
Bila masuk fasa menyusu badan, antara perkara yang paling buat ibu rasa stress ialah bila susu makin berkurang atau tak cukup untuk bayi. Masa ni lah pelbagai cara dicuba dari amalan tradisional sampailah ke minuman moden yang viral di media sosial.
Namun ramai tak sedar, selain minuman khas dan makanan tertentu, ada pilihan yang lebih semulajadi dan mudah untuk diamalkan setiap hari. Buah-buahan yang tinggi vitamin C sebenarnya boleh membantu menyokong penghasilan susu badan dengan lebih konsisten, malah lebih menyegarkan untuk ibu yang penat berulang-alik urus anak.
Perkongsian menarik ini turut dijelaskan oleh pempengaruh penyusuan, Cik Ara Syikin Susuibupro menerusi platform YouTube miliknya, yang sering berkongsi ilmu dan sokongan buat ibu menyusu di seluruh Malaysia.
Dengan kata lain ia sangat mudah dan tak memerlukan anda untuk memasak atau melalui proses penyediaan membuat milk booster yang kadang kala mengambil masa lama.
Ibu boleh terus makan buah-buahan tersebut atau kalau rajin boleh dibuat jus sama ada hendak digabungkan dengan pelbagai jenis buah atau dicampur dengan susu segar dan coklat.
Kalau rasa malas nak buat sendiri, pergi sahaja ke kedai makan dan order jus buah tersebut. Yang penting ia mesti dijadikan amalan dan rutin supaya penghasilan susu ibu terus terangsang. Namun elakkan penggunaan susu pekat atau gula semasa membuat jus.
Ini antara jus buah yang boleh banyakkan air susu ibu.
Cara membuat jus avocado
Bahan-bahan
1 biji buah avocado yang ranum
1 cawan susu segar
Sedikit sirap coklat cair
Beberapa ketul kiub ais
Cara-caranya
Cara buat jus tomato
Selain boleh membantu menambahkan susu ibu, tomato juga terkenal bagus untuk penjagaan kulit muka selembut kulit bayi kalau diamalkan selalu.
Bahan-bahan
1 biji buah tomato
1 biji buah epal merah
1/2 batang lobak merah
1 cawan susu segar
Cara-caranya
Semoga dengan mengamalkan pemakanan sihat dan rajin makan buah-buahan secara mentah atau dibuat jus, makin bertambah banyaklah penghasilan susu ibu anda semua.
Selamat mencuba!