Kebanyakan wanita dan ibu, tak kiralah yang bekerjaya atau surirumah tentu akan menghadapi masalah kesuntukan masa atau tak tahu nak masak apa. Sebab masalah macam nilah buat kita rasa kurang bersemangat dan ‘malas’ memasak kerana fikirkan leceh dan susah.

Tambah lagi bila ada anak kecil, semua nak kena cepat kan. Sebenarnya, kalau anda bijak menguruskan bahan dapur, ia boleh dilakukan dengan begitu cepat sekali. Ambil masa sehari pada hari minggu dah memadai untuk anda menyediakan beberapa jenis pes sebelum disejukbeku untuk kegunaan harian.

Tip yang dikongsikan oleh Puan Sitinorokiah Omar boleh dicuba oleh semua ibu-ibu yang nak jimat masa tanpa perlu duduk lama di dapur.

Ramai yang tanya bahan-bahan untuk buat pes ni, jadi dah ada masa ni,saya share terus. Senang, nak masak nanti, cuma masukkan air atau santan, dan kentang, tomato ke apa sebagai tambahan.

Ibu Ini Kongsi Caranya Sediakan Pes. Jimat Masa, Tak Perlu Lagi Nak Fikir Masak Apa

Pes tomyam
Bahan-bahan
Tomato 5 biji
Bawang besar 5 biji
Cili api 3 bijik 
Cili kering 5 bijik
Lada besar 5,6 biji
Serai 10 batang
Lengkuas 2 inci
Daun limau purut 5,6 helai
Belacan seinci pastu bakar
Udang kering dalam 10-15 ekor

Cara masak
1. Blend je semua sekali pastu tumis dalam minyak ( letak lebih sikit untuk pes tahan lama)
2. Tumis sampai naik minyak lagi lama lagi sedap
3. Masukkan dalam bekas kecil-kecil dan bekukan
4. Nak masak nanti masukkan je pes dan air, ayam atau daging, serai, daun limau purut, air perahan limau nipis, garam ,gula, bunga kobis, carrot. 
5. Perasakan dengan garam dan gula

Pes gulai
Bahan- bahan
Bunga lawang 5 kuntum
Buah pelaga 10-15 biji
Kayu manis 2,3 batang
Cengkih 7,8 biji
Halia 2 inci
Kunyit 2 inci
Lengkuas 2 inci
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Lada giling satu plastik 
Rempah gulai 10 sudu
Kerisik
Kisar semua sekali kecuali lada giling dan kerisik

IKLAN

Cara memasak
1. Panas minyak,tumiskan lada giling 
2. Masukkan bahan kisar tumis sampai pecah minyak 
3. Masukkan kerisik. Masukan bekas kecik dan bekukan
4. Nak masak nanti , masukkan pes, bagi mati air (bahasa ganu,tak tahu bahasa baku ape..haha)ayam or daging tu baru masukkan santan, kentang, gula melaka,garam ,gula, asam gelugur

Ibu Ini Kongsi Caranya Sediakan Pes. Jimat Masa, Tak Perlu Lagi Nak Fikir Masak Apa

Pes kari
Bahan-bahan
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Halia 3 inci
Bunga lawang 5 biji
Buah pelaga 10 biji
Kayu manis 2,3 batang
Rempah kari 10 sudu 
Kisar semua kecuali rempah 3 beradik tu

Cara masak
1. Tumis rempah 3 beradik
2 . Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak
3. Beku kan
4. Nak masak nanti masukkan pes, ayam, santan, kentang, lada besar, daun kari, air asam jawa, garam,gula

IKLAN

Pes kurma
Bahan-bahan
Buah pelaga 10 biji
Bunga lawang 5 kuntum
Kayu manis 2, 3 batang
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Halia 2 inci
Rempah kurma 10 sudu
Kisar semua sekali kecuali rempah 3 beradik

Cara masak 
1. Tumiskan rempah 3 beradik
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak
3. Bekukan
4. Nak masak nanti, masukkan pes, ayam , santan , kentang,tomato, garam,gula, asam keping.

Pes sup
Bunga lawang 5 biji
Cengkih 7 kuntum
Kayu manis 2,3 batang
Buah pelaga 10 biji
Lada hitam 
Bawang besar 5 bijik
Bawang putih setengah labu
Halia 3 inci
Rempah sup 10 sudu
Kisar semua sekali kecuali rempah 4 beradik

Cara masak
1. Tumus rempah 4 beradik
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak
3. Bekukan
4. Nak masak nanti, masukkan pes, air, ayam atau daging, asam keping, garam, gula, kentang

IKLAN

Ibu Ini Kongsi Caranya Sediakan Pes. Jimat Masa, Tak Perlu Lagi Nak Fikir Masak Apa

Pes masak merah
Bahan-bahan 
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Halia 2 inci
Lada giling sebungkus
Kisar semua sekali kecuali lada giling

Cara masak 
1. Tumiskan lada giling 
2. Masukkan bahan kisar, tumis sampai pecah minyak
3. Bekukan
4. Nak masak nanti, masukkan pes, garam,gula,asam keping, sos tiram, sos tomato, hirisan bawang, ayam or daging, serai, daun ketumbar.

*Pes tu terpulang nak masuk berapa bekas sekali masak bergantung pada kuantiti yg nk dimasak. Saya biasa masukkan 2 atau 3. Kalau semangkuk kecik je nak makan,masukkan satu bekas pes pun dah cukup.

Dah ada pes macam ni, jimat sangat masa kt dapur. Tambah lagi kalau ayam ,daging dan bersihkan siap-siap, simpan dalam peti untuk sekali masak, sayur dah siap basuh dan potong. Setengah jam boleh siap masak kalau tak ada si kecil kacau.

Sumber: Sitinorokiah Omar

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI