Memang jika anak ada masalah fokus dan memori, telur antara menu wajib yang kita perlu bagi pada mereka. Yang ada alahan, memang dikecualikan, tapi kalau yang tak ada, jangan tinggalkan menu berasaskan telur, pastikan bagi setiap minggu. Pastikan, tau.

Telur ni sumber protein yang murah harganya jika nak dibandingkan dengan yang lain. Nutrisi memang terbaik. Tak mahu sebut tentang jenis telur biasa atau bebas hormon/antibiotik apa semua. Fokus kita tentang khasiat.

Kuning telur mengandungi Choline, yang berfungsi meredakan keradangan pada otak dan meningkatkan fungsinya. Ia membantu komunikasi antara sel-sel otak dan kekalkan memori anak, dalam apa saja yang dipelajari, dilihat, dibuat setiap hari.

Jika Anak Ada Masalah Fokus & Memori, Telur Antara Menu Wajib Bagi Pada Anak!

Otak kita ni seperti centre, pusat segala aktiviti dan fungsi badan. Ia berperanan untuk bantu jantung berdegup dengan stabil, paru-paru berfungsi dengan baik supaya anak dapat bergerak aktif, bagus derianya dan daya berfikir sentiasa baik.

Sebab itu penting untuk kita jaga otak anak. Makanan yang mereka makan amat membantu kesihatan otak, mereka dapat fokus dalam proses belajar dengan baik, dapat ikuti dan dengar arahan dengan cemerlang.

Jaga bab makanan yang kita beri pada anak sebab ia mempengaruhi fungsi otak.
Paling penting, bila otak mereka dalam keadaan baik, behaviour juga akan tenang, tak mudah tantrum atau bertindak kasar, mudah mengamuk dan sebagainya.

Pernah baca kajian tentang kumpulan kanak-kanak yang diberikan junkfood, tinggi gula/pewarna makanan yang banyak merosakkan sel otak dan kumpulan yang diberikan makanan semulajadi sahaja? Apa hasilnya? Berbeza sangat behaviour kedua-dua kumpulan ini. Satu amat agresif dan sukar mengawal tingkahlaku, satu lagi lebih tenang dan mudah dikawal.

IKLAN

Itu belum sebut tentang kajian bagaimana makanan tinggi gula, MSG, pewarna tiruan, junkfood merosakkan sedikit demi sedikit sel-sel otak anak. Suka atau tak, ia kenyataan.

Jika Anak Ada Masalah Fokus & Memori, Telur Antara Menu Wajib Bagi Pada Anak!Vitamin B16, B12 dan folate yang ada dalam telur juga berperanan besar membantu otak anak sihat. Jika B12, ia siap bantu regulatekan paras gula dalam otak. Mood lebih stabil, aktiviti harian anak lebih smooth, Insya Allah.

Oh lupa nak sebut juga, Choline tadi juga dapat bantu otak anak hasilkan neurotransmitter untul bantu stabilkan mood mereka. It’s a type of food which makes kids happy.

Banyak kajian yang kaitkan tentang fungsi Choline ni terhadap memory and mental function. Concentrated sources of Choline paling mudah dapat dalam telur. Anak, mak, ayah, semua bagus makan.

Jika Anak Ada Masalah Fokus & Memori, Telur Antara Menu Wajib Bagi Pada Anak!

IKLAN

Anak dah bosan makan telur separuh masak? Masya Allah banyak sangat idea masak telur yang kita boleh buat. Kalau search di internet, guna keyword EGG RECIPES IDEAS, cuba tengok semua gambar mengancam.

Possible tau untuk kita sediakan menu macam ni. Telur rebus, telur separuh masak, telur goreng dah bosan, cuba style lain. Kreativiti dan gabungan resipi dengan bahan-bahan sihat yang lain memang dapat bantu kita sediakan menu menarik yang anak tak bosan.

Kredit: Puan Ainini Zainal

ARTIKEL MENARIK [Ibu Kongsi Tip ‘Wean Off’ Cara Paing Mudah. Dalam 2 Minggu Anak Boleh Lupa!]

IKLAN

BACA JUGA [Tak Payah Ajar Anak Makan Isi Ketam Segera, Tak Ada Langsung Ketam Dalam Tu!]

Jika Anak Ada Masalah Fokus & Memori, Telur Antara Menu Wajib Bagi Pada Anak!

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI