Patutlah asyik letih, rupanya isteri tak akan dapat cukup tidur selama 6 tahun lepas ada anak.

Tak dinafikan lagi, mana-mana pasangan yang baru dapat anak selalunya mesti akan dapat ‘mata panda’ dek kerana berjaga malam.

Isteri Tak Akan Dapat Cukup Tidur Selama 6 Tahun Lepas Ada Anak, Patutlah Asyik Letih

Ini kerana bayi yang baru lahir biasanya masih dalam proses mengadaptasi siang dan malam serta mempunyai banyak keperluan seperti menyusu dan ‘membuang’ dengan kerap.

Bila habis pantang, kita ingat keadaan akan kembali normal. Tapi, siapa sangka sebenarnya kajian menunjukkan bahawa ibu-ibu akan mengalami kekurangan tidur yang berpanjangan sehingga anak kecil tersebut berusia 6 tahun!

Mengejutkan tak? (Atau mungkin ramai Mak-mak cakap dalam hati “Patutlah…”)

KEKURANGAN TIDUR PALING SIGNIFIKAN DI KALANGAN IBU

IKLAN

Ribuan pasangan yang baru mendapat cahaya mata telah dinilai kualiti tidur mereka. Walaupun kaum bapa juga mengalami masalah ini, namun efeknya adalah paling ketara di kalangan kaum ibu.

Hasil pemerhatian oleh Dr Sakari Lemola di University of Warwick mendapati kualiti tidur malam yang diperolehi oleh ibu-ibu tak akan sama lagi jika dibandingkan dengan zaman bujang mereka. Malah, masalah kekurangan tidur yang dialami oleh ibu boleh berlarutan sehingga 6 tahun lamanya.

BAYI MENANGIS BUKAN SATU-SATUNYA PUNCA

Apabila bayi bertambah usianya, mereka akan kurang menangis dan dapat tidur dengan lebih lena sepanjang malam. Tapi, tanggungjawab ibu tidak terhenti setakat itu. Mereka biasanya terlibat dengan emotional labour yang jarang dilihat mengganggu kualiti tidur.

“Selain punca yang biasa seperti menyusu, anak sakit, bermimpi ngeri, atau terjaga tanpa sebab, ibu boleh mengalami kekurangan tidur disebabkan bertambahnya rasa tanggungjawab, stres dan bimbang – seiring dengan bertambahnya usia anak,” kata Dr Sakari menerusi The Guardian.

IKLAN

Bukan itu saja, berbanding lelaki, masalah kekurangan tidur ini juga sebenarnya bermula lebih awal pada wanita iaitu ketika proses kehamilan.

KUALITI TIDUR KEMBALI PULIH BILA ANAK MENCECAH USIA 6 TAHUN

Kajian menunjukkan dalam 3 bulan pertama, ibu-ibu mengalami kekurangan tidur sebanyak 1 jam berbanding 15 minit yang dialami oleh kaum bapa.

Dalam 1.5 tahun pertama ini, kekurangan tidur adalah lebih signifikan bagi ibu yang menyusu badan berbanding mereka memberi anak susu botol.

IKLAN

First-time parents juga didapati mengalami kekurangan tidur yang lebih signifikan berbanding mereka yang lebih berpengalaman.

BILANGAN ANAK TAK MEMPENGARUHI HASIL KAJIAN

Wah, patutlah ibu asyik rasa letih je walaupun baby dah makin besar. Ingatkan kita sorang je yang rasa macam ni. Rupanya kajian kata bila dah lepas umur 6 tahun dulu baru rasa lega. Hehe.

Apapun, diharapkan suami juga lebih prihatin dan menyumbangkan usaha untuk membantu isteri menguruskan kerja-kerja di rumah. Biasalah, isteri ni kalau letih pun biasanya dia tak cakap. Tapi kalau dah sampai satu tahap, ia boleh membahayakan hingga menimbulkan depresi.

Namun berita baiknya, penelitian mendapati bahawa bilangan anak tidak memberi banyak perbezaan kepada kualiti tidur mereka – sama ada ibu mempunyai 1 orang atau 3 orang anak bawah 6 tahun, kebanyakan ibu tetap mempunyai kuantiti tidur yang hampir sama.

“Hmmm…. Macam tu pulak ye. Jadi, mungkin boleh rancang anak setiap 2 tahun kot?”

Sumber: Nazurah Hassan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI