Perkembangan setiap anak berbeza-beza. Di usia setahun pertama anak, adalah fasa penting untuk anak belajar menggunakan pelbagai derianya. Masa ini, ibu bapa perlu sentiasa perhatikan perkembangan anak mesti mengikut usia.
Kebanyakan anak-anak dia akan cepat belajar menerusi aktiviti yang dilakukan. Bukan hanya buka televisyen atau handphone, anak duduk diam bermakna dia bagus tetapi sebenarnya kita dah menyekat perkembangannya uintuk meneroka lebih jauh.
Walaupun anak belum boleh bercakap atau berjalan, sekiranya ibu bapa rajin dan kreatif, apa saja barang yang ada di rumah boleh buat anak bantu anak belajar dan menguatkan sensorinya.
Berikut perkongsian daripada Puan Zulaiha Zakaria mengenai aktiviti yang dilakukan pada anaknya ketika bawah setahun dan kesannya sangat bagus untuk perkembangan anak.
Saya nak share idea pada ibui-ibu untuk anak bawah setahun. Kebanyakannya adalah aktiviti sensori yang saya buat.
Ads
Bawah setahun pun kena buat aktiviti tau. Untuk asah skill motor kasar dan motor halus anak. Saya mula buat dari anak saya usianya dua minggu.
Memijak rumput untuk sensori
Memijak permukaan kasar
Ads
Guna flashcards
Aktiviti lihat cerminAktiviti kuatkan jari-jari anak – tapingIce treasureTreasure basket
Anak ‘mabuk’ bila naik kenderaan, boleh cuba petua ini, guna bahan dapur saja. Ada anak yang jenis ‘mabuk’ bila naik kenderaan. Entah macam mana boleh ada simptom tersebut. Asal naik kereta atau kenderaan lain, si kecil akan pening kepala dan muntah-muntah.
Bayangkan kalau yang terpaksa melalui perjalanan jauh balik ke kampung. Sudah tentu ia boleh mengganggu ‘mood’ nak berjalan dan lebih kasihan pada si kecil yang menanggung ketidakselesaan tersebut.
Mabuk perjalanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ia boleh terjadi sama ada melalui perjalanan dalam kenderaan di darat atau laut mahupun udara.
Antara tanda-tanda anak anda jenis ‘mabuk’ kenderaan adalah kerap meragam, gelisah, mengadu kepala pening, berpeluh walaupun suhu sejuk, berasa loya dan akhirnya muntah hingga boleh mengalami dehidrasi jika terlalu banyak mengeluarkan cairan.
Bagaimanapun ibu ayah jangan risau kerana simptom mabuk kenderaan bukanlah sesuatu yang serius kerana kebiasaannya ia boleh hilang dengan sendirinya.
Tetapi sebagai ibu ayah sudah tentu kita kena sentiasa mengambil tahu dan bersedia membuat persiapan jika anak mempunyai masalah mabuk kenderaan.
Namun adalah wajib untuk kita sebagai ibu bapa mengambil tahu tanda mabuk supaya lebih bersedia, sekali gus tidak menjadikan perjalanan yang dirancang bertukar kepada perkara lain.
Pengalaman anak mabuk kenderaan turut dilalui oleh seorang ayah, Pengiran M. Nizam Rahman yang berkongsi petua tradisional bagaimana mengatasi masalah mabuk kenderaan yang dialami oleh anak kecilnya.
Perjalanan dari Kuching ke Mukah kali ini betul-betul mencabar.
Gerak dari Kuching lebih kurang jam 7.30 pagi. Sampai di Mukah jam 7.00 malam. Penat memandu.
Mungkin anda pernah mengalami situasi bila berjalan jauh, anak-anak mabuk kenderaan. Boleh cuba cara ini. Ambil beberapa biji lada hitam. Lekatkan pada pita pelekat dan tampal pada pusat anak.
Petua guna lada hitam atasi mabuk kenderaan
Bahan-bahan:
Beberapa biji lada hitam
Pita pelekat
Caranya:
Lekatkan lada hitam pada selotep, kemudian tampal pada pusat anak. Pastikan lada hitam berada pada tepat lubang pusat anak. Selamat mencuba!
