Keguguran ialah kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan. Jika kehilangan ini berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal.
Jika kehilangan berlaku selepas tempoh ini, ia dipanggil keguguran lewat.
Keguguran biasanya berlaku kerana embrio (janin) tidak berkembang seperti sepatutnya. Masalah-masalah kromosom juga dikatakan penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab.
Untuk berkembang dengan betul, bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Kecacatan ini mungkin berlaku kerana terdapat jumlah kromosom yang tidak tepat terdapat perubahan dalam struktur kromosom.
Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada peringkat embrio.
Keguguran lewat pula lebih berkemungkinan berlaku akibat masalah kesihatan wanita tersebut berbanding masalah pada bayi, tetapi tidak semua kes seperti ini.
Soalannya perlu tak berurut & berpantang
Jawapannya ialah PERLU BERURUT & BERPANTANG‼️‼️‼️
Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh Berpantang & Berurut, Bertungku sama seperti ibu selepas bersalin. Cuma tempoh berpantang agak berbeza dengan berpantang selepas bersalin sebenar.
Ads
Berapa Lama Tempoh Berpantang ?
Kalau mengikut nasihat orang tua-tua dahulu, berpantang keguguran sama tempohnya dengan bersalin sebenar & lebih rapi. Tetapi oleh kerana keadaan semasa & life style sekarang, tidak mengizikan ibu yang keguguran berpantang dalam tempoh yg lama untuk berehat & menjaga pemakanan. Selalunya untuk Wanita yang bekerja, doktor hanya memberikan 7-10 hari cuti sakit akibat daripada keguguran. Oleh kerana waktu berehat yang pendek meyebabkan ibu yang keguguran tidak dapat berpantang sama seperti Ibu bersalin sebenar.
Ibu yang bersalin secara normal mahu pun pembedahan akan menjalani tempoh berpantang selama 40-44 hari, ada juga yg berpantang 60-100 hari. Terpulang kepada individu. Tetapi untuk orang berpantang kerana keguguran, disyorkan menjalani proses berpantang , berurut & bertungku serta menjaga pemakanan selama 14 hari paling minimum. Ini kerana untuk menjalani proses berpantang sepenuhnya seperti yang di ajar oleh orang tua-tua dulu adalah tidak praktikal lagi kerana masalah kerja & cuti yang pendek.
Ads
Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.
Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.
Berurut & bertungku sangat membantu untuk proses pemulihan selepas keguguran. Janganlah berurut mengikut ala kadar asalkan buat..!! Berurut & Bertungkulah sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh berpantang, urut seawal hari yang ke 3 atau ke 4 selepas proses DNC atau pun Janin keluar sendiri melalui proses natural. Kebaikan BERURUT & BERTUNGKU ialah mengeluarkan saki baki darah beku yang tertinggal dalam rahim atau di saluran peranakan, mengeluarkan angin, melembutkan urat-urat yang tegang & menyegarkan badan.
Ads
Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan mesti diambil berat.
Jenis-Jenis Makanan Yang Patut Dielakkan
Elakkan makan makanan berangin seperti ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.Begitu juga dengan makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai. Ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.
Antara kesan-kesan akibat tidak berpantang selepas gugur:-
?️ Tekanan emosi @ meroyan
?️ Masalah kesuburan mungkin sukar untuk mengandung lagi
?️ Lemah rahim berjaya mengandung kembali, tetapi mengalami keguguran berulang-ulang
?️ Ketidakseimbangan hormon
?️ Bengkak dan bisa otot peranakan
?️ Bisa-bisa tumit, betis, pinggang dan lutut
?️ Kebas-kebas sendi
?️ Mudah berasa seram sejuk
?️ Demam yang tidak kebah
?️ Kedinginan seks
?️ Kalah dalam perjuangan jimak
Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam rahimnya. Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.
Masa kini, banyak kelahiran dilalui secara pembedahan caesarean disebabkan komplikasi-komplikasi tertentu. Walau apa pun cara kelahiran bayi, semuanya ada risiko tersendiri. Samalah halnya dengan kelahiran caesarean.
Jika terlalu kerap melahirkan anak secara caesarean, maka makin tinggi risikonya. Disebabkan itulah sering kedengaran orang berkata had untuk kelahiran caesarean cuma empat sahaja. Persoalan tentang berapa kali ibu hamil boleh melahirkan anak secara pembedahan tiada jawapan yang jelas.
Menurut kenyataan Dr. Marra Francis, satu atau dua kali kelahiran caesarean tidak mempunyai sebarang risiko nyata kepada ibu atau bayi. Namun, apabila ia melibatkan kelahiran caesarean untuk kali ketiga dan berikutnya, akan ada risiko komplikasi yang nyata.”
Mari kita fahami risiko-risiko yang mungkin boleh timbul daripada kelahiran secara pembedahan caesarean yang kerap.
Parut di tisu organ dan rahim
Setiap kali melahirkan anak secara pembedahan caesarean yang mana ia melibatkan bahagian perut, maka anda akan mendapat parut di bahagian berkenaan. Apabila kerap bersalin secara caesarean, maka makin banyak parut di bahagian itu yang akhirnya akan menyebabkan pembedahan caesarean di masa akan datang menjadi lebih payah dikendalikan.
