Homeschooling tak semestinya kena hantar anak belajar dengan guru terlatih. Ibu bapa pun boleh buat di rumah. Cara ini paling mudah kerana ibu bapa lebih tahu dan faham kehendak anak.
Lagi satu, homeschooling ini kena ada kesabaran dan tak boleh anggap anak itu dah pandai semuanya. Buat secara berperingkat dan faham apa kehendak anak. Kalau sekadar memaksa dan anak tak boleh nak buat memang ibu bapa boleh naik darah.
Berikut antara perkongsian dari seorang ibu, Puan Rohayati Ramli mengenai cara nak homeschooling anak di rumah tanpa perlu rasa nak marah.
Sebenarnya sesiapa sahaja boleh homeschooling anak. Tak kisah ibu bekerjaya atau tak bekerjaya pun boleh. Bagi yang bekerjaya boleh homeschooling waktu malam. Ambil dalam masa 10-15minit dah memadai.
Ads
Tak sempat malam-malam sebab letih. Wekeend kan ada. Boleh juga sabtu atau ahad.
Nak homeschooling memang perlukan kesabaran tinggi. Kalau tak sabar jangan homeschooling. Kalau tak nanti jadi “mak ko hijo” setiap masa.
Ads
Sebagai ibubapa yang nak ajar anak sendiri. Pertama kena set dalam kepala kita. Anak-anak tak tahu apa-apa. Maksudnya start dari zero. Jangan cakap dialog “itu pun tak tahu” sebab memang anak tidak tahu pun.
Mood nak mengajar mestilah dalam keadaan tenang dan emosi ibu bapa dan anak dalam keadaan baik. Pastikan mood sentiasa ceria bagi mengelakkan proses homeschooling dalam keadaan tegang. Kalau ibu bapa keletihan elakkan homeschooling. Mau ada yang kena makan nanti.
Ads
Sekiranya anak dah mula tantrum/down/ nangis. Hentikan proses mengajar ketika itu dan bersambung semula keesokan harinya. Sehari 2 aktiviti sudah memadai. Homeschooling tidak semestinya hanya fokus pada asas akademik semata-mata seperti membaca dan menulis sahaja.
Perlu terap dan tanamkan nilai-nilai murni. Seperti akhlak dan keyakinan diri serta pengurusan diri. Bila anak dah boleh ikut cara homeschooling dan berjaya sesuatu perkara, reward sedikit seperti adakan sistem reward sticker.
Contoh : Anak minat dinosaurs belikan sticker dinosaurs. Lekat satu sticker bila satu perkara dah berjaya.
Mudah sebenarnya nak tingkatkan fokus dan koordinasi mata serta tangan anak. Buat sendiri apa yang ada di rumah dah boleh. Asalkan mak ayah kreatif dan ada keinginan nak anak belajar.
Sekurang-kurangnya aktiviti macam ni bukan sahaja dapat kurangkan anak dengan gajet tapi boleh membantu kemahiran membaca dengan bantu gerakkan mata.
Berikut antara latihan lapan terbalik yang dikongsikan Puan Masturah Abu Bakar dan dipraktikkan pada anaknya.
Pagi ni Sarah dan Hakeem buat aktiviti lapan terbalik.
Kalau anak-anak yang baru nak buat latihan ni, disarankan mak ayah buat template dulu. Saya kitar semula kotak pizza untuk buat template.
Aktiviti lapan terbalik ni salah satu aktiviti yang:
✔️ Bantu bina dominasi tangan. Dominasi tangan penting untuk menulis dan melakukan aktiviti harian yang lain.
✔️ Tingkatkan fokus dan koordinasi mata dan tangan. Penting untuk kemahiran menulis dan membaca.
✔️ Tingkatkan kemahiran membaca dengan bantu gerakan mata kiri ke kanan dan kanan ke kiri.
Cara melakukan aktiviti:
➡️ Buat template lapan terbalik
➡️ Mulakan gerakan dari tengah, kiri dan ke kanan secara berterusan.
➡️ Gerakan dilakukan dengan perlahan dan lancar.
➡️ Kalau anak dah mahir, dah tak perlu guna template.
Siapa ada anak umur 2 tahun tentu mengalami perasaan rasa nak cepat marah pada mereka. Kadang-kadang kita pun tak faham dengan perangai anak umur 2 tahun. Suka hati dia sahaja nak meraung atau mengamuk kalau ada sesuatu yang tak kena di hatinya.
Jom semak perangai anak anda yang berusia 2 tahun ni. Ada yang sama tak?
