Ibu mengandung tak boleh tinggal buah. Keperluan nutrisi yang anak dalam kandungan dapat, bergantung pada apa yang ibu makan. Sebab tu kena pilih makanan yang baik-baik untuk dibawa masuk ke perut, supaya anak dapat khasiatnya sama.
Tinggalkan makanan tinggi proses waktu mengandung. Akan beri kesan pada anak sedikit sebanyak jika ibu tak ambil kisah apa yang dimakan.
Semua jenis buah bagus untuk ibu mengandung selagimana ambil dalam kuantiti yang sederhana dan tak berlebihan.
11 jenis buah ni, antara yang baik untuk ibu mengandung. Boleh cuba makan dalam tempoh 9 bulan mengandung ok.
1. Pisang
Ada pottasium, untuk elakkan kaki cramp dan lenguh waktu mengandung.
2. Kiwi
Tinggi kandungan folate, untuk pertumbuhan otak dan sistem saraf tunjang anak.
3. Jambu batu
Vitamin C dan antioksida, baik untuk kesihatan ibu secara umum.
4. Epal
Kandungan fiber, baik untuk usus dan kurangkan risiko sembelit.
Ads
5. Pear
Tinggi fiber jugak yang ini, bagus untuk usus dan mudahkan ibu membuang.
6. Delima
Ada folate dan iron, kurangkan risiko anemia pada ibu dan untuk pertumbuhan saraf tunjang anak.
7. Avokado
Choline bagus untuk pertumbuhan otak dan saraf anak dalam kandungan.
8. Berries
Tinggi vitamic C, bantu penyerapan iron yang lebih sempurna buat ibu, dan elakkan anemia.
Ads
9. Tembikai
Banyak kandungan air dan mineral, magnesium mampu untuk regangkan otot ibu, kekalkan hidrasi jugak.
10. Magga
Tinggi vitamin C dan fiber, elakkan sembelit buat ibu mengandung.
11. Oren
Folate pun ada dalam oren, bagus untuk pertumbuhan sistem saraf anak.
Ibu mengandung boleh cuba k. Banyakkan hidangan buah dalam sehari. Sekurangnya 2 atau 3 kali sehari.
Gantikan makanan kurang sihat, dengan buah yang pasti lebih sihat buat ibu dan anak dalam kandungan.
Nak ajar anak makan sihat, sebenarnya bermula dari kita sendiri ibu dan ayah. Anak tengok, sampai masa diorang follow je.
Tak selesa betul kalau kulit kering! Mulalah rasa tak selesa dan paling teruk, kita akan mula menggaru kerana tak dapat menahan rasa gatal. Untuk kesan sementara, memang lega kerana rasa gatal hilang, tapi sebenarnya ia merosakkan kulit.
Kulit menjadi gatal mungkin disebabkan cuaca panas bercampur peluh. Apabila kita menggaru kulit kering, ia akan menyebabkan iritasi dan keadaan kulit bertambah teruk. Kulit menjadi kemerah-merahan dan lebih teruk lagi mungkin menyebabkan luka dan berparut.
Sebenarnya ada beberapa cara yang lebih baik untuk membantu mengurangkan rasa gatal pada kulit tanpa perlu digaru secara keterlaluan. Lebih kasihan jika anak-anak yang kegatalan dan menggaru sehingga terluka kan?
Tak kisahlah sama ada mama atau anak-anak yang mengalami kegatalan pada kulit, ini beberapa tip untuk mengurangkan rasa tak selesa itu;
Salah satu cara paling mudah dan terpantas untuk membantu mengurangkan rasa gatal adalah dengan menggunakan kain basah atau pek ais dan dilekapkan pada kawasan kulit yang bermasalah.
Letakkan selama 5-10 minit untuk kelegaan pantas. Dengan cara ini ia dapat membantu mengurangkan keradangan yang menyebabkan kulit terasa gatal.
Tahukah mama, sebenarnya oat juga boleh membantu untuk mengurangkan rasa gatal. Ambil satu cawan oat dan dicampurkan dengan sedikit air. Pastikan teksturnya menjadi seperti skrub dan disapukan pada kulit yang kegatalan.
Tutupkan dengan kain lebih kurang 30 minit sebelum dibilas bersih.
Rendamkan seketika kapas di dalam perahan jus lemon dan disapu lembut pada kulit bermasalah. Biarkan kering sebelum dibilas bersih. Boleh dilakukan dua kali sehari.
Begitu juga dengan cuka epal, bolehlah basahkan kapas dan dilap lembut pada bahagian yang gatal. Mungkin akan terasa sedikit pedih sekiranya kawasan itu telah digaru terlebih dahulu, jadi perlahan-lahan gosokkan sebelum dibilas.
Buat apa nak bersusah-payah sekiranya boleh gunakan produk AVEENO® kan? Khas untuk mama, pilihlah AVEENO® SKIN RELIEF MOISTURIZING LOTION manakala untuk si manja pula gunakan AVEENO® BABY SOOTHING RELIEF MOISTURE CREAM!
Ia dikuasakan dengan Triple Oat Complex dan terbukti secara klinikal untuk membantu melegakan kegatalan dan kekeringan terutamanya untuk kulit kering. Paling best, ia berkesan seawal 60 saat selepas dioleskan pada kulit! Penggunaan produk ini dapat memberi kelegaan kepada kulit kering dan gatal dari penggunaan kali pertama.
Mudah serap dan memberi kelembapan berpanjangan sehingga 72 jam untuk memastikan kulit lebih sihat. Lebih bagus lagi, botol produk AVEENO® diperbuat daripada 30 peratus plastik yang boleh dikitar semula selepas penggunaan dengan tujuan untuk melindungi planet. Hebat kan?
Tahniah diucapkan buat Datin Lisa Surihani yang kini sah hamil anak ketiganya. Khabar gembira itu dikongsikan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim menerusi Instagramnya semalam.
Namun kata Yusry, dia dan Lisa tidak berniat untuk menyembunyikan kehamilan itu yang hanya diketahui oleh keluarga dan rakan rapat sahaja.
Menerusi satu petikan, Yusri juga turut mengesahkan perkara itu.
"Ya, Alhamdulillah, dua anak kami, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne nampaknya akan dapat adik tak lama lagi.
"Semoga dipermudahkan, Saya harap semua mendoakan yang terbaik untuk Lisa. Doa yang baik juga untuk kami panjangkan untuk semua," kongsinya ringkas.
Malah menerusi Instagramnya lewat petang semalam, Yusri turut berkongsi perkhabaran gembira itu kepada seluruh pengikutnya.
"Assalamualaikum. BismillahiMasyaAllah. Selepas upload gambar sempena ulangtahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa yang berteka teki sama ada isteri saya mengandung.
"Pada hari ini, ada reporter mintak pengesahan. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dengan fikiran, mungkin kali ini, “tak perlu untuk pengumuman, lambat laun, orang akan tahu juga”.
"Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla, dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat," kongsinya.
Namun bapa kepada Yahaira Leanne dan Yusof Leonne ini turut sama mendoakan pasangan lain yang berusaha untuk memperoleh zuriat.
"Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama untuk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka , moga doa mereka dimakbulkan , Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.
"Tambahan pula, dalam keadaan pandemik ini, banyak lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititikberatkan. Moga Allah swt melindungi kita semua. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk kami. Stay safe semua,"kongsinya.
Terdahulu, satu entri Yusri di Instagramnya pada awal pagi semalam mencetuskan keraguan dan pelbagai pertanyaan mengenai gambar yang dikongsikan olehnya sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke sembilan.
Sekeping gambar bersama yang dikongsikan Yusri menampakkan 'baby bump' Lisa.
"Happy Anniversary Sayang. 9 years on, I still feel like the luckiest man alive.
"I’m still amazed by you… everything you do & say. Always so kind, caring, loving & supporting. And our kids are so blessed to have you to call mummy. Alhamdulillah.
"Selamat Hari Kita yg ke-9," tulisnya.
Semoga kehamilan kali ketiga ini dipermudahkan hingga selamat melahirkan kelak buat Lisa.
Lisa dan Yusri mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 tahun dan Yusof Leonne, 4 tahun.
Kredit: Media Hiburan @yusriabdhalim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Tahun lepas dah tinggal puasa sebab hamil anak sulung, jadi tahun ni kena ganti atau ganti dan bayar fidyah. Kelirulah” Ada segelintir ibu-ibu keliru tentang hukum membayar fidyah dan menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada tahun lepas atas faktor kehamilan, kelahiran dan penyusuan.
Ikuti perkongsian penuh daripada laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan persoalan ini.
Oleh kerana masalah ini berlegar dalam banyak Facebook dan juga media sosial di samping persoalan yang sampai ke meja kami maka, sewajarnya kami menekuni isu ini dan melebarkan lagi jawapan.
Wanita Hamil & Menyusu Anak Diberikan Keringan Untuk Berbuka Atau Tak Berpuasa
Perempuan hamil dan yang menyusukan anak diberikan keringanan untuk berbuka atau tidak berpuasa. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh al-Siyam tidak menukilkan sebarang syarat khas untuk perempuan yang hamil untuk tidak berpuasa kerana tidak terdapat sebarang dalil mengenainya. Walaubagaimanapun, terdapat dalil umum dalam isu ini daripada hadis Anas bin Malik RA:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan separuh solat dan meringankan daripada puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan anaknya.”
Riwayat al-Tirmidzi (715), al-Nasaie (2775) dan Ibn Majah (1667)
Pun begitu, ada khilaf mengenai apakah perlu perempuan berkenaan menggantikan puasa atau tidak. Berikut perbezaan pendapat secara ringkas:
Pertama: Mazhab Hanafi: Jika perempuan hamil atau menyusu yang meninggalkan puasa, wajib mengqada’kan puasa sahaja, tetapi sunat membayar fidyah. Pendapat ini juga dinyatakan oleh al-Hasan, Atha’ al-Nakhaie, al-Zuhri, al-Auzaie, Sufyan al-Thauri. Ini juga salah satu wajah dalam mazhab Syafie.
Kedua: Mazhab Syafi’i dan Hanbali: Wajib qada’ dan perlu membayar fidyah bagi perempuan hamil atau menyusu yang meninggalkan puasa jika mereka takut kesihatan janin atau anaknya yang disusukan sahaja mengikut pendapat muktamad. Ini juga pendapat Mujahid.
Ketiga: Mazhab Maliki: Wajib mengqada’ dan fidyah hanya dikenakan kepada yang meninggalkan puasa kerana menyusukan bayi tidak kepada yang hamil. Wanita hamil hanya wajib mengqadha’kan sahaja tanpa fidyah. Ini juga pendapat ketiga dalam mazhab Syafie.
Keempat: Pendapat sebahagiansahabat antaranya Ibn Abbas, Ibn Umar, Ibn Sirin: Jika kedua-duanya yakni perempuan yang hamil dan menyusu bimbang ke atas dirinya atau anaknya maka bolehlah ia berbuka dan membayar fidyah sahaja berdasarkan umum ayat
Berdasarkan kesemua pendapat mazhab ini, Sheikh Attiyyah Saqr dalam Seen Wa Jeem Lil-Mar’atil-Muslimah (soal jawab muslimah) mengatakan boleh saja memilih salah satu dari pendapat di atas. Namun Dr Yusuf Qaradhawi mengatakan pendapat yang rajih ialah pendapat yang dikemukakan oleh Ibn Abbas R.Anhuma.
Tarjih
Selepas meneliti dalil, kami lebih cenderung kepada pendapat mazhab Syafie dan Hanbali yang menyatakan hendaklah qadha jika bimbang terhadap diri sendiri sahaja. Juga jika dibimbangi terhadap dirinya dan anaknya, maka hendaklah diqadha sahaja. Justeru jika dibimbangi pada anak yang dihamilkan, atau yang disusukan sahaya, tanpa dirinya, maka diwajibkan qadha’ jika berbuka dan dibayar fidyah. Pendapat ini juga adalah pendapat jumhur dengan berkata sepertimana kaedah: “Hukum memberi makan kekal kepada hak yang tidak mampu berpuasa.”
Imam al-Turmuzi berkata: “Dan amalan di sisi ahli ilmu kebanyakannya bahawa perempuan tersebut boleh berbuka dengan memberi makan orang miskin sebagai fidyah dan juga qadha.”
Pendapat ini adalah sama dengan pendapat Syeikh Taqiyuddin.
Ibn Kathir berkata: “Bagi wanita yang hamil dan menyusu boleh meninggalkan puasa tetapi selepas itu hendaklah membayar fidyah dan mengqadha puasanya.”
Ahli ilmu dan para ulama telah menyebut bahawa sabit Ibn Abbas dan Ibn Umar telah rujuk daripada pendapat ini. Justeru, tidak boleh disabitkan pendapat tersebut kepada kedua-duanya. Lihat kitab As-Saum Wa al-Iftar Li Ashab al-A’zar (hal. 152-153)
Riwayat Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra menjelaskan dengan sanad yang bersambung daripada Ibn Umar bahawa seorang perempuan mengandung (hamil) berpuasa pada bulan Ramadan dan merasa kehausan yang teramat, lantas ditanya halnya kepada Ibn Umar.
Kemudian Ibn Umar memerintahkannya untuk berbuka dan memberi makan setiap hari seorang miskin secupak. Kemudian tidak memadainya apabila dia sihat, hendaklah dia qada’nya. Lihat as-Sunan al-Kubra 4/230.
Berkenaan Ibn Abbas, Abdul Razzaq telah menyebut dengan sanadnya yang menunjukkan wajib qada’. Lafaznya daripada al-Thauri dan Ibn Juraij, daripada Atha’ daripada Ibn Abbas katanya: “Perempuan yang hamil dan menyusu boleh berbuka di siang hari Ramadan dan hendaklah dia qada’ puasa tanpa memberi makan. Lihat Musannaf 4/218.
Justeru, jadilah pendapat Ibn Abbas R.Anha dan Ibn Umar R.Anha bersama dengan pendapat jumhur.
Perbahasan Ayat
Kami nyatakan di sini pendapat para ulama berkenaan maksud ayat:
Maksudnya: “Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”
(Surah al-Baqarah: 184)
Tafsiran Ulama berkenaan ayat ini.
Antaranya:
Ibn Kathir berkata: “Bahawa nasakh ayat tersebut tetap berlaku bagi orang yang sihat dan bermukim dengan kewajipan berpuasa baginya.” Ibn Abbas berkata: “Ayat ini tidak dinasakhkan kerana yang dimaksudkan adalah orang tua lelaki dan perempuan yang tidak mampu melaksanakan ibadah puasa. Justeru, dia berhak berbuka dan memberi makan setiap harinya seorang miskin. Ini juga riwayat daripada Anas bin Malik, al-Hasan al-Basri, Ibrahim al-Nakhaie dan Said bin Jubair.”
Mengikut riwayat Ubaidillah daripada Nafi’ daripada Ibn Umar bahawa ayat ini sudah dinasakhkan.
Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani berkata: “Bagi mereka yang berpuasa dalam keadaan sukar dan masyaqqah termasuk yang megandung dan menyusukan juga, harus ketika itu berbuka kerana hilangnya kemampuan padanya.”
Al-Qurtubi dalam tafsirnya berkata: “Ayat ini juga termasuk orang sakit dan hamil kerana kedua-duanya mampu untuk berpuasa tetapi dengan masyaqqah yang mengiringi mereka justeru jika mereka berpuasa memadai bagi mereka dan jika membayar fidyah, mereka pun memadai juga.”
Syeikh Ibn Asyur dalam Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir berkata: “Perkataan al-mutiq ialah yang mampu melakukan dan jika digunakan perkataan taqah lebih hampir kepada darjat kemampuan menuju kepada martabat lemah. Kemudian beliau menyebut golongan yang hamil dan menyusukan anak boleh berbuka dan hanya memberi makan setiap hari yang mereka berbuka.”
Imam al-Nasafi dalam tafsirnya Madarik al-Tanzil berkata: “Ayat ini menunjukkan pada permulaan Islam yang difardhukan ke atas mereka puasa sedangkan mereka masih belum biasa yang menyebabkan merasa sukar lantas diberi keringanan untuk mereka berbuka dan hanya membayar fidyah kemudian dinasakh dengan ayat yang lain.”
Syeikh Muhammad Abu Zahrah dalam tafsirnya Zahrah al-Tafasir antara lain menyebut: “Ayat ini menunjukkan begitu sukar sehingga hilang kemampuan secara berterusan seperti orang yang teramat tua dan inilah tafsir yang dikemukakan oleh Ibn Mas’ud.”
Perbahasan ayat ini juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
Secara ringkasnya, para ulama telah khilaf berkenaan ayat ini samada dinasakhkan atau tidak kepada empat pendapat:
Pertama: Ia tidak dinasakhkan seperti pendapat Ibn Abbas.
Kedua: Ia telah dinasakhkan seperti pendapat Salamah dan jumhur.
Ketiga: Ia hanya dikhususkan kepada orang yang mampu yang tiada uzur baginya dan kekal terhadap perempuan yang menyusu dan hamil.
Keempat: Bahawa sebahagiannya dinasakhkan dan sebahagiannya bersifat muhkam.
Berkenaan dengan persoalan kedua, siapakah yang ditujukan dalam ayat ini, terdapat tiga pandangan seperti yang dinukilkan daripada Tafsir Fakhr al-Razi:
Pertama: Ayat ini kembalik kepada orang yang musafir dan sakit.
Kedua: Ayat ini kembali kepada orang yang mukim dan sihat. Inilah pendapat kebanyakan ahli tafsir.
Ketiga: Ayat ini diturunkan kepada syeikh yang tua.
Penutup
Menekuni pandangan ulama maka kita dapati khilaf yang berlaku dalam kalangan mereka tidak lain tidak bukan kecuali mencari dalil yang paling kuat dan rajih. Pada saat yang sama, ada dalam kalangan ulama yang memilih jalan ihtiyat di mana ia lebih selamat.
Justeru, dalam isu ini kami lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika berbuka kembali kepada dua keadaan sahaja iaitu:
Kalau semata-mata kerana bimbang diri sendiri bolehlah dia berbuka dan qadha sahaja. Kalau kasihankan kepada janin dan juga anak yang disusukannya maka bolehah dia berbuka dan membayar fidyah sahaja, menurut pendapat sebahagian ulama seperti Ibn Abbas, Ibn Umar dan Ibn Sirin, Syeikh Abu Zuhrah dan Syeikh Muhammad Tahir Ibn Asyur. Manakala menurut mazhab al-Syafie, harus berbuka tetapi wajib diqadha’ dan dibayar fidyah.
Semoga pencerahan ini memberi manfaat kepada kita semua.
Akhukum fillah
Kredit: Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan (30 Jun 2015 bersamaan 13 Ramadan 1436H) – Artikel ini diterbitkan pada 2015)
YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri kini memengang jawatan sebagai Menteri (Hal Ehwal Agama) di JPM.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.