Bukan mudah nak mendidik anak-anak supaya melakukan sesuatu kerja. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi bila anak tahu dia juga boleh membuat keputusan dalam hidup.
Namun sebenarnya masih ada cara untuk mendidik anak agar mudah mendengar arahan dan melakukan sesuatu perkara tanpa perlu dipaksa. Ikuti perkongsian ini.
Saya kagum dengan sahabat saya Nurul Shazalina Zainudin . Macam mana dia boleh didik anak dia si Akil sampai addict nak belajar.
Dia punya addict tu, sampai explore sendiri buku tentang sains. Umur 7 tahun, tanpa disuruh dia boleh buat latihan algebra. Sedangkan anak saya, saya terpaksa offer reward, baru jalan.
This post is about MOTIVATION.
Macam mana kita nak didik anak kita yang MALAS.
Gambar hiasan
Dan macam mana nak jadikan anak kita rajin mengemas, rajin urus diri dan rajin belajar tanpa disuruh.
1) Intrinsic Motivation.
Ini yang Akil ada. Intrinsic Motivation tu adalah bila tingkah laku kita ni didorong oleh rasa puas. Puas bila berusaha. Puas bila belajar. Puas bila dapat buat sendiri.
2) Extrinsic motivation.
Ini pula apa yang anak saya ada. Extrinsic motivation adalah, bila anak terdorong buat sesuatu, hanya bila adanya reward.
Ads
Termasuklah reward main main fon, reward sticker dan sebagainya.
Extrinsic ni tak bagus untuk kesan jangka masa panjang. Sebab ia tak mendidik bila anak dewasa. Kesannya:
1️. Anak hanya buat sesuatu hanya bila ada reward 2️. Membesar dengan perangai suka bertangguh 3️. Kurang rasa komited dan ‘sense of responsibility’ tak ada.
Haa.. Tak nak kan anak-anak kita jadi macam tu bila dah besar.
Alangkah bahagia kita dapat besarkan anak-anak yang rajin macam anak-anak di Jepun tu.
Ads
Sebenarnya ada cara untuk tingkatkan motivasi dan minat anak.
Tak perlu disuruh, tak perlu ditempik, tak perlu dijentik. Mereka mampu ada motivasi untuk lakukan kerja-kerja dengan sendiri, walaupun masih kecil.
Ayuh kita cuba lakukan 6 langkah untuk anak kita yang MALAS, bertukar jadi RAJIN;
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali waktu mandi tiba, ramai mak ayah mula rasa pening. Anak lari satu rumah, main air jadi berjam-jam, atau buat tak tahu bila dipanggil masuk bilik air. Ada yang sampai naik suara, ada yang akhirnya mengalah dan biar saja anak mandi lama.
Sebenarnya, masalah anak mandi lambat bukan sebab anak degil semata-mata. Selalunya ia berpunca daripada rutin, cara kita arahkan dan bagaimana anak melihat aktiviti mandi itu sendiri. Dengan beberapa trik anak mandi cepat yang betul, waktu mandi boleh jadi lebih mudah dan kurang tekanan.
Sebelum marah atau putus asa, mak ayah kena faham dulu puncanya. Anak kecil belum pandai urus masa seperti orang dewasa. Bila mereka sedang seronok bermain, mandi dilihat sebagai gangguan, bukan keperluan.
Ada juga anak yang lambat mandi kerana terlalu seronok bermain air, atau mandi jadi satu-satunya masa mereka bebas tanpa disuruh. Bila kita faham sebab ini, lebih senang untuk guna trik anak mandi cepat yang sesuai dengan umur dan perangai anak.
Salah satu kesilapan biasa ialah kita suruh anak mandi tanpa had masa. Anak tak tahu bila perlu berhenti bermain dan bila perlu siap. Cuba tetapkan tempoh mandi yang jelas dari awal.
Contohnya, beritahu anak “kita mandi 10 minit saja, lepas itu lap badan dan pakai baju.” Bila anak tahu had masa, mereka lebih bersedia untuk ikut arahan. Ini antara trik anak mandi cepat yang paling berkesan tanpa perlu marah.
Anak kecil lebih mudah faham konsep masa bila ia ditunjukkan secara visual atau bunyi. Mak ayah boleh guna jam dapur, pemasa telefon atau lagu kegemaran anak sebagai penanda masa.
Contohnya, pasang dua lagu sahaja untuk waktu mandi. Bila lagu habis, mandi pun tamat. Cara ini buat anak fokus untuk mandi, bukan leka bermain air terlalu lama.
Tak salah beri mainan ketika mandi, tapi bila terlalu banyak, anak akan lupa tujuan sebenar mandi. Akhirnya, mandi jadi sesi bermain air tanpa kesudahan.
