Memang lumrah kanak-kanak suka mencoteng, suka berkarya. Bagi mereka semua tempat adalah kawasan untuk mereka bermain. Sedar-sedar satu rumah dah berconteng dengan pelbagai jenis corak.
Nak sental guna air dan sabun memang susah nak hilang kesan kotoran. Mama papa pun mesti sakit mata dan stres tengok rumah dah macam whiteboard. Apa kata mama papa cuba alat ‘magic’ ni yang dikongsi oleh Fazlin Azma di laman facebooknya.
Art conteng dari anak-anak..dah tampal whiteboard sticker untuk conteng pun.. masih lagi nak conteng dinding. Jenuh duk cari sabun or spray untuk tanggalkan marker pen kat dinding..
Ads
Last guna magic sponge je..hilang semua..puas hati.. nasib baik tak sempat nak order sabun mahal, mengarut kat shopee tu.. Tapi tu laa..tak lama pun..
Diorang tak leh tengok putih bersih.. nak jugak conteng terbabas ke dinding, nasib baik ada magic sponge tu. Tunggu anak-anak besar.. Baru kita deco-deco rumah cantik..now tumpang tengok rumah orang dulu.
Barang kemas ibarat simpanan kecemasan bagi seorang wanita kerana nilainya tak akan rugi jika dijual atau digadai pada waktu terdesak. Namun bagi sesetengah wanita pula, memakai barang kemas ibarat memberi satu aura padanya.
Apa sekalipun pendapat, ia terpulang pada niat masing-masing. Ini kerana kecil atau besar jenis barang kemas yang dibeli itu, semuanya untuk keperluan masa depan. Ada yang beranggapan jika simpan duit, lama-lama akan habis tapi bila beli emas, bolehlah dijadikan simpanan.
Selain emas, periuk nasi Primada Microcomputer Rice Cooker pun penting juga kalau dah terdesak tak boleh makan kat luar lagi jimat masak dirumah. Duit pun tu boleh simpan untuk belikan isteri emas.
Malah bila dah berkahwin, seandainya diuji masalah kewangan, barang kemas ini juga boleh membantu. Sekurang-kurangnya boleh digadai dulu atau jual jika betul-betul terdesak.
Perkongsian seorang suami, Mohd Fadli Salleh mengenai kenapa pentingnya barang kemas pada wanita boleh dijadikan panduan.
Aku tanya ma aku,
“Ma, kenapa orang perempuan minat betul dengan barang kemas ni?”
Ma senyum je dan jawab,
“Ada empat sebab utama orang perempuan minat dengan emas ni.
1. Memang fitrah wanita minat dengan perhiasan. Makin bernilai perhiasan, makin mereka suka. Fitrah Allah jadikan orang perempuan memang begitu.
2. Mereka merancang ekonomi keluarga. Kadang-kadang, mereka sengaja minta suami belikan barang kemas untuk mereka.
Sedangkan jauh dalam lubuk hati mereka, mereka nak jaga ekonomi keluarga. Mereka nak jadikan simpanan dan pelaburan in case suami ada masalah kewangan, emas itulah jadi taruhan dan boleh digadaikan.
Mereka beli untuk jaga suami mereka dari membazir tempat lain dan bila ada masa sukar tiada apa boleh digadaikan. Walau orang nampak seolah isteri beli untuk diri sendiri, sebenarnya salah. Mereka beli untuk suami.
3. Barang kemas ni buat wanita dan isteri rasa secure. Rasa selamat. Rasa terjamin sedikit masa depan mereka.
Maklumlah, suami ini hanya pinjaman. Jika tidak ‘dipanggil’ Tuhan, disondol orang. Jika apa-apa berlaku pada suami, jika berlaku perpisahan, perceraian dan ditinggalkan, sekurang-kurangnya mereka ada sesuatu untuk bermula. Untuk mereka teruskan kehidupan.
Ia jaminan dan cagaran yang sangat bernilai untuk wanita dan kaum isteri khususnya.
4. Dia tak nak suami dia kahwin lain. Kalau dah duit habis kat seorang isteri je, tak de duit dah laki dia dah kahwin lain.
Sebab tu budaya orang Arab, duit hantaran cukup tinggi sampai beratus ribu. Lelaki kena kerja sungguh-sungguh nak cari duit untuk kahwin, dah kahwin seorang duit dia habis. Nak kahwin lain letih pula nak cari duit lain.
Haaa, gituh!”
Termenung panjang aku bila dengar penjelasan ma. Betul sungguh apa yang ma kata. Kadang-kadang makhluk aneh yang bukan berasal dari bumi ini bijak merancang bukan untuk diri mereka sahaja, bahkan untuk keluarga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Benarlah kata orang sukarnya menjaga anak perempuan berbanding anak lelaki. Sukarnya kerana terpaksa melebihkan bekalan jiwa buat anak kecil kita yang masih tak mengerti apa-apa. Biarpun satu-satu perkara nampak remeh, tapi buat anak perempuan kita, semuanya nampak besar. Jadi kena hati-hati.
Sekecil-kecil perkara seperti mandi pun kena ajarlah cara yang betul supaya jadi benteng buat anak kita. Dr Taufiq Razif berkongsi kisah dan tip buat ibu bapa yang punya anak perempuan.
Maryam jangan mandi dengan sepupu lelaki tau!
Ni lah pesanan saya tiap kali anak saya, si Maryam Soolihah ni nak balik kampung atuk dan neneknya.