Setiap anak adalah berbeza. Ada kanak-kanak agak sensitif, ada pula yang sangat periang. Begitu juga halnya dengan perkembangan mereka. Ada yang cepat belajar ada yang agak perlahan.
Tetapi secara amnya, jika anak anda berusia 2 tahun, anda boleh jangkakan beberapa kelakuan ini:
* Tantrum.
* Cepat mengamuk.
* Mengakui semua barang adalah miliknya (walaupun kepunyaan orang lain).
* Semua benda “dia nak buat sendiri”.
* Masih lagi mahu dimanjakan seperti ‘baby’.
* Merasakan diri sudah besar, rasa sedih dan kecewa bila menyedari yang dia belum pun besar.
* Sukar untuk berkongsi, menunggu, mengambil giliran.
* Sukar dengan perubahan.
* Menukar tabiat makan dan tidur.
Bila sudah kenal pasti perangai si kecil maka mudahlah sedikit hendak membuat tindakan jika dia ‘buat perangai’.
Apa nak buat?
Memang tak mudah untuk menahan sabar bila berhadapan dengan kerenah si kecil yang serba tak kena. Tangan rasa cepat sahaja hendak memukul dan menghukumnya atau membuat tindakan tidak menghiraukannya. Mana satu cara yang betul untuk mengajar mereka?
Sebenarnya anak memerlukan bantuan papa dan mama untuk mengawal emosi dirinya. Mereka masih belum faham banyak perkara termasuk penerangan kita kenapa tak boleh buat perangai. Untuk melakukannya, anda memerlukan beberapa strategi, tip dan ‘tricks’ yang betul.
10 tip berikut boleh diamalkan oleh anda berdua semasa berhadapan dengan situasi si kecil 2 tahun yang sukar dijangka.
1. Empati
Kita mungkin tak peduli dengan warna cawan yang hendak digunakan untuk minum air tetapi tidak bagi si kecil! Jika cawan warna hijau itu adalah kegemarannya dan anda bagi dia minum air menggunakan cawan lain maka si kecil akan marah dan mengamuk. Cuba letakkan diri anda ke dalam dirinya.
2. Hadkan kata-kata “jangan”
Mungkin perkataan itu hanya sesuai untuk situasi yang benar-benar berbahaya dan serius sahaja. Sebaliknya gunakan ayat arahan. “Ini pen mama, jom cari pensel warna Aina punya.” atau tukarkan perkataan “jangan” kepada “ya” dengan satu syarat. Contohnya, “Aina boleh pergi main kat taman kalau tukar pampers dulu!”
3. Buat pemerhatian
Kanak-kanak belajar melalui perbuatan. Daripada anda penat menyuruhnya buat sesuatu tapi tak dipedulikan, lebih baik anda cakap tentang perkara yang dah berlaku. Contohnya, “Kesiannya buku-buku ni terjatuh daripada rak…mesti sakit dia. Jom kita susun buku ni semula. Mesti dia seronok.” Ia sesuai bila si kecil menyepahkan buku-buku di rak rumah anda.
4. Mengajar
Bertindaklah sebagai guru kepada anak. Sentiasa penuhkan masa lapang mereka dengan meneroka perkara baru atau berlatih buat sesuatu yang menggembirakan.
5. Bergurau-senda
Kadang-kala anda perlu mengikut rentak si kecil. Jangan terlalu serius sangat. Sesekali apa salahnya gembirakan hati si kecil. Mungkin anda boleh berlakon menjadi ‘raksasa’ dan mengejarnya atau pakai seluar anak di kepala dan berlakon watak yang lucu. Anak akan rasa gembira dan tak sempat hendak buat perangai.
6. Bantu mereka suarakan perasaan
Anak anda mungkin tak pandai lagi memberitahu perasaannya dalam cara yang rasional dan logik tentang sesuatu hal. Contohnya bila dia meragam tak nak pakai kasut mungkin dia rasa tak selesa jadi cuba anda bantu dia suarakan perasaannya, “Kasut adik dah ketat ya.”
7. Tetapkan had berserta penjelasan
Bantu anak anda untuk merasa selamat dengan menjelaskan beberapa had dalam kehidupannya seperti “tak boleh pegang air panas nanti tangan luka. cuba tengok budak ini” (sambil tunjuk video budak melecur kena air panas).
