Gambar hiasan

Kemalangan di rumah kerap terjadi kepada kanak-kanak terutamanya yang masih kecil. Terbaru kisah kanak-kanak 5 tahun terjatuh dari tingkat 9 ini menarik perhatian warganet.

Kanak-kanak lelaki tebabit adalah warga Bahrain yang tiba di bandar raya Johor Bahru bersama keluarga untuk melancong. Si kecil ini disahkan maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah hotel di Iskandar Puteri semalam.

Ibu Memasak, Bapa Keluar Beli Barang. Anak 5 Tahun Maut Terjatuh Tingkat 9

DITEMUI DALAM KEADAAN TERLENTANG DI TINGKAT 3

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mayat kanak-kanak berumur lima tahun itu ditemui terlentang di tingkat tiga berhampiran kolam renang hotel berkenaan.

“Polis menerima laporan kejadian menerusi panggilan MERS 999 pada pukul 6.05 petang yang memaklumkan terdapat seorang individu terjatuh dari bangunan sebuah hotel.

TERJATUH DARI TINGKAP

IKLAN

Kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal di tempat kejadian selepas terjatuh dari tingkap bilik sewa keluarganya.

“Pemeriksaan oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor kemudian mendapati si mati (kanak-kanak warga Bahrain) meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terjatuh dari tingkap tingkat sembilan iaitu dari bilik sewa si mati dan keluarganya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

IBU MEMASAK MANAKALA BAPA TURUN UNTUK MEMBELI BARANG

Dzulkhairi berkata, menerusi soal siasat, ibu kanak-kanak terbabit memberitahu ketika kejadian dia sedang memasak di dapur, kanak-kanak berkenaan pula bermain dengan adiknya di ruang tamu bilik sewa itu manakala suaminya turun ke bawah hotel untuk membeli barang.

IKLAN

Katanya, apabila tidak mendengar suara kedua-dua anak selang beberapa minit kemudian, wanita tersebut bertindak mencari kedua-duanya di dalam bilik tidur dan tandas, namun, hanya menemukan adik kanak-kanak itu di ruang tamu.

Ibu Memasak, Bapa Keluar Beli Barang. Anak 5 Tahun Maut Terjatuh Tingkat 9

IBU TERNAMPAK TINGKAP TERBUKA

Menurutnya, pada masa sama, wanita berkenaan ternampak tingkap di ruang tamu terbuka dan terus melihat keluar tingkap lalu mendapati kanak-kanak berkenaan sudah terjatuh ke bawah.

IKLAN

“Bapa kanak-kanak itu yang turut disoal siasat memaklumkan bahawa mereka sekeluarga baru sahaja tiba di bandar raya ini, semalam, untuk melancong.

“Semasa kejadian, lelaki itu ke tingkat bawah untuk membeli barang sebelum menerima panggilan daripada isterinya pada pukul 5.58 petang yang memaklumkan anak mereka sudah terjatuh ke tingkat tiga,” katanya.

TIADA RAKAMAN CCTV
kata Dzulkhairi, saksi kejadian iaitu pengawal keselamatan hotel ternampak kanak-kanak itu terjatuh ke tingkat tiga berhampiran kolam renang tetapi tidak melihat dari tingkat berapa kanak-kanak berkenaan terjatuh lalu menghubungi pihak pengurusan hotel untuk maklumkan kejadian kepada pihak polis.

Tiada rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya. – Bernama

Sumber: kosmo.com.my

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI