Akibat kecuaian kakitangan sebuah pusat penjagaan bayi dan ibu berpantang di Jalan Sutera, Taman Sentosa, Johor Bahru, seorang bayi berusia 26 hari melecur pada tahap kedua di bahagian belakang badan.
Kejadian itu dialami seorang ibu, Tan Xin Ping, 25, ketika mengambil pakej berpantang di pusat jagaan itu selepas melahirkan bayi sulungnya pada 26 Oktober tahun lalu.
Ambil pakej berpantang 30 hari
Menurut Xin Ping, ketika kejadian dia berada di sebuah bilik di pusat jagaan itu sebelum dia dimaklumkan seorang pengasuh bayi lelakinya melecur pada bahagian belakang.
“Saya mengambil pakej berpantang selama 30 hari di pusat jagaan itu dengan harga RM7,733. Pada hari ke-26, saya berada di bilik tiba-tiba seorang pengasuh datang beri tahu anak saya melecur pada bahagian belakang.
“Bila saya tanya dia cakap tidak tahu, saya terus hubungi suami dan kami terus bawa ke hospital swasta untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di Pejabat MCA, Pasir Gudang.
Ads
Beritahu selepas 2 jam, anak menangis tiada suara
Xin Ping berkata, selepas dirawat pihak hospital memaklumkan bayinya melecur akibat terkena air panas dan pihak hospital turut mencadangkan supaya membuat satu laporan polis.
Katanya, dia membuat satu laporan polis berhubung kecuaian pusat jagaan itu di Balai Polis Larkin pada pukul 8.57 malam hari sama kejadian (21 November 2020).
“Selepas di desak, barulah salah seorang kakitangan mengaku yang anak saya terkena air panas ketika mereka memandikannya.
“Saya terkejut dan kecewa selepas dua jam anak saya kena baru mereka beritahu, masa itu bayi saya tak ada suara dah menangis,” katanya.
Ads
Sumber: via IG jom_dakwah
Berjanji bayar pampasan RM45,000
Susulan kejadian itu, pihak pengurusan pusat jagaan itu mengakui kesilapan mereka dan berjanji untuk membayar pampasan RM45,000 selama setahun secara ansuran.
Xin Ping berkata, mereka juga berjanji akan membayar balik caj pakej berpantang serta bil hospital sebanyak RM4,000.
“Mereka ajak berbincang dengan saya dan suami (Oon Yew Hao, 32) untuk ‘settle tepi’ (selesaikan cara baik) supaya tidak memanjangkan kes.
Ads
“Kami bersetuju dengan cadangan mereka untuk membayar pampasan sebanyak RM3,000 sebulan selama setahun. Tetapi kami terima bayaran hanya sebulan dan ‘refund’ dan bil hospital sebanyak RM14,733,” katanya.
Seolah-olah nak lepas tangan
Namun pasangan suami isteri itu kesal apabila pusat jagaan itu memberi seribu alasan untuk mengelak daripada melunaskan janji yang sudah dibuat termasuk perjanjian bertulis.
Xin Ping berkata, dia dan suaminya berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat jagaan itu selepas dilihat soalah-olah lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak kenalkan dengan Co-Founder jenama yang terkenal Fashion Valet & Duck, Vivy Yusof. Semalam beliau telah mengadakan majlis sambutan hari lahir anak keduanya mariam, 4 tahun. Namun apa yang menarik perhatian ialah dekorasi keseluruhan majlis dan pakaian yang dipakai oleh Mariam.
Vivy Yusof yang mendirikan rumahtangga bersama Fadza Anuar dikurniakan 3 cahaya mata iaitu, Daniel Azim shah (6 tahun), Mariam Iman Shah (4 tahun) dan Sarah Ilham Shah (4 bulan).
Vivy telah memuatnaik gambar disekitar majlis sambutan hari lahir Mariam. Dekorasi dan costume yang dipakai Mariam menarik minat netizen.
Dekorasi majlis dan pakaian Mariam dianggap sangat “Rare” bagi netizen dan tak perlu nak princess-princess bagai.
Bagi setiap ibu bapa, bilik bersalin adalah ruang peribadi di mana hanya keselesaan dan keselamatan bayi dan ibu diutamakan. Namun, baru-baru ini, timbul satu isu yang mencetuskan kemarahan ramai apabila seorang petugas kesihatan melakukan siaran langsung semasa menjahit luka pembedahan caesarean (czer).
Tular sebuah video di platform TikTok yang memaparkan dua jururawat lelaki dari sebuah hospital di Jawa Timur, Indonesia. Mereka dilihat tanpa segan silu membaca komen penonton sambil melakukan proses menjahit luka pembedahan caesarean seorang ibu yang baru melahirkan anak.
Dalam rakaman tersebut, salah seorang jururawat sempat mengumumkan jantina bayi, “Bayinya sudah keluar. Tinggal jahit saja. Anak lelaki,” walaupun proses tersebut jelas memerlukan tumpuan penuh demi keselamatan pesakit yang sedang berada dalam keadaan rapuh.
Tindakan tersebut bukan sahaja membahayakan proses perawatan kerana ruang bedah perlu dikekalkan steril, tetapi juga memperlihatkan sikap kurang bertanggungjawab dengan mengejar tontonan sosial media berbanding kepentingan pesakit.
Susulan kejadian itu, pengarah hospital tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan kedua-dua jururawat tersebut merupakan satu kesalahan etika berat dan melanggar hak privasi pesakit. Mereka dianggap seolah-olah memperdagangkan momen peribadi pesakit demi mendapatkan ‘views’ di media sosial. Akhirnya, kedua-dua jururawat terlibat telah dipecat serta-merta.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Genap 31 Mac ini setahun usia puteri kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya. Membesar tanpa sempat merasai setitik susu ibu dan kasih ibu di awal kelahiran hingga kini bukan sesuatu yang mudah.
Tiada siapa sangka pemergian ibu di usia muda mengubah hidup anak ini dan tanggungjawab menjaga serta membesarkan kembar perempuan bergantung pada seorang ayah.
Menerusi perkongsian di Facebook Syazwan Najmi, walaupun diuji dengan kehilangan orang yang dia sayang, kehadiran kembar Safiya dan Sofiya yang kini semakin cerdik serta membesar dengan sihat satu anugerah yang sangat berharga.
Sekejap je masa berlalu anak-anak abiy. Dari awal sampai sekarang hanya mampu berdoa agar dikuatkan semangat dan ditabahkan hati. Terima kasih semua yang selalu mendoakan kami tiga beranak ini.
Walaupun bukan mudah untuk lalui hidup tanpa kekuatan seorang wanita bergelar isteri dan ibu, melihat senyuman dan keletah si kembar membesar sekarang ni pun satu nikmat yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Hanya yang merasai saja akan memahami tapi itulah bila sesuatu takdir yang berlaku, Allah tahu kita mampu buat walaupun berat dugaannya.
Kongsi Syazwan Najmi lagi, walaupun sayalah ayah saya ibu pada anak-anak, seolah-olah dapat satu kekuatan luar biasa apabila Safiya dan Sofiya sangat mudah dijaga dan begitu manja.
Betullah orang kata bila ayah rapat dengan anak perempuan manjanya lain macam. Semua ini satu anugerah untuk saya biarpun di usia muda.
Sebelum ini media memaparkan kisah pilu yang menimpa isteri Syazwan Najmi, Allahyarham Siti Nur Nasuha Shafie, 23, yang meninggal dunia pada 14 April lalu selepas dua minggu bertarung nyawa akibat komplikasi dalaman selepas bersalin.
Arwah yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.