Cuba hadkan satu atau dua mainan sahaja. Atau gunakan konsep bergilir, hari ini mainan A, esok mainan B. Ini membantu anak mandi lebih cepat tanpa rasa bosan.
Masa mandi juga memainkan peranan besar. Bila anak sudah terlalu letih atau terlalu asyik bermain, mereka lebih cenderung melengah-lengahkan mandi.
Perhatikan rutin harian anak. Mandikan mereka sebelum terlalu penat atau sebelum masuk fasa bermain yang sukar dihentikan. Ini trik anak mandi cepat yang sering dipandang remeh.
Hari ini marah bila anak mandi lama, esok biar saja sebab penat. Keadaan ini buat anak keliru dan tak ambil serius arahan mandi.
Konsistensi sangat penting. Bila anak tahu mak ayah memang tegas tentang rutin mandi, mereka akan mula ikut tanpa banyak drama.
Jerit, ugut atau bandingkan anak dengan orang lain jarang membantu. Malah, ia boleh buat anak makin melambatkan mandi sebagai bentuk protes.
Gunakan nada tenang tapi tegas. Ingatkan dengan ayat ringkas dan jelas. Anak lebih mudah bekerjasama bila mereka rasa dihormati.
Anak suka rasa mereka ada pilihan. Mak ayah boleh gunakan perkara ini sebagai trik anak mandi cepat.
Contohnya, tanya sama ada anak mahu guna tuala biru atau merah, atau sabun yang mana dulu. Walaupun pilihan kecil, ia buat anak rasa terlibat dan kurang melawan.
Bila anak berjaya mandi lebih cepat daripada biasa, walaupun belum sempurna, berikan pujian. Anak yang dihargai lebih cenderung untuk ulang tingkah laku yang sama.
Elakkan pujian berlebihan, cukup dengan ayat ringkas seperti “hari ini mandi cepat, bagus.” Lama-kelamaan, anak akan anggap mandi cepat sebagai perkara normal.
Anak mandi cepat bukan berlaku dalam sehari. Ia perlukan rutin yang konsisten, pendekatan yang sesuai dan kesabaran mak ayah. Bila mandi tidak lagi dikaitkan dengan marah dan tekanan, anak akan lebih mudah bekerjasama.
Gunakan trik anak mandi cepat yang realistik dan sesuai dengan situasi keluarga sendiri. Sedikit demi sedikit, waktu mandi akan jadi lebih tenang dan mak ayah pun kurang pening.
Ibu ayah jangan ambil mudah bab gigi anak. Bawa mereka buat pemeriksaan bila tiba masanya untuk elak masalah gigi rosak.
Kecuaian ibu ayah boleh menyebabkan mereka tidak mampu untuk makan/ mengunyah berkhasiat dengan baik dan keluar masuk hospital sebab sakit gigi.
Menjadi kewajipan ibu ayah untuk menunaikan hak anak-anak yang masih kecil. Mereka masih belum tahu melakukannya sendiri terutama sekali pemeriksaan gigi, Banyak kita lihat masalah berkaitan gigi anak, belum pun usia dua tahun gigi dah mula rongak gara-gara kurangnya kepekaan ibu bapa kepada pemeriksaan gigi anak. Sepatutnya sebelum usia 4 tahun, gigi anak sudah diperiksa 3 kali!
PEMERIKSAAN GIGI MENGIKUT TAHAP USIA
Banyak perkara berkenaan gigi anak yang akan diperiksa mengikut tahap usia. Ia telah tertulis di dalam buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak (0-6 tahun) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti;
Keperihatinan ibu bapa boleh membantu si manja mengelakkan masalah berkaitan gigi sepanjang proses pembesarannya. Amalan baik seperti memberus gigi sebelum tidur juga boleh diterapkan sejak awal lagi sebenarnya.
Hak untuk mendapatkan pemeriksaan gigi mengikut waktu yang sewajarnya.
Ramai ibu bapa yang tidak peka mengenai pemeriksaan pergigian bagi anak-anak di bawah umur 4 tahun.
Belek-belek sedikit buku kesihatan anak anda itu..
Cuba lihat muka surat 68,96 & 115. Jarang sekali dilihat lengkap semuanya. Tahniah buat yang peka.
SEBELUM 4 TAHUN GIGI ANAK KENA DIPERIKSA SEKURANG-KURANGNYA 3 KALI
Untuk makluman ibu bapa sekalian, anak berumur bawah 4 tahun giginya perlu diperiksa sekurangnya 3 kali :
GIGI SUSU SAMA PENTINGNYA DENGAN GIGI KEKAL
Kesihatan pergigian perlu seiring dengan kesihatan tubuh badan yang lain.Jangan di anggap remeh walaupun hanya gigi susu yang ada. Gigi susu sama pentingnya seperti gigi kekal.