Masalah berkaitan uri
Kekerapan pembedahan caesarean boleh mengakibatkan gangguan kepada uri. Oleh sebab itulah, doktor sering risau tentang masalah uri seperti uri melekat dan uri lekang.
Kecederaan pundi kencing atau usus
Komplikasi sebegini jarang kedengaran, namun risikonya tetap ada kepada mana-mana ibu hamil yang kerap melahirkan anak secara caesarean.
Pendarahan banyak
Pendarahan yang banyak boleh berlaku apabila anda menjalani pembedahan caesarean, sama seperti risiko-risiko lain dan akan meningkat bila semakin kerap anda bersalin secara pembedahan. Kekerapan bersalin secara pembedahan menyebabkan anda berisiko mengalami pendarahan banyak dan meningkatkan risiko histerektomi (satu prosedur pembedahan untuk membuang rahim sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya).
Apa-apa pun, sebagai manusia anda tidak dapat menjangka proses kelahiran bayi. Mungkin anda seboleh mungkin mahu melahirkan bayi secara normal, namun jika keadaan memaksa, anda perlu reda. Apa yang penting, anda tahu dah fahami risiko-risiko yang bakal berlaku.
Sehubungan itu, anda perlu mematuhi nasihat doktor untuk menjarakkan kehamilan seterusnya. Dibimbangi jika anda terpaksa melahirkan anak berikutnya melalui pembedahan caesarean juga. Di sinilah akan berlaku konflik kerana ada peningkatan risiko kepada anda dan bayi di dalam kandungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selebriti ternama, Julia Ziegler telah selamat melahirkan cahaya mata mata sulung perempuan yang dinanti-nantikan pada isnin lepas, 14.1.19 pada pukul 11 pm. Beliau telah berkahwin dengan suaminya, yang bernama Johan pada 1 Januari 2019.
Beliau berkongsi kegembiraan tersebut di instagram miliknya dan dihujani dengan ucapan tahniah, selamat berpantang daripada peminat-peminatnya. Rakan artis turut tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah keatas kelahiran baby girl yang comel.
ALHAMDULILLAH
Our baby girl (3.4kg) was safely delivered at 11pm on 14.1.19. You r a blessing , a gift from heaven. Syukur alhamdulillah
Alhamdulillah congrats babe.
Syukur alhamdulillah, tahniah
Congrats Jia
Namun, posting Julia yang terbaru menarik perhatian netizen. Walaupun sedang berpantang, Julia dapat seimbangkan antara pemakanan, kesihatan mental dan fizikal dengan berfikir secara positif
Setiap pasangan yang menanti kehadiran cahaya mata pasti mengharapkan anak yang lahir sihat dan sempurna. Namun andai kata Allah uji, siapa kita nak menidakkan takdir. Mungkin anak syurga yang dilahirkan ini akan membawa rezeki yang tak dijangka sama sekali dalam hidup keluarga.
Cuma sebagai ibu bapa, reda adalah kunci kekuatan untuk memastikan emosi tidak down. Mungkin di awal kelahiran tak boleh nak terima kerana risau dengan kata-kata orang tapi dengan doa yang tak putus pasti akan ada hikmahnya. Percayalah!
Seperti perkongsian ibu ini di TikTok atas akaun @azlindaziz87, jelas menunjukkan dia tidak sesekali menyisihkan anak istimewanya yang lahir dengan cleft lip palate atau lebih spesifiknya lip belateral.
Malah semangat yang ditunjukkan untuk membesarkan anak istimewanya itu memberi motivasi buat ibu bapa lain yang mempunyai nasib yang sama.
Adam kekuatan ibu
Dalam perkongsian video tersebut, Azlinda menjelaskan pelbagai kata-kata kurang enak dilontarkan kepadanya dan suami sebelum ini selepas kelahiran anak lelaki yang dikenali sebagai Adam.
Dek kerana kesabarannya itu, Allah melorongkan jalan yang lebih mudah buatnya dan Adam telah berjaya melalui pembedahan untuk memperbetulkan semula kawasan bibirnya.
Menerusi kapsyen yang diserta dengan video berkenaan dia juga turut meluahkan rasa syukur di atas kurniaan yang sangat indah dan mengajarnya erti kesabaran yang cukup besar.
“Allahuakbar, sungguh indah pemberiannya, hadir kamu mengajar ibu erti sabar..”
Selesai pembedahan peringkat ke-2
Azlinda telah memuat naik gambar keadaan anaknya sebelum pembedahan dan selepas menjalani pembedahan menjahit belahan bibir supaya kelihatan lebih normal dan untuk kebaikannya pada masa depan.
Alhamdulillah, keadaan terkini Adam sudah nampak handsome dan mendapat pujian ramai. Perkongsian yang ditonton lebih daripada 600 ribu viewers di TikTok itu tular dan rata-rata meninggalkan komen positif setelah melihat posting tersebut.
Membesar jadi anak yang kuat sayang…
Dah comel dan handsome Adam
Dalam perkongsian ini juga, ibu Adam turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi kata-kata semangat padanya sekeluarga dan mengharapkan doa yang dititipkan itu memberi kekuatan buat Adam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.