDEM NURSING
Alhamdulillah, hari ini masuk minggu kedua proses wean off kakak Maira. Last two weeks birthday anak solehah yang ke-3 tahun, alhamdulillah. Maknanya genap 3 tahun ummi fully bf kakak, sekali tandem dengan adik Insyirah (1y4m).
Sehari dua minggu pertama haritu, mengamuk sakan dia waktu nak tidur bila tengok adik menyusu tapi dia tak disusukan sekali. Menangis, mengamuk, menjerit marah. Memang dia geram sangat ummi tak pedulikannya. Namun, ummi tetap keraskan hati. ‘Maaf kakak, this time, no matter what, my answer will still be NO,’
Hari kedua, ketiga, dia dah tak begitu, dia guna teknik memujuk lembut pula. Pandai dia nak tackle ummi.
Bila kakak Maira pujuk ummi, “ummi tak sayang kakak ke? Kakak kan nak susu ni?”
Ummi pujuk kakak elok-elok, “ummi sayang… tapi kakak dah besar, nak school dah, tak boleh susu ummi dah..” & distract dia dari nak susu, buatlah aktiviti yang melekakan dia.
Ini bukanlah percubaan pertama, bahkan entah berapa kali sejak Maira masuk 2y3m. Paling serius sejak awal tahun ni, bila umurnya menjengah 2y8m atas faktor ummi rasa nak surrender, tak larat dah nak tandem nursing memandangkan fizikal Maira pun dah berat. Kadang unintentionally membuatkan ummi selalu emosi (baca : stress) sebab sakit pinggang, rasa tak selesa. Allah, the struggle is real, the pain is real.
Sampai satu masa, waktu menyusukan anak-anak sambil menangis sebab stress. Terfikir, takkanlah nak sambung lagi sampai Insyirah wean off? Ya Allah… waktu tu Maira dah nak masuk 4 tahun! Allahu.. tak boleh nak imagine.
Wean off bukan untuk menzalimi anak, bukan kerana tak sayang, tapi kerana sudah cukup haul. Ini pun dah extended contract selama setahun.
Satu hari, ambil masa meluahkan & terus terang dengan suami, heart to heart. Sebelum ni memang selalu bincang bersama, namun kali ni saya lebih clear, terus terang saya dah tak mampu nak continue sebagaimana yang orang luar suggest untuk ikutkan sahaja Maira sampai dia sendiri stop. You should help & support me, kata saya kepada suami. Suami bagi cadangan (ikut tip dari pembacaan & sharing kenalan) untuk letak asam jawa/nescaffe supaya Maira reject.
Saya kata, saya tak nak buat macam tu. Maira anak cerdik solehah, insyaAllah dia faham. Tak perlu gunakan taktik sebegitu, fikir saya. Tapi kita kena sabar, konsisten & be bold.
Saya minta suami tolong take over Maira bila saya tidurkan Insyirah sebab waktu nak tidurlah biasanya dia paling bersungguh request nak susu hingga kadang boleh berkecamuk mood saya kalau handle mereka seorang diri (apabila suami perlu kerja lebih masa).
Inilah 8 PERKARA yang kami buat untuk support Nur Humairah stop menyusu & minta susu;
1) SET MINDSET. Ibu perlu kuatkan tekad, semangat & fokus. Bila ibu tekad, anak pun dapat rasakannya. Jangan hangat-hangat tahi ayam, anak boleh tahu bila kita tak serius. Sentiasa ulang, “kakak dah tak boleh susu dengan ummi, kakak dah besar, kakak minum guna cawan, kakak nak school. Yeay! Budak cerdik solehah dah tak susu ummi.”
2) JANGAN PROVOK. Untuk permulaan, elakkan provok dia dengan menyusukan adiknya depan dia. Cover sikit bagi dia tak nampak. Macam saya, saya menyusu waktu layan dia melukis & menulis di meja, adik terlindung di bawah meja.
3) JAGA MAKAN MINUM. Pastikan up portion makan & minumnya supaya dia tak lapar & haus. Untuk elak dia request nak susu. Sebelum tidurkannya, pastikan dia kenyang untuk elak dia terjaga malam & menangis minta susu pula. Standby siap-siap air kosong incase kalau dia bangun minta air.
4) BANYAKKAN PUJI. Puji dia bila melepasi satu-satu fasa tanpa menyusu. Contohnya dah 48 jam dia tak menyusu, pujilah, “bagusnya kakakkkk… kakak dah 2 hari tak menyusu dekat ummi pun. Haaa.. macam tulah anak cerdik solehah..” mesti dia tersipu..
5) BANYAKKAN AKTIVITI. Galakkan anak beraktiviti pada siang hari & elakkan dia tidur siang. Biar dia keletihan, supaya mudah tidur malam & nyenyak tidurnya.
6) PERANAN SUAMI. Minta suami tolong tidurkan anak yang nak wean off. Suami saya contohnya akan bawa Maira jalan-jalan naik kereta waktu saya susu & tidurkan Insyirah. Biasa bila kena aircond, kalahlah dia.
7) KAWAL EMOSI. Semasa proses wean off, jangan sesekali marah anak bila dia mengamuk. Bimbang tercedera emosinya. Fikir ummi abi dah tak sayangkan dia & sisihkan dia kerana adik. Adik susu boleh, kenapa kakak tak boleh? Tak sayang kakak ke? So jelaskan dengan lembut secara berulang-ulang. Banyakkan pujukan, pelukan, ciuman, pujian.
8) DOA & DOA. Tip paling penting, banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan wean off. Kejayaan usaha hamba ialah bila dia meminta pertolongan Allah sejak dari mula, insyaAllah. Nak tidurkan anak tanpa mengempeng, banyakkanlah doa & zikir minta hati anak lembut & lapang dada.
Alhamdulillah, ummi ambil keberkatan bulan Ramadhan untuk buat solat sunat & doa minta sungguh-sungguh agar mudah Maira wean off, seolah dia lupa terus dia perlu menyusu tanpa perlu drama air mata yang tentunya akan buat ummi tersentuh.
Hanya ini sahaja yang kami praktikkan. There’s no secret tips. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah. Namun, saya pasti, lain anak, lainlah caranya. Harapnya perkongsian ni membantu sedikit sebanyak buat yang ‘sekapal’.
Semoga akan dipermudahkan segala urusan semua ibu yang sedang berusaha untuk wean off anak tandem nursing yang sudah cukup haul. Amiin.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.