Melihat kepada penampilannya, siapa sangka dia seorang wanita dan ibu kepada 9 cahaya mata.

Menurutnya, dia lebih selesa dengan penampilan terkini kerana perlu menyara 9 orang anak selepas berpisah dengan suami.

“Ibu Kena Kuat Besarkan 9 Anak” Penampilan Ibu Tunggal Yang ‘Handsome’ Raih Perhatian Ramai

“Saya berasal dari Singapura, bekas suami pula merupakan orang Malaysia. Saya berkahwin ketika berumur 17 tahun. Hasil perkahwinan, saya dikurniakan sembilan cahaya mata.

“Sepanjang 14 tahun perkahwinan, saya duduk di Malaysia sehinggalah kami berpisah pada Disember 2021. Selepas bercerai, saya balik ke Singapura. Dulu saya hanya suri rumah. Saya tak boleh kerja di Malaysia sebab tak ada visa kerja.

“Selepas balik Singapura, saya mula bekerja sebagai rider GrabFood. Pada masa sama, saya turut bergelar perunding kecantikan MaryKay,” kata Bella.

IKLAN

Menurutnya, selepas bergelar ibu tunggal dia terpaksa kuat untuk membesarkan 9 cahaya matanya itu.

“Ibu Kena Kuat Besarkan 9 Anak” Penampilan Ibu Tunggal Yang ‘Handsome’ Raih Perhatian Ramai

“Perkahwinan saya bertahan selama 14 tahun saja. Saya tak boleh cerita lanjut, namun secara asasnya, anak-anak kata mereka dah tak boleh bertahan. Pada saya, hidup ini memang sentiasa ada cabaran. Jadi kita kena belajar untuk terima cabaran.

“Nak membesarkan sembilan orang anak, memang ada rasa sukar. Cuma pada saya, kita sebagai ibu kena kuat. Mereka pun dah ada trauma, takkan kita nak tambah trauma lagi kan. Apa yang dah berlaku mengajar saya untuk kuat hari ini.

IKLAN

Tambahnya lagi, dulu dia bergelar suri rumah tetapi sekarang perlu menyara anak-anak dan perlu membuat pelbagai kerja.

“Dulu duduk dengan anak 24 jam. Sekarang kena bekerja. Setiap apa yang berlaku ada baik buruknya. Sebagai perempuan, saya juga saya ada perasaan untuk berkahwin lagi. Tapi saya cuma mohon doa yang baik-baik,” jelasnya lagi.

Selain kisahnya sebagai seorang ibu tunggal yang kuat menyara sembilan orang anaknya, warganet turut memberikan perhatian terhadap penampilannya yang seakan lelaki.

IKLAN

“Saya bukan pengkid (perempuan berperwatakan lelaki dan menjalinkan hubungan sejenis), saya masih perempuan cuma saya tomboy (perempuan lasak). Penampilan saja macam lelaki. Lagi selesa nak urus diri sebab saya tak suka habiskan masa lebih setengah jam depan cermin.

“Sebelum kahwin pun saya memang tomboy rambut pendek, tak pernah panjang. Masa kahwin saya simpan rambut panjang. Kemudian rambut saya kembali pendek selepas berpisah,” terangnya.

Kredit: Kakak_hensem, mstar online

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI