Setiap ibu mengandung wajib tahu tanda-tanda awal bersalin. Bagaimanapun setiap wanita mempunyai tanda-tanda bersalin yang berbeza. Walau pun begitu, terdapat tiga petanda penting yang dikaitkan dengan fasa bersalin yang perlu diambil perhatian. Ibu yang sedang menunggu hari perlu peka kepada tanda-tanda kelahiran.
1. Petanda utama kelahiran bayi ialah keluarnya show bermaksud keluarnya sesuatu seperti lendir atau darah dari faraj. Lendir dan darah ini adalah mucus plug atau penutup pangkal rahim yang terbuka untuk proses kelahiran.
2. Selalunya pada saat ini si ibu akan berasa kontraksi ringan dan akan mengambil masa selama tiga hingga empat hari sebelum proses bersalin aktif.
3. Petanda utama kelahiran seterusnya ialah air ketuban pecah. Keluarnya air ketuban dalam kuantiti yang banyak atau ada kalanya sedikit-sedikit merupakan tanda anda akan bersalin tidak lama lagi. Anda perlu tahu membezakan air ketuban dan air kencing.
Ads
4. Air ketuban boleh dibezakan dengan air kencing melalui sifatnya yang tidak berwarna dan berbau hanyir.
5. Sekiranya air ketuban tersebut berwarna hijau, ia adalah petanda kurang baik kerana si kecil sudah membuang air besar di dalam kandungan.
6. Wanita yang pecah ketuban perlu melahirkan dalam masa 24 jam walaupun kontraksi yang dirasakan tidak berturutan.
7. Petanda ketiga ialah kontraksi iaitu proses penegangan pada otot rahim secara kerap dan ritma tertentu. Sekiranya kontraksi yang dirasai setiap 10 minit sekali secara konsisten dalam masa sejam, anda perlu segera ke hospital kerana ia adalah salah satu tanda bersalin.
Ads
8. Bagi mengenal pasti kontraksi tersebut bukan kontraksi palsu atau Braxton Hicks atau false alarm, cuba cara ini. Baring secara mengiring dan letakkan tapak tangan pada perut semasa kontraksi sambil mengira jarak masa antara permulaan dua kontraksi. Kontraksi bersalin terjadi berterusan walaupun anda dalam keadaan rehat dan relaks.
Ads
9. Awas! Sekiranya tanda-tanda ini berlaku sebelum minggu ke-37, ia dikira sebagai kelahiran pramatang. Anda perlu peka dan ambil tindakan segera ke hospital jika tanda-tanda bersalin terjadi sebelum minggu ke-37 kerana risiko berlaku komplikasi kepada ibu dan anak adalah tinggi.
10. Bagi kelahiran anak pertama, masa yang diambil untuk bukaan serviks mencapai ukuran 10sm ialah kira-kira 12 jam hingga 18 jam.
11. Dalam fasa kelahiran aktif pula cara meneran yang betul amat perlu untuk memastikan proses kelahiran lancar. Cara meneran yang betul ialah seperti meneran ketika membuang air besar. Jangan meneran pada muka kerana ia adalah cara yang salah dan boleh mengakibatkan cepat penat.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa kata Me Time tak perlu? Bukan mengada-ngada tapi sangat perlu untuk menyembuhkan dan mencari kekuatan diri yang terlampau penat.
Menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, me time disarankan kerana perlu untuk recharge semula tubuh yang kepenatan. Barulah kesannya lebih baik pada keluarga.
Bukan saja saja suruh Me Time. Ada sebabnya yang tersendiri.
Me time ni bukan bermaksud kita cuaikan & tak pedulikan anak kita. Me time ni bermaksud kita ambil masa untuk recharge kembali diri kita supaya kita boleh sayang, jaga, belai dan fokus anak anak kita dengan lebih berkesan dan mendalam
Terima kasih Puan Syahirah Omar atas nasihat ini.
Tolong la me time. Dulu saya tak tahu istilah me time. Dulu tak ramai pun orang kongsi pentingnya me time ni. Akhirnya saya didiagnos mdd dan anxiety.
Tolong belajar sayangi diri sendiri. Saya tak me time bukan sebab risau apa orang kata. Saya memang tak ada ruang bernafas untuk diri sendiri. Sebab support system kita semua tak sama.
Akhirnya memakan diri.
Anak dah 3 barulah saya berkesempatan cari ruang untuk diri sendiri. Waktu anak anak no 1 dan no 2 masih kecil, tak merasa.
Rancanglah dengan pasangan urusan rumahtangga dan anak-anak ni. Jangan sesekali rasa diri kuat atau push diri sendiri sampai tahap maximum.
Sejak semalam bahagian puting menjadi sakit dan pedih. Bayi juga meragam seperti tidak puas menyusu. Pengeluaran susu juga tidak lancar. Ibu ini mungkin mengalami mastitis. Tapi tahukah anda jika tidak ditangani dengan baik ia boleh menjadi lebih teruk iaitu radang payudara?
Menurut kaunselor laktasi, Puan Norsyamlina Che Abdul Rahim, saluran susu tersumbat dan radang payudara (mastitis) adalah dua keadaan masalah payudara yang berlainan. Kadang-kadang susu boleh tersumbat pada sebahagian payudara sahaja.
Jika susu yang tersumbat ini tidak dikeluarkan pada bahagian payudara tersebut, ia akan menyebabkan keradangan (inflammation) tisu payudara atau radang payudara tanpa jangkitan (non-infective mastitis).
Pada peringkat awal tiada jangkitan bakteria berlaku pada payudara. Tetapi apabila payudara dijangkiti bakteria, ia menjadi radang payudara dengan jangkitan (infective mastitis).
Bagi mengelakkan masalah radang payudara ini dan kaunselor laktasi ini mencadangkan 17 perkara yang mama boleh lakukan.
Ibu perlu mengeluarkan susu dengan lebih kerap. Cara terbaik ialah dengan meneruskan penyusuan dengan kerap.
Ibu perlu memastikan bayi melekap dengan betul semasa penyusuan. Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi melekap dengan lebih baik.
Jika payudara terlalu besar, ibu perlu mengangkat dan mengampu payudara semasa menyusu agar pengaliran susu lancar di bahagian bawah payudara.
Ibu perlu memberi bayu menyusu pada payudara yang terlibat (jika tidak terlalus akit) terlebih dahulu sehingga tercetusnya pancutan (let down) dan kemudian tukar kepada payudara sebelah lagi.
Jika terlalu sakit untuk menyusu, perah sama ada menggunakan pam atau tangan bagi mengosongkan payudara.
Lakukan urutan lembut (breast compression) di bahagian yang tersumbat ke arah puting sebelum dan sewaktu bayi menyusu.
Tuam payudara yang terlibat dengan tuala suam (warm-pressed) sebelum menyusu untuk merangsang pengaliran susu ibu.
Ibu juga boleh mandi dengan air suam dan melakukan urutan payudara secara lembut dengan menggunakan sikat atau genggaman tangan semasa mandi. Urutan perlulah mengarah ke bahagian puting. Urutan akan membantu payudara untuk dikosongkan dengan lebih maksimum dan mengurangkan simptom saluran tersumbat.
Sepanjang mengalami radang susu dan saluran tersumbat, usahakan supaya payudara tidak ditekan kuat atau terhimpit.
Ibu perlu memastikan coli yang dipakai tidak ketat.
Ibu perlu elak daripada tidur dalam posisi meniarap yang boleh menyebabkan payudara ditindih.
Pastikan tali penyokong penggendong bayi tidak terlalu menekan payudara.
Tekanan oleh ibu jari pada payudara atau kecederaan pada payudara boleh menyebabkan saluran tersumbat.
Lakukan pemerahan susu ibu jika bayi tidak mahu menyusu dengan kerap kerana jika menyusu dengan kerap kerana jika susu tidak dikeluarkan, ketulan akan menjadi lebih menyakitkan dan boleh menyebabkan bernanah.
Setiap kali selepas penyusuan, ibu perlu memerah (sama ada dengan pam atau tangan) untuk membantu mengosongkan payudara dengan lebih efektif dan seterusnya menggalakkan penyembuhan.
Lakukan tuaman sejuk antara sesi penyusuan (iaitu semasa bayi tidak menyusu) untuk mengurangkan kesakitan pada payudara.
Ibu perlu mendapat rehat yang cukup dan mengambil air dengan mencukupi untuk proses penyembuhan yang lebih optimum.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Nad Zainal yang selamat menimang cahaya mata ketiganya pada Selasa lalu.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri Nad menerusi Instagramnya dengan memuat naik video yang kini sedang berpantang.
“10/10/23. Terima kasih atas doa-doa kalian.
“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.
Menerusi video yang dikongsikannya, Nad turut berkongsi sedang berpantang bersama sebuah pusat berpantang pilihannya.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah, tercapai impian nak merasa duduk di confinement centre,” tulisnya berkongsi.
Pun begitu, ibu kepada tiga cahaya mata itu tidak berkongsi mengenai bayi ketiganya itu yang dilahirkan pada Selasa lalu.
Meninjau diruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Nad turut mengucapkan tahniah kepadanya.
Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga bersama Ungku Haris pada 23 Januari lalu. Hasil perkahwinan terdahulu, Nad dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Dalam dunia yang semakin kompleks ini masa hadapan anak-anak bukan lagi ditentukan oleh kebolehan semata-mata, namun dinilai oleh akses yang mereka miliki kepada pendidikan yang berkualiti.