Dua hari lagi bulan Ramadan akan disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Puasa antara kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam. Namun terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan khas kepada beberapa golongan sahaja.

[BACA: Susu+Kurma Blend Maintain Tenaga Ibu Menyusu Ketika Puasa. Sesuai Di Ambil Waktu Sahur]

Ibu Menyusu & Hamil Tengok Diri Sendiri Dulu Mampu Atau Tak Untuk Puasa,Tip Doktor Ini Kongsi Mungkin Membantu

Golongan tersebut termasuklah ibu hamil. Ibu hamil tidak digalakkan berbuasa jika tidak mampu kerana dikhuatiri akan memberikan kesan buruk kepada kadungan. Jika mampu, ibu hamil boleh untuk berpuasa namun tidak ramai yang tahu bagaimana caranya untuk terus kekal bertenaga. Dr Zarina Rahman ,  Breastfeeding and Parentcraft Education Specialist memberikan penerangan mengenai hal ini.

Ibu Menyusu & Hamil Tengok Diri Sendiri Dulu Mampu Atau Tak Untuk Puasa,Tip Doktor Ini Kongsi Mungkin Membantu

Ramai wanita yang nak tahu macam mana nak puasa sambil menyusu atau dalam kehamilan.

Yang saya tekankan di sini untuk ibu menyusu atau hamil:

IKLAN

1. Tengok diri sendiri – cuba dulu, mampu tak? Tanamkan niat nak cuba puasa dan dapatkan sokongan suami dan keluarga. Jika tak dapat puasa, Islam adakan rukhsah berpuasa untuk ibu hamil dan menyusu.

2. Jika tiada masalah kesihatan, boleh cuba berpuasa. Kalau ada masalah, dapatkan pemeriksaan kesihatan, check ubat-ubat yang diambil, and get green light daripada doktor untuk berpuasa.

3. Never skip sahur. Lewatkan sahur seperti yang dianjurkan Rasulullah SAW.

4. Its all about quality, not the quantity of food.

IKLAN

5. Semasa sahur- makan LOW GI food. Contoh : oats, makanan bijiran gandum (wholemeal bread, brown rice), makanan serat tinggi (sayur dan buahan), kurma, kurma dan kurma, dan tambahkan dengan protein secukupnya.

6. Air secukupnya – cukupkan 8-10 gelas sehari. Sahur – 1 cawan. Buka puasa – lengkapkan jumlah gelas yang lain daripada waktu berbuka, sehingga sahur esok pagi. Sikit-sikit.

7. Ibu menyusu : teruskan sesi pam susu seperti biasa. Rangsangan perlu ada untuk maintain milk supply. Jangan stress lihat susu drop pada hari-hari pertama berpuasa. Normal untuk volume susu berubah-ubah. Kajian menunjukkan tiada perubahan kepada makronutrien susu ibu sepanjang puasa 14 jam sehari. Ibu kebuluran berhari-hari pun masih mampu menghasilkan susu ibu yang baik. Kita apa lagi?

8. Tanda-tanda untuk buka puasa : menggeletar, rasa mual, pening, rasa nak pitam. Again, pantau diri kita sendiri.

IKLAN

Tapi, what about men? What about those yang ada darah tinggi, kencing manis, masalah buah pinggang? Boleh ke nak puasa? Nanti saya share berpuasa untuk individu lain pulak yang bukan kategori wanita hamil atau menyusu.

Semoga semua sihat dan mampu berpuasa sepanjang Ramadan. In Shaa Allah.

Ibu Menyusu & Hamil Tengok Diri Sendiri Dulu Mampu Atau Tak Untuk Puasa,Tip Doktor Ini Kongsi Mungkin Membantu

Ibu Menyusu & Hamil Tengok Diri Sendiri Dulu Mampu Atau Tak Untuk Puasa,Tip Doktor Ini Kongsi Mungkin Membantu

Sumber: Dr Zarina Rahman

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI