Anak-anak kalau main play doh memang leka. Tambah lagi dapat buat pelbagai bentuk yang comel. Kadang bukan anak je yang seronok, ibu ayah pun boleh tumpang sekali bermain.
Kalau nak beli mungkin modalnya banyak juga sebab play doh ni bila kena angin lama-kelamaan akan jadi keras. Tapi untuk anda yang nak jadikan bermain play doh ini aktiviti sensori untuk anak, eloklah buat sendiri.
Modal tak sampai RM10 boleh dapat dalam kuantiti yang banyak dan pelbagai warna. Cara nak buatnya pun mudah dan puas hati anak main.
Seperti perkongsian ibu ini, Puan Natrah Mohd Isa, hanya guna 3 bahan dah boleh buat aktiviti dengan anak.
Mula-mula, masukkan lotion dulu, kemudian baru tepung, gaul-gaul, baru titik pewarna beberapa titik. Sukatan ni sebenarnya atas kita nak lembut dan puas hati macam mana.
Bila doh dah tak melekat-lekat tu maknanya dah siap! Selamat mencuba ye!
Ads
Boleh la anak-anak main dengan mainan masak-masak yang sedia ada. Wangi tau doh kita ni! Hati-hati jangan sampai masuk mulut dan makan ye.
Byron Bay Montana Lower dan Tom Linwood menggunakan ‘elimination coммunication’ (EC) dengan anak perempuan mereka yang berusia 21 bulan, Blue, dan mengatakan bahawa dia tidak membuang air besar dalam lampin sejak dia berumur dua minggu.
Pasangan itu berkongsi video tentang cara mereka menggunakan EC untuk mengajar anak perempuan mereka, serta berkongsi petua untuk mana-mana ibu bapa yang berminat untuk mencubanya. Dalam klip YouTube, Montana menerangkan: “Ia sedang mendengar bayi anda apabila mereka mahu pergi ke tandas, dan membawa mereka ke tandas dan bukannya menggunakan lampin mereka.” Toм menambah: “setiap tahu bila bayi mereka lapar dan mereka mempunyai isyarat untuk itu dan mereka mempunyai isyarat yang sama apabila mereka perlu pergi ke tandas. Ia hanya sekadar mendengar dan memerhatikannya.”
Apabila Montana pada mulanya mendengar tentang amalan itu, dia fikir ia adalah “agak gila”, tapi selepas mengetahui EC digunakan di seluruh dunia. Tom menambah lampin adalah “barang mewah”, manakala Montana menunjukkan yang hanya boleh dibuang sejak 50 tahun lalu atau lebih.
Montana menambah “Lebih bersih jika anda hanya membawa mereka ke tandas.”
Saksikan gelagat Azwan Kombos dan keluarga bersama Irma Hasmie beriadah di Super Park @ Next Gen hanya di Pa&Ma Playdate!
Sudahkah anda berdua membuat pilihan nama untuk si kecil dalam kandungan? Nama apa agaknya yang menjadi pilihan? Adakah ia nama moden, klasik, ciptaan sendiri atau diambil daripada perkataan-perkataan indah dalam bahasa tertentu?
Pemberian nama kepada anak seharusnya mempunyai makna yang baik. Hal ini kerana nama itu bakal ‘digalas’ oleh si kecil. Malah ada juga yang mengatakan nama pilihan itu adalah ‘doa’ kepada si pemiliknya.
Walau apa pun nama pilihan anda, pastikan ia yang terbaik buat si kecil yang bakal dilahirkan dalam masa terdekat ini. Untuk membantu anda mendapatkan pilihan nama yang terbaik, jom baca aspek-aspek yang perlu dititikberatkan ini.
1. Nama trending
Ramai ibu bapa teruja untuk memberikan nama bakal anaknya dengan nama yang sedang trending pada masa kehamilannya itu.
Dah namanya popular, jadi ia bukanlah sesuatu yang menyenangkan apabila akan ada ramai kanak-kanak yang mempunyai nama yang sama.
Apabila anak anda ini berada di alam persekolahan nanti, akan timbul kesulitan kepada pihak sekolah dan gurunya apabila terpaksa memanggil nama penuh (termasuk nama bapa) kerana mungkin ada lebih daripada satu orang memiliki nama itu.
2. Maksud dalam pelbagai bahasa
Selalunya orang Melayu meletakkan nama yang diambil daripada bahasa Arab. Ada juga yang di ambil daripada bahasa lain.
Jika mahu mengambil nama daripada bahasa Arab, tanyakan pendapat daripada orang yang mahir berbahasa Arab terlebih dahulu. Langkah ini perlu dilakukan bagi memastikan maksud nama itu adalah yang baik dan bukan sebaliknya.
Dalam masa yang sama, anda boleh gunakan carian di Internet untuk mengetahui maksud nama pilihan dalam pelbagai bahasa lain. Manalah tahu maksid nama itu dalam bahasa Arab indah tetapi sebaliknya pula dalam bahasa lain.
3. Ejaan dan sebutan
Jika boleh, pastikan ejaan nama pilihan adalah sama dengan cara anda menyebutnya. Ia memudahkan anda dan diri anak itu sendiri juga kelak.
Tidak perlulah anda menggunakan ejaan yang berbelit-belit untuk disebut mahupun dieja dan ditulis. Bukankah nanti menyusahkan anda sendiri mahupun orang lain. Paling penting ingat tentang anak yang bakal ‘membawa’ nama itu seumur hidupnya.
Bayangkan kesusahan yang bakal dilaluinya apabila perlu behadapan dengan situasi menulis borang atau ketika menulis butiran diri di kertas peperiksaan.
4. Nama panggilan
Hindari diri daripada memilih nama yang mempunyai suku kata yang pelik sehingga boleh menyebabkan ia menjadi bahan ejekan kawan-kawan anak anda. Pasti ia boleh mengganggu tahap keyakinan diri anda. Kasihan dia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masa kanak-kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia. Masa ini merupakan tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa, apakah dia akan menjadi manusia baik atau sebaliknya, adakah dia akan jadi ‘terror’ atau ‘terrorist’?
Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu, memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan. Tapi kalau tak jalan juga, iaitu jenis yang tak makan saman, cara memberi hukuman dapat diterapkan.
Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang pemberian hukuman dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak yang negatif.
Di bawah ini disenaraikan 8 tip cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.
Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.
Bertukar suara dan intonasi sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.
Puji orang lain depan anak, tetapi dengan syarat untuk memberi contoh kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.
Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la…) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.
Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya.
Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya.
Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.
Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya.
Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.
Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: “Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun.”
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.