Melihat bayi senyum adalah perkara yang membahagiakan. Tetapi bagaimana pula jika bayi tersenyum saat tidur atau mungkin ketawa, adakah ia sesuatu yang perlu dibimbangkan?
Bolehkah bayi tersenyum saat tidur?
Apabila ada bayi senyum atau ketawa ketika terjaga adalah keadaan yang normal, bahkan ia boleh mencairkan hati sesiapa yang melihatnya. Pun begitu, ada kalanya anda mungkin akan melihat bayi tersenyum saat tidur.
Jika anda baru melahirkan bayi dan kerap memerhatikan mereka saat sedang tidur, pastinya anda akan perasan bahawa sesekali si manja kelihatan seperti tersenyum atau tersengih.
Pastinya ia momen yang sangat membahagiakan hati mommies. Tetapi mengapa anak yang tidur boleh tersenyum? Jom bongkar mengenainya.
Memahami punca bayi tersenyum saat tidur
Kebanyakan daripada kita, bahkan penulis sendiri berpendapat bahawa bayi yang tersenyum saat sedang terlena adalah kerana mengalami mimpi yang indah. Malangnya tidak banyak bukti saintifik untuk mengesahkannya.
Pun begitu, bayi tersenyum saat tidur mungkin kerana 4 sebab berikut:
1. Perkembangan emosi
Semasa terjaga, bayi terdedah kepada pelbagai bunyi dan pemandangan baharu. Dalam tempoh itu, otak mereka yang sedang berkembang cenderung untuk mencatatkan semua pengalaman dan maklumat harian tersebut yang mungkin akan diproses ketika sedang tidur.
Emosi gembira yang dirasakan semasa mengendalikan pengetahuan dan pemahaman baharu itu akan dipamerkan melalui senyuman dan tawa saat bayi sedang tidur.
Oleh yang demikian, bayi tersenyum, ketawa atau tersengih saat mata terpejam lena mungkin disebabkan sebahagian daripada proses perkembangan emosi si manja.
2.Melepaskan gas
Dipercayai bayi akan mula mempamerkan senyuman sosial apabila berusia 3 hingga 4 bulan. Namun jika si manja tersenyum pada beberapa minggu pertama kelahirannya, ia mungkin menunjukkan bahawa bayi anda mengeluarkan gas.
Pun begitu, tanggapan tersebut tidak mendapat sokongan daripada sebarang penyelidikan saintifik yang konkrit.
Walau apa pun, adalah fakta bagi bayi yang mengalami kolik untuk cenderung berasa terganggu, dan kentut dipercayai membantu mereka berasa lebih selesa.
Kelegaan melepaskan angin mungkin antara sebab mengapa bayi yang sedang tidur kelihatan tersenyum.
youtube.com/watch?v=WKpSzk5kpII
3.Kitaran tidur REM
Semasa peringkat tidur REM, bayi mungkin akan mengalami perubahan fisiologi tertentu yang mencetuskan beberapa refleks dan salah satunya mungkin tersenyum.
Fasa tidur REM juga akan mengakibatkan pergerakan mata yang cepat dan mimpi yang jelas. Sekiranya anda menyedari si manja yang sedang terlena tertawa atau memberikan senyuman, dia mungkin berada dalam kitaran tidur REM – mungkin mengingatkannya tentang beberapa episod lucu yang berlaku pada awal hari.
4.Masalah berkaitan perubatan
Dalam kes yang jarang berlaku, kekejangan dan ketegangan mungkin terhasil sebagai ketawa yang tidak berhenti. Jika anda menyedari sebarang simptom lain kepada bayi seperti penurunan berat badan, masalah ketika tidur, kerap merengek atau ketawa mahupun tersengih tanpa sebab yang jelas, dapatkan pemeriksaan doktor segera.
Masalah bayi ketawa dalam tidur yang berpanjangan boleh mengganggu waktu rehatnya sehingga menjejaskan tahap kesihatannya.
Perbezaan bayi tersenyum saat tidur
Jadi kini anda sudah memahami mengapa bayi tersenyum saat tidur atau ketawa. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perbezaan jenis senyuman yang boleh dihasilkan si manja?