Bukan sebab saya tak percayakan anak buah dan sepupu sepapat sendiri tetapi sebagai langkah pencegahan ( precautions ) dan untuk tanamkan RASA MALU dalam diri anak perempuan saya tu.
Anak perempuan ni tak macam anak laki sikit. Jiwanya lembut. Dipuji, dirayu sikit je dia boleh tewas. Jadi kita sebagai mak ayah ni la kena ajar anak kita bina PENDINDING DIRI!
Selain doa, pendinding diri paling ampuh pada anak perempuan adalah :
Rasa malu
Anak yang tebal rasa malunya akan menjauhkan diri bila ada yang ajak buat benda benda pelik dan tak senonoh. Fitrah malu tu sendiri dah ada dalam diri anak kita cuma kita la kena berjaga jaga jangan sampai rasa malu & harga diri tu hilang daripada anak anak kita
Biar pun Maryam masih kecil dan auratnya pun tak wajib ditutup tapi kalau dia tergedik gedik keluar bilik air tanpa pakai tuala dekat kampung memang saya jerit lah ” Maryam! Malulah kalau sepupu laki nampak!!! ”
Tolak Permintaan dan “say NO”
Anak perempuan biasanya paling mudah makan pujuk rayu orang. Jadi saya kena ajar kalau ada orang lain nak pegang tempat sulit anak perempuan saya ataupun buat benda benda yang dia tak suka cakap je” NO! TAK BOLEH! ”
Saya ajar je anak saya beradab dan hormat orang tapi kalau melibatkan maruah, nak tendang ke nak gigit ke dipersilakan! Ajar juga anak kecil kita menjerit ye. Jangan main main, jeritan anak kecil boleh menyelamatkan nyawa dan maruahnya tau!
Jangan Berhenti Mengadu
Ni la kenapa, walau apa pun terjadi saya akan jaga TRUST si Maryam tu pada saya. Dengan TRUST la anak akan jadi tak kekok nak mengadu kat saya.
Bila si Maryam Soolih ni mengadu, saya kena fokus mendengar dan bagi respon yang cepat dengan aduannya walau sesibuk apa pun saya. Saya kena jadi BEST LISTENER pada anak saya walau sesibuk apa pun saya!
Kenapa? Sebab saya taknak anak saya berhenti mengadu kat saya. Memang la agak annoying bila semua benda dia nak mengadu kat kita tapi tanpa sedar tu la sebenarnya tanda anak kita masih PERCAYAKAN kita!
InsyaAllah bila semua pendinding diri ni ada pada anak kita, anak kita akan selamat. Ajar la pasangan kita tentang benda ni juga ye untuk keselamatan anak anak kita semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penceramah Ustaz Ebit Lew antara penceramah yang cukup prihatin dalam membantu meringankan bebanan pelbagai pihak. Keprihatinannya dalam kesusahan hidup insan lain sememangnya tidak mampu disangkal oleh sesiapa pun. Dia cepat bertindak dalam serba serbi.
Begitu juga dalam kehidupan berkeluarganya. Biarpun sibuk membantu mereka yang memerlukan bantuannya saban hari namun suami penyayang ini tetap tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak yang sentiasa memerlukannya.
Biarpun dihimpit tugas sebolehnya dia akan cuba untuk meluangkan masa bersama bidadari hatinya yang sentiasa menjadi penyokong kuat. Biar tidak lama, bersantai di belakang rumah sambil mendengar luahan hati si isteri sudah memadai dan inilah tip berkeluarga yang cuba disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew menerusi instagram miliknya.
“Rindunya..dating belakang rumah jer. Pegang tangan dan berbual-bual terasa best sangat. Indahnya. Terapi dalam perjalanan hidup ini.
“Bestkan pegang tangan bidadari pun leh rasa tenang jer. Tengok rasa sejuk hati. Sayang bidadariku terima kasih sentiasa menemani abang dalam hidup ini,” kongsi Ustaz Ebit Lew menerusi sebuah video pendek.
Katanya lagi, biar pun satu ketika dahulu isterinya pernah menangis kerana tidak rela sering ditinggalkan kerana kerja dakwahnya namun kini isterilah orang yang paling memahami perjalanan dakwahnya. Malah bidadari kesayangannya ini sentiasa tersenyum dan tidak pernah bermasam muka, tanda sokongan padunya buat suami.
“Senyum jer. Tak pernah masam muka. Bila-bila masa abang pergi untuk kerja dakwah relaks jer. Walau mula-mula dulu menangis. Sama-sama menangis. Bidadari yang terlalu banyak pengorbanannya dalam menjadi asbab perjalanan hidup saya kini,” katanya lagi.
Malah kata Ustaz Ebit Lew lagi, kunci bahagia dan kejayaan seorang suami pastinya adalah menjaga sebaiknya dua insan penting iaitu ibu dan isteri.
“Nak bahagia hargai ibumu. Dan hargai bidadari dalam hidupmu. Doa seorang isteri itu besar nilainya. Doa insan disebalik hidup seorang lelaki. Bahagiakan hatinya. Sakitinya hilanglah nikmat dan rezeki dalam hidupmu. Doa di hati kecilnya amat berharga,” katanya lagi berkongsi.
Inilah yang sebaiknya dilakukan oleh semua suami. Biar sibuk bagaimana sekali pun, kewajipan pada isteri jangan diabaikan. Cubalah cari ruang walau pun seketika untuk bersama isteri yang selalu menjadi pendokong kuat kita.
Mama yang nak relaks sambil cuci mata, jom ke SINI.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.