KESILAPAN IBU AYAH BOLEH BUAT IBU AYAH MERANA
Mahukah anda lihat anak kecil itu tak lena tidurnya kerana kesakitan gigi?
Sanggup anda lihat anak kecil itu kekurangan zat kerana tak mampu mengunyah makanan dgn baik?
Ada juga anak kecil terpaksa keluar masuk hospital kerana jangkitan kuman akibat kerosakan gigi susu.
BAWA ANAK KE KLINIK PERGIGIAN SEAWAL BOLEH
Bawa anak anda ke klinik pergigian seawal yang boleh. Pasti ada nasihat dan celoteh dari doktor atau nurse yang merawat nanti.
Kerapkali kita dengar ada anak sensitif itu dan ini. Tak nak pijak pasir lah..tak nak pijak rumput lah.. bahkan ada yang tahap tak nak pijak karpet berbulu pun ada. Semua ni gara-gara kita banyak biarkan anak bermain secara indoor sahaja. Jika dahulu kita boleh bermain di luar, tapi sekarang tambah pula isu pandemik ni kita lagilah berkurung di rumah.
This is new norms. Ibu bapa kenalah bijak ya nak modifikasi permainan serta latihan sensorimotor pada anak.
Latihan sensori ni boleh mula seawal 4 bulan ke atas. Kerana waktu ini anda boleh lihat anak sudah mula punyai tona otot (muscle tone) yang tegap dan sudah mula boleh angkat kepala dan berpusing. Jadi, apakah jenis bentuk latihan sensori yang kita boleh lakukan? Berikut perkongsian dari Teacher Lin Talib yang juga seorang Terapis Cara Kerja.
Latihan Sensori Bawah 2 Tahun
1. URUT
Memang urutan adalah latihan sensori yang sangat sangat mudah dan membantu dalam perkembangan anak. Haba panas dari kulit kita menyentuh kulit anak membantu dalam memberi ransangan sensori di samping sentuhan urutan tersebut sendiri.
Urut perlahan.. penuh kasih sayang..dan sentiasa katakan yang baik-baik pada anak.
Jika anda selalu urut anak.. InsyaAllah anda akan lihat yang anak anda lebih cergas dan cepat tegap badannya.
2. SIKAT
Selalu sikat rambut anak. Bahkan kalau takde rambut pun sikat ke kepala anak. Banyak manfaat sikat rambut tau!
– Ia melancarkan perjalanan darah jadi kepala serta rambut mudah tumbuh dengan subur.
– Anak juga jadi tenang dan kurang tantrum.
– ransangan sensori dari sikat membantu anak untuk adapt dan tidak takut pada sensori sikat itu sendiri.
Gunakan sikit yang jenis ‘brush’ yang lembut ya.
Sangat digalakkan lepas sikat kepala..anda lalu kan sikat pada bahagian belakang badan.. depan badan..tangan.. kaki…sebagai salah satu bentuk ransangan sensori pada bahagian anggota badan yang lain.
Lakukan mengikut urutan atas ke bawah.
3. LETAK ANAK ATAS BADAN
Bila anak sudah pandai meniarap.. kerapkan letak anak atas badan anda.
Ini membantu dalam pembinaan sensori vestibular atau imbangan badan anak.
Selain itu, ia membantu dalam perkembangan otot badan anak.
4. Ton Ton Todakk
Ini saya ada kongsikan di post sebelum ini. Rujuk sini
Aktiviti ini membantu dalam pembinaan sensori anak dari sudut vestibular.
Jangan buat laju sangat, mulakan secara perlahan dahulu. Aktiviti ini membantu anak merasa perbezaan altitude.
Selain itu, InsyaAllah.. kalau amalkan sampai sekolah rendah.. anak jadi seorang yang berani dan cergas!
5. MAINAN DALAM BAJU
Bila dia dah mula pandai main.. dalam umur 8-9 bulan ke atas.. cuba masukkan mainan dalam bajunya.
Biarkan dia cari mainan tu dalam bajunya. Ini membantu dari sudut stereognosis anak. Ia adalah kebolehan mengenalpasti objek melalui sentuhan.
Jadi, sentuhan pada kulit belakang badan ke.. depan bahagian perut ke.. ia memberi ransangan sensori pada kulit anak.
Anak akan terlatih dari sudut fokus sebab dia akan ber perhatian pada ransangan barang yang ada dalam bajunya.
6. BERI MEREKA PIJAK
Rumput, tanah, pasir, batu… Beri mereka pijak.
Anda boleh sediakan map sensori untuk anak. Anda boleh lihat di post ini berkenaan map sensori.
Angin pasang menyebabkan anak Wany Hasrita menjalani pembedahan. Ketahui tanda awal hernia inguinal pada kanak-kanak perempuan yang ibu ayah perlu tahu.