8. Buat perancangan
Kanak-kanak bergerak dalam rentak mereka sendiri. Kadangkala ia memerlukan kesabaran yang tinggi daripada anda. Daripada anda asyik memaksa mereka bergerak cepat, lebih baik anda sendiri yang merancang masa tambahan bila hendak keluar. Ini dapat mengelakkan anda merasa marah kerana anak lambat dan anak juga tidak cepat mengamuk bila anda asyik menggesanya.
9. Ubah persekitaran
Kadangkala kita yang dewasa perlu menyesuaikan diri dengan si kecil yang sukar faham kehendak orang dewasa. Daripada anda asyik menghalang dan marahkan anak menyentuh barangan berbahaya dalam rumah lebih baik anda gunakan kreativiti menyembunyikan atau menjauhkan barangan tersebut dari jangkauan mereka.
10. Galakkan berdikari
Anak anda mungkin berkebolehan berbanding apa yang anda jangkakan. Kanak-kanak belajar banyak daripada kesukaran dan cabaran. Berikan mereka peluang dan dalam masa yang sama pantau keselamatan si kecil. Mereka akan lebih berdikari dan bijak berfikir.
Masa akan mengubah tingkah laku anak anda. Semakin dia membesar, si kecil akan berhenti memanggil keretapi “choo-choo” dan kucing “meow”. Mereka akan berhenti meminta anda menyuapkan anak patung mereka makan!
Nanti anda yang akan rindukan kelakuan si kecil ini. Jadi, jangan cepat marah, bersabarlah melayan kerenah si budak 2 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak tak suka gosok gigi & memilih untuk makan ialah dua masalah yang sering dihadapi para ibu. Kadang-kadang jadi putus asa pun ada bila apa yang diusahakan tidak berjaya. Ibu ayah boleh cuba urutan ini, tiada peralatan diperlukan!
BUKAN MASALAH BARU
Anak tidak suka memberus gigi dan sukar makan semua makanan kerana memilih makanan tertentu sahaja memang bukan masalah baru. Dah lapuk hinggakan tiada penyelesaian, ibu ayah jadi buntu sebab yang diusahakan selalu tak berjaya. Selalunya di penghujungnya ibu ayah jadi emosi, anak yang jadi mangsa kena label dan terhukum perasaannya.
LANGKAH URUTAN BOLEH ATASI MASALAH INI
Puan Nor Fikrah, seorang Juruterapi Fizikal telah berkongsi menerusi posting Facebook beliau mengenai solusi masalah ini. Katanya urutan ini boleh dilakukan kepada anak dan bayi yang susah untuk makan (picky eater) susah untuk gosok gigi.
Urutan dimulakan dengan stimulasi oral motor sensori. Kata Nor Fikrah, aAda kanak-kanak yang mengalami masalah oral motor hypersensitivity di mana kita memberus gigi anak dengan berus gigi biasa tetapi bagi mereka merasa ia amat menyakitkan seperti menggunakan berus gigi berdawai besi. Mungkin, bila ia sensitif, walau pun berus yang digunakan halus dirasakan kasar dan menyakitkan. Ia mungkin terjadi kerana kurangnya rangsangan diterima si anak. Jadi kita kena rangsang otot dan sensori bayi atau kanak-kanak tersebut.
#2 Urutan oral facial muscle
#3 Urutan bahagian dalam pipi kanan
Untuk bahagian dalam, ibu bapa boleh membasuh tangan bersih dan gunakan jari telunjuk. Urut bahagian dalam pipi anak secara berputar sebanyak 10 kali.
#4 Urutan bahagian mulut atas
Manakala bahagian mulut atas juga sebanyak 10 kali.
#5 Bahagian dalam pipi sebelah kiri
Ulangi pada bahagian pipi sebelah lagi. Pastikan gerakan merangkumi bahagian atas, bawah, kiri dan kanan.
#6 Bahagian dalam mulut bawah
Teruskan pada bahagian mulut bawah pula sebanyak 10 kali.
#7 Bahagian lelangit anak & lidah
Urut pada bahagian lelangit anak. Kemudian beralih ke bahagian lidah. Gosok bahagian atas lidah pula sebanyak beberapa kali.
Menurutnya, urutan ini boleh dilakukan ketika pagi ketika anak masih belum makan atau minum.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah hypersensitivity, kadang kala mereka mungkin akan berhadapan dengan gagging responds atau memberikan reaksi akan termuntah. Kalau perut anak penuh atau baru makan, memang anak akan mudah termuntah. Nor Fikrah amat menyarankan ia dilakukan pada awal pagi atau ketika perut anak kosong.