Jika bayi yang terlena dan tersenyum, ia mungkin terdiri daripada 3 jenis senyuman ini:
i. Senyuman sosial
Bayi cenderung mengalami banyak perubahan emosi dalam beberapa tahun pertama kehidupan mereka.
Seiring peningkatan usia, mereka akan menjadi lebih responsif, waspada dan berinteraksi dengan individu lain. Jika si manja anda mempamerkan senyuman sosial, itu menunjukkan 1 perkembangan penting dan ekspresi kemesraan terhadap anda.
Ia juga bermakna kemahiran komunikasi bayi semakin meningkat. Pada waktu ini, anda mungkin mahu berinteraksi lebih banyak dengan si comel melalui pelukan atau dengan berbual dengannya.
ii. Senyuman refleksif
Bayi yang sedang tidur juga mungkin akan menunjukkan senyuman sekilas terutamanya dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran mereka. Pakar berpendapat episod senyuman itu adalah tindakan refleks yang serupa dengan refleks lain yang ditunjukkan si manja seperti menghisap.
Bahkan senyuman refleksif ini mungkin telah bermula semasa bayi masih di dalam kandungan ibu. Selepas dilahirkan, bayi akan menghasilkan senyuman refleks ini semasa fasa tidur REM.
iii. Senyuman responsif
Jenis senyuman ini biasanya dapat dilihat pada usia bayi mencecah sekitar 6 hingga 8 minggu selepas dilahirkan. Senyum responsif semasa tidur mungkin tindak balas bayi terhadap pengalaman deria atau perkara yang dia nikmati seperti suara yang menenangkan, pelukan dan lain-lain.
Senyum responsif bukanlah reaksi sosial tetapi hanya tindakan berulang-ulang mengikut pada apa yang dirasakan oleh bayi.
1 keadaan normal
Bayi yang ketawa atau tersenyum semasa tidur adalah bahagian normal fasa tidur. Bahkan individu dewasa juga boleh tersenyum, tersengih atau ketawa ketika tidur dan ini adalah wajar.
Apa yang mustahak adalah si manja anda masih membesar dan mengikut proses tumbesaran dengan baik mengikut usianya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jika anda rasa kulit bayi memerlukan penjagaan rapi, ada lagi yang perlu anda titikberatkan pada tubuh anak anda. Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi perempuan, salah satu penjagaan penting yang perlu anda ambil tahu adalah mengenai bahagian kemaluan mereka.
Alat kelamin bayi perempuan adalah sangat sensitif, jadi anda perlu berhati-hati semasa membersihkan bahagian ini. Ramai ibu bapa membersihkan bahagian lampin bayi perempuan dengan hanya menggunakan air dan pad kapas pada beberapa minggu terawal kelahiran bayi.
Anda boleh juga meletakkan sedikit cecair pembersih bayi yang lembut dalam air untuk membersihkan alat sulit si manja. Selain itu, anda juga boleh menggunakan tisu basah bayi yang bebas alkohol dan bebas pewangi untuk mencuci kemaluan bayi perempuan anda. Penggunaan cecair pembersih yang lembut yang dibuat khas untuk bayi dapat membantu melindungi penghadang kulit semula jadi si manja anda.
Sebelum menggunakan pembersih cecair ataupun tisu basah pada si manja, periksa dahulu sama ada produk tersebut cukup sensitif dengan cara meletakkannya sedikit pada kulit bayi. Jika anda menggunakan pembersih cecair, anda perlu memasukkan sedikit cecair tersebut di dalam air dahulu. Jangan terus menyapukannya pada tubuh bayi.
Cara membersihkan kemaluan bayi perempuan
Semasa menukar lampin, bersihkan dahulu bahagian lampin daripada najis. Semasa menukar lampin bayi perempuan, sentiasa lap alat kemaluan bayi anda dari hadapan ke belakang, jauh dari vagina dan uretra (tempat dia mengeluarkan air kencing). Dengan cara mengelap dari depan ke belakang juga dapat membantu untuk mengelakkan bakteria berpindah dari bahagian punggung ke vagina atau uretranya, dan menyebabkan jangkitan.
Jika bahagian lampin si manja sangat kotor dengan najisnya melekat pada bibir faraj (labia), lakukan cara ini: